HARI RAYA EIDUL ADHA – memoar Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dalam pengorbanan yang ‘real’ dan tulen.

.
download-dp-bbm-hewan-kurban-bergerak-lucu

Sebagai penyempurna haji, ibadah korban atau ‘udhiyyah’ disyariatkan pada hari ini, dan juga hari-hari Taysriq 11-13 Zulhijjah.
.
“Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah” ( QS Al-Kausar 2)
“Sesiapa yg mampu berkorban, tapi tidak berkorban, jangan hampiri tempat solat kami”. (HR Hasan. Riwayat Ahmad, Ibnu Majah, Al-Daraqutni, Al-Hakim)
.
Hadis dari Abu Ayyub, “Pada zaman Rasulullah seseorang menyembelih seekor kambing sebagai korban bagi dirinya dan keluarganya.” (Al-Tirmidzi)
.
Walaupun kita tak pergi haji, disunatkan juga kita melakukan ibadah korban ini.
.
“Tidak ada suatu amalan yang paling dicintai oleh Allah dari Bani Adam ketika hari raya Idul Adha selain menyembelih hewan kurban. Sesungguhnya hewan itu akan datang pada hari kiamat (sebagai saksi) dengan tanduk, bulu, dan kukunya. Dan sesungguhnya darah hewan kurban telah terletak di suatu tempat di sisi Allah sebelum mengalir di tanah. Karena itu, bahagiakan dirimu dengannya.” (HR. Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Hakim)
.
Kenapa hebat sangat ibadah korban ini? Kenapa ditekankan dan dijadikan ibadah yang amat disunatkan serta besar pahalanya?
Nabi Ibrahim adalah seorang yang agak berusia ketika mendapat kelahiran Nabi Ismail. Berpuluh tahun baginda doa dapat anak soleh seperti Nabi Ismail.
” Dan Nabi Ibrahim pula berkata: “Aku hendak (meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Ia akan memimpinku (ke jalan yang benar). Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang penyabar.” ( As-Saffat : 99-101)
Tentu Nabi Ibrahim happy sangat sebenarnya bila dapat anak selepas dah tunggu lama. Maka membesarlah Ismail, menjadi harapan pewaris dan penyambung salah-silah keluarga.
Satu hari Nabi Ibrahim bermimpikan wahyu dari Allah, untuk sembelih anaknya.
Boleh imagine? Dahlah lama tunggu anak, pastu kene sembelih?
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?”. ( As-Saffaat: 102)
Ramai orang melihat, Nabi Ibrahim sahaja yang berkorban di sini. Korbankan rasa cintakan seorang ayah kepada anaknya. Namun sebenarnya, yang hebat berkorban juga adalah Nabi Ismail!
“Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar”.
Nabi Ismail minta pada ayahnya; ikat kuat-kuat agar dia tak gerak, tanggalkan pakaian jangan kena darah, tajamkan parang dan segera sembelihan. Dia tak mahu rasa kesakitan ketika perkara itu dijalankan.
Dalam perjalanan ke tempat korban, syaitan goda Nabi Ibrahim dan Ismail untuk tak buat, tapi Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim dengan tekadnya menepis godaan tu.
Nabi Ismail minta ayahnya Nabi Ibrahim tutup wajah beliau supaya ayah dia tak ragu-ragu nak sembelih sebab rasa sayang dan sedih pada anaknya.
Nabi Ismail barangkali sebaya atau lebih muda dari kita. Baginda telah korbankan diri dan kepentingan peribadi untuk bantu ayahnya taat perintah Allah.
Nabi Ibrahim sudah tentu tak dapat nak sembelih anaknya kalau anaknya melawan dan memujuk. Tapi Nabi Ismail berkata, dia termasuk orang yang sabar. Malah, memudahkan ayahnya untuk melaksanakan arahan Allah itu.
Sebenarnya, kesabaran itu kurang ada dalam diri kita sebagai anak muda.
Kita selfish, kita ego, suka ikut kepala sendiri,tak sanggup berkorban utk mak ayah.
Nabi Ismail, pada usianya seperti kita, bantu ayahnya mentaati perintah Allah yang sangat berat bagi mereka berdua!
Akhirnya, di saat sembelihan itu dibuat, parang Nabi Ibrahim tidak berjaya menyembelih Nabi Ismail. Malah Allah gantikan dengan kibasyh(kambing).
“Wahai Ibrahim, sungguh kamu telah benarkan mimpimu. Sungguh Kami berikan balasan kepada orang yg buat baik. Sungguh ini ujian yang nyata. Dan kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk Ibrahim itu pujian baik pada orang akan datang. Kesejahteraan ke atas Ibrahim. Sungguh Kami beri balasan kepada orang yang buat baik.” ( As-Saffaat: 105-110)
Kita kerjakan ibadah korban untuk ingati peristiwa ini setiap tahun. Nabi Ibrahim dan Ismail korbankan “the only thing they love the most!”
“For the sake of Allah!”
Semata-mata nak dapat redha Allah!
Kita sanggup tak korban benda paling kita sayang untuk Allah?
Inilah erti korban yang sebenar. Letak Allah no 1.
Korbankan perasaan dan diri kita untuk Dia.
Ganjarannya lebih baik dari apa kita sangka.
Moga ibadah korban kita diterima oleh Allah.
Moga kita mampu berkorban seperti Nabi kita Ibrahim dan Ismail, insyaallah!

