buah fikiran · Catatan hati

Mengurus perasaan

Di Oxford University sewaktu saya melawatnya Oktober lepas

Saya sering menyangka semakin dewasanya saya, semakin saya dapat mengawal perasaan. Tetapi semakin kita berusia, semakin kita sensitif, semakin kita demand perhatian, semakin kita mahu dihargai, semakin kita mahu dicintai.

Ternyata, di sebalik saya cuba ignore beberapa perkara kecil dalam kehidupan, semakin saya tak boleh deny yang saya cepat terasa. Terasa apabila orang paling dekat dengan kita tidak memberi perhatian terhadap apa kita katakan. Terasa apabila sahabat kita menyisihkan kita di atas alasan kita sibuk, Sedih apabila adik beradik kita diutamakan ibubapa kita berbanding kita. Terasa apabila boss tegur sedikit. Saya ingat saya seorang sahaja begitu, tetapi ternyata, ramai lalui perkara yang sama.

Yang membezakan kita adalah bagaimana kita uruskan perasaan itu.

Baru-baru ini saya berhadapan lagi dengan situasi ini. Pada awalnya saya ingatkan saya tak patut terasa. Tetapi disebabkan beberapa perkara berlaku serentak, akhirnya emosi saya tak mampu ditanggung lagi. Jujurnya disaat emosi sedang geram dan kecewa, memang terasa enak jika ada punching bag atau pun bantal untuk dibaling-baling. Tapi saya tahu, saya takkan puas begitu. Saya cuba berkomunikasi dengan beliau dan meluahkan rasa hati saya, saya ingat saya lega. Tapi rasa itu tetap juga ada ; sedih, kecewa, marah. Akhirnya saya menangis sepuas-puasnya. Ternyata nangis itu memenatkan. Tetapi ia juga melegakan. Saya kemudian mengambil wudhu dan meminta kepada Allah untuk menenangkan hati saya. Saya pasti sahabat saya sudah tentu tidak mengerti gejolak rasa yang saya rasai. Saya tahu bahkan jika saya meluahkan kepadanya, dia akan rasa drain dan penat, seterusnya menjarakkan diri dengan saya. Saya tahu, apa juga yang bakal buat, ia takkan mengubah keadaan dirinya bahkan situasai kami berdua.

Mesej yang saya sampaikan akhirnya saya delete. Saya berdoa untuk menguatkan saya. Seringkali kita kecewa, tetapi manusia yang kecewakan kita takkan faham apa kita rasa. Bila kita mahu luahkan secara emosi, seringkali keadaan buruk yang berlaku, bukannya bertambah baik. Pada waktu itu, saya tahu, perasaan apa yang saya rasa tidak penting baginya, maka apa yang saya boleh buat adalah baiki keadaan yang ada agar perkara yang sama takkan berlaku lagi. Seringkali yang berlaku adalah kerana salah faham, dan salah komunikasi. Untuk baikinya adalah bukan dengan emosi, tetapi dengan penyelesaian yang objektif.

Kita akan sentiasa struggle dengan emosi kita. Maka melatihnya setiap waktu adalah penting agar kita matang dalam kendalikannya, Kerana seringkali kita kecewa apabila kita tak dapat apa yang kita mahukan

 

Saya melihat, bergantung pada Allah, pemilik hati kita semua amat membantu emosi kita untuk stabil semula. Benar, meroyan pada sahabat, meroyan di blog atau muntahkan segalanya di wassap juga membantu, tetapi biasanya perasaan itu takkan berhenti di situ sahaja. Kita perlukan sesuatu yang boleh rasionalkan diri kita. Selain dari orang yang dekat dengan kita ( yang sering kali emosinya akan terefek sebab kita), mengadu pada Allah itulah sebaik-baik jawapan.

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika kamu sembunyikan apa yang ada dalam dada kamu atau kamu melahirkannya, nescaya Allah mengetahuinya; dan ia mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” ( Ali-Imran 29)

Jika datangnya orang lain untuk membantu menenangkan emosi kita, itu disebabkan Allah yang datangkan bantuan itul

 

Berbicaralah dengan Allah di sepanjang waktu. Sewaktu saya menangis kekecewaan itu, saya terus berdoa dan mengadu pada Allah. Tapi rasa serba salah pula mengadu sambil baring dan muka telekap pada bantal. Akhirnya saya bangun, ambil wudhu, solat dua rakaat, kemudian saya menangis dan luahkan segala isi hati saya pada Allah. Subhanallah. Lega sangat! Setelah solat itu saya mula berfikiran rasional. Dan saya cuba tidak melakukan tindakan yang saya menyesal setelah itu. Mujur sahabat saya belum baca mesej wassap saya itu dan saya berjaya deletenya. Saya mula sedar, dia tidak bersalah dalam hal ini. Cuma saya berada di spektrum fragile dan mudah terpecah perasaan, menyebabkan perkara dia buat menyebabkan saya burst into tears. Apatah lagi seringkali harapan saya begitu tinggi padanya. Berharaplah pada Allah, dan maafkan manusia. Itu yang saya belajar.

Moga Allah bantu menjaga hati kita dan menguruskan perasaan kita.

Wassalam

Muharikah

buah fikiran

Mengejar cita-cita

” Kenapa kau tak berhenti je kerja jadi doktor dan fokus je menulis dan bisnes? Kau dah ada company kot?”

Bukan sekali dua soalan begitu ditanya kepada saya.

Diri ini sentiasa berbolak balik samada nak fokus jadi doktor sahaja, atau buat bisnes sahaja. Atau jadi penulis sahaja ( eh, jadi penulis boleh hidup ke kat Malaysia?) But why not do 3 of them together?

Ada orang memilih berniaga untuk dapat bersara awal dan menikmati dividen dari syarikatnya. Ada yang buat bisnes part time untuk tambahkan income dari sedia ada.

Saya telah memilih satu kerjaya yang menjadi satu kewajipan bagi saya untuk melaksanakannya sampai saya mati; itulah kerjaya sebagai seorang doktor.

” Kerana menjadi doktor ini adalah fardhu kifayah.” begitu kata seorang murabbi saya.

Menyelamatkan seorang manusia pahalanya bagaikan menyelamatkan seluruh manusia sendiri kan?

” Tapi bisnes juga satu fardhu kifayah Kak Aisyah. Memenangkan ekonomi Islam adalah tanggungjawap kita.”

Biasalah berjumpa dengan brother yang jihadnya begitu tegar dalam ekonomi, ucapan sebegitu sangat mengoncang jiwa.

Saya takkan boleh keluar dari menjadi seorang doktor. Bukan sebab gelaran Dr di depan nama saya, tetapi kerana kehidupan itu sudah sebati dalam diri kita. Nampak kaki bengkak, nampak leher benjol, dengar orang batuk berkahak; sel dalam otak terus menghubungkan maklumat yang memberikan jawapan untuk terus mengubati orang tersebut.

Begitu juga saya takkan dapat keluar dari sesuatu yang telah saya mulakan satu masa dahulu. IMAN bukanlah Muharikah, but Muharikah selamanya milik IMAN. Kerana founder, begitu jiwanya.

Niat asalnya adalah untuk menyampaikan dakwah melalui buku dan penulisan.

” So, you menulis, you jadi doktor pakar, dan you pun ada kedai buku ( dan publishing house)?”

Saya tersenyum. Saya bukanlah manusia power. Cuma gambaran orang, bukan sesuatu yang biasa seseorang itu buat 3 perkara sekaligus. Cuma yang ramai tidak tahu adalah , saya menulis semenjak umur 12 tahun. Saya menulis hampir setiap hari sewaktu belajar di UK. Saya mengasah penulisan sehingga menjadi mastery dalam penulisan. Disebabkan saya menulis itu jugalah saya membaca hampir satu buku setiap hari. Sehingga saya master terhadap content yang dibaca.

Apakah itu mastery?

“Endless quest to reduce effort without reducing effectiveness.” James Clear – Penulis Atomic Habit.

So bagaimana pula boleh menjadi doktor pakar?

Again, doing and knowing the right thing, every day. I programmed my life such that I can consumed the information and knowledge with the constraint that I have.

Jika menulis itu adalah dengan menulis setiap hari.
Belajar medik pula adalah dengan membaca dan bekerja setiap hari melihat kes yang sama berulang kali.

Bagaimana dengan bisnes pula?

Jauh sangat bezanya dari bidang perubatan dan penulisan.

Betul, ramai rakan-rakan yang pandai menulis, sedikit sangat yang pandai manage syarikat penerbitan sendiri.
Ramai juga rakan-rakan doktor buat bisnes klinik sendiri, tapi tak dapat sustain dan expand bisnes itu sendiri.

So what is different with me?

Saya pun tak pandai. Tapi saya bersyukur sangat Allah ajarkan saya pada usia yang muda supaya bila dah berusia, I dont have to face same mistakes and start all over again.

Allah temukan dengan orang yang menjadi jambatan saya kepada bisnes. Some tidak lagi menjadi bisnes partners saya, but I always remember them as someone who taught me how to start the business and give me strength to take up the risk. ( risiko paling besar adalah nak gajikan 4-5 staffs bila gaji sendiri pun bawah 4k time tu).

Kemudian Allah temukan dengan individu yang mempunyai impian dan obsesi yang sama ; buku, penulisan dan dakwah. Bersama mereka, kami scale up the company – satu fasa yang 10x ganda lebih susah dari start up.

Degree = Start Up
Master+PhD = Scale Up.

Tapi dari fasa scale uplah saya manfaatkan 20 tahun pengalaman saya dalam sistem tarbiah dan dakwah. Formula dalam pembinaan dan kepimpinan dapat saya aplikasikan, dan saya amat puas.

Kerana dakwah dan tarbiah, harus beriringan dengan harakah dan jihad. Di mana kehidupan harakah dan jihad yang saya betul-betul boleh berkarya tanpa ada sekatan : jihad ekonomi melalui bisnes ( dulu buka kawasan atau ramaikan anak usrah, tapi sekarang buka few business unit dan ramaikan staff). Dan saya puas. Satu keadaan yang barangkali mustahil jika saya bergerak di tempat kerja mahupun NGO sendiri – teori ramai kata boleh; but i have been there, thats why I ended up exploring business as ways to escalate my potentials.

Kini, dengan pertolongan Allah, staff yang bertambah 7 kali ganda dari 5 tahun dahulu, tidak lagi saya runsing membayar gaji mereka setiap bulan. Cash reserve kami cukup untuk lebih 6 bulan gaji ( buat masa inilah ). Alhamdulillah.

Saya manusia biasa. Tapi Allah nampakkan jalan.

Dan inilah satu-satunya event yang saya akan kongsikan dengan panjang supaya saya boleh bantu ramainya rakan-rakan, samada doktor mahupun profesional lain untuk mengejar mimpinya melalui bisnes.

Saya benar-benar menjadikan bisnes ini sebagai karya dakwah saya, seperti mana buku juga sebahagian karya dakwah saya.

“Jika kita nak kaya, kena kaya betul. Sebab dengan kaya betullah itu kita dapat impak negara.” begitu kata murabbi bisnes kami.

Baru tadi saya lihat di IG Tony Fernandes, beliau menerima buku dari Barrack Obama, mendoakan kesembuhannya.

Kami melihat, menjadi kaya itu tidak diukur dengan simbol kemewahan, tetapi sejauh mana bisnes ini memberikan impak kepada negara. Buku IMAN telah pun sampai ke istana negara. Selepas ini, istana mana pula? Buckhingham Palace?

Perjumpaan dan perkongsian sebegini adalah rare. Moga dapat memberikan keyakinan buat ramainya wanita yang selalu tidak yakin akan dirinya sendiri. Sedangkan dia adalah seorang yang hebat, dan boleh menciptakan banyak kebaikan.

