Trilogi tarbiyah

Trilogi tarbiyah : tilawah, tazkiyah dan taa’lim

Trilogi tarbiyah –> antunna tahukan? hehehe..

boleh cek dalam surah Al-baqarah 151 (susunan dimulakan dengan tilawah, kemudian tazkiyah, kemudiannya, mengajarkan)

boleh cek juga dalam Al-jumuah dan juga surah ali-imran 164 . Triloginya dalam turutan yang sama  ( tilawah, tazkirah, dan ta’alim)

haish, bukak tak Quran ni ?hehhee,…. kene baca Quran sebab nanti tak faham apa saya tulis ni)

kecualilah dalam satu surah, surah baqarah ayat 129. susunan dia berlainan sedikit. tilawah-taalim-tazkiyah.

ini menunjukkan penekanan yang tinggi dan lebih kepada aspek tilawah-tazkiyah- taalim, berbanding, tilawah-talim- tazkiyah.

Inilah trilogi tarbiyah kita.

Bukan sekadar transfer ilmu.

bukan sekadar mendoktrin dan meniru.

ia mengubah manusia, merevolusikan(inqilabiyah) dirinya dari jahiliyah kepada islam. Mengislahkan dirinya dari sibghah taghut, kepada sibghah Allah.

Dan beginilah susunan tarbiyah kita… ia perlu ada trilogi ini.

Dalam setiap daurah, dalam setiap usrah, mukhayam dan sebagainya, tarbiyah kita perlu ada trilogi ini.

Itulah dia:

Tilawah = Memberi ilmu agar tahu

Tazkiyah = membersihkan hati, agar termotivasi menjadi mahu

Taalim= mengajarkan dan meningkatkan kapasiti diri sehingga menjadi mampu!

Tilawah : Kerana aku mahu TAHU

Pemahaman Islam yang syamil (integral), shahih ( benar) dan wadhih ( jelas)  perlu dimulai dengan tilawah. Itulah dia tilawah Al-Quran.

Kerana itu nasihat seorang ; Dr Solah Abdul Fatah

‘ hendaklah setiap muslim membaca Quran-dengan tartil- satu juzuk satu hari. Sehingga dapat mengkhatamkan AlQuran, sebulan sekali. Inilah ia batas minimal bagi seorang muslim’

begitu juga kata ust mutammimul ‘Ula,

Dengan mengkhatamkan Al-Quran minimumnya sekali sebulan bererti kita akan selalu diingatkan dengan seluruh syariat dalam Quran. Ingat hukum2 dan perintah2 dari Allah.

( astaghgfirullah. mampukah kita semua mencapai tahap minimum ini?)

Tazkiyah. Agar Aku Mahu

Bacaan Quran itu, seharusnya mentazkiyahkan kita.

Kerana itu, dalam tarbiyah kita, ia perlu ada elemen tazkiyah. Elemen pembersihan hati. Jika dalam tarbiyah kita wujudnya sentimen2 dan ada rasa duka cita dan penyakit hati, maka segeralah kita merawatnya.

Tazkiyah itu melembutkan hati.

Dan tazkiyah itu menyucikan hati.

seseorang pernah bertanya kepada Ibunul jauzy,

Manakah yang lebih baik untukku; bertasbih atau beristighfar?

Jawapnya apa?

Pakaian yang kotor lebih memerlukan sabun dari minyak yang wangi

Rasulullah sendiri mengatakan

Orang yang selalu istighfar, Allah akan hilangkan keresahan yg dia rasakan, melapangkan kesempitan yag menimpanya dan akan berikan rezekinya tanpa dia sangkakan. ( HR Baihaqi)

Kerana aspek tazkiyah juga akan memberi kejayaan dan jalan keluar sangat luas buat masalah diri dan dakwah kita.

Ini janji Allah pada kita:

maka aku katakan kepada mereka: “Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, (10) niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, (11) dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan [pula di dalamnya] untukmu sungai-sungai

Nuh: 10-12

Dengan istighfar: Allah akan datangkan hujan. Allah akan banyakkan harta-harta kita dan anak, Allah akan adakan kebun2 dan juga sungai2 buat kita.

Allah akan mudahkan kita untuk berubah. Allah akan mudahkan kita menjadi murabbi. Allah akan mudahkan urusan dakwah kita iAllah.

