Reproduce: Palestin itu jauh dari kita..

Posted on Updated on

salam, menurut wan adila, sajak ini keluar kat ikim.fm hari ni.. alhamdulillah. mmg impian saya penulisan saya akan menembusi media massa.. ingatkan dapat keluar surat khabar dahulu, rupanya radio. syukran buat sesiapa yang menghantarkan sajak itu buat mereka ! πŸ™‚

Palestin itu jauh dari kita

Pada kita derita itu
pada gagalnya peperiksaan
laparnya perut pada makanan
putusnya cinta pada kekasih pujaan
jauhnya ibu ayah dari dakapan
juga habisnya duit dalam bekalan


Pada mereka derita itu
Apabila rumah kediaman digesel trak
Harta benda serba serbi dirompak
maruah keluarga dipijak-pijak
anak bini dicincang oleh manusia tak berotak
tanah air Islam diinjak-injak

irama kita
adalah suara siti yang merdu
atau muzik rock yang bingit melegakan
atau suara nasyid yang mendayu-dayu

irama mereka
bulddozer yang menghiasi setiap pagi
ketulan batu yang dicampak ke muka yahudi
Bom yang tak pernah sunyi berbunyi

sungguh sukar kita berada di tempat mereka
kita masih tak sanggup menerima ujian sedemikian mereka

berpisahnya kita dari keluarga cuma sementara
berpisahnya mereka dengan ayah,ibu, adik beradik adalah buat selama-lamanya

tanggisnya kita di dunia adalah kerana gagalnya kita dalam ujian
putusnya cinta atau geramnya pada manusia
tanggisnya mereka di dunia kerana tidak dapat membunuh musuh Allah
kerana gagalnya mereka menemui kesyahidan

Rindu kita hanya bauan pada keluarga tercinta
Pada kekayaan melimpa ruah
pada umur yang panjang
agar keluarga kita lebih makmur membahagiakan

Rindu mereka pada wangian syurga tertinggi…
pada syahid tanpa henti
pada perjumpaan teragung
dengan Ilahi tercinta…

Siapakah kita berbanding mereka?

25 May 06
Muharikah

Advertisements

68 thoughts on “Reproduce: Palestin itu jauh dari kita..

    Wan Nurul Adila said:
    January 12, 2009 at 12:10 pm

    Salam.

    Sajak ini saya ambil dan siarkan di blog saya untuk perkongsian bersama. Sajak yang sangat bagus. Pertama kali saya dengar di IKIM.fm. (“,)

      aniezack said:
      June 3, 2010 at 5:27 am

      memang best..dah dengar mll ikim semalam..sangat tersentuh..bole pinjam utk copy?

    muharikah responded:
    January 12, 2009 at 1:53 pm

    err…. sajak ni keluar kat ikim.fm ke?
    huhuhu

    Wan Nurul Adila said:
    January 12, 2009 at 1:58 pm

    Ya..(“,)

    Wan Nurul Adila said:
    January 12, 2009 at 2:01 pm

    Oh ya. Nak link kan blog ni dari blog saya, boleh?

    muharikah responded:
    January 12, 2009 at 2:04 pm

    Eh boleh Adila., terima kasih….. wah… camne leh keluar ikim.fm ni… tak pernah tahu pun… ish ish… anyway, alhamdulillah… cume ingatkan ada orang IKIM akan minta izin utk siarkan sajak tu..uhuh

    Wan Nurul Adila said:
    January 12, 2009 at 2:07 pm

    Tapi takpe, dia ada mention nama ‘Muharikah’ tu. Hehe. Sebab tu saya dapat cari blog akak ni. Hihi. Nice job akak. Sajak ni dah lama tapi masih segar. Sebati dengan apa yang saya rasa.

    illi said:
    January 12, 2009 at 3:42 pm

    sya,

    sajak anti ni mmg btol2 mengesankan…tahniah! sajak ni mmg patut diwar2kan kpd setiap orang supaya kita sume keluar dari zon selesa kita selama ini………..teruskan berkarya..

