ke arah optimisme

Posted on

Salam

tadi otw dalam kereta balik rumah (alhamdulillah berjaya untuk tak tertidur), saya mendengar ceramah murabbi saya yang mengupas tentang tarbiyah yang negatif dan positif.

Tentu kalau dapat talaqi memang best terutama dia menterjemahkan karya arab ke Melayu.

Bila kita fikir negatif, kita selalu takut melangkah dan buat silap.

Kita selalu akan duduk di tempat kita dan tak berbuat apa-apa kerana takut salah.

Maka kita tak belajar apa2.

sedangkan tarbiyah ini selalunya perlu pada cubaan. perlu pada try and error.

sekurang2nya kita dapat belajar samada betul ataupun salah tindakan kita itu.

of course paling elok kene ada ilmu supaya takdelah selalu sangat buat salah.

Sebab itu perlu optimis, perlu yakin pada Allah, perlu tawakal padaNya.

ana masih teringat kisah seorang murabbi yang setiap kali berbicara padanya, pasti dia akan berkata:

Fatawakal Ala Allah

Sebab kita tak tahu, walau bagaimana hati2 pun kita dalam merapikan tindakan kita, kita selalunya jarang dapat apa yang kita nak.

Sebab Allah, sentiasa berikan yang terbaik buat kita, walaupun pada mata kita, teruknya keadaan kita itu.

Isi kandungan pengisian tadi adalah berkenaan dengan mahalliyah dakwah. Terkadang kita terlalu menjaga anak buah kita, sebab takut mereka tak bersedia, takut mereka rasa berat dengen pengisian, takut mereka confused dengan pengisian yang belum tiba masanya.

Sedangkan sebenarnya kita harus sahaja positif. harus gamble kadang2 untuk lihat, mungkin percaturan Allah itu ( menakdirkan pengisian yang heavy sedikit)lebih baik buat kita dan mereka.

kalau kita asyik takut, mengongkong, dan mengcontrol anak binaan kita, sehingga tak membiarkan dia berfikir sendiri seperti mana kita diajar untuk berfikir sendiri, maka bagaimana kita nak lahirkan seorang manusia? sedangkan sikap mengawal itu akan melahirkan seorang robot ataupun orang yang hanya berfikir satu hala sahaja.

Kerana Allah sentiasa mahukan yang terbaik buat kita.

Berimbang itu penting, melepaskan sambil tawakal pada Allah. Dalam masa yang sama, perlukan taqyim, perlukan perhatian , perlukan mutabaah. Perlu merancang. Perlu ada gol. perlu ada penyusunan.

Namun tentu dalam kehidupan kita takkan pernah selalunya seperti yang kita rancang. Tak seperti yang kita mahukan.

Kerana Allah berikan apa yang terbaik untuk diri kita. Itu pasti!

tapi kene ingat, kita tak mampu mendidik anak buah kita berseorangan kerana dosa2 yang kita ada dan kelemahan yang kita ada.

maka bila kita melepaskan mereka untuk mencedok dari manusia lain, tentulah untuk melengkapkan ruang2 tarbiyah yang kita tak mampu beri pada mereka.

Sebab itu, antara takut, dan tawakal kepada Allah. Bila Allah dah tentukan dia faham sesuatu, walaupun pada kita, dia masih terlalu awal dan mungkin keliru, tentulah Allah nak ajar sesuatu untuknya di situ. Dari situ kita ajar dia cara fikir yang betul, Kita ajar dia acuan fikrah yang perlu difahami dari ilmu yang dia dapat itu. kita santuni ilmu2 yang dia dapat dari orang lain.

iAllah, dari situ kita akan ajar dia manusia yang mampu berdikari dan pergi lebih jauh dari kita sendiri. Mampu mencipta visi dan cita2 yang besar, serta momentum yang bisa menggegarkan dunia.

Keseimbangan, itu rahsianya. senang cakap, susah buat.

tapi di situlah kita akan sentiasa optimis pada setiap perancangan dan takdir yang Allah tetapkan buat kita. Semuanya pasti dalam kebaikan iAllah.

PS: ceramah di petik dari Kaidah2 dakwah oleh ustaz hamam.

baru balik oncall. mmg penat. tapi alhamdulillah. rasa best tolong orang sakit.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s