Ta’lim. Agar aku MAMPU.

Maknanya Tazwiidul ‘Ulum. Menambahkan Ilmu.

Dalam tarbiyah, perlulah ada peningkatan. Jika mengulang pun, biarlah pengulangan itu meningkatkan peribadi yang ditarbiyah. Seorang murabbi perlu sentiasa mampu untuk memenuhi kehendak keilmuan mutarabbinya.

Takkanlah seorang anak murid akan memasuki kelas orang yang sama sahaja ilmu dengannya bukan?

kerana itulah kapasiti ilmu dan tsaqafah ( pengetahuan) kita tentang islam harus berkembang dan terus bertambah.

Kerana itu penguasan kita tidak terhad untuk bahan halaqah. Ia perlu luas, expansional dan perlu banyak dan banyak.

Dari sudut ini, murabbi perlulah sangat banyak membaca. Dan perlu sangat banyak tahu. Dan berkorbankan masanya untuk memahami ilmu ini. Ilmu yang bukan sekadar hafalan tetapi, kefahaman yang mendasar untuk diamalkan.

Kerana kita mahu menjadi Ibnu Abbas. Seorang murabbi, berjuta ilmu! Dialah seorang ahli hadis, ahli Al-Quran, ahli fiqh, begitu juga beliau ahli dalam syariah dan kesemuanya.

Semua kepakaran dimiliki oleh seorang peribadi itu.

Seperti mana kita perlu mantap penguasan ilmu dunia kita ( doktor, engineer, farmasi etc), perlulah juga kita menguasai tsaqafah daiyah.

Said Hawwa menyenaraikan 10 cabang ilmu yang perlu dikuasai oleh para pendakwah:

1) Ilmu Usul As-tsalasah ( ilmu usul 3) : Allah, Islam dan rasul.

2. Al- Quran, tafsir dan Ulum Al-AQuran

3. Fiqh dan Usul Fiqh

4) Akidah, akhlak dan syariah Islam

5) Sejarah, umat Islam dan sirah nabawiyah

6) Ilmu Bahasa Arab

7) Ilmu Hadits dan Usul Hadis

8)Fiqh dakwah dan Gerakan Islam

9) Deislamisasi ( ghazwul fikri dan gerakan memurtadkan orang islam)

10) Study islam modern.

Ta’lim tarbawi ini membawa kita mengenali Al-Quran untuk dicedok isinya  untuk membangun bashirah, tasawur yang shahih lagi wadhih tentang Islam. Seterusnya mampu meningkatkan kualiti dan kapasiti seorang daie bukan sahaja mensolehkan diri dia, tapi memuslehkan manusia lainnya.

Inilah dia trilogi tarbiyah kita.

Tilawah – usrah mesti mula dengan tilawah. Dan tarbiyah kita adalah bermula dengan tahu.

Tazkiyah –> tarbiyah perlu ada unsur2 pembersihan jiwa. Agar wujud rasa mahu

Taalim—> supaya rasa sangat dahagakan ilmu islam,sentiasa teruja untuk meningkatkan kapasiti diri, agar sentiasa menjadi seorang yang mampu di jalan dakwah.

Bayangkan jika semua kita memahami dan menguasai trilogi tarbiyah kita ini?

insyaalah, Islam akan bangkit dan difahami oleh semua manusia iAllah..

Itu sahaja dari saya . Moga bermanfaat buat semua,

muatan isi artikel ini saya ambil dan ubah suai sedikit dari buku ‘New quantum dakwah dan tarbiyah’ ( sila dapatkan segera!)

 

wassalam

 

ana ukhtikum fillah

aisyah

Advertisements

5 thoughts on “Trilogi tarbiyah

  1. Assalam kak. best entry ni. boleh saya tahu, nk dapatkan buku ni kat mana ye kak? Boleh tolong saya berminat nak dapatkan buku ni… akak ada masa reply kat emel saya pun xpe ye kak.
    Trima kasih byk kak =)

  2. afwan mas, sorrylah, selalu terlupa nak reply2 komen orng. hidup serabut sekrg.

    buku ni leh beli kat pustaka indonesia di masjid jamik iALlah. dekat jalan tar tu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s