    Wan Nurul Adila said:
    January 12, 2009 at 4:15 pm

    Akak, [boleh ke saya panggil dengan panggilan ni?]

    Tanggis tu tangis ke? Ada seseorang yang menegur di blog saya pasal ni. Saya pun perasan. Tapi saya takut nak tukar sesuka hati.

    muharikah responded:
    January 12, 2009 at 4:48 pm

    a’a… error tu dik tangis..

    yes boleh panggil saya akak.. πŸ™‚

    jzkk dik.. u made my day today! happy nak gi ward! πŸ™‚

    Wan Nurul Adila said:
    January 12, 2009 at 5:09 pm

    Alhamdulillah. Syukur pada Tuhan yang merancang semua ini. Saya pun rasa seronok sebab dapat kenal akak. (“,)

    ainul arina said:
    January 12, 2009 at 9:01 pm

    salam kak muharikah

    tahniah sebab keluar karya kat ikim.. memang best pun baca puisi ni..

    aha, salam kenal ya. ^_^

    ainul arina – gkln jordan

    zinn said:
    January 13, 2009 at 3:40 pm

    Assalamu’alaikum syah,

    sgt “datang dari hati”…
    teruskan syah…
    ana x dgr lagi kat IKIM.fm.. kena pay more attention ni..

    kenapa laa pulak nama ana kat atas tu (perasan!!)

    wassalam.

    halawatuliman said:
    January 13, 2009 at 7:06 pm

    salam.

    kak! wah wah..hepi bukan main.,.hehe…mabruk..kuar kat radio tu..bukan calang2 sajak ni..

    muharikah responded:
    January 14, 2009 at 12:35 am

    illi, ainul, zin dan wani –> jzkk… alhamdulillah…

    fadhilah said:
    January 15, 2009 at 6:52 pm

    mabruk kak aisyah. teruskan menulis. eh, ainul pun ada kat sini ke?

    halwaqalb said:
    January 27, 2009 at 11:26 am

    Assalamualaikum muharikah..
    saya minta izin untuk gune dan siarkan sajak ni ye. halalkan ilmu, moga diberkati.
    first time saye dengar dalam ikim.fm baru2 ni, subhanallah, menusuk ke dalam hati especially bhgn awal sajak ni.
    jzkk.

    muharikah responded:
    January 27, 2009 at 8:56 pm

    alhamdulillah… silakan untuk disebarkan ilmu tak sebarapa ini…. πŸ™‚

    awin said:
    February 6, 2009 at 6:21 am

    salam.
    btowl.
    sye pn dgar pgi td kt ikim.
    sgt mnyntuh aty.
    bes sgt.
    bleh sye siarkn?

      muharikah responded:
      February 7, 2009 at 6:06 pm

      salam awin… sila2 πŸ™‚

    aishah said:
    February 17, 2009 at 2:48 am

    Askum. Makcik peminat puisi & radio ikim. Makcik tengah mencari idea utk buat sajak yg tajuknya sama dgn sajak Muharikah ni. Betul…. tup, tup dgr kat radio ikim. Terkedu juga…. Isinya sgt menepati apa yg makcik nak lahirkan. Jadi makcik cancellah niat makcik tu… sbb sajak Muharikah sudah mewakili apa yg makcik idamkan. Sekalung tahniah utk anda, semoga dakwah ini menyelinap ke setiap rongga dan roh yg membacanya.

    muharikah responded:
    February 17, 2009 at 2:39 pm

    salam makcik,

    terharunya makcik cari blog saya dan jumpa..

    alhamdulillah.

    mak saya pun baru je dengar sajak tu pagi tadi dan dia tak percaya anak dia guna nama pena muharikah!hehehe..

    dia tanya saya betul ke saya yang muharikah tu,.. ke ada muharikah lain…

    heheheh…

    jzkk makcik.. kalau makcik ada puisi2 yang boleh dikongsikan, boleh berikan pada kami di sini… πŸ™‚

    aishah said:
    February 17, 2009 at 4:33 pm

    Mula2 makcik ingat Muharikah tu nama penyair dari Timur Tengah…. sbb seblm tu ada juga satu sajak terjemahan dari penyair Palestin di IKIM fm.