Daftar di sini bit.ly/WEEConference2019. Masukkan code WEEMUHARIKAH untuk dapat harga RM 91.34.

PS: Part nak kaya betul tu, memang nampak jalurnya seperti medical field ( more than RM 5 billions total available market banding industri buku- RM 1.5bilion sahaja), tapi again, become the master of business ( mampu capai certain amount of revenue dulu), baru pi cuba yang lain. Yang penting fokus, jalan terus.

buah fikiran · Catatan hati

Pengorbanan kita

Hari raya Adha ini mengingatkan kita akan ketaatan Nabi Ibrahim kepada Allah, dan bagaimana anaknya Nabi Ismail menerima perintah Allah itu untuk sama-sama mereka kerjakan.

75 tahun Nabi Ibrahim menantikan seorang anak, anak yang penyabar bukan sebarangan anak ( kalau anak jahat barangkali ringan sedikit bebanan rasa itu).

“Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. ( As-Saffat: 102)

Tak boleh kita bayangkan betapa besarnya Allah menguji Nabi Ibrahim. Jika logik akal kita sekarang pun kita akan persoalkan perintah Allah itu. Jika kita dapat mimpi seperti itu kita pasti akan terus melupakannya. Tetapi Nabi Ibrahim adalah kekasih Allah, khalilullah. Maka layaklah baginda mendapat ujian yang tidak sama seperti manusia biasa lainnya.

Berat, tetapi seluruh keluarga Nabi Ibrahim akur dengan perintah Allah itu.

Iblis menggoda Nabi Ismail tetapi dilemparkan dengan 7 batu kerikil oleh Nabi Ismail. Iblis pergi ke Hajar, Hajar lempar lagi 7 biji kerikil. Iblis pergi kepada Nabi Ibrahim, maka dilemparkan 7 lagi biji kerikil. (Tempat yang akhirnya dinamakan Jumrah). Konsisten Iblis menggoda mereka kerana perkara ini akan menjadi pelajaran sehingga Kiamat.

Sewaktu penyembelihan itu berlaku, 3 kali cubaan menyembelih dilakukan, tetapi pisau yang digunakan tidak berjaya memotong kepala Nabi Ismail. ( biasa kita tengok orang dihukum pancung mudah sahaja kepalanya dipotong). Berulang kali diasah tajam, sama sahaja tidak berjaya memotong kepala Nabi Ismail.

“sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu sesungguhnya demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar.” (As-Saffat : 105-107)

Begitulah. Pengorbanan pada kita hari ini adalah sekadar mengeluarkan duit untuk membeli seekor/sebahagian kambing/lembu/unta/kerbau. Sedangkan dahulu Nabi Ibrahim diuji dengan mengorbankan rasa cintanya kepada anaknya demi memenuhi suruhan Allah. Sejauh mana kita sudah korbankan apa yang kita rasa, apa yang kita mahu, apa yang menjadi kepentingan diri kita untuk Allah?

Bila kali terakhir kita mengorbankan dan meleburkan diri kita untuk Allah? Sedangkan apa yang Allah berikan kepada kita jauh lebih besar dari apa yang kita korbankan itu?

Nabi Ibrahim mendapat hadiah seorang lagi anak bernama Nabi Ishak. Dari keturunan merekalah lahirnya para Nabi seterusnya di kalangan Bani Israel (keturunan Nabi Ishak) dan Arab (keturunan Nabi Ismail). Keturunan yang sangat barakah.

Allah pasti memberikan kita sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita berikan.

Kita hanya harus percaya.

“Satu tempat di syurga yang sebesar cemeti lebih baik daripada dunia dan seisinya.”

Riwayat al-Bukhari (6415)

Selamat Hari Raya Adha!

bisnes · buah fikiran

Menyumbang, lebih dahulu dari menerima

Salam,

Dunia sosial menjadikan dunia blog seperti ini usang sekali. Walaupun untuk SEO dan dapatan di google, seharusnya blog ini harus terus dapat diupdate. Tetapi seperti mana cara komunikasi berubah, barangkali cara menyampaikan melalui penulisan pun turut harus berubah juga.

Contribution, more than receiving rewards

Apa yang saya pelajari sepanjang kehidupan ini adalah, lagi banyak kita memberi, lagi banyak kebaikan dan rewards yang datang pada kita. Selagi mana kita fokus memberikan value dan kebaikan kepada orang lain, di situlah Allah akan lipat gandakan pahala dan kebaikan buat diri kita.

 

Banyak hadis yang mengajarkan kita perkara ini. Seringkali kita terlalu mengajar reward dan ganjaran, sehinggalah ketika kita menerima reward dan ganjaran itu kita berkira sekali. Setiap kali kita diminta untuk menghulurkan bantuan dan membantu, kita begitu berkira dengan masa dan wang ringgit kita. Orang yang semakin bertambah hartanya tetapi semakin kedekut dan tidak menyumbang, maka dia kebaikan dan pernambahan kekayannya berkurangan.

 

Kekayaan yang bertambah berkadar langsung dengan value dan kebaikan yang kita buat. Kita takkan nampak sekarang, tapi ia pasti berlaku.

“Siapa yang menolong  saudaranya yang lain maka Allah akan menuliskan baginya tujuh kebaikan bagi  setiap langkah yang dilakukannya ” (HR. Thabrani ).

Kebaikan yang datang pada kita semula tak semestinya berbentuk wang dan harta, tetapi berbentuk kesihatan fizikal dan mental, serta hubungan yang baik sesama manusia.

“Sedekah  itu dapat menolak tujuh puluh pintu bala ” (HR Thabrani ).

 

Apabila kita berfikir untuk memberi hanya kerana kita mahu mendapatkan reward dan ganjaran, bukan kerana ikhlas memberikan value kepada seseorang, maka kebaikan itu akan statik pada saat kita menerima reward itu sahaja. Ia takkan bertambah, apatah lagi akan semakin berkurangan.

 

“Sesungguhnya Allah akan menolong seorang hamba-Nya selama  hamba itu menolong orang yang lain“. (Hadits muslim, abu daud dan tirmidzi)

Disebabkan itu, apabila kekayaan diraih, maka semakin tamaklah kita berbuat kebaikan. Hakikatnya kita mahu berjaya dan menjadi kaya itu hanya kerana kita mahu memberi nilai dan bantuan kepada orang lain.

Apabila kita fokus memberikan nilai, kejayaan akan datang kepada kita. Tetapi apabila fokus kepada reward dan ganjaran, maka kejayaan itu terkadang tidak datang sama sekali.

Contribute before seeking reward.

Beri nilai dan kebaikan, sentiasa fokus kepada proses pemberian, bukannya melihat kepada hasilnya itu sahaja.

“Manusia yang paling dicintai oleh  Allah adalah manusia yang paling banyak bermanfaat dan berguna bagi manusia  yang lain; sedangkan perbuatan yang paling dicintai Allah adalah memberikan  kegembiraan kepada orang lain atau menghapuskan kesusahan orang lain, atau  melunasi hutang orang yang tidak mampu untuk membayarnya, atau memberi makan  kepada mereka yang sedang kelaparan dan jika seseorang itu berjalan untuk  menolong orang yang sedang kesusahan itu lebih aku sukai daripada beri’tikaf di  masjidku ini selama satu bulan ”
( Hadits riwayat Thabrani ).

 

Moga kita tergolong di kalangan orang yang obses mahu memberikan nilai, kurang meminta ganjaran dan terus menerus ikhlas dalam menyumbang.

bisnes · BUKU · Penulisan · Pesta Buku

Pesta Buku Antarabangsa KL 2019

WhatsApp Image 2019-04-09 at 22.47.56 (1)Alhamdulillah.

Indeed PBAKL tahun ini antara yang paling rewarding sekali.

1) Jumlah pelawat ke booth IMAN hampir dua kali ganda dari tahun lepas – walaupun hanya 2% dari jumlah seluruh pengunjung ke PBAKL, tapi ia satu pencapaian yang baik.

2) Ahli pasukan yang partime, terdiri dari adik-adik lepasan SPM dan diploma bersungguh-sungguh bekerja walaupun part time. Bersyukur mereka seronok bekerja dengan buku dan menjadikan penulis buku sebagai idola contoh mereka.

3) Ahli pasukan IMAN yang  masih muda tapi sanggu bekerja keras semenjak 6 bulan lepas to make the event looks like an overnight success. Ramai happy dibantu untuk beli buku apa setiap kali bertanya kepada team IMAN.

WhatsApp Image 2019-04-09 at 22.47.56

4) Jualan buku Novel Karma saya dua kali ganda dari Novel Stigma tahun lepas. Jualan buku Stigma tahun ini hampir menyamai jualan tahun lepas di booth IMAN. Market pembaca novel medikal fiksyen ternyata boleh dikembangkan lagi.

WhatsApp Image 2019-04-09 at 22.47.57

5) Lawatan oleh ahli keluarga, sahabat-sahabat lama dan baru, serta syuyukh-syuyukh dari IKRAM terutama Datin Paduka Che Asmah. Datin merasmikan pelancaran buku saya sewaktu pertama kali IMAN buka booth di PBAKL tahun 2015. Kehadiran Datin Paduka yang kini merupakan pengerusi Yayasan Kebajikan Negara sangat menyentuh perasaan.

6) Berkolaborasi dengan beberapa penulis baru termasuk seorang penulis Singapura, Ustaz Mizi Wahid. Bertemu dengan para penulis yang berdakwah menerusi pena ini ternyata memberi bekalan di jiwa bahawa pena ini mampu mengubah manusia.

Di PBAKL ini banyak keajaiban yang tersingkap, terutama apabila kita bergaul dengan manusia yang ikhlas menulis hanya kerana Allah. Moga Allah berkati dan rahmati perjuangan ini, seterusnya meluruskan niat dan keazaman kami berjuang menerusi mata pena.

Alhamdulillah. Another achievement unlock.

In IMAN, we believe passion must be met with purpose. We believe that producing great books must synergise with great business skills. Then the industry can grow unstoppable.

Ada tiga perkara yang penting dalam industri buku ; Artist ( penulis), Science ( marketing) and Arithmetic ( finance). Jaga tiga perkara ini, iAllah berjaya!

bisnes · BUKU · Penulisan · Pesta Buku

Analisa PBAKL 2019

IMG_1710

1. Angka kedatangan pengunjung ke pesta buku belum seperti yang dijangkakan. Data tidak dikongsikan secara rasmi, tetapi rata-rata penerbit, merasainya.

Ada dua tajuk artikel akhbar yang menarik sewaktu PBAKL tahun ini. Keduanya membawa suara buat kerajaan untuk hadirkan kembali baucar buku buat rakyat Malaysia. Membantu rakyat membeli, membantu bisnes penerbit buku, seterusnya industri.

http://www.utusan.com.my/…/industri-buku-ibarat-wad-icu-1.8…

https://www.freemalaysiatoday.com/…/tiada-baucar-buku-beri-…

2. Satu persoalan yang harus ditanya oleh penulis dan penerbit buku, orang membeli buku sebab keperluan atau ianya pilihan? Adakah orang lebih sanggup membeli perkara lain berbanding buku yang memandaikan mereka? Adakah betul orang tak beli buku sebab tak ada duit?

3. Jualan di Matta tahun ini mencatat angka RM 220 juta. Matta Fair berlangsung 3 hari sahaja. https://www.sinarharian.com.my/…/Pameran-Matta-catat-jualan… – dalam artikel di sebut 220 juta) Pengunjung kurang dari 100 ribu orang.

