Dan bila semangatmu makin menghilang…

Posted on Updated on

Alhamdulillah.

Malam ini saya mempunyai ruang masa dalam menurunkan bait-bait kata di sini.

Pelbagai peristiwa menarik yang saya saksikan ketika oncall sewaktu malam. Di waktu ini, kami sebagai senior house officer akan clerk patient di A&E dan bertemu dengan pelbagai karenah manusia yang ada di dunia.

Dan tentu juga penyakit2 yang amat luar biasa keadaannya.

‘kenapa awak nak jadi doctor eh?’ Tanya suami saya ketika kami membincangkan tentang kerjaya kami masing-masing.



‘kerana ia menyebabkan saya lebih dekat dengan Allah,’ kataku padanya.

Setiap kali saya bertemu dengan kes-kes yang pelik dan menarik, tentu saya akan menelefon buah hati saya di hujung Scotland itu.

Zaaaaaaaaaaaa, I found a very big cyst in that lady’s womb! ‘

‘ Za, kesian pakcik tua tu, dia depress sangat sampai tak nak buat apa2’

Dan pelbagai lagi kisah-kisah kami.

And we discovered ourselves this:

‘ kak, kalaulah kita tak kenal dakwah dan islam ini, pasti kita akan all out untuk kerjaya medic ini kan? Tentu kita akan jadikan kerjaya kita inilah segala-galanya buat kita,’

Dan benar kata adikku itu, kerana kerjaya ini sangat mendekatkan diri kami pada manusia, dan juga Allah. Menyegarkan jiwa kami tatkala menyaksikan kegembiraan pada sebuah kesembuhan. Juga menginsafi hati kami melihat kesakitan tiada tara dan ubat, serta kematian yang tidak dapat disekat kedatangannya.

Seperti mana saya menyaksikan seorang perempuan 40 tahun mengelar-ngelar kedua-dua belah tangannya sampai berdarah, dan memakan 40 biji panadol untuk membunuh diri, begitu juga tatkala saya berjumpa dengan seorang pemuda berumur 21 tahun yang nak bunuh diri juga kerana tekanan jiwa yang dahsyat, semua itu sangat menginsafkan saya.

‘I know I am no right man. My head is messing up. I need helps. But no one want to listen to me. I just need to get my brain fix!’

Bila saya tanya dia lagi, dia kata dia hisap dadah dan ada anak 2 tahun umurnya. Teman wanitanya berada di Blackpool dan sewaktu dia nak jumpa anak dia, teman wanitanya itu panggil polis dan terus menangkapnya masuk ke lokap.

Pelbagai kisah yang dilihat pada manusia di dunia ini, dan tentulah itu membawa keinsafan teramat sangat buat kita.

Begitu juga dengan dakwah ini.

Kita akan bertemu pelbagai manusia. Kita akan bertemu pelbagai cerita.

Dan kesemua itu menjadikan kita teramat insaf dan bersyukur teramat pada Allah.

Dan tentulah seperti mana kata adikku itu,

Tiada yang lebih memenuhi hati kami melainkan itu.

Itulah dia dakwah

Ianya nadi pada kehidupan.

Ianya putaran sepanjang harian.

Hidup ini berorientasikan kepada paksi itu.

Jika tanpanya dakwah, tiadalah ruh pada kehidupan ataupun kerjaya yang dibina saban waktu.


Dan kerana dakwahlah, hati ini hidup, terus berjuang, terus berjiddiyah bersemangat.

Dan aku melihat juga kebanyakan adik-adikku yang kelelahan dan kelihatan kekurangan makna pada dakwah ini.

Dakwah dirasakan sebagai rutin yang berjalan tanpa adanya ghairah.

Hambatan demi hambatan dakwah menjadikan diri merasa selesa dengan keadaan yang ada, tidak bersungguh-sungguh berjuang mengeluarkan segala potensi yang ada pada jiwa dan ruh.

