Kenapa aku menjadi doktor?

403406_10150832361335903_920979218_n

 

” Kenapa kau jadi doktor eh? Bukan kau dah ada syarikat penerbitan, boleh menulis. Kenapa susah payah buat master?”

 

Tanya registrarku seusai sahaja habis ward round kami. Kebiasaan selepas sahaja ward round kami akan berbual perihal-perihal kerjaya kami bersama geng UITM yang lainnya.

” AKu ingin menyumbang kepada dakwah. Aku rasa inilah jalannya..”

” Banyak lagi cara menyumbang Aisyah..”

Aku terkesima memikirkan kata-katanya. Tidak ramai mengenali kehidupanku yang sebenarnya dan aktivitiku di luar waktu hospitalku. Disebabkan dia seorang ikhwah, dia mengetahui ruang lingkup kesibukan dan kehidupanku di sebalik stetoskopku.

 

” Kita boleh menyumbang dengan wang, dengan tenaga, tak semestinya menjadi doktor boleh menyumbang..”

Memang sukar untuk membuat keputusan samada untuk terus berada di jalan medikal ini, ataupun berhenti dan menceburi bidang bisnes dan penulisannya.

 

SAtu menjanjikan pendapatan yang stabil namun statik. SAtu lagi pendapatan yang tidak menentu namun mampu mencapai jutaan ringgit.

 

Tidak dapat tidak, terutamanya perempuan, penentuan kerjaya kita, 80% dipengaruhi oleh expectation kedua ibu bapa kita. Saya tahu jika saya berhenti dari medikal, ibu dan ayah saya akan amat kecewa sekali. ( tentu akan dicekik-cekik saya dan digoyangkan tubuh saya sambile bertanya; weih ingat senang ke nak lepaskan kerja doktor???- ok saya exagerate dalam hal ini) Walaupun jauh di sudut hatiku aku mahu menjadi seorang bisneswoman dan free lance writer.

 

Impian untuk mengembangkan bisnes imangroup memang amat berkorbar-korbar di dalam minda dan hati saya. Setiap kali memikirkan keperluan jemaah IKRAM, setiap kali itulah otak saya lihat berfikir bagaimana saya dapat membantu mengisi keperluan ini.

 

IKRAM memerlukan dewan dan tempat tinggal yang besar dan banyak untuk semua program-programnya. Setiap bulan ada daurah dan mukhayam dari pelbagai negeri dan daerah ( serta level!). Setiap minggu hampir sahaja ada meeting. Perhimpunan ikram sendiri dibuat setahun sekali. Sering kali IKRAM menumpang dan menyewa bangunan orang bukan milik IKRAM. Walaupun ada usaha2 untuk mendapatkan penempatan dan juga kawasan peranginan untuk program-program IKRAM, namun usaha itu masih di peringkat pemulaan. Sangat banyak perlu dilaksanakan.

Impian saya sekurang-kurangnya IMAN mampu mempunyai rangkaian hotel ekonomi yang mapan, mampu menyediakan penginapan selasa dan berpatutan untuk ahli IKRAM. Barangkali ahli IKRAM boleh mendapat 20% diskaun ( dgn syarat ahlinya membayar isytirakat kepada jemaah. hohohoho).

Tempat makan dan lepak ahli-ahli IKRAM sendiri masih belum banyak yang ada. Tempat mengopi dan bermuayashah. Selalu digunakan kedai-kedai selain IKRAM. Samada perlu buat atau tidak, ianya keperluan.

 

Namun, kerjaya doktor tidak kalah pentingnya. Aku tahu sukar untuk aku melepaskannya. Aku sudah pun melepasi tahap pertama masterku. Cuma aku terikat dari melaksanakan impianku sepenuhnya. Untuk all out melahirkan penulis-penulis IKRAM yang mapan. Untuk all out utk lahirkan rangkaian kedai buku IMANSHOPPE – at least 5 buah di  Semanjung Malaysia dan 1 di Sabah & Sarawak. Untuk all out utk membuat hotel dan kedaikopi/makan iman… impian itu berterusan. AKu tidak pasti mampu melihatnya wujud di waktu usiaku yang semakin pendek ini.