    fairuz said:
    March 4, 2009 at 6:44 am

    Salam.
    Mohon maaf utk Muharikah penulis sajak. Saya yg bertanggungjawab menerbit, membaca dan menyiarkan sajak ‘berharga’ ni di IKIM.fm. Saya harap dapat contact directly dengan penulis, ada hal yang belum selesai (hutang saya pada awak…he..he.). Harap jasa baik awak emailkan contact number ke firuzdin@gmail.com. Tq.

    hidayah said:
    May 2, 2009 at 11:35 am

    salam muharikah…

    sy sllu dgr puisi kt ikim…

    st1 time dgr puisi awk sy trus sln tajuk nk cr n now sy pn jmp la blog nie…

    syahdu sgt2 n tahniah cz puisi 2 btl2 menyntuh ati.

    muharikah responded:
    May 2, 2009 at 11:26 pm

    salam hidayah, terima kasih kerana sudi ‘mencari’ saya…ehehe.. salam ukhuwah sis…

    moga sama2 dapat manfaat darinya insyaallah

    nurul elia said:
    May 7, 2009 at 7:37 am

    salam muharikah…
    saya terdengar sajak indah ini pun kat ikim..
    saya dengar sekali lalu saja terus terpaut..
    dan tercari-cari nombor ikim untuk meminta salinan sajak ni..
    akhirnya terjumpa jugak sajak yang saya mahukan..
    saya nak minta izin untuk saya ubah sikit sajak tue agar lebih sesuai dideklamasikan oleh murid cilik saya dalam pertandingan bersajak.. harap awak beri respon secepat mungkin..

      muharikah responded:
      May 7, 2009 at 11:51 am

      boleh22…

      silakan.. kalau boleh k elia, amiklah video anak murid akak tu dan hantar copy kat saya… ok:) boleh sy tgk sekali… mesti comel…. πŸ™‚ salam ukhuwah kak…

    nurul elia said:
    May 13, 2009 at 3:34 pm

    insyaallah kalau dapat la saya latih murid ni..ni tgh suruh dia hafal.. tak tau la boleh ke tidak..
    coz budak umur 6 tahun ni byk main sket..
    akak x janji la dapat rakam ke tidak sebab dalam hari yang sama ada banyak pertandingan..
    tq ye..

    nur atikah said:
    July 11, 2009 at 3:04 am

    salam.

    akk, akhir nya jumpe jugak sajak nie.
    sy suke sgt dgr..
    sy pun t’dgr sajak nie kat ikim.fm..
    dahtu mmg bez sajak akk, mcm yg laen kate.
    ‘menusuk kalbu’
    btw, nak mintak izin nak siarkan kat majalah skolah ea.?
    nak bagi sume org bace..
    huhu..

    n then, smoge trus m’hasilkan karya yg hebat2! πŸ™‚

    shamsuljim said:
    August 17, 2009 at 7:10 am

    Salam,

    Tahniah.

    1st time sy dengar di ikim.fm sangat bagus!
    2nd time sy dengar, tapi tak sempat nak tulis bait-baitnya. 3rd time dengar, baru teringat boleh cari di internet. Alhamdulillah jumpa dah.

    Mohon izin utk sy paparkan di facebook sy.

    Juga cara baca & bunyi latar semasa dengar di ikim.fm amat berkesan.

    Jzkk.
    Wassalam.
    shamsuljim

    muharikah responded:
    August 19, 2009 at 12:14 am

    salam shamsul,

    dipersilakan… saya sendiri belum mendengarnya dari IKIM.. insyaallah akan cube try. selalu takde rezeki..hhuhu

    pengejarmimpi said:
    September 9, 2009 at 12:10 am

    Salam empunya sajak..

    sy dan sahabat sy meminjam sajak ini untuk palestine roadshow hari tu di tempat sy.

    sajak yang menarik. bernarilah pen itu beralun seni sll. moga ia bermanfaat buat tatapan umum.

    terima kasih

    muharikah responded:
    September 11, 2009 at 12:17 am

    boleh2 silakan πŸ™‚

    Hussaini said:
    September 16, 2009 at 5:27 am

    wow…

    Mabruk2!

