Seorang yang cantik

Posted on Updated on

sopan_3.jpg

Salam,

semalam hosmet saya galak memerhatikan friendster mereka dan memerhatikan gamba-gambar kenalan mereka di situ…

Sebenarnya perkara itu bermula dari saya.. semalam saya baca berita tentang perkahwinan Raja Nazrin Syah dengan Zara Davidson. Maka kami sibuklah mencari gambar dan video perkahwinan raja muda terkenal itu. ( Saya sendiri tak kenal Raja Nazrin sampailah seorang adik saya beritahu yang tiap kali Raja Nazrin pergi ke kolejnya, semua budak perempuan mesti wish nak kahwin dengan raja muda tu….fuyooo… hebatnya!)

Pada saya Raja Nazrin itu memang seorang intelek. Bagus kalau dia dapat memimpin negara Malaysia sebab takdelah nanti Malaysia terbazir mengeluarkan duit yang tidak ada faedahnya. Semua tahu Raja Nazrin menolak sumbangan negeri untuk membiaya perkahwinannya. Dan saya tengok video perkahwinannya walaupun memang macam perkahwinan diraja, tapi agak simplelah berbanding dengan perkahwinan artis-artis lain. Ke sebab saya tengok video separuh je?Cuma,harapnya, di masa akan datang, semua perkahwinan akan menutup aurat.. huhuhu..

Anyway, just nak sentuh bab kecantikan.

Semalam kami tengok gambar Zara, isteri Raja Nazrin, walaupun sudah berumur, tapi tetap ayu dan cantik.

0058.jpg

Dan hosmet saya pula teruslah bercerita tentang kawan mereka yang cantik. Maka digeledahnya mereka gambar-gambar kawan mereka di friendster. Ada yang saya akui memang cantik, tapi tak semena-mena terdetik di hati saya;

Dah lama aku tak melihat seseorang itu kerana kecantikannya….

ejak saya mula mengenal Islam dan semenjak saya bersahabat di atas satu aqidah, saya tidak sedar bahawa saya dilatih untuk menyukai, menyenangi malah menyayangi seseorang itu bukan pada parasa rupanya.

Memang betul setiap orang sukakan kecantikan. Saya ada seorang kawan yang memang cantik rupawan, ibarat Sofea Jane. Setiap kali berjumpa dengannya, memang saya akan leka memandang wajahnya. Apatah lagi dia memang seorang yang sangat best dan memang seorang kawan yang baik. Memang di sekolah dulu, dia sangat ramai peminat, di mana-mana sahaaj dia pergi, kawan lelaki tak pernah lengang dari mengusiknya.

Memang fitrah manusia sukakan kecantikan. Sehinggakan saya pernah terfikir, kenapalah Allah tak jadikan saya cantik macam kawan-kawan saya yang lain? Even saya memang tak reti nak berhias. Pada saya simple itulah yang paling menyenangkan hidup saya. Pada saya sangat serabut kalau nak kene pergi kenduri kahwin dan mak saya selalu suruh saya berlawa-lawa..

Arrhh!! Memang tak reti!

Kemudian saya refleksi semula apa yang terjadi pada kawan-kawan saya yang cantik. Ya, mereka memang mendapat anugerah dari Allah yang berharga. Jika mereka menawarkan diri untuk berkahwin, mungkin ratusan orang akan masuk meminang. Namun mereka diuji dengan satu ujian yang besar…

 Itulah dia fitnah kecantikan.

Sabda Rasulullah SAW: Tiadalah aku tinggalkan setelahku selain fitnah yang lebih berbahaya bagi lelaki daripada wanita. (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Ibnu Majah).

Barangsiapa tidak kuat imannya, dia akan jatuh terjerumus di dalam fitnah itu. Dia akan bergelumang dengan banyaknya maksiat. Jika kamu semua pernah keluar dengan orang cantik, mesti kamu semua akan perasan yang selama ini tidak ramai lelaki memerhatikanmu, tetapi bila keluar dengan kawan kita yang cantik itu, mesti akan perasan betapa ramai mata lelaki yang melilau ke arah sahabat kita itu.

Akan ada ramai orang yang akan kacau, nak berkenalan, nak jadikan teman wanita, dan paling dahsyat, nak ikut sekali balik ke rumah, walaupun baru hanya bertemu di tepi jalan.

Ada juga lelaki yang mengambil kesempatan mengambil gambar perempuan yang cantik ini dan meletekkannya di dalam website untuk tatapan hawa nafsu mereka.