Pengunjung di PBAKL walaupun berkurangan setiap tahun, tapi ada dalam 1.5-1.6 juta pengunjung sekurangnya. Jualan di PBAKL sepanjang 10 hari? Sukar untuk membayangkan akan mendapat RM 200 juta sekalipun bergabung semua penggerai di PWTC.

Orang Malaysia lebih memilih travel dari membaca buku. Orang Malaysia berduit, prioritinya berbeza. Orang berduit tidak membeli buku di PBAKL barangkali.

4. Tahun ini kita menyaksikan beberapa syarikat gergasi mengecilkan size reruainya. Rerurai yang dahulunya paling menjadi tumpuan, kelihatan lengang. Ada syarikat yang tidak lagi menyertainya. Ada yang harus bergabung dengan syarikat lain untuk mengumpulkan audience pembaca yang sama.

5.Banyak perkara yang berlaku dalam industri buku sehingga menciptakan keadaan yang disruptif ini sehingga ramai penerbit saban waktu merasakan baucar bukulah jawapannya. Benar, baucar buku membantu jualan, tetapi ia bukanlah sesuatu yang sustainable. Ia penting sewaktu survival, tetapi tidak boleh dijadikan sandaran untuk pergi lama dan jauh dalam industri buku.

6. Orang tidak membeli buku di PBAKL kerana harganya murah walaupun itu faktor yang menyebabkan orang membeli. Jika murah, pembeli sanggup menunggu BBW. Orang membeli di PBAKL sebab apa? Inilah persoalannya yang harus ditanya saban waktu oleh penerbit. Pertanyaan yang harus didapati jawapannya dari pembaca.

Orang membeli hanya kerana mereka mahu.

7. Penulis dan penerbit harus memindahkan cara fikir dari menjual buku sebagai produk, kepada menulis buku yang sesuai untuk pembacanya. Soalnya bukan berapa banyak judul nak diterbitkan. Tetapi nak terbitkan buku apa yang orang perlukan. Orang akan sanggup membeli apabila buku dilihat sebagai ubat kejiwaan dan menyelesaikan masalah kehidupannya. Kita perlu jadikan setiap buku adalah keperluan, bukannya pilihan. They have to got it.

Ini bermakna, kita harus fokus menerbitkan bacaan yang pembaca mahu baca, bukan apa yang kita mahu terbitkan.

8. Generasi telah berubah. Cita rasa pun begitu. Pembaca sudah mempunyai banyak pilihan content percuma di dunia maya. Apa yang menyebabkan dia sanggup membeli content pada helaian kertas?

Kerana nilaian content tersebut. Content itu tidak akan terdapat di mana-mana alam maya sekalipun. Content itulah yang harus dicipta oleh penulis dan dibantu penerbit.

Dunia sekarang bukan lagi peperangan harga, tetapi peperangan content. Main game yang betul, kita akan menangi war tersebut.

9. Penerbit dan penulis yang membina content yang berterusan semenjak 6 bulan lepas sahaja kelihatan berbangga dengan prestasi PBAKL kali ini. Boleh lihat sahaja Ayman Wong ( The Patriots) dan Hilal Asyraf. Seronok belajar dari kejayaan mereka.

10. Sebagai pejuang buku, usaha memandaikan bangsa ini harus dimulakan dengan memandaikan diri kita sendiri dahulu di dalam menguasai kebijakan industri buku. Kita harus cipta sendiri kod dan formula kejayaan dalam penerbitan buku yang boleh direplikasikan oleh orang lain. Kerana kita sangat mahukan rakayat malaysia membaca, melangkaui KL World Book Capital 2020.

11. Di IMAN, banyak perkara yang dipelajari setiap kali PBAKL. Antaranya, belajar keperluan dan psikologi setiap pembeli buku di situ. Menarik dapatannya. Semuanya berkait rapat dengan B= MAT yang pernah saya kongsikan dalam posting sebelum ini. Nak tahu dan dengar lagi, boleh datang talk hari Ahad petang ini nanti.

PS: Saya bangga bertemu dan berkerjasama dengan anak muda dalam usaha mulia ini. Perjuangan yang harus diteruskan. Kita mahu pergi lebih jauh lagi dalam usaha ini, ke arah #MalaysiaMembaca

bisnes · BUKU · iman · Penulisan · Pesta Buku

Compounding Effects

 

1. Orang selalu memahami compounding effect ini dari sudut kewangan. Nasihat orang biasanya, simpan duit di Tabung Haji atau Fixed Deposit. Jangan simpan di saving kerana TH atau FD ini kadar dividennya 3-7% setiap tahun. Dalam hal ini, jika kita letak duit di tempat tersebut, duit kita akan bertambah sendirinya. Dari awal, letak banyak dan simpan lama, maka bertambahlah duit itu tanpa kita buat apapun. Ini maksudnya; ” The ability of an asset to generate earning”.

2. Ini juga berlaku kepada hartanah. Beli tahun ini, lagi 20 tahun rumah itu akan bertambah harganya. Jika lokasi yang dipilih bagus, banyak keuntungan boleh didapati.

3. Compounding effects ini juga terdapat dalam ilmu, hubungan sesama manusia, serta usaha-usaha yang kita lakukan untuk kejayaan kita di masa akan datang.

4. Invest your time with your long term people. Dalam urusan hubungan /relationship dengan orang lain, kita invest masa kita dengan orang yang ada compounding effect dengan kita. Kita bina hubungan yang baik dengan dia, jadi sahabat dia, 10 tahun akan datang, dialah yang akan membantu dan menjadi pelanggan utama kita. Dia juga akan bekerjasama dengan kita untuk projek-projek yang tidak kita sangkakan. Iman Shoppe Sales terbina di atas hubungan compounding effect ini. Tanpa lingkungan hubungan yang terbina rapi, kepercayaan juga sokongan dari awal, mustahil sebuah kedai buku itu mampu berdiri seperti hari ini. Saya juga tidak menyangka, hubungan saya dengan individu yang membangunkan dan menyokong IMAN sekarang adalah hubungan yang telah dimulakan 10-15 tahun yang silam.

Invest your time with long term people.

3AB1DF41-CA86-4868-B4EA-C76D2D8C33FA

5. Ilmu juga bertumbuh secara compound interest apabila kita menstrukturkannya dengan baik. Learning is long life process. Ini adalah salah satu prinsip kejayaan. Apa yang kita belajar sewaktu universiti, sangat membantu di dalam urusan karier kita. Tetapi tidak boleh berhenti setakat itu sahaja. Kita perlu pastikan compound interest itu berlaku, berlaku dengan banyak sekali. Tidak boleh sama sekali berhenti belajar, Samada secara formal atau tidak, pembelajaran itu harus berlaku. Menjadi consultant endocrinologist adalah efek kepada compound interest medical degree, MMED atau MRCP. Menjadi businessman berjaya, adalah compound interest dari pengalaman peribadi, course yang dihadiri, pengajian MBA, bacaan buku yang mendalam, juga pembelajaran dari mentor. Yang penting kita harus tahu, ilmu apa yang harus menjadi asas/foundationnya, Seterusnya, bina ilmu yang lebih kompleks di atasnya.

Invest your time to develop specific knowledge. Specif knowledge that robots or others cannot copy from you. If they can, you will get replaced. Find specific knowledge that people will pay you, at scale.

6. Penulis prolifik tidak akan pandai menulis secara tiba-tiba. Ia memerlukan latihan berterusan sehinggalah bertemu titik kejayaan. Saya menulis sejak umur 13 tahun. Menjadi editor majalah sekolah ketika umur 16 tahun. Menulis di blog secara solo ketika 21 tahun. Menulis buku pertama pada usia 29 tahun. Kini baru boleh katakan saya sudah menulis 10 buah buku. Semua itu adalah hasi compounding effect 20 tahun yang lalu.

Invest your time to develop skills that others cannot copy from you. If they can, then they can be better than you.

7. IMAN di PBAKL terhasil dari compounding effect ini. Bermula dengan content yang nak disampaikan, orang-orang yang mendirikan IMAN, para penulis yang dijaga sepenuh hati, seterusnya hubungan sesama pembaca, semuanya itu tidak bermula secara tiba-tiba. Ia adalah kesan kepada satu niat, kita mahu rakyat Malaysia ini mempunyai akses kepada bahan bacaan yang tinggi kualiti kontennya. Great Content Matters kerana apa yang dibaca itu dapat membentuk pemikiran mereka dan mengubah kehidupan mereka seterusnya. Harapannya, anak muda menjadi addicted untuk terus membaca tanpa mereka sedari kehidupan mereka telah berubah kerana IMAN.

8. Dahulu, kami perhatikan sahaja orang-orang yang memenangi Anugerah Buku Negara. Antara yang selalu disebutkan adalah buku Fattah Amin. Semenjak dari situ, kita berazam untuk mengangkat buku yang lebih berkualiti dan bermanfaat. Kerja yang bukan sehari dua, tapi telah dibuat bertahun-tahun lamanya. Hasilnya, Isnin yang lalu, dua buku ImanPublication berjaya dinobatkan sebagai Buku Bahasa Inggeris Terbaik; Letters To God dan Kategori Buku Umum; Detour. Ini merupakan anugerah ketiga yang pernah dimenangi buku-buku IMAN di Anugerah Buku Negara.

9. Compounding effect takkan berlaku jika meletakkan sesuatu hanya sebagai simpanan sahaja ( seperti Saving Account) tanpa kita memikirkan untuk kembangkan aset yang kita ada. Aset kita ini adalah knowledge, skill, friendship dan tentunya aset kewangan. Letakkan kesemuanya itu di tempat yang kita boleh scale dan kembangkan.

Semoga bermanfaat! Jemput datang booth IMAN untuk yang belum datang lagi PBAKL ya!

71b84944-eeac-45d8-ae28-02e0afe6c06d

buah fikiran · Formula kehidupan · motivasi

4M Yang Mampu Mengubah Kita

Ada 4 perkara yang menyebabkan seseorang itu berjaya mencapai apa dia mahukan, tidak kira di fasa mana dia berada.

1) Mulakan
Sesuatu perkara takkan berlaku, sehinggalah kita memulakannya. Ramai orang stuck di fasa pertama ini. Ramai ragu-ragu dalam memulakan. Tidak sedikit yang takut memulakan. Kita sering dibayangi oleh fikiran negatif dan keburukan yang berlaku pada orang lain atau kisah silam kita, menjadikan kita pesimis akan masa depan kita.

Jika kita tak mulakan, kita takkan tahu kita boleh buat atau tidak. Jika kita tak mulakan, kita takkan boleh mengubah kehidupan kita.

Saya sering ditanya, apa yang menyebabkan saya memilih jalan kehidupan saya sekarang ini. Adakah saya tahu apa akan berlaku pada kehidupan saya, Adakah saya ada ilmu yang cukup sebelum berbuat satu perkara? Jujurnya saya tak pernah bayangkan apa yang bakal berlaku sewaktu saya memulakan sesuatu, samada dalam bidang medik, penulisan mahupun bisnes. Yang penting di waktu itu, keadaan menuntut saya berbuat dan memulakan. Tawakal kepada Allah, dengan niat yang jitu, Allah memudahkan urusan setelah itu.

Mulakan, dan belajar dari kesilapan itu lebih baik dari duduk selesa meneruskan rutin kehidupan tanpa mengubah keadaan diri kita.

Bila kita tidak mulakan, kita tidak akan ada progress. Bila tidak ada progress, tidak akan ada growth. Bila kita stagnan, kita akan jadi tidak lagi relevan.

2) Mental

“Victory begin in mind first before the actual battle.”

Dalam nasihatnya kepada orang bisnes, Tony Robbins berkata;

“80% is psychology, 20% is operation.”