Idea vs Praktikal

Idea vs Praktikal

Berada dalam industri dakwah, penulisan, perniagaan, NGO dan media, banyak mendedahkan kami dengan individu yang mempunyai banyak idea dan imaginasi.

Namun, sedikit sekali yang mampu implementasikan idea tersebut sehingga menjadi realiti. Jika ada, sedikit juga yang mampu bertahan sehingga menjadikannya betul-betul berjaya.

Idea adalah sesuatu yang mahal untuk memberikan perubahan kepada dunia dakwah, bisnes, media mahupun apa jua pekerjaan.

Saya sendiri adalah orang idea. Ramai merujuk saya untuk mendapatkan idea-idea baru dan segar, samada dalam approach dakwah, mahupun lain-lain perkara. Malah, saya sendiri banyak meluangkan masa membaca dan menonton karya-karya yang mampu memberikan idea yang luar biasa.

Dunia yang kita sedang lalui ini pun merupakan hasil jelmaan idea orang yang sangat luar biasa; Tun Mahathir, Mark Zukherberg, Jeff Besos, Tony Fernandes, Steve Jobs dan lain-lain. Malah industri muzik memerlukan idea dan sentuhan luar biasa; ini berlaku pada muzik Malaysia sendiri ; Mawi, Syamsul Yusuf, Faizal Tahir dan lain-lain.

Namun yang membezakan sebuah idea itu menjadi luarbiasa, malah melangkaui luar biasa adalah bagaimana idea itu diimplementasikan menjadi realiti.

Ramai yang mampu merangka idea di dalam otaknya dan ucapannya, sangat sukar mencari mereka yang betul-betul mampu merancang dengan telitinya bagaimana ideanya itu mampu bertukar jadi realiti.

Sehinggakan saya dan rakan-rakan dalam industri lebih suka melihat idea yang disembahkan mengikut praktikalitinya- work flow yang mampu menjadikan idea itu realiti, beserta dengan kajian mendalam , pro dan cons semuanya telah difikirkan. Bukan sekadar cakap-cakap sahaja.

Dari penelitian saya, jadilah orang yang praktikal ideanya. Idea penting, menjadikan idea itu praktikal lebih penting dan bermakna. Tak ramai orang nak berfikir lebih untuk berikan idea, tapi lagi sedikit orang yang berfikir untuk idea yang praktikal.

Perlu jadikan idea anda menjadi!

Ada beberapa perkara yang mampu menjadikan sebuah idea itu praktikal dan realiti.

1) Baca kisah pengalaman orang lepas yang memiliki idea yang sama. Lihat dan belajar cara mereka jadikan idea mereka sebagai realiti. Buku biografi adalah buku terbaik untuk kita belajar cara bagaimana nak jadikan idea kita menjadi.

2) Belajar dengan bekerja dengan orang yang mampu menjadikan idea itu realiti. Jadi orang kanan/partner orang tersebut. Lihat bagaimana dia menjadikan dakwah/bisnes/idea-ideanya menjadi. Dari ilmu pengalaman itu boleh dibaiki untuk lebih baik lagi.

3) Bergaul dengan masyarakat bawahan. Lihat samada idea itu sesuai untuk mereka. Tanya diri kita berulang kali,jika tulis buku/tulisan ini, siapa yang akan membelinya. Jika buat dakwah cara begini, siapa akan tersentuh. Jika jual produk A, siapa yang nak membelinya. Bergaul boleh secara fizikal mahupun maya. Yang penting, harus relevankan idea kita itu sehingga betul-betul sesuai dengan market/masyarakat.