Seorang ustazah bercerita, jika seorang lelaki melihat wanita, pandangannya boleh menembusi pakaian kita. Jika dia melihat tengkok wanita, akan bergeloralah hawa nafsu mereka.

Dalam keghairahan wanita menonjolkan kecantikan mereka, mereka sebenarnya telah menyeksa batin seorang lelaki yang memang nafsunya yang satu itu pada wanita.

Setelah  saya mengenali tarbiyah dan jalan dakwah, saya mula memahami bahawa ikatan hati kita adalah berdasarkan ikatan aqidah. Ternyata di dunia ini lebih ramai wanita yang kurang cantik berbanding yang cantik. Namun apabila telah terikatnya hubungan aqidah itu, seolah-olah pandangan fizikal kita pada sahabat kita itu telah terangkat, malah kita mula melihat dia dengan pandangan mata hati kita. Kita mula melihat ‘kecantikan’ akhlak, peribadi dan ketaatan kepada Allah. Itulah yang menyejukkan hati kita.

Walaupun tidak cantiknya diri ini dan sahabt-sahabat lain, itu tidaklah penting sama sekali! Apalah ada pada wajah yang cantik, jika kecantikan itu didagangkan, diperlihatkan kepada umat dunia dan sibuk diperkatakan oleh lelaki-lelaki yang tidak soleh?

‘ Weyh, jom arh turun malam ni. Ramai ‘hot chick’ malam ni!’

Weyh, ingat kami ini barang apa ha?!!!

Peliknya ramai perempuan di dunia ini sangat suka jika dia mempunyai ramai peminat lelaki dan sering menjadi perbualan teruna-teruna yang mahu mengambil kesempatan atasnya.

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata: Saya bertanya kepada Rasulullah s.a. w. tentang melihat (aurat wanita) secara tiba-tiba tanpa sengaja. Maka jawab Nabi: Palingkanlah pandanganmu itu!” (Riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi) – Iaitu, Jangan kamu ulangi melihat untuk kedua kalinya atau pandang lama-lama.

Islam mengangkat wanita itu daripada menjadi perkara yang hina di mata lelaki kepada manusia yang mulia.

Rasulullah SAW bersabda: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah (Hadis Riwayat Muslim, NasaI, Ibnu Majah, Ahmad, Baihaqi)

Sebab itu kita harus menilai kecantikan itu bukan pada zahiriyahnya tapi pada maknawiyahnya. Isi hati yang baik, akan memancarkan peribadi yang baik dan bercahaya.Fizikal yang tidak cantik itu akan menjadi menawan jika keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah adalah kuat.

Jika kita tidak selalu jeles orang lebih cantik dari kita, kita takkan berusaha sangat nak jadi cantik. Tapi jika kita jeles kawan kita itu lebih taat pada Allah, maka kita akan berusaha untuk lebih dekat dengan Allah.

Jika kita sayang pada sahabat kita bukan kerana wajahnya, tetapi kita sayangkan dia kerana Allah, maka jika muka dia buruk ke, ada parut ke, ada jerawat ke, kita tetap sayangkan dia. Dan paling penting kita akan dapat merasai kemanisan iman itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Barangsiapa yang terdapat padanya tiga perkara, maka dia akan merasakan kemanisan iman. Yang tiga perkara itu ialah :
1. Mencintai Allah dan Rasulnya, melebihi cintanya dari yang lain
2. Mencintai manusia berdasarkan cinta kepada Allah semata-mata.
3. Benci untuk kembali kepada kekufuran, seperti orang yang benci kalau dilemparkan ke dalam api”.

Saya juga pernah bertemu dengan seorang ukht yang tidak cantik pada pandangan saya, tetapi suaminya sangat handsome. saya pun pelik camne akh itu boleh berkenan pada ukht itu. Dan setelah saya mengenali ukht itu, barulah saya tahu betapa tepatnya keputusan akh itu mengahwini ukht itu.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Seseorang mukmin tidak memperolehi kemanfaatan setelah bertaqwa kepada Allah Azza wa jalla yang lebih baik selain isteri yang solehah, jika suami menyuruhnya dia taat, jika dipandang dia menyenangkan, jika ia bersumpah kepadanya dia mengiyakan dan jika suaminya pergi (jauh dari pandangan) maka dia memelihara diri dan harta (suaminya)”.      
(Ibnu Majah)
Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Di antara kebahagiaan anak Adam (adalah) isteri solehah, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang baik”.
(Ahmad)

Masyaallah, ukhti itu sangatlah alim dan solehah sampailah saya pun cemburu dengan kesolehannya itu…

cukup dulu entry saya setakat ini.