    Apabila Allah mendengar kata-katamu,
    Tiada yang dapat menghalangnya terusss ke hati-hati itu!!

    Sekali lagi,
    Mabruk!!!

    shafinas said:
    May 12, 2010 at 8:46 am

    salam..pertama kali sy mndengar sajak ini, sebak terasa..tahniah kerana memupuk cinta dan sayang serta tanda ingatan pada kaum muslimin dan muslimat disana..AllahuAkbar!

    raihan said:
    June 1, 2010 at 4:36 am

    salam.

    minta izin dari ukhti utk meletakkan sajak ini di blog saya…
    tahun lepas, bila pertama kali mendengar sajak ini ke udara di IKIM, benar2 rasa sebak. dan… sajak ni ‘masih segar’ sehingga kini…

    mabruk ya ukhti! teruskan berkarya! =)

    Fiza said:
    June 1, 2010 at 11:57 am

    salam.. 1st time dengar di ikim.. trus jatuh hati sbb terus masuk ke dalam hati…

    Farhana Ramlee said:
    June 2, 2010 at 5:05 pm

    salam, sy nk minta izin saudari utk post kn karya ni kt Facebook sy. sajak yg sgt menginsafkan πŸ™‚

    muharikah responded:
    June 2, 2010 at 6:38 pm

    salam,

    silakan bagi yang nak mengcopy paste terutama di dalam keributan suasana fotilla skrg ni…

    teacher nur said:
    June 3, 2010 at 9:06 am
    syaradhiyah said:
    June 4, 2010 at 6:09 pm

    salam…

    kak, perkenalkan diri, saya, sya.. (n_n)
    alhamdulillah, jumpa blog ni. sbb dengar puisi ni di ikim.
    minta izin utk copy utk quote ya. akan di-link ke blog akak juga.

    jzk..
    salam ukhuwwah. (^_^)

    Salmizah Alias said:
    June 7, 2010 at 3:59 pm

    Salam…sya ingin berkongsi sajak yg sungguh bagus ni di fb sya.Thanks…Moga Allah bela nasib2 umat Islam di dunia terutama di Palestin…Amin!Akan di link ke sini nnt….

    penconteng aman said:
    July 9, 2010 at 10:04 am

    salam Muharikah..cantik kata2 dlm sajak ni.first time dgr ni kt ikim gak.memang betol cm yg lain2 cakap.terkesan sungguh ngn sajak ni. tambah pulak ngn gaya fairuz hj noordin sampaikan sajak ni.wahh.
    anyway, thanks so much.sy nk mtk share ni kt fb sy gak.buleh ye?

    Suhaili said:
    July 27, 2010 at 11:36 am

    1st time mendengar sajak ini pada waktu pagi yang hening..hatiku luluh..nak menitis air mata..betul2 menusuk hati…semoga ALLAH merahmati umat Islam Palestin…

    Wahida said:
    August 2, 2010 at 12:02 pm

    Salam Muharikah,

    Sebuah sajak yang begitu menyentuh perasaan saya….Pertama kali saya dengar di radio Ikim.fm…..izinkan saya copy di fb saya ya….saya ingin berkongsi dengan rakan2.

    Nur Saada said:
    August 20, 2010 at 3:50 am

    Salam Muharikah,

    minta izin copy dan tampal sajak tu kat board luar bilik saya … untuk dikongsi πŸ˜€

    mashitah said:
    August 24, 2010 at 11:58 pm

    salam Muharikah,

    nak minta izin juga copy sajak yg best ni…:))

    ainee said:
    August 26, 2010 at 1:52 am

    kak aisyah, dah byk kali dengar kat ikim.fm. tp semalam sajak ni dinikmati waktu pagi waktu nak pergi kerja ketika hati tengah mengomel tentang kesusahan kehidupan. berderai juga air mata sambil driving sampai nk terlanggar traffic light merah.

    liana said:
    October 18, 2010 at 1:25 am

    salam sis..
    saya sangat suka dengan sajak akak ney.. really the best.. sangat menyentuh hati…
    minta izin share ye kak di FB.. Thanks..

      muharikah responded:
      October 22, 2010 at 6:46 am

      boleh iAllah:)

    Adli said:
    October 22, 2010 at 7:48 am

    Insya’Allah saya berkongsi sajak ini di Fb saya.