Bila kita positif dan yakin akan berjaya, kita sudah hampir 80% berjaya. Ramai orang pandai dia jadi gagal kerana tidak yakin diri. Ada ramai orang yang biasa sahaja, tetapi sebab konfiden dia tinggi, dia berjaya dapat apa dia mahukan.

Setiap orang yang berjaya telah memetakan atau menggambarkan kejayaan tersebut di minda mereka. Ini dipanggil ‘mental mapping’ atau ‘vision planning’ yang bermula di minda dahulu sebelum ditulis di atas kertas.

3) Motivasi
Selain memulakan dan berfikiran positif, kita perlukan motivasi yang dapat ‘drive’ kita like crazy untuk capai apa kita mahukan itu. Bila obses, barulah ada energy untuk completekan gol kita tersebut. Seringkali motivasi itu datang dan pergi. Disebabkan itu kita perlukan social support untuk bantu kita sentiasa hidup dalam motivasi tersebut.
Setiap hari tanya kepada diri sendiri; “Kenapa aku buat perkara ini? Kenapa aku perjuangkan benda ini?” Dari situ, cari jawapan yang boleh motivasikan diri kita.

4) Momentum
Apabila berlakunya progress, akan adanya perkembangan, maka seterusnya yang berlaku adalah momentum. Berterusan berbuat. Kita akan perlu pergi step seterusnya sehinggalah kematian menjemput kita.

Setelah dapat degree, kita belajar masters, seterusnya PhD, seterusnya post doc…. Inilah dinamakan momentum.

Setelah jadi specialist, belajar subspeciality, selepas consultant, jadi senior consultant, jadi pengarah hospital, jadi dekan. Inilah dinamakan momentum.

Setelah buka satu syarikat, gajikan 10 orang, seterusnya 20 orang, seterusnya 100 orang. Dari satu syarikat, menjadi puluhan syarikat. Dari RM 1 juta revenue kepada RM 100 juta revenue. Inilah dinamakan momentum.

Peningkatan adalah hasil dari momentum ini. Bagaimana momentum ini berlaku? Apabila kita memutuskan untuk memulakan sesuatu. Kita akan ditolak sendiri oleh keadaan untuk meneruskan momentum itu sehinggalah kita memilih untuk berhenti.

Saya bergerak atas momentum ini. Dari satu buku ke buku seterusnya. Dari satu jawatan ke jawatan seterusnya. Dari menerbitkan majalah, sehinggalah memiliki kedai buku, seterusnya syarikat penerbitan dan seterusnya….

Dari sekadar menjadi seorang naqibah dan murabbi usrah, kini menjadi wakil CSO Malaysia di peringkat Asean. Ini adalah momentum.

Yang penting, jangan takut memulakan!

BUKU · Catatan hati · Novel · Penulisan · Pesta Buku

Buku Terbaru 2019 : Karma

Baru berkesempatan untuk update mengenai buku terbaru saya, Karma di sini. Di era sosial media, memang lebih mudah update di sosial media berbanding blog. Saya sendiri masih menanti website saya http://www.muharikah.com sepenuhnya siap. Sudah dua tahun dalam construction mode.

Di dunia era konten ini sangat penting untuk meletakkan konten di website atau blog. Bila kita sudah meninggal dunia atau akaun sosial media kita deactivate, masih ada lagi konten kita yang boleh dibaca di sini.

Alhamdulillah, tahun ini merupakan tahun ke enam aku menulis buku, dan buku ke 10. Rasa hidup seperti roller coaster pun ada apabila terpaksa juggle antara karier seorang doktor, usahawan dan penulis buku. In between, menjadi seorang murabbi dan ahli keluarga juga. Tetapi kehidupan sebagai seorang penulis ini sangat rewarding sebenarnya, kerana saya boleh menjadi diri saya sewaktu saya menulis. Jujur dan berterus terang.

Apabila karier sebagai seorang penulis ini ibarat roller coaster, saya tak pernah ada concrete plan mengenai perjalanan kehidupan saya sebagai penulis. Barangkali sebab saya hanya menulis kerana saya suka menulis dan berkongsi. Sebahagiannya juga kerana ingin memenuhi permintaan para pembaca saya. Merekalah motivasi utama saya menulis.

Seiring dengan waktu, saya melihat ramai penulis Iman Publication berjaya mencapai kedudukan sebagai penulis best seller apabila berjaya menduduki carta buku terlaris di kedai buku MPH dan Popular. Sudah tentu saya berfikir, kesibukan saya menguruskan dua karier besar saya menjadikan saya kurang fokus di dalam penulisan. Saya sendiri masih mencari niche yang tepat penulisan saya.

Pembaca saya yang terawal ramainya dari kalangan orang usrah dan dakwah. Mereka banyak membaca tulisan-tulisan perkongsian berbentuk dakwah. Seterusnya mereka yang meminati penulisan selfhelp dan perkongsian kehidupan. Di waktu itu sambutan buku saya Hidup Yang Aku Pilih, agak suam-suam, tidak selaju buku-buku Iman yang lain. Akhirnya saya memilih untuk serius menceburi bidang penulisan novel, satu genre yang begitu mencabar skil penulisan saya.

Ini kerana saya perlu meletakkan diri saya pada watak utama dan buang ciri-ciri watak wanita muslimah solehah yang ideal di dalam watak tersebut. Dalam buku saya sebelum ini, kebiasaan saya banyak menyebut tentang kehidupan sebagai seorang Muslim dan daie, tetapi dalam novel pertama saya, Stigma, saya terpaksa memasukkan diri saya di dalam diri Iman Syahirah, seorang lesbian yang sudah pun bertaubat.

Jujurnya saya rasa teruja setiap kali menulis novel. Penceritaan selalunya menghidupkan. Perjalanan menulis novel ini benar-benar mengenalkan diri saya sendiri. Saya mengkaji dan merentasi pelbagai dimensi watak dan cerita. Saya mula menjadi peka dan prihatin terhadap peristiwa yang berlaku pada pesakit saya. Kerana latar belakang novel saya memang kesemuanya berdasarkan kehidupan pesakit saya.

Disebabkan novel Stigma hanya ditulis dalam masa kurang sebulan, endingnya kelihatan abrupt. Ramai yang kecewa. Ramai yang mahu supaya novel itu lebih panjang lagi. Maka saya hadirkan Karma, dengan masukan penceritaan karakter yang lebih detail dan deskriptif. Editor Iman banyak membantu saya dalam menyusun plot, dan invest lebih banyak masa dalam pembinaan karakter. Inilah perjalanan penulisan yang agak bermakna bagi diri saya.

Perjalanan yang melekakan? Barangkali benar. Membaca novel memang melekakan. Kita akan rasa bersalah adakah membaca novel ini akan memberikan pahala tak seperti mana kita membaca buku dakwah yang lain? Tetapi 4 tahun dahulu, cucu usrah saya membeli novel cinta di Pesta Buku. Saya bertanya kepada dia, kenapa beli buku tersebut sedangkan memang sinopsisnya memang purely cinta.

” Dalam ini banyak je unsur dakwah kak. Best cara dia tulis novel ni.” Di waktu itu saya telah pun mengeluarkan beberapa buku, tetapi satu pun dia tak membeli dan membacanya.

karma

Dari detik itu saya berazam, saya mahu berdakwah melalui novel, walaupun saya harus memasuki dunia yang gelap untuk membawa obor cahaya itu. Dari kisah-kisah manusiawi yang real berlaku, saya selitkan unsur-unsur harapan bahawa ujian di dunia hanya sementara sahaja. Kita perlu keep on fighting dan berusaha berbuat yang terbaik di dunia ini. Walaupun ia bertentangan dengan apa yang kita mahukan.

Novel Karma merupakan sambungan kisah Iman dan Faris. Kisah dua dunia bertemu pada ikatan yang sama. Bertemu dengan konflik dan perselisihan yang berlaku barangkali disebabkan oleh kisah silam mereka. Di setiap ujian yang mendatang, ada sesuatu yang Allah mahu berikan di hujungnya.

Akan keluar di Pesta Buku Antarabangsa 2019 di PWTC, bermula 29 Mac sehingga 7 April 2019 ini di booth Iman Shoppe.

Maklumat lanjut boleh layari website Imanshoppe.

Trailer video Karma.

 

buah fikiran · marketing · Organisasi · takwin

Apa yang menyebabkan seseorang itu berbuat?

Pagi tadi saya menyertai perhimpunan #solidarity4peace. Perhimpunan itu diadakan bagi mempromosikan Islam sebagai agama keamanaan, bersempena dengan pembunuhan 51 orang Muslim di Christchurch. Satu perhimpunan yang sangat bagus, tetapi sambutannya amat kurang sekali.

WhatsApp Image 2019-03-23 at 22.20.05
Selain dari kempen permasaran yang lemah , ramai juga yang mengetahui tetapi barangkali tidak ada keinginan yang tinggi untuk pergi. Saya juga pada awalnya tidak mengetahui pokok pangkal perhimpunan itu dan agak keberatan untuk hadir sehingga sehari sebelum itu.

Saya teringatkan teori behavioural model yang dibuat oleh BJ Fogg, seorang pakar persuasif dari Stanford University. Formula beliau untuk mempengaruhi seseorang itu berbuat adalah B=MAT, Behaviour = Motivation X Ability X Trigger.

Manusia berbuat apabila adanya:
1) perkara yang memotivasikannya berbuat – samada ’cause’, kefahaman, atau rasa belong kepada sesuatu perkara. Sebagai contoh, dalam marketing, motivasinya adalah manfaat produk. Dalam dakwah, motivasinya adalah kebaikan. Dalam pekerjaan, motivasinya adalah keseronokan melihat keberhasilan.

2) Ability – kemampuan berbuat. Ini terbahagi kepada 6 perkara – masa, duit, kemampuan fizikal, fikiran, rutin dan faktor kebersamaan.

Jika ada motivasi untuk ke perhimpunan solidariti pagi tadi, tetapi tidak ada masa, tidak ada duit, kesihatan terbatas, atau kene fikir banyak, atau tempatnya jauh, dan rasa seorang diri sahaja yang pergi, itu antara halangan seseorang itu berbuat.

Solusi kepada halangan ini adalah – mudahkan prosesnya. Dalam bisnes, mudahkan proses pembelian. Dalam dakwah, mudahkan proses untuk seseorang itu beramal. Dalam pekerjaan, automatedkan dan sistemkan proses kerja.

3) Trigger – right trigger atau call to action ini yang akhirnya menyebabkan seseorang itu bergerak. Kena ada arahan untuk berbuat. Contohnya kalau tak beli produk itu sekarang, harga akan jadi mahal. Kalau tak pergi program pengajian, akan rugi tak dapat ilmu.

Seseorang itu takkan berubah jika tidak ada tiga-tiga ini. Apabila seseorang itu sukar untuk berbuat, maka perhatikan, masalahnya pada motivasi, ability, atau trigger? Baiki kesemuanya. Salah satu tidak ada, orang takkan membeli produk kita, orang takkan ikut panggilan dakwah kita, orang takkan datang ke program kita.

Jangan kita salahkan orang lain kenapa tak ikut join kita buat kebaikan? Kita harus fahami, manusia bertindak, atas tiga faktor di atas.

Bacaan lanjut boleh dapati di sini = https://www.growthengineering.co.uk/bj-foggs-behavior-model/

bj-fogg-behavior-model-grapic

buah fikiran · BUKU · catatan

KL World Book Capital 2020

Hari Jumaat, 8/3/19 yang lalu, saya berpeluang bertemu dengan secretariat KL World Book Capital 2020 (KLWBC) bersama dengan penggerak industri buku yang lainnya. Ternyata begitu ramai pencinta buku serta penulis yang bersungguh-sungguh mahu menjadikan Kuala Lumpur sebagai kota buku tumpuan dunia.

