Kerana jodoh itu di tanganNya..

Mungkin umur kita dah sebegini..

ataupun kerana sudah berubah fasa…

ataupun masanya sudah pun tiba…

tidak kira di mana sahaja kita berada….

apabila mereka tidak melihat cincin di tangan..

atau bersama sesiapa bergandingan tangan..

pasti soalan itu yang ditanya kepada kita…

bila masanya yang istimewa bakal tiba buat kita..


dan kita hanya mampu tersenyum tawar, mengucapkan istighfar, dan mengaminkan doa mereka, moga-moga detiknya itu dimudahkan dan disegerakan Allah, bila tiba masanya.

Dan dahulu aku ingat, cuma mereka yang dalam tarbiyah ini sahaja melalui kerisauan ini..

kerisauan tidak bertemu sesiapa hingga ke tua..

kerana terlalu aktif

kerana terlalu sibuk

terlalu garang dengan brothers ( sampai pernah di sebut sebagai warden penjara oleh ikhwah –> mmg tak matang sungguh! takpelah, kelemahan manusia, perlu kita maafkan…)

terlalu tak menarik perhatian.. ( mana kita ada pakai make up dan pakai baju warna warni sangatkan?)

dan kerana terlalu ramai bilangan akhawat berbanding ikhwah..

namun tak tersangka, ramai juga manusia lain, mengajarkan aku bahawa,

setiap wanita itu memerlukan Adamnya, yang dapat menenangkan jiwanya, dan penolong hidupnya melalui bahtera hidup yang panjang ini..

‘ Akak tak kisah siapa orang itu. Akak tak kisah dia miskin ke tak handsome ke, asalkan ada orang nak kahwin dengan akak!’

Tergamam aku mendengar kata-kata seorang kakak padaku, ketika aku mendengar luahan perasaanya.

umurnya sudah 30an, masih belum bersuami. Tidak ada boyfren pun!

Di UK sendiri, sangat ramai siswazah yang dihantar untuk menyambung master dan PhD, dan rata-ratanya mereka yang berumur 25- 35 tahun yang masih belum lagi berkahwin….

Aneh betul, isu kahwin ini adalah satu polemik biasa di kalangan mereka yang bujang, satu perkara yang menjadi tanda tanya yang besar, dan penantian yang menyeksakan bagi sebahagian besar kaum wanita.

Dan kerisauan ini sedikit sebanyak merencatkan emosi dan menjadikan fikiran tidak berfokus. Dan keadaan ini bertambah kronik tiap kali detik umur bertambah…

setahun..

demi setahun..

Dan untuk mereka yang mempunyai jadual dakwah yang padat di dalam diari hidupnya, perkara ini amat menganggu emosi dan fikiran yang sepatutnya diberikan kepada mad’u-mad’u.

Dan seseorang pernah berkata kepada saya..

kunci kepada persoalan ini adalah…

KESABARAN…

kerana Allah PASTI mendatangkan jodoh yang terbaik buat kita..

bila tiba masanya..

walaupun kita dah tak tahan sangat dah! ( opps. .. sorry gune bahasa ni!)

Kerana ramai juga yang terperangkap, futur dan tenggelam dari jalan dakwah ini kerana perkara ini!

‘ ana rasa ana tak layak untuk ikhwah!’

‘ Ana rasa kalau ana tunggu ikhwah, sampai bila-bila ana takkan dapat kahwin, so ana akan terima sahaja pinangan sesiapa untuk ana…’

‘ ana pun seorang manusia kak, perlukan seorang teman hidup. Ana tak rasa ada ikhwh nak kat ana ini, dah lah ana ni tak bagus, buruk pulak tu…’

Memang inilah ujian terbesar buat ramainya wanita/akhawat..

keluarga mula bertanya…

masyarakat mula memandang..

jiwa makin resah gelisah..

bertambah gulana, melihat teman-teman sudah mula berpasangan.. beranak pinak..

dan di benak kita, kita mula berfikir..

bilalah pula masa kita….

Dan tentu dalam hal ini, tentu kita perlu berusaha, apabila jodoh itu belum sampai.

-Mencari orang tengah untuk mencarikan buat kita. Samada ibu bapa kita, naqib/ah kita, ataupun sesiapa yang dekat dengan kita.

-Kemudian berdoa kepada Allah dengan sepenuh kesungguhan, moga-moga Allah memberikan jodoh yang terbaik buat kita, dunia dan akhirat.

