sajak

Akhawat militan

Sehebat mana kamu melihat seorang wanita itu

tangkas dalam amalnya

berani dalam kata-katanya

militan daya juangnya

Dia tetap seorang wanita

berkaca juga air matanya

sensitif juga jiwanya

halus dan lembut juga hatinya

Walaupun kelihatan di matamu militansinya

Dia tetap seorang wanita

Dia punya jiwa

Dia punya rasa

dan tenyata jiwa dan hatinya

lebih lembut dari sutera

lebih halus

seperti hati ibunda

begitu jiwanya

dia hanya seorang manusia

penuh cinta dan rasa

Dan dia berharap

Dunia memahami kehalusan hati dan jiwanya

di balik wajah dan aksinya

Yang penuh militan itu

 

Muharikah

15 Mei 2012

sajak

Sajak : Berlari laju

Dakwah ini

berlari deras

Andai kita tak bekejar mengikutinya

Pasti dakwah itu akan meninggalkan kita.

Andainya kita telah pun berhenti sejenak

menghirup udara kerehatan

untuk mencari kekuatan

tentu kita agak segan untuk berlari mendakapnya

kerana seolah-olah telah jauh 

dakwah berlari meninggalkan kita.

 

Tapi

tiada istilah terlambat dalam kehidupan kita

selagi mana nyawa masih ada, 

selagi itu, kita takkan pernah terlambat mengejar kembali dakwah itu

Walaupun pada langkah awalnya,

kita harus merangkak

menebal muka

dan terkial-kial dalam memahami

namun sekurang-kurangnya

kita berusaha untuk berjalan di atas jalan dakwah ini

Jangan segan dalam terus berjalan

walaupun lambat

kerana memang dakwah ini berlari laju,

namun

kita takkan pernah terlambat

dalam mengejarnya

 

AisyahZ

11 dec 2011

 

 

sajak

Sahabat

Bagi yg memaknainya..
Tiada yang lebih menyuramkan,
Tiada lagi yang mendatangkan mendung di jiwa,
Mahupun yang mengguris luka di dada

Melainkan kehilangan seorang sahabat

Samada dia pergi meninggalkan kita
Mahupun ujian dan keadaan yang menjarakkan kita

Untuk yang memaknainya pasti akan amat terasa.

Nilai sahabat itu ibaratkan satu tubuh
Bukan ketika sakit
Mahupun ketika kematian,

Namun di saat diperlukan,
Mahupun tidak,
Sahabat itu pelengkap,
Ia ibarat tangan kiri dan kita tangan kanannya,
Ia ibarat air di saat kita apinya
Ia ibarat matahari di saat kita bulannya
Ia juga ibarat angin mahupun hujan di saat bahangnya hawa

Dan kerana itu sahabat itu melengkapkan
Ia mengadakan apa yang tidak ada
Ia menyempurnakan apa yang cacat

Mahupun melayarkan wajah cahaya di saat suram
Mahupun menadahi telinga di saat goncangan perasaan melanda.

Mustahil seseorang itu mampu menjadi sempurna
Dan takkan mungkin seseorang itu hebat
Hanya dengan bersendirian
Mahupun keseorangan.

Kerana seseorang itu takkan mampu melihat dirinya sendiri
Melihat rambut yang tak disikat kemas
Mahupun tudung yang tak dipin lurus

Kerana pada setiap diri itu
Pasti amat memerlukan sebuah cermin

Dan cermin itulah yang melengkapkan dirinya
Dan cermin itulah yang akan menampakkan kesalahan dirinya
Malah cermin itu akan jujur padanya walapun dia benci untuk menyakiti diri kita.

Kerana sahabat itu, ia bukan sahaja jujur,
Bukan sekadar pembantu di saat susah,
Mahupun teman bicara di saat senang,
Tapi sababat itu,

Ia melengkapkan kita.

Takkan mampu kita menjadi kita tanpa adanya dia

Seperti mana dia takkan menjadi dia tanpa dia.

Dan kehilangannya pasti akan terasa,
Terus terhiris di balik memoar yang indah
Menjadikan nafas semakin berat
Mahupun langkah semakin mencabar

Dan pada setiap doa yang kita munajatkan
Akan selalu dan selalu kita ulangi kalimah itu
Dengan tadarru’ penuh pengharapan dan airmata
Sambil menitipkan kalimah-kalimah itu
Kalimah rabithah di saat membayangkan wajah kita dan dia
Bersatu kembali pada ikatan hati ini

Tiada lagi yg dapat memintal hati melainkan Dia
Tiada yang dapat mencantumkan semula melainkan Dia.
Mahupun menggantikan sesuatu yang lebih baik.

Namun, pada diri setiap sahabat, tentu amat berbeza.

Dan tiada yang dapat menggantikan setiap satunya

Kerana setiap seorang itu punyai banyak kelebihan tersendirinya

Pada diri kita dan dia,
Mudah-mudahan ikatannya akan menjadi lestari selamanya

Kerana tiada yang lebih indah
Tiada yang Mengundang senyum di wajah
Mahupun suria di dada

Melainkan perasaan cinta ,
Perasaan hubb di jalan Allah itu.
Perasaan yang meringankan beban di jalanan
Mahupun menyejukkan dan menyegarkan keletihan,

Pada dirimu sahabatku,
Ku utuskan sebuah rabithah
Buat kesekalian kalinya buat dirimu…

Nukilan
Aisyahz

curahan hati... · dedikasi · sajak

Sebuah cinta

Di bumi ini,

Walau teriknya memijarkan wajahku

Walau bahangnya mengalirkan peluh di  tubuhku..