4) Berbincang dengan teman yang boleh jadikan idea itu realiti.
Dalam apa jua idea yang kita ada, kongsikan dengan rakan kita yang mampu menjadikan kita berpijak di bumi nyata. Kawan yang dapat tarik kita dari awangan dan berikan laluan sehingga nampak jalan untuk laksanakan idea tersebut. Cari kawan yang gila-gila ideanya juga dan mampu kemaskan idea yang mencapah dalam otak kita. Jangan cari kawan yang pesimis dan pandang negatif idea-idea yang kita bawa. Yang penting, pijak ke bumi ( unless nak jadi macam Elon Musk untuk pijakkan idea di planet Marikh)

5) Kenal pasti sistem yang mampu jadikan laksanakan idea kita itu realiti.

Sistem itu adalah:
a) Validasi – buat survey. Tanpa pendapat samada idea kita valid atau tidak.
b) Dana – samada dakwah atau bisnes ataupun penulisan. Semuanya perlukan dana. Tapi jangan sebab duit, idea kita disekat. Teruskan memberikan idea, tapi cari idea yang mampu sampaikan kita kepada dana itu. Dengan dana memang banyak idea yang boleh kita explore.
c) Execution – ini adalah orang yang penting dalam melaksanakan idea kita itu. Samada staff, samada bisnes partner, samada anak usrah, atau AJK dalam persatuan. Untuk idea dilaksanakan, kita sangat perlukan bantuan mereka untuk execute plan kita. Kita tak mampu laksanakan idea itu seorang diri.

Untuk saya sendiri, dalam apa jua idea yang saya ada, saya lebih memberikan fokus kepada execution ini. Tidak ada idea tanpa execution. Saya akan spend masa membina orang yang mampu jadi tulang belakang perlaksanaan idea ini. Tempoh untuk membina core members kepada perlaksanaan ini adalah dalam 6 bulan – 2 tahun. Untuk dapatkan core bisnes partner, hubungan perlu terjalin dalam tempoh itu untuk betul-betul kenal hati budi dan ngam . Untuk bina anak usrah yang memahami idea dan niat kita juga mengambil masa tempoh itu. Dengan itu mereka dapat laksanakan idea dakwah tanpa rasa penat dan lelah.

6) Azam dan tawakal. Bila niat kita murni, dan matlamat jelas untuk laksanakan idea tersebut kepada praktikal, iAllah kita perlu berazam serta berjuang untuk jadikan idea itu sehingga betul-betul menjadi.

Mahu jadikan idea anda praktikal? Insyaallah boleh!

Aisyah Z
Founder kepada beberapa perkara. Hihihi.

#sharingmuharikah44609_467283065902_6369464_n

Hormati Guru

Ada seorang guru yang amat saya hormati dan kagumi semenjak saya di sekolah menengah lagi. Walaupun sudah belasan tahun, kami masih lagi berkawan rapat dan berutus khabar. Setiap tahun, pasti kami akan beriktikaf di masjid UIA di malam-malam terakhir di hari Ramadhan.

Dari dia, saya mempelajari sesuatu yang besar, bukan sekadar ilmu untuk pass exam saya waktu itu ( dia mengajar kimia), tapi ilmu tentang kehidupan itu sendiri.

Dialah merupakan guru usrah saya yang pertama, mengenalkan saya akan tujuan hidup dan kepentingan untuk berbuat sesuatu yang besar dalam kehidupan ini.

Begitu banyak pengorbanannya untuk mendidik saya, dari sudut masa, wang dan tenaga. Dari dia, saya belajar untuk bersabar, menghormati dan menghargai orang lain..

Begitu dekatnya dia pada jiwa saya sehingga apa sahaja pelajaran yang pernah dia ajar, meninggalkan bekas di jiwa.

Selepasnya, ada ramai guru-guru yang hadir dalam kehidupan saya, menyempurnakan pembelajaran saya tentang kehidupan ini. Dari keberkatan ilmu mereka itulah, saya menjadi seperti diri saya yang sekarang.

Untuk jadi orang yang hebat dan berjaya di dunia, kita tak boleh bergantung pada usaha kita semata-mata. Kita sangat perlukan keberkatan ilmu pada guru-guru kita. Kita sangat perlukan keredhaan mereka. Yang memiliki ilmu bukanlah kita, tetapi Allah. Allah akan memberikan ilmu itu pada hambaNya yang dikehendaki.

