kerana kita perlukan dakwah ini

Posted on Updated on

Jalan dakwah mengajarkan kami bahawa kami memang membutuhkan dakwh. Kebersamaan dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kami harus hidup bersama mereka di jalan ini agar bermakna hidup ini di dunia dan akhirat…

Hattakan semut pun mendoakan mereka di jalan ini..

‘Sesungguhnya allah, para Malaikat, semut yang ada di lubangnya, bahkan ikan yang ada di lautan, berdoa untuk orang yang mengajarkan kebaikan pada manusia…( Tarmizi)

Kenapa kita berada di jalan dakwah ini…

kerana sesungguhnya jalan dakwah ini memenuhi kehidupan lngit dan bumi kita..

menghidupkan ufuk cakerawala kita..

menjadikan dia bercahaya dan bermakna dalam hidup ini..

kerana itu, kita merasakan kenapa kita berada di atas jalan dakwah ini adalah kerana kita MEMERLUKAN jalan dakwah ini, melebihi perasaan kewajipan atas tanggungjawab dakwah ini..

Kerana kita melangkah di atas jalan dakwah ini, atas rasa syukur kita kepada Allah di atas hidayahNya buat kita…

Kerana dengan melalui jalan ini, akan terjaminlah kehidupan kita di akhirat kelak…insyaallah

Dalam hidup ini juga, setiap orang mempunyai kelompok dan jemaahnya tersendiri. Setiap kelompok itu membawa simbol dan syiarnya tersendiri, namun setiap orang, jika tidak diikat dan dihimpun oleh al-haq , maka akan tercerai berailah oleh kebatilan..

Tiga perkara yang boleh menghalangi kedengkian dalam hati seorang Muslim. i) keikhlasan beramal kerana Allah

2) Menasihati pemimpin kaum Muslimin

3) berpegang kepada jemaah kaum Muslimun

( Hadis Tarmizi)

– banyak juga nak share dan tulis, tapi kehidupan jadual yang amat hectic, rasa sangat penat dan longlai sahaja..berborak dengan mereka yang pernah melalui jalan yang sama denganku, melalui fasa yang sama denganku, dan kata mereka…:

‘ Kebiasannya memang begitu bila kita baru nak adjust kepada fasa baru kita. Kita tak tahu nak expect apa.. dan terkadang teramat sibuk keadaan kita, sampaikan solat kita terabai, kekhusyukan amat susah dicapai, dan hubungan hati dengan Allah semakin terburai. Maka energy yang makin disedut oleh perkara-perkara duniawi akan semakin lama semakin kering, tanpa ada bekalan untuk mengecas kembali tenaga itu.. takkan ada siapa yang benar-benar faham keadaan itu, sehinggalah kita sendiri mengalami keadaan itu. Di sebabkan itu, memang perlu kita faham, jadikan waktu kita bersama manusia lain adalah peluang dakwah juga. ( walaupun sukar) dan tidak menjadikan waktu di rumah sahaja waktu dakwah kita. Tapi apabila bertemu dengan mereka yang merasakan agama itu satu senstiviti yang tidak boleh disentuh dan diperkatakan, memang itu sukar, maka pada akhlaklah kamu patut merasakan satu motivasi dakwah bagimu setiap hari…ini baru fasa ini.. bagaimana pula setelah berkahwin dan mempunyai anak?’

kerana kita perlukan dakwah.

Kerana itu sahaja rel kita menuju kepada Allah.

Dan memang ada fasa-fasa kita futur, apabila kita mendongak ke langit, cume ada kita sahaja yang paling teratas, dan di bawah kita masihΒ  ramai manusia melihat ke atas, menunggu kita memimpin mereka..

dan kita mula tertanya-tanya, siapa pula yang dapat memimpin kita, membimbing kita dan mengajari kita?

Dan aku lihat, ada juga contoh-contoh akhawat yang amat sibuk dengan kerjaya/belajar yang amat busy, masih istimrar dan istiqamah dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiyah mereka.

Aku dan mereka yang aku luahkan perasaanku terhadap beban amanahku yang tak tertanggung ini , sama-sama bersetuju bahawa.. kesibukan dan kelalaian kita terhadap dunia ini,Β  dapat dibantu dengan amat besarnya sekali dengan……

adanya perjumpaan ruhiyah mingguan secara tetap

itulah dia usrah

– kerana dengan pertemuan usrah itulah dapat kita temui saudara kita di jalan dakwah ini, memetik kelebihan dan keistimewaan mereka sebagai seorang yang soleh..

kerana walaupun pada minggu itu, kita tidak mampu berqiyamullail, bertilawah, mahupun menjaga waktu solat itu..