لاَ يَرُدُّ الْقَضَاءَ إِلاَّ دُعَاءٌ

“Tidak ada yang dapat menolak ketentuan Tuhan kecuali doa”

Dan kuncinya adalah sabar…

sehinggalah Allah menemukan kita dengan si dia…

Dan apabila tiba masanya ( insyaallah ia akan tiba!)…

ketika itulah kesabaran itu perlu berganda-ganda tingginya!

terkadang prosesnya lambat, leceh dan merumitkan..

terkadang juga kita mendapat jawapan yang kabur dan tak pasti..

jadi ke tak jadi..

cepat ke lambat..

dan pelbagai lagi..

Apsal tetiba ada orang lain kcau pula…

menyebabkan kita akan tergopoh-gapah, tersadung, dan mengikuti bisikan hati yang mungkin tak patut diikuti pun..

dan disitulah letaknya kesabaran yang tinggi…

kerana mungkin di dalam peringkat taaruf itu..

ujiannya bertambah-tambah..

keinginan kita untuk mengetahui akan dirinya, untuk terus menghubungi dirinya, menitipkan perhatian dari dirinya , akan membuak-buak..

dan kita mencari-cari alasan untuk menghubungi dirinya…

walaupun tidak ada keperluan pun..

dan disitulah letaknya sabar..

tawakal

dan keyakinan kepada ketentuan, qadha dan qadar Allah..

di situlah juga aku melihat, magisnya kuasa istikharah itu…

“Di antara kebahagian anak Adam ialah Solat Istikharah daripada Allah Taala dalam segala urusannya.” ( Hadis)

“Tidak akan kecewa bagi yang melaksanakan istikharah dan tidak akan menyesal bagi orang yang suka bermusyawarah dan tidak ada kekurangan bagi orang yang suka berhemat”
(HR.Thabrani).

Dan dengan itu, Allah mengajarkan kita untuk meletakkan tawakal kita kepadaNya, dan mengingatkan kepada kita bahawa Dia pasti akan mengurniakan jodoh yang terbaik buat kita, walaupun zahir macam kurang nampak perkara itu…

dan di situlah letaknya ketenangan kita, dan rasa keyakinan yang mendalam..

bahawa Allah pasti tidak akan meninggalkan kita..

Kerja-kerja menyeru manusia ini amat banyak.. masa yang ada makin sempit… tidak dapat tidak perkara ini sering berkumandang di benak kita, menganggu fokus dan emosi kita….

Bekalan kita hanya pada 3 perkara itu..

sabar.

tawakal

dan yakin akan ketentuan Allah...

hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah..

Allah pasti akan berikan yang terbaik buat kita.

Pasti!

“Rasulullah saw mengajar kami beristikharah pada semua perkara sebagaimana baginda mengajar satu surah daripada Al-Quran. Kemudian hendaklah ia berdoa dengan membaca:

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib.

Wahai tuhanku sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.”

Ya Allah, temukanlah aku dengan teman hidup yang terbaik buat diriku, yang dapat melayari bahtera dakwah ini bersamaku, dapat menghirup bauan taman syurgaMu dan dapat bersama-sama bertemuMu di akhirat kelak nanti Ya allah…Ameen Ya Rabb…

PS; jzkk illi, yana, arinah, k mimi for the lovely weekend. Allah datangkan antum untuk tolong saya dalam keadaan saya terlantar atas katil…uhuhuhu

PSS; untuk ‘mereka-mereka’… moga kita ditemukan jodoh yang terbaik buat kita ya? insyaallah..

wasalam

muharikah

37 thoughts on “Kerana jodoh itu di tanganNya..

  1. =) subhanAllah..

    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN!!

  2. salam akak!!! huuu..tak dpt gak kite jumpa hari tu, sbb lamabt bukak emel n ym n blog. hp number akak pun shi tak sempat salin. intan ada dtg umah beraya hari tu bgtau akak akan ke ansar esoknye. tp time tu shi tak leh tinggal umah, byk persiapan kena wat. shi suke post ini..insyaAllah Allah itu Perancang yang terbaik. Dia tau bile dan siapa orangnye untuk kite kan. insyaAllah dengan adanya soulmate skrg, kami akan lebih pantas berlari. doakan kami akak. ada rezki, kite akan ketemu jua.