Itu bermula dengan menghormati guru dan mendapatkan keredhaan mereka.

Peranan ibu bapa – harus sinergi dengan guru.

Ibu bapa sangat memainkan peranan yang besar dalam menanam sifat hormat anak-anak mereka terhadap guru mereka. Benar, tidak semua guru sempurna. Tapi pada setiap guru itu ada ilmu yang harus kita hormati. Jika ada kekurangan, gunakan medium perbincangan untuk membincangkan kaedah pembelanjaran yang terbaik untuk anak-anak. Ibu bapa dan guru harus bersatu dan bekerjasama dalam mendidik anak-anak. Kedua pihak harus berbincang dan membudayakan sikap bersatu padu dalam mendidik generasi muda negara kita.

Generasi berjaya, adalah generasi yang tinggi ilmu dan budaya akhlak mereka.

Didikan bermula dari rumah. Didikan disenergikan di sekolah. Disempurnakan di madrasah/usrah. Bagi melahirkan generasi berjaya, sangat perlu ibu bapa menanam budaya hormat pada anak-anak yang tinggi pada orang tua dan guru. Guru pula seharusnya mampu menjadi rakan yang disenangi oleh anak murid. Para pelajar harus terbuka dan merendah diri dalam menerima pembelanjaran guru mereka.

Jika kita mahu membina sebuah negara maju, ia bermula dari pendidikan anak-anak.

Ibu bapa memberikan sentuhan kasih sayang yang melembutkan jiwa anak-anak. Guru-guru memberikan sentuhan akal dan ruhani untuk membangunkan jiwa mereka.

The dream begins with a teacher who believes in you, who tugs and pushes and leads you to the next plateau, sometimes poking you with a sharp stick called “truth.” ~Dan Rather

The mediocre teacher tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrates. The great teacher inspires. ~William Arthur Ward

Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan yang lebih baik daripada pendidikan. Dan tiada pembantu yang lebih baik daripada musyawarah.
~ Saidina Ali

Moga lahirlah generasi anak muda yang hebat apabila anak muda kita menghormati guru mereka, gurumenginspirasikan para pelajar serta sokongan ibu bapa yang memberikan kasih sayang dan dorongan bagi mereka terus berjaya.

I almost forget this feeling

Salam

it has been a while since I wrote about how I felt after attending a program.

Things are a lot difference back in Malaysia. Those who are never anticipated these, will have tarbiyah ‘culture shock’.

From being in the conducive environment of knowledgable and open minded people, you will face the real people of Malay, the attitude are still much moulded by the society, although you are dealing with dakwah people.

 

Even you tried to explain and share the ideas, they struggle to understand what do you really means. They never experience what you have felt and the way you were taught in terms of tarbiah are difference from others.

A brother once told:

‘ What I learn from tarbiah is what i learned from the field ( medan),’

I sort of understand that what he learned from his experience is more than what he received from his wasilah of tarbiah.

Whenever I tried to share my actual feeling of my own tarbiah, how I felt so dampen and plateau since I back home, I was not alone. A lot of people struggle to maintain , not even enhance their knowledge about dakwah in our home country.

The understanding might be difference, as you can see, from previous many years, things got repeated over and over again. As you grew older, definitely the way u understand would be differ.

But the methodology of delivering the message are the same. It seems never change although the globe already change and advance. This kind of method is good to create more followers, but not leaders and thinkers. People like me felt so drowned and was not able to sit tight to face this. I know I have make the ultimate change!

Not a few akhawat came to me and told how they felt unmotivated to go to daurah, not that they are not an eager learner, but becuase they know, if given choice between daurah and nouman ali khan, nouman ali khan will give them a better understanding about their deen compare to their own daurah.

Whenever our sisters felt excited and exhilarate after attended ilmfest and big programs organise by others than my own jemaah,deep in my heart, i felt dysharmony and contemplating. I know this shouldnt be right.

I mainly learnt about the deen and dakwah from this jemaah. I have met so many knowleadgable person in jemaah and i know how can this caravan move further. I know the best people had be the best person after knowing their deen. Through this wasilah, I have met so many free hair sisters wearing hijab and became the workers of Allah. Their life changes 360 degrees upon knowing about Islam and commited to tarbiah and dakwah.

A lot of wonder had happen through this jemaah. I remember the moment second hidayah entered my life. I never felt my heart felt so much light and energy until i was unable to sleep for a few days, thinking how can I spread this feeling of iman to others.