    Zulkifli Kasim said:
    February 2, 2011 at 9:54 am

    Allahuakbar…… sajah yg terlalulu indah. Terpanggil untuk cari di web site. Akhirnya jumpa. Pertama kali dengan di ikim.fm. Jiwa tersentuh…. izinkan saya abadikan dalam catan saya nanti. tq

    sabariah said:
    February 5, 2011 at 9:04 pm

    Alhamdulillah ditemukan blog ini. Tahniah atas bait-bait puisi yang memang menyentuh perasaan. Izinkan saya memuatkannya di fb dan menyebarkannya.

    siti_sha said:
    April 3, 2011 at 6:31 am

    Salam kak.

    saya nak copy sajak akak ni utk blog program Aqsa Syariff:Le Tour de Europe.
    http://aqsasyarifeuropetour.blogspot.com/

    boleh ek…copy dulu… =)

      muharikah responded:
      April 4, 2011 at 12:23 am

      ok siti.. apa cerita di sana? lama tak dengar kisah orang czech πŸ™‚

    adib said:
    May 18, 2011 at 5:15 pm

    salam muharikah…

    saya jumpa sajak nukilan kamu ni masa google2 cari sajak untuk kempen palestin di universiti saya…
    menarik dan menyentuh hati…
    dari komen2 yang saya baca kat atas,rupenye sajak ni mmg dah lama terkenal ye…
    jadi saya nak mintak izin utk gunakan sajak ni dalam kempen kat U saya, boleh?

    tq…

      muharikah responded:
      May 21, 2011 at 1:36 pm

      boleh. ahlan

    Jamar said:
    October 17, 2011 at 2:08 pm

    Salam Puan muharikah…

    Agak lama baharu hari ini saya menemui penukil sajak. saya mendengarnya dari radio IKIM. Izinkan saya selitkan dalam laman blog saya… http://gaharucandanku.blogspot.com/

    Terima kasih

      muharikah responded:
      October 21, 2011 at 7:12 pm

      silakan asalkan bermanfaat ….

    amna said:
    June 16, 2012 at 4:29 am

    menitis air mata dengar puisi ini dibacakan..
    sangat menyentuh hati

    Aisya Humaira said:
    March 26, 2013 at 6:47 pm

    Salam, nak minta deklmasikan sajak ni in ptandingan Deklmsi Sajak di IPT saya boleh tak kak ?

    Aisya Humaira said:
    March 26, 2013 at 6:50 pm

    * Pembetulan… Salam, nak minta izin utk saya deklmasikan sajak ni wktu ptandingan di IPT saya…boleh tak kak?

      muharikah responded:
      March 28, 2013 at 3:36 pm

      ok boleh

    missgeminie said:
    August 1, 2013 at 11:56 am

    subhanAllah, dah lama rupanya sajak ni.. 1st time dengar di ikim pagi tadi. sangat terkesan. alhamdulillah Allah bagi jugak peluang dengar and time search sekali je, dah jumpa. huuu πŸ™‚ semoga Allah kuatkan langkah..

    zakiyahzainon said:
    March 31, 2014 at 10:20 am

    assalam..mohon izin untuk saya gunakan puisi ini untuk pelajar deklamasikan nanti di dalam pertandingan…;)

    blograidah.com said:
    March 19, 2015 at 12:11 am

    Assalammualaikum..

    Puan,

    Saya baru terdengar sajak ini di ikimfm pg ini. Sangat menyentuh hati. Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang ini.

    Wassalam.

    -raidah-
    http://www.blograidah.com

    nur said:
    January 15, 2016 at 9:16 am

    Baru je dengar kat ikim.. terus google..
    Sebuah sajak yang bagus! (y)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s