Namun di bumi ini,

Ku saksikan cinta

Ku karangkan bait-baitnya

Dan kurasainya sepenuh hatiku

Melihat wajah- wajah itu..

Sering mengundang

Mimpi yang indah

Sering membasahkan

Sebuah haraapan.

Dan di bumi ini,

Terus menerus

Menghantarkan aku erti sebuah cinta

Lebih hebat

Lebih dahsyat

Lebih damai

Dari terpaan angin

Yang mengelusi lembut wajah-wajah kita

D celah kedamaian kita

Berada dalam jilsah zikrullah itu

Dan di situ,

memori itu akan terus terakam

dalam frem ingatan ini

dan akan terus menjadi bekal

buat diriku terus tersenyum

melayari perjalanan seterusnya nanti.

 

Di bumi ini

kisah cintanya

lebih hebat dan agung

dari bongkah-bongkah Petra

serta batu-batu Romannya

Dan di situ

harapannya

kita akan terus mengikat janji setia kita

kepada Allah

selama-lamanya..

Wasalam

Muharikah

11 ramadhan

Irbid, Urdun

just for akhawat · sajak

Dakwah perlu diteruskan

Samada sukar,
Samada senang
Samada indah
Mahupun berselimut kesulitan dan kesukaran,
Kita perlu teruskan dakwah ini.

Aku tahu adikku
Engkau tak mampu melihat cahaya di hadapan
Terkadang dikau buntu apa yang terbaik boleh dilakukan
Mahupun langkah terbaik untuk dijejaki
Ataupun cara kerja paling benar dalam mencapai tujuan.

Akhirnya dikau terus keliru tidak memahami
Melihat angka-angka rijal yang makin susut
Mahupun lari kebelakang.
Dan dikau terus bertanyakan dirimu:
‘apa yang sudah berlaku ini?’

Sementelahan dirimu
Disalut,dibelit, ribuan masalah dan ujian.
Lantas dikau buntu.
Apa boleh kau buat sekarang?

-Study pun ‘horror’
-Tarbiyah diri entah ke mana
-Dah tahu banyakkkkkkkkkkkkkk perkara
-Buku nota dan bertukarrrr dan bertukar warna
Tapi dirimu masih lagi meraba-raba dalam kegelapan.

Dan kesannya
Pada adik-adik binaanmu..
Dan seterusnya kau terus tertekan
Kerana ketidak mampuanmu berbuat SEMUA perkara,
Dengan sebaiknya

‘ Aku bukan hebat sangaat weyyhhhhh!’

Dan kau terus berteleku beristighfar
Menangisi kelemahanmu dan ketidak mampuan dirimu.

Maka apa jalan keluar dari semua ini?

Tiada lain,

Melainkan untuk terusssssssssssssskan melangkah di jalan dakwah ini.

Teruskan sahaja bertahan
Terus menerus.
Kerana inilah formula duat terdahulu dan sekarang.

Walaupun diri diuji
Walau keluarga dibawa lari
Mahupun anak binaan tak menjadi
Mahupun tarbiyah diri tidak rapi.

Tapi mereka tetap dan terus menerus dalam dakwah ini.
Beramal, menyampaikan risalah ini.

Berkat sabar dan sangka baik mereka pada Allah,
Itulah yang menguatkan hati dan perasaan mereka.

Dan dari situlah mereka berjaya.

Aku yakin adikku,
Dirimu akan begitu juga,

Sayang fillah,
Akakmu,
AisyahZ
Leeds

sajak

Dhuha itu

Dhuha itu
Terang
Pada cahayanya

Terang
Pada sujudnya
Sang hamba
Yang mendambakan
PandanganNya
Pada doa
Pada rintihan
Pada pengharapan
Yang mensyahdukan waktu dhuha itu

Bukankah dahulu
Ar-rasul
Antara solat awalnya dahulu
Adalah Dhuha itu
Dan ayat yang menyejukkan jiwanya
Di waktu sengsara derita
Adalah Ad-Dhuha jua?

Kerana di situ
Pada cahaya Dhuha itu
Kita akan temui sebuah kekuatan..

AisyahZ
Charles St
Glasgow

20110723-110745.jpg

sajak

Selautan rasa pada kilauan cahayaNya.

Aku melihat mereka

penuh cinta

penuh rasa

penuh selautan kasih yang tak dapat dimengertikan

pada wajah-wajah mereka

ku tatapi makna pada erti sebuah jiwa

jiwa yang mahu ‘hidup’ kembali

jiwa mahu bangkit kembali

jiwa yang mahu berlari kembali.

 

Dan kami menatapi mega merah

di balik mendungan awan

indah

tenang

damai

setenang air yang berkocak dek angin yang bersepoi bahasa meniupnya.

 

Begitulah juga damainya pertemuan kita

bersaksikan mega merah di angkasa

tatapan awanan langit yang menggugahkan

 

di sebalik pertemuan inilah

aku saksikan sebuah ikatan janji

pada simpulan hati yang sama

 

hanya kerana rasa hati kita adalah satu

hanya kerana matlamat kita adalah satu.

 

Hanya kerana redhaNya yang kita cari

 

walau awalnya berdaki dan sukar

namun di hujung jalan itulah adanya sebuah cahaya

 

pada kilauan cahayaNya

 

inilah permulaan kepada episod yang panjang.

 

dan aku menatapi wajahmu di bawah langit biru itu.

Dengan tawa dan senyuman yang indah di wajahku…

 

Muharikah

June 2011

pada sebuah