World Book Capital (WBC) ini telah diasaskan oleh UNESCO pada 2001, di mana kota Madrid menjadi ibu kota pertama mengendalikannya. Tujuan utama diwujudkan konsep kota buku ini adalah untuk mempromosikan budaya membaca serta buku melalui aktiviti sepanjang tahu. Melalui konsep WBC inilah banyak kota dan bandar yang dahulunya sunyi dan malap aktiviti pembacaan dan industri bukunya bangkit menjadi sebuah kota yang membaca.

Apabila Malaysia terpilih menjadi WBC2020, sudah tentu ia akan menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Tetapi semua tahu, menjadi Kota Buku Dunia tidak sekadar menambah dan membaiki infrastruktur sedia ada. Tidak juga sekadar menaikkan iklan-iklan yang menghujani papan billboard. Tidak juga tergambar pada jualan buku yang murah. Tetapi sebenarnya mengubah masyarakat Malaysia menjadi masyarakat membaca.

Kajian terbaru pada tahun 2014 menunjukkan kadar buku yang dibaca oleh rakyat Malaysia adalah 12 buku setahun. Ia adalah jumlah yang sama dibaca oleh rakyat Amerika, kerana rata-rata mereka lebih banyak menggunakan audiobooks dan Kindle.

Tetapi mengapa industri buku kelihatan merudum? Kenapa semakin kurang orang membeli buku di kedai ataupun di pesta buku? Sehingga ramai penerbit terpaksa menurunkan harga buku dan dijual lelong sehingga mendukacitakan para penulis demi survaviliti bisnes. Kesannya, semakin ramai penulis yang mempromosikan ‘selfpublishing books’.

IMG_0598
Bersama penulis-penulis yang banyak gerakkan industri buku

Saya percaya, rakyat Malaysia masih ramai mahu membaca. Kita memahami kepentingan membaca ini. Membaca adalah ‘exercise’ kepada otak. Ia melancarkan salur darah dan mempercepatkan ‘connectivity’ di dalam otak. Ini menjadikan otak kita lebih tajam dan dapat mengeluarkan idea-idea yang luar biasa. Dalam masa yang sama, mampu mengkoordinasikan pelbagai ‘task’ dalam masa yang singkat. Membaca mengurangkan risiko dementia atau nyanyuk di masa tua nanti.

Oleh itu, usaha untuk menjadikan Malaysia negara membaca adalah usaha dari semua pihak. Bermula dari penulis, yang menulis bukan sekadar menulis, tetapi mengkaji keperluan pembaca. Seterusnya penerbit buku yang bukan sekadar mengedit dan mencetak, tetapi juga membantu dalam usaha permasaran dan promosi pada ‘content’ bukan pada potongan harga. Juga kepada pembaca yang memberikan feedback kepada penulis dan pembaca lain, agar ekosistem membaca di negara ini akan terus hidup.

Ada buku yang baik, tetapi tidak sampai ‘awareness’nya kepada pembaca yang tepat. Ada pembaca yang mahu membaca, tetapi tidak jumpa buku yang dia mahukan. Yang kita tidak mahu adalah, insan yang merasakan dia tak suka membaca, dan boleh hidup tanpa membaca. Kerana kesannya amat merbahaya buat individu dan masyarakat secara keseluruhannya.

Moga KLWBC2020 tidak akan jadi sekadar slogan, tetapi menjadi satu aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya untuk menjadikan rakyat kita, suka membaca.

 

buah fikiran · Pesta Buku

#TerbangBersama

IMG_0550.PNG

Dahulu sewaktu belajar lama di UK, saya tak pernah ambil pusing akan pesta buku di sana. Barangkali disebabkan pesta buku antarabangsa kebiasaanya adalah untuk traders atau penjual/penulis buku. Bukan untuk pembaca buku.

Tetapi di Malaysia, ternyata suasana berbeza sekali. Pesta buku memang benar-benar dibuat untuk pembaca buku. Untuk kita yang memang tegar membaca buku, sewaktu pesta bukulah kita berpeluang untuk beli buku yang kita mahu pada harga yang rendah. Saya masih ingat sewaktu di sekolah menengah, saya akan pergi ke booth buku second hand di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Ada waktu saya pergi berulang kali sebab nak baca buku di booth di situ. Bahan-bahan saya pilih sewaktu itu adalah fiksyen Melayu dan Inggeris.

Kini booth seperti itu sudah tiada, saya sendiri sering terpinga-pinga booth mana yang harus saya tujui, setiap tahun pasti berbeza. Yang sentiasa menjadi minat saya sebagai pembaca adalah booth yang menjual buku yang rare pada harga yang murah. Terutama buku terjemahan sejarah-sejarah Islam ataupun tafsir Quran.

Seringkali juga saya akan burui buku-buku bisnes yang terbaru dan dijual pada harga yang murah.

Namun, kegembiraan paling besar pada setiap kali pesta buku adalah bertemu dengan ramainya orang yang mempunyai kegilaan yang sama. Perbicaraan pun berkenaan dengan buku. Tidak ada tempat yang begitu bermakna berbanding dengan berbicara dengan buku.

Dari beberapa buku, menjadi banyak betul buku yang dibelinya! Tapi hati sangat puas! Sangat gembira. Ternyata masih ramai menyintai membaca, cuma hanya perlu ada buku yang tepat pada orang yang tepat sahaja.

Semenjak pulang ke Malaysia tahun 2011, saya sering melihat banner PBAKL berterbangan, memanggil saya untuk menyertainya. Bukan sekadar sebagai pembaca, tetapi sebagai penulis.

Dengan izin Allah, pada tahun 2015, Iman Publication dan Iman Shoppe ( penerbit dan penjual buku saya) berjaya menyewa satu booth di dewan Mawar di PWTC, sesuatu tindakan yang sangat berani tapi bermakna di waktu itu. Di waktu itulah buku pertama saya dilancarkan. Selepas itu, semuanya menjadi sejarah yang besar buat saya sendiri dan team IMAN.

Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur akan berlangsung pada 29 Mac – 7 April 2019. Kebiasaanya berlaku pada bulan May. Tetapi diawalkan kerana bulan puasa sebulan setelah itu.

Semakin tahu saya semakin teruja. Namun ada juga kegusaran yang dirasai bersama teman penerbit lain.

Secara statistiknya, purata kehadiran pelanggan ke PBAKL adalah 2.5 juta hampir setiap tahun kecuali tahun 2018, di mana jumlah kehadiran dikatakan jatuh sehingga 1.7-1.8 juta kehadiran.

Tahun 2019 ini juga menyaksikan ramai rakan industri lama mengecilkan saiz booth dan juga tidak lagi menjadi pempamer. Penerbit self publishing yang menerbitkan buku mereka sendiri pula yang hadir mengisi kekosongan yang ada.

Adakah benar rakyat Malaysia seperti kita kurang membaca? Adakah kita sudah puas dengan tulisan di sosial media? Adakah kita sudah tidak ada masa untuk membaca?

Saya percaya, semakin kita pandai, semakin kita nak cari buku dan cari lagi ilmu. Lagi kita curious, lagi kita nak belajar banyak perkara. Banyaknya pelajaran itu tentunya adalah dari buku ; tidak di sosial media, tidak juga di TV.

Cuma, adakah buku yang kita cari itu ada dijual di booth-booth di PWTC nanti?

Hubungan antara pembaca,penulis, penerbit, pengedar serta penjual buku sangat penting di dalam industri buku , seterusnya membangunkan negara kita ini.

Di mana kita nak bertemu dengan mereka semua ini? Di pesta buku antarabangsa kuala lumpur.

Saya kira, sudah tiba masanya kita mengubah cara kita menjadi pembaca pasif yang menerima sahaja sebarang bacaan yang ditawarkan kepada pembaca yang aktif, minta kepada penulis untuk menulis apa yang kita perlukan untuk diri kita. Bertemu dan berbincang dengan mereka di pesta buku nanti. Pertemuan ini sangat bermakna bagi saya secara peribadinya.

Insyaallah, moga panjang umur dan murah rezeki. Buat yang berkelapangan, sudikan hadir ke pesta buku antarabangsa, antara pesta yang barakah bagi saya yang berlangsung di Malaysia ini. Moga kehadiran semua menyemarakkan lagi industri buku kita.

Saya akan bersama team IMANSHOPPE kali ini dengan tema tahun ini #terbangbersama.

buah fikiran

Impostor Syndrome

Salam.

 

Maaf semua kerana begitu lama senyap dan sepi. Saya secara jujurnya sedang mencari rentak penulisan content yang mahu saya kongsikan kepada umum. Terutamanya apabila penglibatan saya ada dalam pelbagai bidang; perubatan, kepimpinan, penulisan, dakwah dan bisnes. Saya sendiri baru menyiapkan manuskrip novel terbaru untuk pbakl 2019 dan sedang sibuk dengan persiapan pesta buku antarabangsa yang akan berlangsung pada hujung bulan Mac ini 28-7 April.

Saya mulakan dengan sharing berkeaan impostor syndrome. Baru ini saya bertemu dengan seorang pelajar perubatan di Pulau Pinang sewaktu saya memberi ceramah di sana. Dia menyatakan bahawa dia begitu kurang keyakinan diri sambal mengalirkan air mata ketika bertemu saya. Saya juga baru bertemu dengan seorang teman yang sedang mengikuti pembelajaran di peringkat yang tinggi, tetapi menghadapi isu yang sama, kurang konfiden diri.

 

Mesti ramai yang menghadapi struggle yang sama. Bila kita mula membandingkan diri kita dengan orang lain, kita akan lose confident dengan apa yang kita buat. Apatah lagi apabila kerja-kerja yang kita buat, tidak mendapat penghargaan dari boss, rakan atau pun rakan-rakan sekeliling kita. Untuk stop comparing agak sukar, kerana kita membuka social media setiap hari. Tetapi apa yang kitab oleh buat adalah, menukar mindset kita, dari comparekan diri kita dengan orang lain, kepada mendapatkan inspirasi dari orang itu.

 

Kita sebenarnya berlawan dengan pencapaian diri kita sendiri. Barangkali orang yang kita lihat Berjaya itu sedang compete dengan dirinya sendiri juga. Allah sendiri akan memberikan kita pahala atas usaha yang baik, yang kita lakukan setiap hari. Bukan atas kita dapat lebih bagus atau menang atas orang lain.

 

Tidak ada yang lebih istimewa melainkan diri kita sendiri. Kita sahaja dapat melihat diri kita sebagai insan istimewa, terlebih dahulu dari orang lain. Bila kita dapat menukar mindset ini, barulah kita rasa lebih tenang, lebih berkeyakinan dan lebih menghargai diri kita sendiri. Kita sebenarnya lebih hebat dari apa yang kita sangkakan!

 

Bertemu lagi di perkongsian seterusnya.

 

Muharikah

buah fikiran · dakwah · tarbiyah

2019 yang menumbuhkan.

Salam akhir tahun dan juga tahun baru buat akhawat semua.

Lama tidak berkongsi di sini. Sudah tentu tahun 2018 memberi satu lonjakan baru buat dakwah, juga cara kita melihat diri kita ini.

Maka, apa yang perlu kita persiapkan menjelang tahun 2019? Apa hala tuju diri kita seterusnya dakwah kita? Ke mana kita harus pergi?

