Apa ada pada IKRAM?

 

Alhamdulillah. Kini, majlis syura muslimun sudah bersatu nama dengan penubuhan pusat. Kini MSM bertukar nama kepada Pertubuhan IKRAM UK EIre.

 

Apa ada pada nama?

 

Tiada apa. Kecuali pertambahan amanah, dan perluasan dakwah yang tentunya amat perlu dalam mihwar dakwah masa kini.

 

Moga para rijal dakwah sentiasa terpacu amalnya pada fokus yang jelas dan tentu amal tariq yang sentiasa dipelajari dari masyayikh dakwah dan buku2 fiqh dakwah yang ada.

 

terkadang kita leka pada sebuah nama dan angka. Lantas kita berbuat tanpa cukup bekalan dan ilmu.

 

Sedangkan kita melihat barisan kepimpinan dakwah kita, hikmah mereka menyatu pada ilmu, iman mereka menyatu pada amal, kejelasan pada wawasan dakwah selari dengan thariq amal yang mereka fahami. Mereka fokus pada penyebaran dakwah.

 

kerana itu mereka masih tsabat dan berjaya sehingga kini.

 

Dan kita generasi muda, haruslah bersedia untuk melangkah lebih jauh dan lama di jalan ini. Bekalan ilmu dan iman, kefahaman pada thariq amal, serta keberanian dalam terus melangkah walaupun tahu,kesilapan itu pasti berlaku.

Jemaah adalah wasilah menuju kejayaan dakwah. Ianya wajib kerana mencapai kemenangan islam itu wajib dan kita tak mampu mencapainya keseorangan.

 

Maka matlamat kita bukanlah pada jemaah. Matlamat kita tetap pada kemenangan Islam. Maka kita akan terus membina angka-angka yang berkualiti demi menyiapkan para rijal yang mampu memasuki seluruh posisi yang ada dalam masyarakat kita. Ini penting, kerana bila daulah islam itu tertegak, kita akan cukup man power untuk menduduki seluruh jawatan2 yang penting bagi sebuah negara.

maka kerja kita tetap sama, dan tak pernah berubah. Itulah dia membina rijal-rijal Muslim, individu Muslim dengan tarbiyah yang mapan, serta Quran yang berjalan di atas muka bumi.

 

Bawah ini laporan skema(huhuh) tentang pertubuhan IKRAM malaysia.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKRAM Malaysia
www.IKRAM.my
Tarikh lahir: 22 Oktober 2009
Tarikh lancar: 20 Jun 2010
Sejarahnya: Panjang!

Semalam, bersamaan dengan Ahad, 20 Jun 2010, dengan izin Allah saya telah berkesempatan untuk bersama-sama menyaksikan dan menyertai sebuah acara yang penuh bersejarah di dalam sejarah perkembangan dakwah di Malaysia. Menurut laman web IKRAM, dipercayai seramai 5335 orang ahli IKRAM telah menghadirkan diri di dalam peristiwa bersejarah tersebut. Bilangan yang begitu ramai buat sebuah NGO, telah memenuhi ruang dewan “Malaysia International Exhibition and Convention Centre”.

Ahli-ahli IKRAM yang hadir sejumlah 5000 lebih orang.

Kehangatan perhimpunan IKRAM ini, sebenarnya telah terasa sebelum program bermula lagi, di mana ramai dari kalangan ahli-ahlinya yang muda telah menge”post” status-status teaser di Facebook masing-masing. Ada di antara mereka yang bersemangat, sehingga membuat event RSVP di laman sosial Facebook. Ada yang menulis, “IKRAM” sahaja, dengan dibalas oleh jawapan-jawapan yang hanya difahami oleh orang-orang IKRAM. Ada pula yang memang terus terang, “4 more days to Pelancaran IKRAM”. Namun kesemua ini menimbulkan tanda tanya kepada orang umum yang tidak tahu menahu, sehingga ada yang bertanya, “Prof, IKRAM ni apa?” sebagai jawapan kepada post status IKRAMians.

Pertubuhan IKRAM Malaysia

IKRAM, seperti yang disebutkan di dalam perlembagaannya merupakan;

“Sebuah pertubuhan dakwah, kebajikan serta tarbiah yang mengambil peduli tentang urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan cara hidup dan ajaran-ajaran Islam. Ia tidak bertujuan membuat keuntungan dan berusaha untuk penegakan perundangan Islam di Malaysia.”

(Perlembagaan IKRAM, 2009)

Di dalam ucapan al-fadhil ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad,

“Kelahiran IKRAM, dengan izin Allah SWT, merupakan satu sunatuLlah dan kehendakNya jua. Dalam situasi apa pun akan ada satu golongan yang mengangkat panji Islam, panji tauhid, dan menegakkan kebenaran, walaupun terpaksa melawan arus di dalam negara atau di persada dunia. Akan lahir seorang reformis, bersamanya satu golongan yang mencintai Allah dan dicintaiNya, lembut terhadap orang-orang mukmin, tegas terhadap orang-orang kafir, berjuang di jalanNya tanpa rasa takut akan kecaman manusia.”