    1. insyaallah shi… selalu doakan utk shi dan adik2.. sebenarnya nak sangat jumpa shi, tapi takpelah, maybe Allah ada perancangan lebih besar dan baik utk kitakan? moga lebih istiqamah dan dahsyat dalam amal dan dakwah…

      dulu kami selalu pegang slogan ni, kalau berBM, 1+1 = 10, tak boleh dua je…

      10 tu bukan 10 anak eh.. maknanya potensi dakwah tu kene 10 kali ganda, bukan 2 sahaja…

      faham ke tak eh….

      apapun enjoy honey moon dulu 😀

  3. =)

    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN
    SABAR..TAWAKKAL..YAKIN!!

  4. cantiknya tulisan akak ….

    Tapi lebih cantik lagi jika akak tahu apa yang saya tahu …
    kerana ia akan mewarnakan hidup akak dengan warna warna yang menawan …

    Jkallah.

  5. jazakillah kak.sabar,tawakkal,yakin..combination yang mantap.. sebut senang praktikalnya? beroleh ganjaran hebat siapa2 yang melaksanakannya kan

    dah sihat?
    rindu suara akk=)

    1. nidaul iman –> 🙂 thanks awak…

      nowfara —> jzkk fazilah atas support awak…terharu dapat komen2 dari awak 🙂

      aiza–> praktikal mmg susahkan.. tapi itulah ujian dia… alhamdulillah dah lama ok.. skarng penat pula kene tunaikan amanah yang dahsyat ni…huuhuhu

  6. k aisyh…sy rs nk peluk k aisyh skrg jgk!!!!
    ketawa kecil tgk video n entry ni=)=)=)

    sy ingt pesan k aisyh smlm masa kite berchatting(*_~)
    mule2 rasa mcm k aisyh xberminat pon nk borak ngn sy..sy cakap byk sgt tp k aisyh jwb sepatah dua je..da nak offline tp sbb jarang dpt borak ngn k aisyh sy stay up=p..tp entry ni btl2 menggmbrkan kata hati yg k aisyh nk sampaikn smlm…afwan ukhty!

    org bertakwa itu kan bertawakkal..dan tmpat org bertakwa jannatulfirdaus al-a’la…masyaallh semoga tergolong dlm golongn bertakwa=)

    akak jg diri ye=)semoga cepat sembuh=)=)=)=)
    moga kite jmpe di alam maya esok…

  7. k aisyh…sy rs nk peluk k aisyh skrg jgk!!!!
    ketawa kecil tgk video n entry ni=)=)=)

    sy ingt pesan k aisyh smlm masa kite berchatting(*_~)
    mule2 rasa mcm k aisyh xberminat pon nk borak ngn sy..sy cakap byk sgt tp k aisyh jwb sepatah dua je..da nak offline tp sbb jarang dpt borak ngn k aisyh sy stay up=p..tp entry ni btl2 menggmbrkan kata hati yg k aisyh nk sampaikn smlm…afwan ukhty!

    org bertakwa itu kan bertawakkal..dan tmpat org bertakwa jannatulfirdaus al-a’la…masyaallh semoga tergolong dlm golongn bertakwa=)

    akak jg diri ye=)semoga cepat sembuh=)=)=)=)
    moga kite jmpe di alam maya esok…

    1. salam wadah…

      maaf juga.. ramai adik2 kecik hati dengan saya kalau chat dengan saya… sebab tak layan..

      tapi tiap kali chat dengan orang, saya tengah chat degan 2-3 orang satu masa, pastu cek emel, pastu ada orang call.. so mmg buat banyak benda satu masa, tapi mmg akan tetap setia melayan sahaja…

      next time, kalau nak chat dengan saya, buat juga keje2 lain at the same time, so takdelah awak rasa penat tunggu saya balas ke apa eh…..

      kita semua kene jadi multitasker lepas ni 🙂

      tulah, semua entry2 saya tulis semua utk saya terutamanya sebelum orang lain.. berat hati ni utk menulis, berat juga utk amalkan..

      tapi sama2 kita help out each other ya ukhti 🙂

  8. Allahu akbar!

    tulisan anda buat saya rasa tenang. alhamdulillah. Allah pasti akan terangi hamba yg sentiasa ingat kepadaNya. Jodoh itu sudah ditulis sebaik roh ditiup ke jasad, usaha sudah, part of it adalah doa. tawakal dan redha serta yakin dengan ketentuan Allah. amin~