Boleh blog hop di blog ini yang saya ambil sumber hadis darinya:

a) http://jiwakitamerdeka.blogspot.com/2006/02/bercouple-bukan-budaya-umat-islam-yang.html

b)http://wangiancempaka.blogspot.com/search/label/Hadis%20tentang%20Isteri%20dan%20Wanita

Ok, ada essay yang pelu saya siapkan secepat mungkin..

PS: no wonder ada orang mengatakan friendster itu melaghakan.Kalau salah guna memang pun…

Muharikah

Dundee

12 pm

Advertisements

24 thoughts on “Seorang yang cantik

    k nikmun said:
    May 21, 2007 at 12:27 pm

    asm,

    interesting thought chah…

    to some, beauty has become an obsession. yg jd mangsanya ialah wanita itu sendiri…kesian, terpaksa keluarkan belanja beratus2, malah beribu2 utk tampak cantik dan menawan…

    n siapa yg menetapkan standar kecantikan tu? manusia…manusia dan nafsunya…sedangkan dlm islam, the view is simple, Allah tk pandang pd rupa atau harta kita, tetapi pada hati dan amalan kita…(hadis)

    so yg mane satu pilihan kite?

    ps: do u know, apparently during the ancient Egyptian times, they believe that appearance is directly related to their level of spirituality..which is why they try very hard to look presentable…

    nurulhayati said:
    May 21, 2007 at 12:28 pm

    betul tu kak aisyah…sukenye entry ni;) seindah hiasan adalah wanita solehah…:)

    nat_comel said:
    May 21, 2007 at 12:33 pm

    salam..setuju dgn kata2 kak aisyah….best2!! =) ~

    ili said:
    May 21, 2007 at 2:38 pm

    hmm akak… best sgt entry ni.. btul kata akak…
    jgn tertipu dgn pandangan zahir je…
    Allah pun dah berfirman, Allah tak tengok pun rupa paras kita. tp yang penting adalah hati dan amalan kita….

    muslimah1001 said:
    May 21, 2007 at 3:52 pm

    Assalamualaikum..

    Aisyah, menarik posting ni..Islam telah menukarkan persepsi kita tentang kecantikan..Islam mengajar kita erti segala dimensi dalam hidup kita, termasuklah kecantikan..

    mmg xde manusia di dunia ni yang tak nak cantik…tapi Allah lah yang menciptakan kita pelbagai rupa..pelbagai bentuk dan warna…masakan Allah itu tidak adil..

    malah Allah itu Maha Adil..

    “The most honored, in the sight of Allah, is the believer with the most taqwa ”
    [Hujurat, 49:13]

    Lihatlah dengan mata hatimu…

    ps: kesian kat org2 putih ni (n segelintir org melayu), gila mencantikkan fizikal masing2..an obsession with no satisfactory ending…

    zue said:
    May 21, 2007 at 6:22 pm

    salam…wah kak aisyah menarik seklai idea ini!! 😉 mmm.dulu saya juga suka akan ppuan yang cantik dan betapa jelesnya saya tika melihat mereka…..

    sesungguhnya melihat melalui lensa baru islam telah mengubah pandangan saya…mereka itu tiada bezanya dengan ppuan2 lain,yang membezakan mereka ialah betapa fahamnya mereka akan ISLAM…

    Syuqaira said:
    May 21, 2007 at 6:34 pm

    Salam,

    cantik 🙂
    Subhanallah.

      Flip said:
      March 8, 2017 at 7:59 pm

      Well it depends on a lot of things, maybe both of you are already exerieencpd, and then it’s not really that big of a deal, so it usually happens sooner that way, otherwise, if one is a virgin, or both are virgins, then it might be a few weeks maybe even months until they feel comfortable enough to know that the other person is the one they want to share that special moment with. Hope this helps.

    saya lah.. said:
    May 21, 2007 at 6:52 pm

    cantik itu satu kelebihan…

    taqwa itu satu kemestian..

    punya satu kemestian..lebih baik dari kelebihan..Alhamdulillah….

    muharikah responded:
    May 21, 2007 at 9:04 pm

    saya pernah tulis satu artikel tentang kecantikan, saya ada postkan pada editor majalah agama dan falsafah, tapi derang kata tak cukup panjang pulak.. sekarang artikel itu masih saya simpan lagi. maybe next time kalau perlu saya post di sini…..