Begitulah keadaannya apabila dakwah menjadi rutin dan berjalan tanpa perancangan. ( walaupun di satu tempat lain, aku melihat akhawat yang teramat bersemangat waja bersungguh-sungguh sehingga aku malu tika membandingkan diriku dengan mereka)

Seperti mana kehidupan ini memerlukan kesegaran dengan pergi bercuti, melihat alam dan berjaulah,

Seperti mana kehidupan suami isteri ataupun teman serumah yang memerlukan keindahan dengan keluar dari rutin kehidupan dengan pergi makan luar, ataupun berjalan2 ataupun ziarah.

Begitu jugalah dengan dakwah.

Ianya memerlukan pembaharuan dan kesegaran.

Ia memerlukan percikan kemanisan dan maknawiyah pada setiap detik perjuangan.

Kerana dakwah ini nafasnya panjang, terkadang, kita cepat malas, lesu dan bosan di pertengahan jalan.

Sedangkan kita tahu, kita teramat perlu berusaha untuk sampai ke garisan penamat, untuk bertemu dengan Allah azza wajala tercinta.

Kerana itu, apabila merasai semangatmu telah merudum ataupun stagnant,

Cepat2lah bangkit!

Benar perasaanmu itu bahawa sesuatu perlu dilakukan!

Jangan biarkan semangat itu hilang dan terus hilang ditelan masa dan keputus asaan kita dalam mencari jawapan.

Dan setiap permasalahn itu pasti ada jawapannya.


Terkadang kita kehilangan ‘rasa’ itu, bila ketiadaan input yang menolak kita ke hadapan.

Ataupun kerana terbeban dengan masalah mad’u yang menghentak perasaan kita dari terus bersemangat melangkah ke hadapan ( buntu dalam meningkatkan anak2 usrah)

Ataupun kerana masalah kehidupan yang menghimpit jiwa dan mengelabui matlamat dakwah kita di hadapan ( masalah study, duit , keluarga dan sebagainya)

Walaupun apapun keadaan kita, bersegaralah mencari jalan keluar. Kerana setiap masalah, pasti ada jalan keluarnya.

Ingatlah, muda itu sekali sahaja

Bujang pun begitu juga.

Kerana itu, selagi mana kita masih dikurniakan Allah dengan kurniaan sangat besar bernama masa, maka gunakanlah seluruh potensimu untuk dakwah.

Maksud saya, SELURUHNYA untuk dakwah. Sehingga otakmu sendat dari berfikir apa-apa kerana memikirkan dakwah.

Dan kita merasai aliran dakwah itu hidup pada setiap saat darah mengalir dalam pembuluh dari kita.

Hati kita bercahaya saban waktu kerana mahu memancarkan sinar islam pada segenap manusia yang kita temui, kerana itu kita takkan duduk diam, berteleku di daerah kita semata-mata, samada ramai mahupun sedikit manusia yang kita temui di daerah kita.

Dahulu, saya telah bazirkan masa muda saya dengan bersedih dan juga membuat perkara2 yang tidak mendatangkan manfaat. Kerana kebosanan saya mencari manusia2 untuk disampaikan risalah islam ini. Namun kerana kelemahan saya di waktu itu, tidak ramai bersama-sama di jalan ini. (walaupun alhamdullillah, ukhuwah kami sangat rapat)

Di waktu itu hanya berpada dengan apa yang ada. Tidak agresif. Tidak ghairah.

Sehinggalah seorang murabbi mengajarkan saya akan erti kehidupan sebenarnya.

Kehidupan yang perlu kita perjuangkan untuk mendapatkan barakahnya!

Di tika itu, langkah kaki diatur, berkorban berjam-jam perjalanan hanya untuk mendengar 2-3 jam pengisian. Duit di bank tak pernah positif setiap bulan. Kepenatan pulang tiada tara. Pulang ke rumah, tiada teman berbicara tentang dakwah dan tarbiyah. Hanya menelan perasaan ketika melihat akhawat yang ramai di kawasan lain.

Namun ujian-ujian itu menjadikan kita ini kuat. Menjadikan kita benar-benar berpaut pada Allah.