  9. “hidup ini terlalu mahal untuk kita korbankan hanya kerana kita tak sabar, kurang tawakal, dan tidak yakin akan ketentuan Allah.”…nice..:)

  10. salam kakak..
    upenye akk sgt teruk ye sakit nye..hu =(
    afwan sis, suke menambah beban je..

    moga terus kuat n bersemangat.. rindu nak dgr suare akk
    yg sgt busy cam dlu2..huhu

    moga allah mudahkan urusan.. nice entry.. somehow i wonder bilelah sy akn menulis setulus begini..huhu..clean n clear.. =) sng nak faham.

    jazakillah utk tazkirah ini..sgt bermakna.. berusahalah! taknak kalah lagi dgn diri yg lemah! yeah!

    1. momon…. takdelah tambah beban pun.. anti dan thumuhat rangers sentiasa membuatkan saya tersenyum saban hati dengan diri antum…

      saya tak faham maksud awak.. suara saya yang busy? cane suara boleh busy plak?heheheh…

      dalam nak menulis ni, terkadang kene banyak mendengar, memerhati dan peka dengan sekeliling..

      kemudia relate apa yang nak ditulis dengan kehidupan pembaca lain…

      bukan penulis syok sendiri … 🙂

      insyaallah u getting there.. kene terus praktis lagi k?

  11. Salam ukuhuwah

    Tulisan yang amat menarik dan cuma nak sambungkan tulisan yang menarik ini dengan post dari blog dakwah dibawah ini agar lebih menarik;

    http://muharrikdaie.wordpress.com/

    Memang semua kita inginkan yang terbaik dalam hidup ini dan andaikata jodoh ini boleh kita beli, pastinya kita akan mengumpulkan harta yang banyak dan bekorban serta berhutang berbaris untuk membeli jodoh kita seperti yang kita dambakan untuk citarasa kita tetapi inilah kebesaran Allah merahsiakan jodoh kita supaya kita banyak meletakan tawakkal kepadaNya dan menggunakan segala kebijakan kita didalam tarbiyah ini untuk menentukan nasib dan takdir kita dalam mengharungi bahtera rumahtangga yang sentiasa memerlukan taaruf yang berterusan dengan bakal pasangan yang akan kita berikan jiwa dan raga kita demi deen ini.

    1. salam ukhti!!! rindu!!!!

      muharikah tu asal dari haraka/yahruku/harakah..

      iaitu bergerak…

      kalau muharikah itu, si perempuan yang bergerak…hehehe…

  12. salam. adakah anda sedang mencari buku yang mampu memaksimumkan gerak kerja dakwah melalui usrah,ldk, team building atau motivasi? dengan hanya rm10, anda mampu memiliki e-book 100 aktvt & games kreatif usrah. sms saya segera dengan nama dan email anda ke 0133190214. saya dan anda punya harapan yang sama untuk memurnikan Islam melalui aktiviti yang menarik dan efektif. email:banat_md@yahoo.com

  13. rasa senang sekali membaca artikel anda. terima kasih di atas perkongsian ini. saya sendiri sedang mengalami masalah ‘jodoh’ nie. tp apa pun saya yakin, yang terbaik pasti akan datang asalkan saya terus berdoa, berusaha, tawakal.

  14. Assalamualaikum Aisyah,

    Diharap aisyah sihat disana. Ana pernah jumpa aisyah dulu….ana org brunei…geng2 ness. Tak tau lah aisyah ingat ke tak. 😀

    Cantik tulisan aisyah ni. Amat dalam maknanya. Tapi memang jodoh ni kadangnya datang dalam bentuk yang tak disangka-sangka.

    Semoga bertemu dengan daie yang benar2 membantu meneruskan perjuangan. Ameen

    1. salam kak MM… yaaaa…. ingat sangattt… pernah liqa rumah akak dulu kan? masih ingat terlantar kat rumah akak sebab diarrhoea…( rasanyalah sebab diarrhoea, tapi rasa penat gak time tu)jzkk kak sebab sudi lawat blog ini..

      insyaallah teringin sangat nak gi brunei lagi, ziarah akak dan akhawat lain.. rindu sangat! hhuhhu

  15. salam
    entry yang sgt bermanfaat buat kita yang “bekerja”…Insyaallah sabar itu sgt indah dan kesudahannya juga akan indah..jodoh itu milik Allah..Mg Allah aturkan jodoh kita atas jalan dakwah

Leave a comment