Tarbiyah Al-Hamasah Al-Lahibah

Posted on Updated on

‘Tarbiyah semangat yang menyala-nyala’

Dalam bahasa indahnya..

Tarbiyah yang membakar semangat yang menyala-nyala...

Waahhhh….

Indahnya bila tarbiyah itu membakar semangat dan iman ini!!

Barulah terasanya nikmat tarbiyah…

Barulah terasa tak rugi, membakar dan menggelumangkan diri dalam tarbiyah…

Barulah terasa bermaknanya tarbiyah ini..


Pernah di saat aku merasai kemunduran hamasah dan iman.

Walaupun aku commit dengan usrah, tapi entah.. mengapa tiadanya bakaran dan nyalaan api itu….

terasa daki2 kekotoran di hati tak tercuci..

terasa kesufian hati tak terbina..

terasa tarbiyah itu umpama…

umpama pergi ke kelas akademik belajar ilmu tafsir..

ianya tak membentuk… apatah lagi menggerakkan..

Inikah tarbiyah yang kuagungkan?


Jika sendiri tak merasai nikmatnya tarbiyah, bagaimana tarbiyah itu akan menjadi bermakna bagi anak usrahku??

Terkadang aku sendiri berasa pelik… salahkan aku menginginkan sesuatu yang memberikan cahaya buatku….


Tarbiyah yang…

bukan sekadar menjadi peringatan..

bukan sekadar nak jadi muslim baik…

tapi tarbiyah yang..

menjadikan seorang daiie itu bergerak…

sesuatu yang dapat menyalakan semangat ku…

Maka Ahmad Ar-rasyid menyatakan…

Tarbiyah para daie, dalam uslubnya yang moden/ terkini, tidak dimulakan dan ditujukan untuk akal, tidak juga dengan kajian2 yang kering, sepertimana yang berlaku di universiti-universiti. Sepatutnyalah tarbiyah itu mengeluarkan daie itu melihat waqie ( jaulah waqie)- untuk turun ke alam waqie, dan berinteraksi dengan kehidupan manusia.

Begitulah pendapat Iqbal tentang Imam Ar -razi.. Imam Ar-razi menulis tafsir yang berjilid-jilid tebalnya. dia juga seorang ahli falsafah dan ilmu mantik yang mahsyur…

Dan dia sendiri tersangat ramai pengikut.. namun pengikut2 dia sendiri mengakui, mereka tidak terbakar dengan penulisan2 tafsir ar-razi…

Kerana penulisannya yang terlalu akademik dan tidak membakar jiwa untuk bergerak!

Kerana itu tarbiyah kita bukanlah tarbiyah doktrinasi..

bukanlah tarbiyah makan-makan..

bukanlah tarbiyah atas kertas.

bukan juga menghabiskan helaian mukasurat…

tetapi tarbiyah kita adalah…

Muhathabat Qalbiah

Tarbiyah kita adalah sentuhan hati (Muhathabat Qalbiah)

Ianya memberi makan kepada ruh.. ianya menyegar bugarkan kerinduan dan keasyikan , dan melahirkan perasaan suka berkorban dan menolaknya ke arah jihad..

Manhaj tarbiyah ini bukanlah tempat berbincang hukum2 fikah dan fikrah sahaja.. Kerana tarbiyah itu ada bersamanya, sebelum dan selepasnya , perkara-perkara yang ditujukan kepada hati.

Bila berbicara kepada fikrah, adanya unsur hati di situ.. bile kita bicarakan ilmu fiqah… adanya hati di situ….

Dalam setiap perkara yang dibincangkan, pasti dikaitkan dengan muhathabah qalbiah, tak kiralah berbentuk tsaqafiy, fikriy mahupun sufiiy…

( bila bincang tentang sains pun ada unsur hati di situ…)

Maka lahirlah tarbiyah Islamiyah yang harakiy( menggerakkan) dan lahirlah dari perut tarbiyah ini, manusia yang bergerak. Bukannya individu muslim biasa sahaja, tetapi individu yang harakiy..