Gelombang magnetik yang wujud dari kesolehan sahabat kita dalam halaqah tarbiyah itu, sedikit sebanyak dapat menarik kita kembali dari lembah kefuturan itu.

dan tentu halaqah tarbiyah itu amat bermakna bila adanya pertemuan lutut dengan lutut, mata dengan mata, pelukan tubuh dengan kekemasan pelukannya.

Dn aku merenung kembali dan berfikir sambil menundukkan diriku..

Bilakah dapat aku nikmati semua itu kembali…

( beberapa text di atsa di ambil dan diubah suai dari buku ‘Beginilah Jalan dakwah mengajarkan kami)

wassalam

muharikah

Advertisements

13 thoughts on “kerana kita perlukan dakwah ini

    nowfara said:
    October 8, 2009 at 4:44 pm

    ana suka sangat buku BJDMK tu…

    yang akan dibaca saat sedih..saat lelah menyapa hati…bila dakwah terus dicabar..

    ana cadangkan buku ini dibaca…

    Faiza said:
    October 8, 2009 at 5:48 pm

    Salam…

    Jazakallah diatas perkongsian yang amat bermakna ini Aisyah…Moga kita sentiasa berada di dalam pelihara serta limpah rahmat Allah SWT…Ameen

    Salam dr Preston, Lancashire…

    -Faiza-

      muharikah responded:
      October 12, 2009 at 8:35 pm

      jzkk faiza..

      selalu teringat kat anti.. tapi tak pernah mata ini bertemu.. moga allah memudahkan pertemuan kita kelak insyaallah πŸ™‚

    Ummu Auni Afif said:
    October 9, 2009 at 2:56 am

    assalamu`alaikum
    terima kasih atas perkongsian…

    Ummu Auni Afif said:
    October 9, 2009 at 3:28 am

    masya Allah! akak baru tgk video atas tu. tu abg hadhrami ke??

      muharikah responded:
      October 12, 2009 at 8:38 pm

      a;a kak umu.

      akak, nak kenal dengan akak boleh? salu nampak akak singgh blog ini.. moga dapat rapatkan ukhuwah kita… πŸ™‚

    Humayra' said:
    October 9, 2009 at 6:02 am

    Zass!!!! Jazakillah atas perkongsian ini.

    tulip strawbery said:
    October 9, 2009 at 8:02 am

    Salam kak …

    Hari tu saya bertanya pada sang da’i itu ….

    ” …jika anta tidak menjadi naqib dan murabbi, rasanya nak jadi apa?

    Lantas dia jawab dia nak jadi bulan, nak menerangi hidup manusia …

    …..dan akak juga seperti bulan menerangi jiwa kami dgn nasihat dan tulisan yang menyejuk jiwa.

    Jazakallah

    aizadiha said:
    October 9, 2009 at 10:47 am

    akk, jazakillah atas gelombang magnetik akk yang dialirkan melalui skype tuh.gelombang maya, namun berhasil juga kan? iAllah..
    jangan sakit eh kak

    take care=)
    salam rindu,
    -volgograd, russia-

    mawaddah said:
    October 12, 2009 at 8:20 pm

    salam ziarah k aisyh,

    walau pun kite xbertemu lutut tapi melihat wajah k aisyh melalui webcam berlatar belakangkn tsunami pon sy dah rs gelombang magnetik tu.

    semoga roh yg rabbaniyah dr k asiyh mengalir kpd sy dan seterusnya tumpah pada binaan2 yg lain iA=)

    syg k aisyh(*_~)

    muharikah responded:
    October 12, 2009 at 8:41 pm

    Humayra, tulip strawberry, aiza dan wadah..

    jzkk antunna… dapat adik2 macam antum, selalu je menyemarakkan semangat di hati ini πŸ™‚

    Ummu Auni Afif said:
    October 13, 2009 at 9:11 am

    assalamu’`alaikum aisyah
    nak kenal boleh…akak follow blog aisyah melalui kak afi (satu batch dgn akak di MMU), begitu juga abg hadhrami. tapi akak bukan engineering grads. sesekali singgah blog aisyah, suka dengan penulisan aisyah. akak ada blog..heee…teruskan menulis, insya Allah akak akan terus membaca

    muharikah responded:
    October 19, 2009 at 12:03 am

    oic… k afi… kenal dia.. lama dah tak jumpa dia….nanti kene selalu masuk blog dia gak.. blog akak apa? nak juga baca…

    tulah, saya kadang2 sukar nak cari masa menulis.. walaupun idea ada.. tapi terkadang tulah, kene banyak fikir sebelum menulis, supaya kene pada hati manusia, bukan utk hati kita je kan?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s