 

Allah telah menetapkan takdirku di medan ini. Berhempas pulas untuk beroncall dan melaksanakan research. Pulang ke rumah harus membaca buku dan menjawap soalan. Aku enjoy mempelajari medic. Aku enjoy bergaul dengan adik2 HO dan rakan seperjuanganku.

Namun yang terasa nikmatnya dalam bidang perubatan ini adalah:

 

a) memberi ketenangan kepada para pesakitku bahawa yang merawat mereka adalah orang Allah- orang2 rabbani- orang yang sentiasa mengingatkan mereka kepada Allah dan ikhlas merawat mereka.

b) mengenal kehebatan Allah dalam bidang medikal ini.

c) mendidik dan mempengaruhi adik2 yang ramai di seluruh dunia di dalam bidang perubatan ini. Di jakarta umpanya seluruh studentnya adalah pelajar perubatan! Tidak ada seorang yang ambil course bisnes dan lain2nya.

 

Pokoknya, golongan terpandai di Malaysia rata-rata mengambil course perubatan. Bagaimana nak tackle dan tajmik golongan terpandai ini? Aku harus menjadi tokoh di kalangan mereka dan membawa mereka untuk mengabdikan diri kepada Allah menerusi profesi doktor ini. Inilah dipanggil dakwah profesi.

 

Aku masih ingat kata-kata seorang ukhti di dalam dakwah ini:

 

” Di tahap kita, kita memilih kerjaya kita bukan berdasarkan apa yang kita mahukan. Tetapi apa yang terbaik buat dakwah kita.”

 

Memang sukar kita berhenti dari kerjaya ini. Jika kita sudah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran di dalamnya, bersungguh-sungguhlah. Jadilah cemerlang di dalamnya. Cintailah ilmu ketika mempelajarinya. Carilah relung peluang yang mampu kita isikan program dakwah di dalamnya.

Jika kita ada impian dan minat lainnya, cuba synchronisekan dengan kehidupan perubatan kita. Kerana di sini, mampu kita laksanakan perubahan, iAllah, jika kita ketahui cara-caranya.

 

Jika orang tanya saya kenapa saya mahu jadi doktor, jawapan saya tetap sahaja sama.

Saya mahu menyumbang pada dakwah.

Titik.

 

 

Semoga anda juga begitu

 

Ukhtikum fillah

Aisyah Z

Suharto Hatta Airport

Jakarta

 

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

3 thoughts on “Kenapa aku menjadi doktor?”

  1. Harap sangat kak aisyah tak berhenti dari bidang medikal ni… Sbb setiap orang ada ikon yang dia pandang… Akak antara ikon yang saya dalam dakwah dan kedoktoran… Betapa bersungguhnya akan dalam bidang2 ni, memberikan semangat kepada saya juga utk teruskan dalam dakwah dan kedoktoran.. ☺

  2. salam kak..ehem..jzkk for the short meetin n drink we had…wish to meet u again n again..ad byk soklan..they juz did come out from my mouth..sediy gn diri sndiri..anyway, alhmdulillah..keep it up akk!! im inspired to see u n k.leen n akhawat lain kt hosp…i’ve to push myself harder for dkwah iA.lillah.

  3. salam doctor aisyah, saya seorang pelajar tahun akhir dari mesir sangat terkesan dengan nukilan doc yg bertajuk kisah ho dari mesir. saya agak terpanggil dan terasa dan sy nekad utk improve kan diri dan buktikan bukan semua graduan macam doc ceritakan. tapi kenapa doc delete ya post tu? sebab saya nk buat sbg bahan rujukan di masa akan datang in case sy terleka lg

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s