Mengajarkan kita, apa sahaja terjadi dalam hidup kita, kita teramat perlu berjuangggggggggggggggggg untuk mendapatkan cahaya dalam hidup kita

Sebab itu, jika kita berasa selesa dengan keadaan kita, rasa sudah semu, bosan dan jemu, awaslah! Kerana kita dalam kedaan amat berbahaya!

Kerana itu,carilah sumber untuk meningkatkan semula kesegaran nafas yang ada.

Carilah sumber dari Allah, mahupun dari muwajih yang mampu mengetuk jiwamu,

Barangkali kamu sebegitu kerana sudah kurang jihadmu, sudah kurang pengorbananmu, dan sudah kurang makna pada kefahaman mu tentang islam dan dakwah….

Umat teramat sakit sekarang ini, alangkah sedihnya jika kita, sebagai daie, begitu juga..

Bangkitlah adik2ku,m

dari kelesuan, kemanjaan, kesedihan dan kemalasan.

Masa untuk memperbaharui iman dan himmah kita.

Ayuh!

 

Nafas Kader

waktu malam untuk ibadah

perjalanan untuk membaca, jaulah dakwah untuk menebar fikrah

dan berharakah untuk mewarnai dunia

( Quantum dakwah dan tarbiyah)

wallahualam

Advertisements

18 thoughts on “Dan bila semangatmu makin menghilang…

    wannuraishah said:
    March 24, 2011 at 11:56 am

    Salam kak,

    Another timely reminder. Jazakillahu khayran kathira.
    Semangat tu selalu main hide & seek. Kena cepat2 cari balik and tambah lagi.
    Insha Allah. Doakan ye kak =)

    *Semoga himmah yang ada dalam ini tidak bermusim..

    syaradhiyah said:
    March 24, 2011 at 12:08 pm

    alhamdulillah..jzkk kak utk entry ni.
    rasanya spt berada dlm keadaan ni.
    kesedihan yg menguji, hingga membuat semangat jihad semakin pudar.
    tarbiyah menjadi rutin. ghirah yg dulu kian surut. kekuatan hny bgantung pd sahabat2 lain.
    bimbang Allah menggantikan dgn org lain. nauzubillah…
    doakan utk saya!

    belas_kasihan16 said:
    March 24, 2011 at 6:34 pm

    k.aisyah,, syukran ats perkongsian.
    tiba2 ssuai pula dengan timing.
    p/s: looking forward to meet u at da end of da month, enshalla. wink2.

    laskarmentari said:
    March 25, 2011 at 6:22 am

    T___T
    ana setuju sungguh. mlm ni rasanya perlu post mortem progress dakwah dan trbiyyah diri dgn Allah betul2… kekuatan yg dicari2, mungkin sebenarnya dah lama menempati hati. tinggal saja utk direalisasi. jzkk ukhti yg jauh di mata, tak pernah bersua, tapi dekat di hati. InshaAllah.

    tigger said:
    March 25, 2011 at 9:32 am

    salam k aisyah…

    isk!jzkk utk peringatan ini..sngt terkesan…

    “Barangkali kamu sebegitu kerana sudah kurang jihadmu, sudah kurang pengorbananmu, dan sudah kurang makna pada kefahaman mu tentang islam dan dakwah….”

    kena keluar dr kelesuan ini..moga Allah kuatkan utk terus bermujahadah insyaallah…

    anasaifullah said:
    March 25, 2011 at 10:53 am

    slm dr muharikah…
    akak…

    muharikah responded:
    March 25, 2011 at 9:26 pm

    iAllah adik2 semua. moga Allah kuatkan hati2 kita 🙂

    anasaifullah, anti nak tanya soalan ke apa?uhuhuh

    Mujaheedah said:
    March 27, 2011 at 9:09 pm

    salam akak,
    jzkk for sharing nih!
    Moga kite terus ghairah untuk berdakwah..
    tsabbit qulubana ‘ala deenik..

    amieheidi said:
    March 28, 2011 at 6:46 am

    Salam kak,

    Betul kak, ujian menjadikan kita semakin kuat. Semangat membara saya dari bumi Padang, insyaAllah, masih belum luntur (dan harap2 tak luntur2 selamanya).
    Jazakillah for reminder ni kak, teramat sesuai semasa diserang oleh ‘writer’s block’ ni.