Bagi saya sendiri, tahun 2019 ini merupakan tahun ke-20 mengenali jalan dakwah ini. 2 dekad yang agak panjang untuk menganalisa serta melihat jatuh bangun, juga keluar masuknya sahabat seperjuangan dari jalan dakwah ini. Saya juga melalui fasa tarbiah di mana IKRAM masih belum terwujud

 

sehinggalah kini apabila IKRAM sudah dikenali masyarakat Malaysia, ahlinya menjadi menteri malah sudah ada tempat sebagai pengarah/pengurus di dalam agensi negara ini.

Satu lonjakan baru tahun 2018 ini adalah bagaimana jemaah kita ini bertumbuh menjadi NGO yang relevan dan berperanan besar di dalam masyarakat.

Maka tahun 2019 memberitahu kepada kita, ada sesuatu yang besar yang harus kita persiapkan bagi diri kita, agar persediaan itu memberi impak yang besar pada dakwah itu sendiri.

Namun, sudah tentu, masih ramai tidak tahu, ke mana harus dia pergi? Apa hala tuju hidupnya? Apa yang dia harus cari? Sepatutnya tenaganya harus ditujukan kepada apa? Persoalan yang barangkali berulangkali muncul dalam hidup kita tetapi kita gagal mendapatkan jawapannya. Akhirnya, apa yang berlaku, ramai yang akhirnya, “follow with the flow”.

Sedangkan seorang daie, kitalah seharusnya “drive the flow”. Kita yang seharusnya memimpin umat ini, akhirnya masyrakat mengikuti kita, kerana kitalah pembawa obornya yang menjadikan masyarakat tertarik dengan cahaya yang kita bawa.

Antara cabaran yang ramai hadapi pada tahun ini adalah;

a) kepayahan mentajmik/merekrut ahli baru/millenial ke dalam relung tarbiah IKRAM.

b) karier di dalam kehidupan diri, seterusnya karier di dalam jemaah ( peranan yang boleh dimainkan di dalam jemaah).

Dunia sudah berubah. Begitu juga orang-orangnya. Kita hidup di dunia yang amat berbeza dengan dunia di mana kita mendapat tarbiah dahulunya.

Dunia yang “borderless and unlimited informations”, yang membentuk psikologi dan cara pergaulan generasi baru. Teknologi lebih membentuk peribadi dan cara fikir seseorang, menjadikan budaya tarbiah ‘duduk sebentar beriman sejenak’ perlu berevolusi cara pendekatannya.

Dunia yang” high demand” dari sudut aspek kehidupan juga menjadikan kita harus lebih “self-sustain” dari aspek pengurusan kewangan peribadi kita.

Apa yang boleh saya simpulkan untuk menjawab dua persoalan di atas adalah:

1) peribadi kita akan menjadi magnet kepada mad’u yang kita bakal tarik. Content yang kita ada itu akan menarik mereka untuk mendengar bicara kita.

Maka kita harus menjadikan content itu content yang relevan dengan kehidupan mereka. Bukan content yang kita mahukan, tetapi content yang mereka perlukan.

Tanpa mendidik diri kita ke arah ’empower’kan aspek content ini, we have no stories to tell.

Pekerjaan kita amat berperanan ‘content’ apa yang kita nak ceritakan kepada dunia.

2) Karier peribadi penentu istiqamahnya seseorang itu di atas jalan dakwah.

Setiap kali saya dijemput memberi taujihaat di luar negara, antara ‘concern’ terbesar penggerak di sana adalah menyediakan pelapis murabbi sebelum para seniors back for good. Fokus utama yang mereka sering minta saya kongsikan adalah bagaimana untuk mentajmik adik-adik baru dan bagaimana menjadikan adik muhib mampu menjadi murabbi sebelum naik ke muayyid. 12 tahun dahulu, saya mempunyai ‘concern’ yang sama. Passion saya adalah menjadikan semua anak usrah saya sebagai murabbi yang hebat. Tidak ada rasa keghairahan yang mengatasi rasa keasyikan membina mutarabbi di dalam relung tarbiah yang pelbagai, memastikan mereka bertumbuh menjadi murabbi yang mencetak puluhan lagi manusia.

Namun, masa telah menunjukkan kepada saya, seorang demi seorang sahabat seperjuangan memilih jalan lain dari jemaah ini setelah pulangnya ke Malaysia. Begitu juga melihat adik-adik yang dahulu begitu hebatmenjadi penggerak, tetapi sudah tidak lagi kelihatan di mana-mana di program dakwah di Malaysia. Sudah tentu detik hati ini berfikir, ” Is there something wrong dengan tarbiah kita? Adakah tarbiah kita gagal melahirkan peribadi yang istiqamah di atas jalan dakwah? ”

Apa yang berlaku adalah, kita diberikan kefahaman dan juga jalan jenjangan kenaikan di atas jalan tarbiah. Tetapi tarbiah tidak menyediakan hala tuju karier kehidupan kita.

Kita bebas menentukan kita mahu kerja apa, kerja di mana, dan fokuskan potensi manusiawi kita di mana. Kerjaya kita tidak difikirkan dan dibincangkan secara mendalam di dalam tarbiah kita sendiri.

Sedangkan perkerjaan kita itu yang menentukan sumbangan kita di dalam dakwah. 1/3 masa kita berada di tempat kerja. Jika yang perlu overtime dan stay back, masa itu menjadi 2/3 masa kita. masa dakwah?Jika diambil porsi masa dakwah adalah masa usrah, maka 1/100 atau 1% sahaja dari masa itu malah kurang dari itu. Bagaimana kita dapat menjadikan semua urusan kehidupan kita adalah untuk dakwah, dan sebagai hambaNya yang bersyukur, menjadikan seluruh pekerjaannya membawa manusia kepada Allah?

Inilah peranan pekerjaan yang mampu melorongkan pekerjaan kita sebagai sebahagian dari dakwah dan ibadah. Pekerjaan sangat penting yang membentuk keperibadian dan seterusnya dakwah kita.

Kini, ‘concern’ terbesar saya yang sering saya ulangkan adalah ” Yang penting, saya nak antum semua istiqamah di atas jalan dakwah ini, sampai bila-bila.”

Relavannya peranan kita di dalam jemaah, sangat bergantung kepada pekerjaan kita – bagaimana self sustainnya kita financiallnya, dan bagaimana pekerjaan kita membuka lagi banyak peluang-peluang dakwah yang lain. Lihatlah pekerjaan kita sekarang, berapa banyak peluang dakwah yang boleh kita ciptakan, itulah peluang medan kita untuk beramal.

]Jika perlu, ciptakan sendiri pekerjaan menerusi perniagaan agar lebih banyak sumbangan yang dapat dibuat.

Dakwah adalah kehidupan kita. Kehidupan ini dibentuk oleh pekerjaan kita, apapun ia.

Generasi baru melihat siapa kita. Apa “brand” story kita. Apa yang kita bawa? Adakah mereka ikut kita, kita dapat relate dengan kehidupan. Apa manfaatnya mereka mengikuti kita?

IKRAM bukanlah sebuah jenama mahupun lembaga. IKRAM adalah pada orang-orangnya, kita semua. Manusia tertarik kepada kita dahulu, baru dapat tengok association kita pada jemaah kita. Maka, invest kepada pembangunan diri kita. Kita takkan pernah merugi.

Kerana orang-orang inilah yang menjadikan hidup kita ini terasa barakah dan ‘terjaga’. Bila bertemu dengan orang-orang yang menaikkan iman kita di saat kita tak menyedari iman kita memerlukan rawatannya. Jemaah kita mempunyai talents pool terbesar dan terhebat di dalam negara kita, samada kita sedar atau tidak. Disebabkan itu, talent ini harus dimanfaatkan untuk dakwah.

Saya mengakhiri perjalanan akhir tahun ini dengan menziarahi akhawat di Nihon dan beretreat bersama IKRAMEDIA Pusat. Tak pernah rasa merugi untuk bertemu dan belajar dari ramainya manusia hebat di dalam IKRAM ini.

 

Saya harap anda semua merasa benda yang sama.

Selamat menjalani tahun 2019 yang baru, tentunya untuk menjadi manusia bertumbuh yang lebih relevan dan bermanfaat untuk umat ini.

Uhibbukum fillah,
Aisyah Z / Muharikah
Gombak

buah fikiran · BUKU

Dai Disruptor – Buku Baru

Salam,

I was waiting for my new website http://www.muharikah.com to be up and so we can all meet up there. But Insyaallah, it will be available soon. For the time being, let me share little updates on what’s new that is happening.

Bila sibuk tulis buku, sebenarnya tak sempat nak update sosial media untuk update tentang content. Apatah lagi nak update di blog. People already move away from writing blogs to writing it in social media. But the SEO is only as good as in website or blog. Hence, penting juga untuk update di sini. Cuma of course, bila update kat blog ini, agak kurang disiplin sedikit untuk menulis secara skema. Hihihi.

 

WhatsApp Image 2018-11-15 at 21.06.46

Lama sebenarnya proses tulis buku ini. And paling last minit ditulis because there is so much new things, so much uncertainty. Tetapi, banyak persoalan-persoalan yang perlu dijawap dan harus dikongsikan. Tidak cukup hanya tulis di blog, kerana akhirnya di blog ini tulisan takkan diambil secara serius berbanding dengan buku.

Setelah 18 tahun di dalam tarbiah, 7 tahun berada di Malaysia selepas 8 tahun di UK, banyak mengajarkan saya pelbagai perkara. Belajar tentang kehidupan, paling penting, bagaimana tarbiah itu berinteraksi dengan kehidupan secara real.

Yang sentiasa membuatkan saya sedih dan termenung adalah apabila mengenang wajah-wajah rakan seperjuangan yang dahulu pernah menarik saya sendiri kepada usrah, dan juga pernah sama-sama membantu menggerakkan dakwah, tetapi tidak lagi memilih jalan yang sama. Namun, alhamdulillah, masing-masing masih berada dalam jalan kebaikan.

Jemaah dan dakwah bukanlah satu destinasi. Keduanya adalah satu proses yang harus dilalui untuk mendapatkan syurga. Bagaimana harus kita memandang sisi kehidupan yang baru, melihat dakwah dalam neraca yang baru dan mengaplikasikan cara baru untuk memastikan bahawa , berada di jalan dakwah ini masih tetap relevan?

 

Inilah yang cuba saya kupaskan dalam buku ini. Supaya rata-rata penggerak dakwah berfikir dan merasai bahawa, kita tidak boleh stuck pada keadaan yang sama. Kita tidak boleh redha diri kita tidak ada peningkatan dan pertumbuhan. Serta kita sentiasa perlu merasa bahawa, diri kita ini harus tetap segar mekar hidup, dengan berlakunya inovasi dalam dakwah.

“Jika anti merasakan bahawa tarbiah yang sekarang sepatutnya seperti dulu, anti silap. Anti akan rasa tertekan. Tapi jika anti melihat bahawa tarbiah itu harus evolve, seiring dengan kehidupan anti, anti akan rasa tarbiah itu lebih bermakna.”

“Usrah itu pada perasaan. Bukan sekadar pada content.”

Mutiara kata-kata murabbi kami menjirus deras pagi itu. Setiap butiran katanya ternyata berbekas. Kami benar-benar mendapat rejuvenasi semangat dakwah di pagi hari hujung minggu itu. Rata-rata yang hadir sudah berbelas dan puluhan tahun berada di jalan dakwah dan membawa usrah. Ternyata, menghidupkan dan memaknai usrah memerlukan usaha yang berterusan.

Kupasan mengenai usrah dan dakwah, semuanya terhimpun dalam buku terbaru keluaran Iman Publication ini, Dai Disruptor.

Akan dilancarkan di Perhimpunan Tahunan IKRAM 2018 ini di PICC. Kemudiannya akan dijual di kedai buku IMANSHOPPE atau online di http://www.imanshoppe.com.