I missed those feelings.

Continue reading “I almost forget this feeling”

Be the best in what you do

Salam,

Ternyata fasa dan masa kita telah berbeza. Walaupun saya tahu kamu menanti-nantikan kisah seterusnya dariku. Namun, hakikatnya, kisah hidupku telah berbeza sama sekali.

 

Tidak ada lagi bayuan laut yang menyapa wajahku pada keheningan subuh yang indah. Tidak ada lagi jirusan salji yang menyegat seluruh jemariku dengan ketajaman sejuknya. Tidak ada lagi riang ria berbasikal di sebuah pulau yang mudah sahaja aku pergi seusai dari waktu persekolahan dan pekerjaanku.

Dunia aku amat berbeza. Kehidupanku begitu juga.

Malaysia telah mengajarku dimensi kehidupan berbeza sekali. Wajah dakwahnya. Pelangi tarbiahnya. Kanvas kehidupanya. Warnanya berirama sangat berbeza sekali dengan dakwah di luar negara.

Jika dahulu kamu bangun dan tidur dengan tulisanku. Aku tidak pasti kini adakah tulisanku masih kau amati lagi.

Namun aku bersyukur Allah hadirkan dirimu dalam kehidupanku. Membaca tulisanku agar kamu menjadi bertambah baik dari diriku. Agar akan tiba satu saat kamu akan menyedarkanku dari tidur-tidur ayamku akan hakikat perjuangan yang aku harus lalui seterusnya.

 

Penulisan dan pemikiran tidak dapat lari dari kehidupan sebenarku. Kehidupan yang aku sembunyikan dari ramai orang. Aku tahu ramai yang tertanya-tanya. Ramai yang mengagak-agak. Dan ramai berbisik-bisik tentang diriku. Namun, untuk menulis dan berkongsi akan cerita itu, ternyata tidak mudah sama sekali. Kerana endingnya belum lagi bertemu dengan sesuatu jawapan. Belum lagi boleh dijadikan panduan. Belum lagi boleh dijadikan sebuah hikayat. Walaupun ternyata setiap perjuangan dalam kehidupan itu tidak bernoktah dalam kebahagiaan.

Namun, aku mahu tiupkan harapan bagi setiap perjalanan hidupmu. Setiap dari kita struggle dalam kehidupan kita. In our own very way. Cuma aku memilih untuk rasa gembira dan menghargai setiap detik yang Allah kurniakan buatku. Walaupun disebalik wajah tersebut ada terpalit kisah sejarah begitu pahit sekali. Aku ingin berkongsi.

Cuma, masanya belum tiba lagi. iAllah, satu masa nanti. Kelak kamu akan faham mengapa kisah-kisah di dalam ini kelihatan seperti tidak ‘hidup’, tidak seperti yang kau harapkan. Moga satu hari nanti kamu berpeluang untuk faham.

 

Disebabkan itulah, aku memilih kehidupan yang aku boleh laksanakan sesuatu dengan cemerlang sekali. I can do things at my very best.
Continue reading “Be the best in what you do”

Sakit itu mengkafarah

Salam

Sungguh, menjadi pesakit itu amat menginsafkan. Amat mengetuk jiwa dan amat memuhasabahkan.

Aku tidak pernah menyangka akhirnya akulah yang menjadi pesakit itu akhirnya.

Seminggu hidupku dorman. Dari berbuat 10 perkara pada sesuatu masa kepada hanya tidur sahaja semata-mata.

Orang kata sakit denggi ini adalah ‘broken-bone’ disease. Sakitnya sampai ke tulang. peningnya menusuk otak, demamnya melumpuhkan segala anggota badan. Kehidupanku menjadi terhenti sekelip mata. Semua perancangan kehidupan terpaksa dianjak.

Tidak pernah aku rasai demam seberat ini. Ya, demam ini dihidapi ratusan ribu rakyat malaysia saban tahun. Aku melihat mereka hampir setiap hari. Melihat kesengsaraan mereka, namun gagal untuk memahami dan merasai. Di waktu Allah berikanku ujian inilah, baru aku insafi apa yang dirasai mereka.

Dicucuk berulang kali. Branullae bengkak. Tak selera makan. Tidur tak kena. Demam tak henti. Penat tak berkesudahan.