    jazakumullah kepada yang mengomen semua!

    bila kita kenal Islam seluruh cara pandang kita turut berbezakan? =)

    ibnu umar said:
    May 21, 2007 at 9:52 pm

    “betullah..dah lama aku tak memerhatikan seseorang itu kerana kecantikan jasad nya…” keep up this good work!

    fadiah said:
    May 21, 2007 at 11:48 pm

    hee..terigat zaman dedulu, nenek saye selalu cakap sume orang cantik, asal ade mata hidung mulut telinga etc etc.. hee, selepas itu saye memang x pandai nak cakap orang x cantik, sehinggalah bergaul dgn kwn2 sekolah n pengaruh2 yg lain..emm, beauty is in the eye of the beholder, kn? papepon, x kesah, yg penting pandangan allah..yes, hanya allah

    nad said:
    June 2, 2007 at 7:22 am

    Assalamualaikum…
    Alangkah bahagianya jika kita dinobat ‘cantik’ pada pandangan Allah….sesuatu yang amat sukar….muqawamah nafsu and istiqamah…….

    Hannah Fasihah said:
    June 13, 2007 at 12:46 pm

    Subhanallah.. Masya-Allah.. Jazakillah Khair..

    muharikah responded:
    June 13, 2007 at 2:38 pm

    Jazakumullah semua kepada yang sudi membaca dan berkomentar… sama2 kite menegakkan syiar Islam dengan mata pena! Allah Akbar!

    singleman said:
    October 18, 2007 at 11:57 pm

    seingat saya dulu, ada panduan nabi dalam mencari isteri bg lelaki lbh kurang lima guide

    syazidah said:
    March 24, 2008 at 9:22 am

    Alhamdulillah…

    artikel yg sgt best…mmg naluri seorg manusia tu suka pd kecantikkan…tp kadang2 bile terlalu obses [mcm yg kwn2 lain ckp] kpd faktor luaran atau cantik nie…m’sia mule menumpukan hidup kite pd usaha2 utk menjadi cantik…sehinggakan ada yg mula lupe ape sbnrnye matlamat utama kite diatas muka bumi ini…hu~ tQ to the author, a very good reminder to the readers… (:

    umaralfateh said:
    March 24, 2008 at 9:27 pm

    cantik sekali pemikiran kak…syukrallaki kak muharikah..Moga diluaskan rezki seluas langit dan bumi..dan dipermudahkan segala urusan..

    muharikah responded:
    March 25, 2008 at 8:05 am

    jzkk syazidah dan umara atas komentar yang memberansangkan. sudah lama juga saya dah tidak menulis artikel sebegini. doakan terus diberi kekuatan 🙂

    azitamusa said:
    July 16, 2008 at 3:55 am

    Aisyah…
    boleh explain pad jie pasal mencintai seseorang kerana Allah….

    Bagaimana yek?…..

    muharikah responded:
    July 16, 2008 at 7:30 pm

    salam jie,
    cinta seseorang kerana Allah itu, bile kita cinta kat dia, pasti kita ingat pada Allah. Kita berkawan dengan dia mendekatkan diri kita kepada Allah.
    Kita cintakan dia kerana dia membawa kita cintakan Allah.

    Itulah secara ringkasnya. Insyallah dia bermula dari diri kita sendiri, bile kita sendiri mula mencari cinta Allah itu 🙂

    ct amar =) said:
    August 28, 2008 at 9:22 am

    salam semua….
    article ni menarik la kak…tersentuh slps membacanya..
    stgh manusia memang beranggapan bhwa kecantikan itu is the most important in life…diberi kecantikan oleh YANG MAHA KUASA,tetpi menyalah gunakan kecantikan trsebut sehingga memudaratkan diri sendiri..sepatutnya,dgn klbihan yg dberi itu,bertambahla kesyukuran kita ke HADRAT ILAHI…so,sm2lh kita menjaga kurniaan ALLAH S.W.T ini dgn sebaiknya.teruskn perjuangan akak dlm menulis article sebegini…tata

    ERM.........PPISMP SC1 said:
    September 11, 2008 at 6:20 am

    bagaikan permta di celahan kaca..kerdipnya sukar untuk dibezakan……

    HostMonster Login said:
    February 12, 2017 at 12:25 am

    Hey nice post! I hope it’s ok that I shared this on my Facebook, if not,
    no problem just let me know and I’ll remove it. Regardless keep
    up the good work.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s