 

 

buah fikiran

Hijrah : Sebuah Inovasi

Bila datangnya awal Muharram, selalunya kita tak selalu menantikannya seperti mana kita menantikan tahun baru Masihi. Perasaannya pun berbeza. Jarang kita nak merasai sesuatu yang baru pada tahun baru hijrah ini.
Saya pun banyak bermuhasabah diri sewaktu masuknya tahun hijrah kali ini.
Ya,lah. Umur dah meningkat. Adakah amal ini sudah cukup meningkat? Adakah potensi diri sudah cukup digunakan? Adakah ilmu sudah banyak diamalkan?
Bila mengingati semula hijrah Rasulullah, memang satu perubahan yang besar itu memerlukan satu tindakan dan pengorbanan. Hijrahnya Rasulullah menjadikan terbentuknya negara Madinah, sehingga terbentuknya sebuah tamadun kemanusiaan sangat hebat dari negara itu.
Hadis Rasulullah S.A.W mengatakan, ‘ ”Sesungguhnya keimanan akan bersarang ke Madinah sebagaimana ular bersarang ke dalam lubangnya (sarangnya).” ( HR Bukhari dan Muslim)
Islam akan kembali ke Madinah, seperti mana satu masa dahulu ia keluar dari Madinah. Seperti mana ular keluar dari sarangnya, akan kembalinya semula ke sarang. Islam akan tertegak dan berdiri semula menjadi orde baru dunia. Persoalannya adalah bila dan bagaimana.
Untuk mendapat satu perubahan yang besar dalam diri kita, memang perlu kita berhijrah.
Berhijrah secara fizikal mahupun maknawiyahnya. Berhijrah dari satu keadaan kepada keadaan yang lain. Sehingga kepada keadaan yang tidak disangkakan.
Hijrah yang memberi kesan kepada diri ini ada 3 perkara
1) Hijrah dari kejahilan kepada pengetahuan. 
 Maka kita harus mencari ilmu secara konsisten dan berdisplin. Jika perlu ambil kelas/kursus, maka kita harus laburkan wang kita ke arah itu. Ilmu tidak akan datang dengan sendirinya, kitalah yang harus mencarinya.
2) Hijrah dari pengetahuan kepada fikrah .
Ilmu pengetahuan tersebut akan membentuk pemikiran dan ideologi kita. Tanpa ilmu, pemikiran kita takkan bercambah, kita akan jumud serta banyak menyalahkan. Kita juga akan sukar berubah dan sukar menerima perubahan. Ini kerana ilmu yang statik itu akan menjadikan pemikiran juga bersifat statik. Sesuatu yang statik akan membusuk dan membahakan situannya.
3) Hijrah dari fikrah kepada harakah ( bergerak).
Dari ideologi kefahaman tadi, akan terbentuklah sebuah tindakan. Kita akan berbuat. Kita akan beramal. Paling penting, kita akan berinovasi. Inovasi inilah yang menjadikan tamadun Islam satu masa dahulu ditiru ilmunya oleh pelbagai tamadun lain termasuk bangsa eropah dan mongol. Tanpa inovasi, tidak akan adanya perubahan seterusnya. Untuk sesebuah negara berkembang, haruslah ada inovasi. Jika kita mahu menyumbang kepada negara, maka berinovasilah jawapannya.
Hijrah kali ini menuntut kita untuk tidak hanya menjadi penonton sejarah. Malah kitalah yang harus melakarkannya, dengan kemampuan diri kita sendiri. Maka ciptalah sejarah itu, jangan kita tunggu peluang itu berlalu pergi.
Inovasi yang kecil-kecil inilah yang harus kita hargai. Lama-lama inovasi itu akan memberi impak yang besar dalam hidup kita.
dedikasi

Maal Hijrah 1440

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440.

Moga kita dikurniakan kesihatan, dan barakah dalam kehidupan ini.

Antara azam untuk tahun baru hijrah ini.

1) Perubahan itu perlu. Kerana perubahan itu kita bertambah baik.

2) Segera melakukan kebaikan, kita tidak tahu kebaikan mana yang dipandang tinggi di sisi Allah.

3) Segera bertaubat dan berhenti dari kemaksiatan. “Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).

4) Baca sejarah kegemilangan Islam, terutama zaman kegemilangan Abbasiyah dan Uthmaniyah. Di situ akan termotivasi diri untuk menjadi cemerlang seperti mana umat Islam terdahulu.

Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

buah fikiran · kehidupan aktivis

Persepsi

“Apakah keistimewaan Aisyah? Aisyah mahu dikenali sebagai apa?”

Pertanyaan penceramah kepadaku menjadikan aku berfikir semula. Apabila kita memutuskan imej apa yang mahu kita tonjolkan, itulah yang harus banyak kita kongsikan.

Sebab itu, sosial media ini adalah permainan persepsi. Politik pun begitu juga. Apa yang ditonjolkan di sosial media hanya menunjukkan sisi yang mahu ditonjolkan sahaja tentang diri kita, barangkali hanya 10% sahaja tentang diri kita.

Sudah tentu social influencer lain banyak memberikan fokus kepada penampilan diri untuk berbicara tentang cerita mereka. Saya cuma punyai gambar seperti ini, tanpa lakonan dan buat-buat. Wajah kepenatan setelah 16 jam berada di luar untuk bekerja, dan berwefie bersama pada 11 malam.

Kehidupan aktivis tidak diwarnai dengan kerehatan, bahkan sebuah perjuangan untuk meraih puncak ketinggian.

Barangkali jawapan yang boleh saya berikan kepada penceramah adalah;

“Saya mahu dikenali sebagai manusia yang menginspirasikan, walaupun saya juga hanya manusia biasa.”

Moga-moga begitu. Doakan saya selalu istiqamah, sentiasa dikurniakan ilham dan kekuatan, bagi terus menginspirasikan.

#muharikahlife

bisnes · buah fikiran · catatan

Introvert Partner

Jam menunjukkan sudah hampir pukul 7 malam. Kami masih setia di ruang bilik berkaca kedap udara di pejabat yang baru kami duduki beberapa bulan yang lepas.

Entah kuasa magis apa menyebabkan aku begitu all out utk IMAN semenjak bulan Julai lepas. Ternyata keadaan dan pemikiranku berubah setelah partnerku menarikku untuk menyelam begitu mendalam dalam dunia bisnes.

Walaupun begitu sibuk dengan tesis, dan kami struggle mencari masa untuk berjumpa, bercoach dan belajar untuk scale up bisnes kami, I have to admit, I really enjoy the process that I have gone through with her.

Bila IMAN bermula dengan IMANSHOPPE pada April 2012, saya tidak pernah berfikir bagaimana IMAN mampu berkembang. Di minda saya, saya hanya mahu membantu ramainya kawan-kawan yang tidak memiliki pekerjaan untuk bekerja, seterusnya memudahkan lebih ramai orang untuk membeli dan memiliki buku dakwah. Di waktu itu, partner pertama saya bekerja di sebuah bank yang terkemuka di dalam negara. Ilmu finance dan akaunnya mantap. Dia juga sanggup berkorban menanggung risiko untuk kami memulakan bisnes dalam keadaan begitu naif sekali dengan dunia perniagaan.

Masa berlalu, komitmen yang saya harapkan dari beliau tidak dapat ditunaikan. Ketika IMANSHOPPE berkembang laju, saya memerlukan rakan yang mampu menumpukan perhatian yang sepenuhnya pada IMANSHOPPE. Revenue makin bertambah sehingga ke tahap, kami tak mampu lagi kekal sebagai enterprise.

Dalam keadaan naif dan blur itulah, saya mengajak adik saya Arinah dan rakan yang baru kami kenal ( akhawat juga) untuk berpartner bersama. Menggunakan duit enterprise sedia ada, kami bangunkan IMANSHOPPE, dalam keadaan barangkali akaun sendiri begitu huru hara.

Dalam keadaan sedemikian, saya bersama murabbi saya melihat adanya gap antara buku yang harus diterbitkan untuk dakwah, dan buku yang available untuk dijual. Dalam keadaan ramainya orang-orang usrah membeli buku dengan mudah, kami juga kekurangan bahan yang sesuai untuk pembaca di Malaysia. Kebanyakan buku IMANSHOPPE di waktu itu adalah dari indonesia.

 

Dan tahu apa berlaku selepas itu? Setelah beberapa siri perbincangan, akhirnya saya dan murabbi saya mewujudkan satu lagi syarikat enterprise, khas untuk menerbitkan buku-buku bernuansa dakwah.

Sebenarnya bila fikir balik, agak gila langkah dan tindakan saya itu. Saya tidak begitu mengetahui selok belok perniagaan. Di waktu itu, saya sendiri sudah menjalankan perniagaan bersama senior sekolah saya untuk menerbitkan majalah dakwah, majalah JOM namanya yang bertahan lebih kurang 3++tahun lamanya. Saya berfikir untuk mengajak partner saya di waktu itu untuk bergabung dengan murabbi saya untuk melahirkan sebuah syarikat penerbitan bersama, namun keadaan tidak semudah itu.

Disebabkan keperluannya untuk melahirkan dan menerbitkan sendiri, maka tertubuhlah IMAN Publication dengan segala kekurangan yang ada, saya masih menjadi editor di majalah jom, dalam masa yang sama melihat perniagaan di IMANSHOPPE.

Hanya apabila 4-5 tahun selepas itu, baru saya menyedari kelemahan dan kesalahan yang telah saya lakukan. Bila kita tidak berguru dan tidak belajar, banyak kesilapan fatal yang telah kita lakukan, sehingga menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang sangat besar sekali, iaitu persahabatan yang telah kita bina sebelum itu dengan partner kita.

Satu pelajaran yang saya belajar dalam perniagaan adalah ; CHOOSE YOU RIGHT PARTNER. Dan setelah memiliki barangkali hampir 9 partner dalam beberapa syarikat, baru saya faham sangat perkara ini. Dan bukan sebarang orang sesuai jadi partner kita dalam bisnes.

Ya, semua partner yang saya pilih adalah mereka yang membesar bersama saya dalam dakwah. Merekalah guru, abang, kakak, rakan baik, adik yang bersama dalam perjuangan dakwah.

Namun ternyata, hakikatnya tak sama jika kita bekerja dengan seseorang dalam dakwah dan dalam bisnes. Budaya kerja sangat berbeza!

Dalam jemaah, memang kita diajar untuk membudayakan amalan syura, amalan bekerjasama, tapi dalam bisnes, ramai cenderung mengamalkan budaya secara towkey. Begitu juga dalam dakwah kita boleh ikut cara kita, tapi dalam bisnes, semuanya ada disiplin dan corporate governance. Dan kerana itu, budaya kerja yang clash ini tidak memungkinkan dua perwatakan berbeza untuk bekerja sekali.

Namun, yang menjadi satu kepahitan adalah saya kehilangan kemanisan hubungan mereka disebabkan kesilapan ini.

Ada antara mereka memang saya anggap keluarga saya sendiri, namun saya tahu, untuk pergi jauh, IMAN harus memiliki pasukan bisnes yang begitu tinggi disiplin korporat dan mematuhi undang-undang pensyarikatan yang ketat. Baru boleh sustain dan bertahan lama.

Maka, jika memilih partner dalam bisnes, JANGAN pilih guru, kawan baik, abang, kakak, adik yang rapat dengan kita. Jika kita sayangkan persahabatan dengan mereka, JANGAN partner dengan mereka, unless kita boleh bezakan antara personal dan professional.

Saya bertemu dengan partner yang match dengan saya cuma pada tahun ini. Funny though she was my anak usrah way back in UK. I met her 4 years ago, offering her job as manager in IMAN publication bila dia pun have no ideas what is business all about. She learned fast and a lot. And I come to realise she is more passionate about IMAN more than I do. Dalam saya sibuk buat masters, dia juga sibuk membangunkan IMAN publication seperti mana arinah dan partner kami membangunkan IMANSHOPPE.

