Kepimpinan wanita

Baru ini iMAN membuat HR Audit Survey dikalangan staff bagi melihat kekuatan dan kelemahan yang perlu kami baiki untuk fasa perkembangan iMAN seterusnya.

Ada 8 komponen semuanya. Salah satunya adalah mengenai kepimpinan. Antara markah tertinggi kami di pihak pengurusan adalah kategori leadership (80%); antara soalan yang ditanya adalah :-pengurusan atasan prihatin terhadap kebajikan kakitangan-pengurusan atasan syarikat menjadi contoh yang baik kepada kakitangan- pengurusan atasan syarikat cepat membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk kebaikan syarikat.Alhamdulillah.

Satu waktu dahulu, mentor kami menasihatkan kami untuk membawa masuk lebih ramai lelaki di dalam iMAN. Sewaktu itu ratio lelaki dan perempuan adalah 1:9. Di bahagian pimpinan pun begitu juga. Kami akui lelaki dan perempuan keduanya penting dalam membentuk sesebuah organisasi. Saya pula selalu merasa rendah diri dan menganggap, ada ke ramai lelaki sanggup berbosskan perempuan?

Berada dalam NGO dakwah semenjak 20 tahun lalu juga menunjukkan bahawa lelaki sering diberi keutamaan dalam memimpin. Wanita biasanya diberi jawatan dalam organisasi wanita ataupun timbalan sahaja. Anggapan saya, sudah tentu tak ramai lelaki berminat untuk bekerja di IMAN yang majoritinya perempuan. Nak bersosial selain bekerja pun agak sukar jika tidak ramainya lelaki.

Namun, jangkaan saya meleset. Ternyata pekerja lelaki tidak melihat kepada jantina , tetapi lebih kepada misi dan visi yang nak dibawa bersama. Apabila mereka yakin akan tujuan dan kemampuan, mereka akan tetap bersama. Malah, antara soalan yang saya tanya kepada pekerja lelaki iMAN adalah : ” Awak boleh bekerja dengan boss perempuan?” Ternyata jawapan mereka amat menyenangkan. ” Saya tak kisah boss lelaki atau perempuan, asalkan saya boleh berbincang dan boleh bekerja dengannya.

Wanita seperti diri kita, sering underestimate ourselves. Kita selalu kurang yakin akan kemampuan diri kita. Saya lihat pattern ini pada student medic yang selalu saya ajarkan tutor mereka. Pelajar perempuan yang ternyata lebih banyak baca buku, seringkali tidak confident ketika present case, berbanding pelajar lelaki yang seringkali belajar last minit, namun confident dalam bertutur. Sebagai wanita, kita perlu melatih diri kita untuk berasa confident, walaupun dalam hati kita Tuhan sahaja yang tahu.

Rasa low self esteem atau kekurangan ini barangkali membantu kita sebagai wanita untuk ada very high self awareness. Kita perlu tahu kemampuan dan kelemahan kita. We don’t have to know it all. Ask help when we needed. Di IMAN, saya percayakan kepimpinan yang kolektif. Menyedari betapa kurangnya diri kami sebagai individu ( low esteem maybe), namun sebagai satu kumpulan, kami mampu menjadi kuat. Kepimpinan wanita akan terserlah dalam kumpulan berbanding peribadi. Saya sendiri tidak boleh berbuat banyak keputusan dan tindakan tanpa adanya leadership team di iMAN.

Dalam dunia bisnes, terutamanya industri buku, pemainnnya didominasi oleh lelaki. Terkadang terlihat ada rasa overconfident yang menyebabkan mereka tersilap mengambil langkah-langkah bisnes. Begitu juga keghairahan yang akhirnya mereka mengambil keputusan yang menjatuhkan syarikat. Yang terlihat, dalam mana-mana pasukan bisnes, perlu ada dua watak utama ; a) the visionary and ability to take risk b) practical but concious executer. Jarang kedua-dua sifat ini ada pada seorang manusia. Pemimpin wanita biasanya lebih detail, melihat kepada apa di hadapan mata,dan lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Sedangkan lelaki secara umumnya lebih melihat jauh dan big picture.Dalam mana-mana organisasi, tanpa mengira gender dalam leadership team, perlu ada yang memainkan kedua-dua watak ini.

Ternyata , kelebihan menjadi pemimpin itu tidak terletak pada jantina, tetapi kepada humility dan competency seseorang pemimpin itu. Jika kita memimpin dengan betul, orang tidak melihat kepada jantina kita, tetapi siapakah kita yang memimpin itu. Sudah tentu ada sifat-sifat ketua wanita yang umum tidak begitu digemari dalam dunia pekerjaan – terlalu detail, emosional, suka marah-marah, micromanage, mulut laser dan sebagainya. Walaupun faktor biologi dan hormon mampu mempengaruhi sikap kita sebagai manusia, saya melihat, jika tidak jadi ketua pun biasanya akan begitu juga. Yang penting, siapapun kita, apabila kita menjadi ketua, kita perlu memiliki self awareness yang sangat tinggi, dan jelas dalam perihal komunikasi.

Kini, dalam barisan kepimpinan iMAN sudah ada 3 pemimpin lelaki dan 9 wanita. Ratio pekerja lelaki dan perempuan juga sudah 40:60. Top management masih lagi semuanya wanita. Pemimpin, tidak lagi harus dipilih berdasarkan jantina, tetapi berdasarkan merit. Sebab tanpa mengira siapapun kita, selemah-lemah antara kita akan menjadi amat kuat, apabila mampu bergerak dalam sebuah kumpulan. Yang penting, jelas komunikasi, jelas tujuan bersama yang ingin dituju. (Tambahan; latih diri untuk sentiasa lebih yakin diri setiap waktu.)

Leave a comment