Akhirnya aku belajar satu resepi kehidupan yang tiada bandingnya:

 

a) tiada nikmat paling berharga di dunia selepas islam melainkan kesihatan. tanpa kesihatan, tak banyak perkara boleh kita buat

b) nikmat persahabatan yang Allah sambungkan kembali di atas nikmat kesakitan ini.

Aku bertemu teman lamaku yang sudah 10 tahun berpisah. kami bertemu di hospital tempatku sakit. begitu juga rakan2 yang sudah lama tidak aku berhubung menghubungiku semula. ada bebrapa orang yang aku harapkan untuk bertemu, tetapi atas kekangan masa mungkin, mereka tidak dapat hadir

begitu juga dengan lawatan ahli seusrah dan adik2 usrah. sangat menyejukkan jiwa.

c) nikmat kekeluargaan. Aku tidak boleh membalas jasa adikku yang amat banyak membantuku dan menemaniku di waktu aku kesakitan ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka.

 

Banyak yang aku relefks sepanjang waktu musibah ini. merefleksi masa depan. memuhasabahkan diri. tentunya menjadikan aku menghargai kesakitan yang pesakitku alami setiap kali jarum dicucuk ke tubuh mereka.

 

Kini masa untuk beraksi normal kembali. perlu menghidupkan semula ruh dakwah yang semakin malap. harus mencari2 lagi ilmu Allah dan terus mencari kurnia-Nya yang amat banyak di dunia ini..

 

waallahualam

 

aisyahz

gombak

Thanks Akh Iman!

Salam

I can only say this to you since you already away from us since yesterday. Maybe the angles are gathering around you , welcoming you through the gates of heaven. Maybe you already  smells the leaves of heaven and feel the serenity of sounds of river and soothing winds surrounds your body. Whatever your situation is, I am sure , your heart is sparkling with joyousness and blissfulness that none of us could understand.

Akh Iman,

I don’t know you that much.

But I know, whatever you have done in you short life, was damn a great one! And Subhanallah, it appears on the hearts of hundreds other whom you know and don’t, once they know you already left us from this world.

Benarlah, mahalnya harga sebuah kesedaran , kerana hanya dengan kematianmu sahaja, ramainya hati mula tersentuh dan tersedar pada hari ini.

Termasuk diri ini.

Dan aku tahu, engkau hanyalah jundiy yang masih baru bertatih dan masih baru mengecap nikmatnya berada di jalan dakwah ini.

But you already showed to us, that this path, path of dakwah, is worth to fight for.

66434_369252243188763_1483831322_n

No matter how difficult our situation is, no matter how hard the road, you have shown to us that this life is so meaningless without dakwah.
Continue reading “Thanks Akh Iman!”

Ini buat kamu

Salam,

Seringkali artikel saya dikecam hebat oleh editor setia saya, faie. ALhamdulillah, saya bersyukur memiliki dia sebagai orang kanan begitu juga teman baik di jalan dakwah ini. Pada dia juga kami sama-sama bertemu dengan nada keceriaan juga senyum tawa, masam cuka, nyanyian juga diam bisu yang menjadi suara-suara kami di dalam pejabat.

Sungguh walaupun dahulu dia teramat kecut perut bercakap denganku, kini dia merupakan antara pengomen tegar dan kritis. dan saya bersyukur bertemu dengannya di jalan ini.

Apa yang dia nukilkan itu jugalah yang aku rasai; tak sama saya menulis di sini dan di dalam majalah. sepertinya saya menjadi seorang yang berbeza.

Ya, tak sama menulis utk 25 ribu pembaca majalah ( dan kini akan diulang cetak sebanyak 15 ribu naskhah lagi) dengan menulis blog yang dibaca oleh mutarabbiku sendiri.

Tentulah menulis untuk yang lebih berfokus akan berbeza dengan yang tidak.

Begitulah tulisan ini untuk kamu, dan kamu tahu siapa dirimu…
Continue reading “Ini buat kamu”

Kering dalam dakwah

Salam

Dulu, saya selalu cari formula bagaimana untuk sentiasa membasahkan hati di saat tarbiyah saya mengalami fasa plateau atau garis panjang ( stagnan).

Apatah lagi terkadang seminggu perlu bawa 3-4 usrah. Tak termasuk malam-malam perlu oncall dan hujung minggu yang bekerja.

Terkadang boleh dikatakan sebulan dua saya tak bertemu pun dengan rakan-rakan seangkatan dengan saya dalam program dakwah dan tarbiyah, kerana kekangan jarak mahupun masa.