Masa berlalu, ekonomi turun dan naik. Zaman bisnes yang bagus akhirnya bertukar kepada zaman bisnes yang sangat mencabar, IMANSHOPPE terkena pukulannya. Saya melihat, tak semestinya jika seorang bisnesman itu boleh buat syarikat start up, dia mampu untuk bawa scale up company. Saya melihat ramai gagal untuk membina dan memimpin syarikat yang makin berkembang dan serius dalam bisnesnya.

Di waktu kemelut inilah akhirnya partner bisnes saya menarik tangan saya untuk bersama dengannya, membangunkan bisnes kami bersama.

I want to involve you in our company. Because I can’t afford to do it alone. Our company is getting bigger now.

Transisi untuk melihat dirinya dari seorang staff kepada partner barangkali merupakan transisi yang mencabar bagi saya.

Kenapa?

Kerana we are both so different.

I happened to bawa so many anak usrah, berkawan dengan ramai orang, handle orang bawahan, tapi jujurnya, walaupun kami rapat, tapi bila jadi partner ini, rasa lain relationship dia. We are both equal, but compliment each other. Jarak beza umur kami 7 tahun, I do feel kadang2 kene switch position jadi kakak, then jadi boss dia, then dia jadi my boss, then kami equal – you know that kind of stuff. And I have to lower down my ego so much so I can learn from her tiny brilliant brain. Despite having no experience in bussiness, she used her own money, learn MBA, and led our company to achieve our sale target revenue, 3 months before end of the year.

Barulah saya belajar, hakikatnya, kita pilih partner bukan sebab kita suka dia semata-mata ( faktor ni penting juga), tapi sebab kita perlukan dia. Kita perlukan set skill yang dia ada, begitu juga dia perlukan set skill kitayang dia tidak ada.

And both kena clear dan faham role masing-masing.

I am a person with vision and she is the executor. I will bring something from nothing, and she will exponential bring that something to something even bigger.

You know, people said , partnership in business is like marriage. We really have to like each other very well.

After I know I will ride a very long marathon journey with her, I decided to spend a night together, just to get to know her personally and her willingness to be my partner in business. It is a long life commitment.

But, most importantly, I don’t want to ‘lose’ her like I did with my other partners. I don’t want us to end up hate and fighting for each other.

I am at the high end of being an extrovert, and she is an introvert , quite, reserve introspective lady.

I can think while I am talking, whereas she will process all the information and tell me her opinion 3 days later. I wanted the answer after 2 minutes I sent my whatssap, and she will just left my message unanswered, sometimes for 3 days.

All I know, Allah has His plan, by sending this lady to my life 4 years ago. just to be a great partner in making our dream of IMAN to reality.

I learned how to understand her, work with her, and appreciate her the way she is. At times I sent her 4-5 emails a week and she end up replied only once.

For a person who prefers sense of recognition, I found it challenging and frustrating when I did’nt get the response and feedback that I wanted. Begitu juga sometimes we argue with many issues, mainly due to our differences in communicating our ideas. Though it is very stimulating to discuss our ideas together, but I do feel demotivated when we have our differences in certain things.

At first, I found it very heavy to accept the differences. And I asked myself, am I not good enough to understand, be transparent and make my relationship with my partner the best as I can, like I did with my anak usrah?

Then I realize, I have worked with so many extroverts and accustomed by their way. But, untuk introvert, I never really go into deeper relationship. Memang ada anak usrah introvert, tapi mereka extrovert in expressing their feeling and love. And normally jenis ikut dan taat. In business, tak boleh guna konsep yang sama. We suppose to challenge each other ideas so it will bring miracle to our company.

Sebenarnya, banyak jenis karekter introvert ni. And maybe this is first time saya deal dengan introvert yang ada leadership quality. And I think, I am blessed to find her and learn about her. Jika anda memiliki partner bisnes mahupun life partner yang introvert; kita perlu fahami karekter mereka ini:

  1. They take time to process, think and only deliver well thought decision. Orang macam saya yang susah nak sabar kadang2 rasa nak gila menunggu, tapi with a lot of practice and preseverence, I learned sebenarnya, saya perlukan orang sepertinya untuk betul-betul fikir mendalam segala info yang ada. At times, kita memang kena pergi laju, at times, kena pause, cari info, and decide properly.
  2. Dia susah nak memulakan conversation awal. Disebabkan itu normally jika kami bertemu dengan client atau rakan bisnes lain, I am the one yang memulakan perbualan, dia yang akan go into details yang saya pun tak mampu capai.
  3. Dia merupakan pendengar yang setia. Memang dia dengar every details and ingat. Surprisingly, saya boleh cerita semua benda dekat dia and dia know even my darkest secret. Sebab memang mereka ini mendengar and pay attention to details. Sebab tu extrovert person like me kene belajar mendengar dari orang seperti mereka.
  4. She like to be in her own cave. At times , saya pelik nape tetiba partner saya ni akan senyap sahaja time hujung minggu. Tak reply mesej. tak respon apa-apa. tweet pun tak update. Then I come to realise, they need a day to recharge themselves. Apatah lagi the whole week being socialising and have to press their limited extrovert juice, so they need a time when they can just be alone, and read books.
  5. They can be sensitives. Means, mereka memang senang simpati dengan orang lain. Part ini saya struggle nak faham. Mereka takdelah meluahkan perasaan mereka pada kita or public, and memang susah nak tengok mereka ni show love atau appreciation, tapi hati mereka cepat tersentuh dan sensitif akan sesuatu perkara. Though saya ini penulis dan sepatutnya saya lebih peka dan sensitif dengan bahasa, tapi jadi terbalik, partner saya lebih sensitif dengan saya.
  6. When they talk, listen really carefully. Sebab introvert ini memang quite, and sometimes memang susah nak mereka cakap. maka, bila mereka cakap. dengarlah properly. Introvert sangat susah bersembang dekat telefon. Jangan berharap jika kawan baik atau partner anda introvert, anda nak bergayut berjam dengan dia. Bercakap dan sembang lama di telefon adalah satu cabaran baginya.
  7. Mereka bercakap dengan bahasa dan isi yang proper. Or should I say, well formed speech? Ramai staff IMAN kagum dengan cara partner saya menerangkan sesuatu perkara, deep and touched, sometimes even better than I explained ( though banyak kali saya jadi public speaker).

Setelah mempelajari perkara ini tentang dia, barulah saya kurang terasa sedikit dengan tindakan-tindakan beliau yang sering saya salah ertikan. Dalam apa jua hubungan, kena selalu give-and- take. Kenali betul-betul pasangan anda, supaya hubungan yang terbina dapat menjadi utuh, seterusnya kita rasa happy untuk terus bersama. Sangat penting apatah lagi nak membangunkan perkara besar bersama!

artikel · buah fikiran

HARI RAYA EIDUL ADHA – memoar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam pengorbanan yang ‘real’ dan tulen.

.
download-dp-bbm-hewan-kurban-bergerak-lucu

Sebagai penyempurna haji, ibadah korban atau ‘udhiyyah’ disyariatkan pada hari ini, dan juga hari-hari Taysriq 11-13 Zulhijjah.
.
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah” ( QS Al-Kausar 2)
“Sesiapa yg mampu berkorban, tapi tidak berkorban, jangan hampiri tempat solat kami”. (HR Hasan. Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Al-Daraqutni, Al-Hakim)
.
Hadis dari Abu Ayyub, “Pada zaman Rasulullah seseorang menyembelih seekor kambing sebagai korban bagi dirinya dan keluarganya.” (Al-Tirmidzi)
.
Walaupun kita tak pergi haji, disunatkan juga kita melakukan ibadah korban ini.
.
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah dari Bani Adam ketika hari raya Idul Adha selain menyembelih hewan kurban. Sesungguhnya hewan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Dan sesungguhnya darah hewan kurban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Karena itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim)
.
Kenapa hebat sangat ibadah korban ini? Kenapa ditekankan dan dijadikan ibadah yang amat disunatkan serta besar pahalanya?
Nabi Ibrahim adalah seorang yang agak berusia ketika mendapat kelahiran Nabi Ismail. Berpuluh tahun baginda doa dapat anak soleh seperti Nabi Ismail.
” Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.” ( As-Saffat : 99-101)
Tentu Nabi Ibrahim happy sangat sebenarnya bila dapat anak selepas dah tunggu lama. Maka membesarlah Ismail, menjadi harapan pewaris dan penyambung salah-silah keluarga.
Satu hari Nabi Ibrahim bermimpikan wahyu dari Allah, untuk sembelih anaknya.
Boleh imagine? Dahlah lama tunggu anak, pastu kene sembelih?
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. ( As-Saffaat: 102)
Ramai orang melihat, Nabi Ibrahim sahaja yang berkorban di sini. Korbankan rasa cintakan seorang ayah kepada anaknya. Namun sebenarnya, yang hebat berkorban juga adalah Nabi Ismail!
“Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
Nabi Ismail minta pada ayahnya; ikat kuat-kuat agar dia tak gerak, tanggalkan pakaian jangan kena darah, tajamkan parang dan segera sembelihan. Dia tak mahu rasa kesakitan ketika perkara itu dijalankan.
Dalam perjalanan ke tempat korban, syaitan goda Nabi Ibrahim dan Ismail untuk tak buat, tapi Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dengan tekadnya menepis godaan tu.
Nabi Ismail minta ayahnya Nabi Ibrahim tutup wajah beliau supaya ayah dia tak ragu-ragu nak sembelih sebab rasa sayang dan sedih pada anaknya.
Nabi Ismail barangkali sebaya atau lebih muda dari kita. Baginda telah korbankan diri dan kepentingan peribadi untuk bantu ayahnya taat perintah Allah.
Nabi Ibrahim sudah tentu tak dapat nak sembelih anaknya kalau anaknya melawan dan memujuk. Tapi Nabi Ismail berkata, dia termasuk orang yang sabar. Malah, memudahkan ayahnya untuk melaksanakan arahan Allah itu.
Sebenarnya, kesabaran itu kurang ada dalam diri kita sebagai anak muda.
Kita selfish, kita ego, suka ikut kepala sendiri,tak sanggup berkorban utk mak ayah.
Nabi Ismail, pada usianya seperti kita, bantu ayahnya mentaati perintah Allah yang sangat berat bagi mereka berdua!
Akhirnya, di saat sembelihan itu dibuat, parang Nabi Ibrahim tidak berjaya menyembelih Nabi Ismail. Malah Allah gantikan dengan kibasyh(kambing).
“Wahai Ibrahim, sungguh kamu telah benarkan mimpimu. Sungguh Kami berikan balasan kepada orang yg buat baik. Sungguh ini ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu pujian baik pada orang akan datang. Kesejahteraan ke atas Ibrahim. Sungguh Kami beri balasan kepada orang yang buat baik.” ( As-Saffaat: 105-110)
Kita kerjakan ibadah korban untuk ingati peristiwa ini setiap tahun. Nabi Ibrahim dan Ismail korbankan “the only thing they love the most!”
“For the sake of Allah!”
Semata-mata nak dapat redha Allah!
Kita sanggup tak korban benda paling kita sayang untuk Allah?
Inilah erti korban yang sebenar. Letak Allah no 1.
Korbankan perasaan dan diri kita untuk Dia.
Ganjarannya lebih baik dari apa kita sangka.
Moga ibadah korban kita diterima oleh Allah.
Moga kita mampu berkorban seperti Nabi kita Ibrahim dan Ismail, insyaallah!