Melihat kepada permasalahan Islam zaman kini, kita memerlukan rijal yang mempunyai hati yang tersentuh. Kita tak memerlukan ahli fikir dan fuqaha. Kita memerlukan akh yang mempunyai hati yang tersentuh dan tersengat. Orang yang berinteraktif dengan detik2 yang berlaku di sekelilingnya, sepanjang masa.


Muhathabat qalbiah…

alangkah indahnya tarbiyah kita berinteraksi dengan hati…

ianya meniup nyalaan api yang malap setelah penat berjuang..

ianya mata air iman yang kekeringan akibat serangan jahiliyah..

ianya dambaan hati … setiap saat.. setiap waktu..

kerana itulah keistimewaan kita..

dengan adanya sentuhan hati ini, barulah kita dapat menjadi magnet buat ummah ini…

dan tentunya muhathabah qalbiah ini perlu berlaku dalam tarbiyah..

kerana buku tak mampu memberikan makna sebuah teori tanpa terjemahan dalam bentuk amal..

tak kiralah jika diambil PHD dalam fiqh dakwah sekalipun, tentu ianya menjadi kaku tanpa adanya sentuhan manusia yang melahirkan muhathabah qalbiah tersebut…

kerana itu, memang mengkagumkan seorang guru sekolah rendah sahaja ( imam hasan albana) mampu menggegarkan dunia!

Hanya dengan muhathbah qalbiyah ini..

Dan nak jadi sepertinya, hanyalah boleh dilakukan oleh seorang akh yang berinteraksi dan bergelumang dengan jahiliyah masyarakat, serta mengeluarkan mereka dari lumpur kegelapan tersebut.

Dengan itu sahaja, akh itu akan mengetahui formula kepada muhathabah qalbiah ini…


setakat ini perkongsian ringkas dari saya..

Perlu mengerjakan urusan lain pula..

Selamat menggerakkan ruh-ruh tarbiyah anda!

PS: rindukan akhawat semua…

Advertisements

5 thoughts on “Tarbiyah Al-Hamasah Al-Lahibah

    nida'ul-iman said:
    March 9, 2009 at 11:34 am

    SubhanAllah..

    Bergetar urat2 darah utk menyentuh hati manusia lain!

    Teruskan membakar semangat kami kak. Agar api semangat ini akan bersungguh lagi mendalami iman sbg bahan pembakar utk hidupkan lagi api ini!

    Agar hidup manusia di muka bumi terang-benderang dgn cahaya Islam dan iman ini!

    InsyaAllah!

    muharrikdaie said:
    March 10, 2009 at 6:01 am

    …..sekadar singgah untuk membetulkan semangat!

    ALHAMASAH AL LAHIBAH ( berkobar ) adalah sebahagian pakage perjuangan. Ianya tidak berhenti disatu satu juzuk perjuangan dan tidak hanya dinyalakan hanya untuk waktu perlu dan tertentu sahaja untuk menghindari kefuturan tapi harus dicanai, dilumat serta digarapkan dalam setiap diri dan dialirkan dalam setiap darah daiyah agar nyalaannya dapat dikunyah bagi menerangi jiwa2 daiyah dalam wacana kehidupan sepanyang hayat sebagai seorang pejuang dakwah.

    ALHamasah ini tidaklah sama dengan semangat tok dukun yang terkena asap kemiyan yg bersifat sementara atau semangat yang meremangkan bulu roma atau semangat yang mengetarkan seluruh tubuh yang kosong dan tandus sehingga menjadikan pendokongnya di freezerkan menjadi passenger seumur hidup didalam jamaah atau halakah tanpa dapat dijadikan aset didalam dakwah.