Dan pernah saya kekontangan amat dahsyat bagaikan pasir sahara yang bertahunan tidak ada jirusan air hujannya, sehinggalah saya buntu untuk mencari jawapannya.
Continue reading “Kering dalam dakwah”

Tasbih2 kita

 

Cicipan burung,

ungkapan syahdu pada beningnya subuh.

Malahan aliran angin

yang sentiasa menyapa wajah kita,

Mendamaikan,

Menenangkan,

Mengasyikkan.

 

Justeru bintang,bulan,matahari ,

dan seluruh alam,

Menyaksikan tasbih tasbih ini,

tasbih cinta kita kepada Allah

tasbih dakwah kita dalam

Meninggikan kalimahNya.

 

Sungguh alam ini menjadi saksi ,

bahawa tasbih itu juga

telah menautkan hati hati kita.

 

Uhubbuki fillah.

muharikah

 

PS: hari terakhir saya  di sini..doakan dapat share  pengalaman bila  dah balik ke bumi uk semula..

 

Sesuatu yang indah di hatiku

Alhamdulillah summal hamdulillah,

 

antara nikmat Allah termahal buat diriku adalah kehadiran para murabbi di ‘sekelilingku’. Semua mereka jauh dariku dan seringkali tetingkap YM dan suara di balik telefon sahaja penghubung antara kami.

Dan seringkali airmataku jatuh, terharu dengan ingatan mereka buatku. Serta kesungguhan mereka membantuku di jalan dakwah ini. Mengajarkan sesuatu yang amat berharga, lebih berharga dari seluruh langit dan bumi.

 

Subhnallah summa subhanallah.
Continue reading “Sesuatu yang indah di hatiku”

Redha Allah sebagai Tuhan kita

Salam,

dalam salah satu pengisian usrah, ada tajuk marhalah dalam berinteraksi dengan syahadatain( marahil bitafa’ul assyahadatain). Intipatinya adalah, meredhai Allah sebagai Rabb, meredhai Rasulullah sebagai ikutan, dan meredhai Islam sebagai Deen (cara hidup).

Cuba tengok gambar di bawah ini:

 

Faham tak gambarajah di atas?

 

Haaa… kene belajar Arab semua orang ini! hehehe…….

 

Dalam kita benar2 nak lahirkan kefahaman pada dua kalimah syahadah kita, perlulah adanya cinta.

Ya, cinta kepada Allah.

Ada orang kata dia cinta pada Allah.

 

tapi…………. ehem ehem..

takkan sama cakap dengan buatkan?

Mereka yang cinta pada Allah, pasti akan redha bahawa:

1)Allah –> sebagai Rabb

2)Islam –> sebagai Deen/cara hidup/way of life

3)Muhammad –> sebagai rasulnya

 

Continue reading “Redha Allah sebagai Tuhan kita”

kebangkitan Islam, sudahkah kita bersedia?

Salam buat semua
hati saya sangat tempted untuk mengulas sesuatu tentang kejatuhan regim pemerintahan kuku besi yang telah berlangsung selama hampir seabad. Peristiwa bersejarah ini merupakan kajian sosiologi yang amat menarik dan tentunya menambahkan pengalaman sejarah bagi kita ambil pengajarannya.

Bangkit dan jatuhnya sebuah bangsa adalah berdasarkan sebuah sunnatullah. DAn inilah kemenangan Allah yang dinyatakan dalam Surah Al-fath di mana Allah memenangkan hamba-hambaNya tanpa hambaNya perlu menggunakan kekuatan senjata pun.
Continue reading “kebangkitan Islam, sudahkah kita bersedia?”

Kesan domino di Timur tengah

Salam,


barangkali kamu semua lebih ‘up-to-date’ dari saya sendiri dengan berita-berita kebangkitan umat yang berlaku di Mesir mahupun sebelum itu di Tunisia.

Dan kini kita melihat kebangkitan umat di negara Yaman mahupun perubahan struktur pemerintahan di Jordan.

Dan kita bertanya pada diri kita sendiri….

apakah yang akan berlaku?Apa akan berlaku pada diriku , jika ia benar2 berlaku?

Continue reading “Kesan domino di Timur tengah”

Apa ada pada IKRAM?

 

Alhamdulillah. Kini, majlis syura muslimun sudah bersatu nama dengan penubuhan pusat. Kini MSM bertukar nama kepada Pertubuhan IKRAM UK EIre.

 

Apa ada pada nama?