    NIkM said:
    March 28, 2011 at 5:03 pm

    salam akak, asyik ‘terkena’ jea biler baca blog akak…. terase sehh.

    Jzkllh for the reminder.. doakan utk kiteorg semua yea akak.. moga exponentially increase in iman and amal..takut akan kematian namun tak menyediakan diri untuk menghadapinya.. Redha Allah mahu dicapai, namun hanya dilidah dan dihati, biler mana kehidupan dunia lebih kita hiasi berbanding akhirat.. 😦

    muharikah responded:
    March 28, 2011 at 11:38 pm

    jzkk semua adik2…. moga kita sama2 tsabat insyaallah..

    Mu'az R said:
    March 29, 2011 at 8:39 am

    Subhanallah kak=) a very simple and yet inspiring in reviving the spirits. Jazakillah khairaan kathiira.

    Muaz Ruslan
    UIA Gombak,
    Ex-Liverpool 2003-2007.

      muharikah responded:
      April 4, 2011 at 1:37 am

      Muaz, anta dulu study kat liverpool utk UG ke sekolah menengah? apapun, moga dakwah melaju di bumi UIA gombak sana!

    momon said:
    April 2, 2011 at 4:15 am

    bile hilangnya ghairah itu, hidup terasa sgt kosong walaupun ramai manusia menemani..
    jalan ini terasa sempit.. rendu kak!!! balik malaya jom! (: kami tunggu..huhu

    heart says words convey said:
    April 5, 2011 at 1:52 am

    […] “Umat teramat sakit sekarang ini, alangkah sedihnya jika kita, sebagai daie, begitu juga”-muharikah. […]

    Khair Hibballillah said:
    April 12, 2011 at 5:03 pm

    Assalamu’alaikum kak,
    Sudah beberapa kali ana mengikuti dan membaca artikel akak,
    dan semuanya sampai ke hati dan menusuk kalbu,
    betul2 terasa dan mengena pada diri,
    teruskan menulis dan menitipkan karya yang boleh menyegarkan jiwa2
    jazakillah khair
    semoga sama2 tsabat di jalanNya

    nadiah said:
    May 7, 2011 at 8:19 pm

    salam w.b.t (k) aisyah(saya rasa, berdasarkan komen2 yang lain :))…
    terima ksih atas peringatan dalam blog nih…walaopon kita teramat jauh dan tak pernah bersua muka..tapi saya sgt menghargai post nih..dimana..kadang2 saya sendiri rasa lemah lutut dengan ujian dalam berdakwah ni..disini..rakan2 sebegini..di malaysia macam2 pulak halnya..tapi InsyAllah..pengakhiran yang molek yang kita cari, kan?…insyAllah saya akan cuba kembalikan semangat…berusaha..lagi ada nafas dan denyutan nadi..owh sebelum saya terlupa..jemput2 lah dtg ke germany kalo ade masa ye..walopon tak pernah berjumpa..tapi atas dasar sy mengetahui yang (k) aisyah memegang satu pegangan spt sy dn lain2.jadi sy mahusgt katakan ini..jazakillah dan uhibbuki fillah..wsalam w.b.t

    nadiah

    Elle said:
    May 24, 2014 at 4:32 pm

    Salam, kak aisyah ^^

    Bila saya down, saya selalu datang sini. Hari ni saya rasa nak quit sangat D&T. I just don’t have the feeling anymore. Saya rasa orang lain tak akan faham apa yang saya nak sampaikan. Tapi bait-bait kak aisyah semuanya bertubi-tubi menembak saya. Tak sanggupnya nak habiskan walau satu ayat. Semuanya zap zap melibas hati saya.

    Betul sangat kata kak aisyah. Kalo lah kita tidak diperkenalkan pada D&T, pasti kita akan all out sangat2 untuk kerjaya kita. Tapi kita tahu. There is something wrong down there. Ada lompong yang kosong dan tersangat kosong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s