(Ucapan Presiden, Pelancaran IKRAM)

Ia mungkin merupakan sebuah pertubuhan yang baru didaftarkan dengan ROS, tetapi ia adalah sebuah kesatuan yang mempunyai sejarahnya yang panjang. Peranan yang telah dimainkan di negara Malaysia cukup besar terutamanya jika dilihat dari aspek amal da’wi. Cumanya, kita perlu mengkaji dengan lebih mendalam tentang sejarah, melalui sumber-sumber yang betul, untuk mengetahui peranan-peranan yang telah dimainkan oleh golongan terdahulu IKRAM.

IKRAM Menyatukan Bukan Memecahbelahkan

Mungkin akan ada segelintir manusia yang mengeluarkan persoalan, “Kenapa nak tubuhkan IKRAM? Bertambah lagi pertubuhan pemecahbelah gerakan Islam…”

Namun bagi orang-orang yang mengetahui sejarah penubuhan IKRAM, ia merupakan satu langkah penyatuan amal Islami di medan masyarakat Malaysia. Ia menyatukann beberapa pertubuhan yang besar lagi berpengaruh di Malaysia. Ia menyatukan Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), Medical Interest Group (MIG), Pendidikan SRI-SMI Berhad (MUSLEH), Persatuan Islam Lepasan Institusi Pengajian Tinggi Australasia (AUSIS), dan juga Aqsa Syarif (AQSA).

Ustaz Dr. Parid ketika sidang media.

Selain dari itu, presidennya (gambar) dengan jelas telah mengatakan di dalam sidang akhbar, bahawa, “Kita akan bekerjasama dalam bidang yang sama dengan sesiapa sahaja, dan jika tidak sama, kita hanya akan bagi pandangan,” (HarakahDaily, 2010)

Buat Para Pejuang IKRAM

Adanya IKRAM bukan bermakna semakin mudah kerja kita. Adanya IKRAM bukan bermakna adanya masa untuk bergoyang kaki. Adanya IKRAM bukan bermakna kita meninggalkan kerja-kerja terdahulu dan memulakan yang baru.

Tetapi adanya IKRAM bermakna kita semakin laju di dalam medan amal ini. Semakin kemas langkah dan gerak kerja kita. Semakin tersusun di dalam amal da’wah kita. Semakin tegar dan kental di dalam melaksanakan amal yang kita yakini ini.

Semuanya bertujuan mencapai tiga wahana da’wah kita: (1) iman yang mendalam kepada fikrah dan da’wah ini, (2) pembentukan yang kemas lagi rapi terhadap semua objek da’wah, dan (3) amal yang berterusan dan berkesinambungan.

Adanya IKRAM bermakna semakin bertambah kerja dan tanggungjawab kita.

“Kelahiran IKRAM, dengan izin Allah SWT, akanmembawa kita keluar ke satu suasana baru. Kemunculannya menjadikan kita berada di medan terbuka, berada di mihwar ijtima’i wa sha’bi, yakni tahap bersama-sama massa, masyarakat dan rakyat. Kita terus memasuki era penglibatan bersama masyarakat umum, menghadapi berbagai-bagai cabaran, yang kesemuanya menuntut kita semua terus-menerus mempersiapkan diri dengan keupayaan-keupayaan yang berganda untuk menanganinya dengan sebaik-baiknya.”

(Ucapan Presiden, Pelancaran IKRAM)
Sambutan bersemangat para pemuda ketika diseru oleh Ustaz Alias Osman.

Akhirnya, marilah kita semua mempersiapkan diri! Semua agensi dan institusi IKRAM, dan organisasi IKRAM sendiri mestilah bersedia dengan sebaik-baik persiapan agar kita menjadi yang terbaik, golongan pilihan pada zaman kita, ansar Allah SWT, golongan al-Hawariyyun. Insya Allah menerusi merekalah Allah SWT akan memenangkan agamaNya; ke atas golongan inilah Allah menurunkan keberkatan, futuhat yang melimpah ruah dan keredhaan yang berkekalan.

Marilah kita sama-sama menjadi golongan yang praktikal!

Barisan kepimpinan pusat IKRAM.
Ustaz Alias Osman bersalaman dengan Syeikh Muhammad ar-Rasyid, penulis buku Muntalaq.

 

8 thoughts on “Apa ada pada IKRAM?

  1. Salam,
    Salam Ukhuwwah dan Selamat Maju Jaya kepada IKRAM UK EIRE. Moga terus thabat di atas jalan dakwah dan tarbiyyah.

    Ikhlas Dari,
    Ahli ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia) Cawangan Alor Setar.

  2. Setakat ini begitulah. tapi mungkin ada individu yang masih ada kekhilafan tapi takleh nak generalisekan semuanya begitu

Leave a comment