 

Tiada apa. Kecuali pertambahan amanah, dan perluasan dakwah yang tentunya amat perlu dalam mihwar dakwah masa kini.

 

Moga para rijal dakwah sentiasa terpacu amalnya pada fokus yang jelas dan tentu amal tariq yang sentiasa dipelajari dari masyayikh dakwah dan buku2 fiqh dakwah yang ada.

 

terkadang kita leka pada sebuah nama dan angka. Lantas kita berbuat tanpa cukup bekalan dan ilmu.

 

Sedangkan kita melihat barisan kepimpinan dakwah kita, hikmah mereka menyatu pada ilmu, iman mereka menyatu pada amal, kejelasan pada wawasan dakwah selari dengan thariq amal yang mereka fahami. Mereka fokus pada penyebaran dakwah.

 

kerana itu mereka masih tsabat dan berjaya sehingga kini.

 

Dan kita generasi muda, haruslah bersedia untuk melangkah lebih jauh dan lama di jalan ini. Bekalan ilmu dan iman, kefahaman pada thariq amal, serta keberanian dalam terus melangkah walaupun tahu,kesilapan itu pasti berlaku.

Jemaah adalah wasilah menuju kejayaan dakwah. Ianya wajib kerana mencapai kemenangan islam itu wajib dan kita tak mampu mencapainya keseorangan.

 

Maka matlamat kita bukanlah pada jemaah. Matlamat kita tetap pada kemenangan Islam. Maka kita akan terus membina angka-angka yang berkualiti demi menyiapkan para rijal yang mampu memasuki seluruh posisi yang ada dalam masyarakat kita. Ini penting, kerana bila daulah islam itu tertegak, kita akan cukup man power untuk menduduki seluruh jawatan2 yang penting bagi sebuah negara.

maka kerja kita tetap sama, dan tak pernah berubah. Itulah dia membina rijal-rijal Muslim, individu Muslim dengan tarbiyah yang mapan, serta Quran yang berjalan di atas muka bumi.

 

Bawah ini laporan skema(huhuh) tentang pertubuhan IKRAM malaysia.

 

Continue reading “Apa ada pada IKRAM?”

Soalan cepumas dari ainun

Salam

sebelum saya mati (hhohoho.. mati2 itu bile2 masa sahaja kan) dan tak mampu untuk menjawap soalan ainun, better saya jawaplah. nanti cam terbeban je amanah ini…huhuhuhu . astaghfirullah.

saya tangguh2 sebab sedang mencari kekuatan juga, dan ada entry yang berdush2 idea dalam otak, tapi sebab saya takde ‘rasa’ untuk menulis. sebab …. ( Banyaklah reason lain, tapi saya reserve dulu ye)

apa awak akan buat/ tindakan awak jika ada anak usrah awak yang dulunya sangat bagus, bersemangat, faham, dan proaktif dalam dakwah tiba-tiba menjadi hilang semangat dan rohnya untuk terus bersama menggerakkan tarbiyah, sebaliknya hanya mahu ‘maintain’ tarbiyyah diri sendiri sahaja?

Saya kira ramai juga menghadapi situasi ini. Menyoroti banyak buku fiqh dakwah, ada juga dinukilkan permasalahan ini. surat hasan al-bana kepada rijal yang mati hatinya pun ada juga bicara seolah2 begini.

dalam buku afaa ala tariq, buku said hawa ada sentuh bab ini dalam bab futur( bab1)

juga dalam buku menjawab persoalan2 halaqah.Buku itu amat bagus dalam menangani banyak masalah2 dalam usrah kita.

Apa kata ainun baca buku2 ini dan kita simpulkan penyelesaian dia sama2…hehehe…
Continue reading “Soalan cepumas dari ainun”

Adik-adik yang kukasihi,

Orang-orang Arab berkata: Kami telah beriman. Katakanlah (wahai Muhammad): Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: Kami telah Islam dan  jika kamu taat kepada Allah RasulNya , Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.  ( hujurat : 14).

Continue reading

Moga allah membantu kita

Salam,

Alhamdulillah,

Sudah berlalu 10 malam pertama bulan barakah ini, dan kita dalam pelayaran menjalani bahtera 10 malam seterusnya.

Saya sendiri ditakdirkan oncall waktu malam pada detik ini.

Bekerja bermula pada 9pm hinggalah selesai 9 am.

7 hari berturut-turut.

Saya terkadang memujuk hati saya dan badan saya.
Continue reading “Moga allah membantu kita”