    Alhamasah adalah semangat berbentuk rabbani. Semangat yang kita bentuk dalam keadaan kita sedar. Semangat yang sentiasa ada kebersamaan dengan Allah kerana Allah dan untuk Allah bukannya semangat bermusim, semangat
    ” passenger ” yang dikeluarkan oleh orang lain dan ditumpangi oleh kita kerana ini adalah semangat kosmetik yang nampak indah tapi tidak dapat bertahan dalam dakwah.

    Alhamasah tidak akan wujud kecuali kita hidup didalam sirah. Inilah pembuktian seorang pemuda palastin yang menghayati sirah yang ingin dijadikan anak angkat oleh sahabat kita:

    ” Sekiranya kami keluar dari palastin seolah olah kami keluar dari sirah. Kamu org malaysia baru membaca sirah dan ada diantara kamu pun tidak membaca sirah dan tidak tahu sirah apalagi menghayatinya tapi …kami telah berada didalam sirah sebab itu kesusahan yang kami alami menjadi lazat bagi kami ….

    kerana kami bersama rasullulah, bersama Abu Dujanah diUhud, bersama Hamzah, Bersama Khalid didalam perjuangan ini…api kami semakin membakar, jiwa kami semakin meronta, ruh kami semakin berlumba lumba untuk keluar dari rongga menuju syurga …kelazatan kami tidak terkata. Kamu ingin mengambil kami untuk dijadikan anak belaan dan anak angkat tapi …ayah ayah kami tidak membenarkan kerana mereka tahu kami akan dijadikan hamba hamba hamba nafsu, rakus kebendaan sehingga kami lupa tempat kami disyurga.

    Ayah ayah kami lebih rela kami dibom sehingga terputus kaki kami, terputus tangan dan seluruh anggota kami …tapi kami tidak kesal kerana tangan dan kaki yang terputus menuju kesyurga lantaran menanti teman2 anggota yang lain bersamanya sehingga seluruh anggota kami syahid berkumpul disana! Inilah semangat kami yang tidak ada pada kamu.”

    Akhi/Ukhti yang yang dirahmati Allah

    Inilah ” Tarbiyah AlLamasah AlLahibah ” yang sebenarnya yang melahirkan ” Syajaah’ yang hanya terdapat didalam sirah yang akan kita susuri selepas ini dengan azam dan tekad yang kuat.

    Marilah kita masukan dalam agenda dan didalm maudhuk usrah kajian sirah supaya kita dapat memasuki alam sirah, agar kita dapat cantumkan ruh ruh kita, airmata airmata kita, jiwa jiwa kita bersama para sahabat agar kita dapat merasai keperitan dan keindahan perjuangan mereka dan menjadikan kita terus bersemangat untuk berdakwah, berhalakah dan menyumbang untuk deen ini.

    ….marilah kita mulakan! Seandainya tiada upaya menjadi seperti pemuda palastin itu, sekurang kurang nya kita jadikanlah diri kita sebagai seekor burung hud hud yang mempunyai semangat dakwah dan perjuangan memberi message kepada Nabi Allah Sulaiman sehingga tunduknya kerajaan Balqis kepada beliau ….

    Apakah ini sesuatu yang mustahil setelah merangkak berkurun kurun didalam tarbiyah?

    Akhirnya …ingatlah! dakwah ini semakin jauh meninggalkan kita ….oleh itu kejarlah ia supaya kita dapat merasai mengetuk pintu syurga …

    drmuthiah said:
    March 11, 2009 at 3:11 pm

    huhu
    jazakillah ukhti (T_T)

    ainul arina said:
    March 11, 2009 at 3:44 pm

    salam akak…

    kebetulan dua tiga hari ni, bara saya pun nak liuk lentuk macam nak padam. Baca entry ni terasa macam kena simbah minyak la plak. Terima kasih! ^_^

    SaufiahAzZahrah said:
    March 30, 2009 at 8:51 am

    salam
    *speechless*

    your words has spoken mine.
    jazakillah. jazakillah.

    rindu kat kak ecah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s