kerana tugas kita masih seorang abid

Posted on Updated on

di pangkor laut

salam,

bile cakap pasal cinta,

pasal kahwin,

mudah sahaja hati kita tercuit,

seronok,

dan teruja.

ramai plak tu reader kalau tulis entry cinta ni..eheheh

namun,

terkadang kita terlupa ada sesuatu yang lebih indah….

lebih bermakna,

itulah dia hidup di bawah keredhaan Allah swt.,

kebahagiaan berada di bawah risalahNya, menjunjung segala kehidupan yang Allah nak kita lalui.

itulah dia tugas seorang hamba Allah.

kita meneruskan apa yang Allah suruh kita buat, iatu beribadah kepada Allah, dan menjadi khalifah kepada Allah.

menjadi khalifah Allah dengan mengajak manusia kepada Allah.

kerana itu Rasulullah menggunakan 3 formula untuk melimpahkan rasa hati yang benar-benar mahsyok tentang Islam kepada para sahabatnya:

1)menjadikan para sahabat rasa bahawa risalah islam ini yang benar dan selainnya adalah salah.Menjadikan mereka rasa risalah inilah yang terbaik

2) menjadikan mereka rasa bangga dengan risalah ini, dan mahu share risalah ini dengan manusia lain.

c) menjadikan mereka rasa selagi mana mereka beriman dengan risalah Islam ini, Allah pasti akan bersama mereka dan membantu mereka.

( dipetik dari Dakwah kita di era baru oleh hassan al-bana)

inilah hidup yang amat bermakna sekali. terkadang kita perlu sentiasa centralisekan semula niat dan tujuan hidup kita.

‘ kalau awakkan, awak akan kahwin dengan orang sayangkan awak ke atau orang yang awak sayang?’

bukankah itu soalan yang kita selalu tanya pada diri kita sendiri, dan selalu berdialog dengan sahabat kita berkenaan perkara ini? dan kita rasa suka mendengar jawapan2 yang indah dan tentu bermakna pada kita.

seorang ukhti memberi jawapan yang menusuk kalbu ini:

‘ jika neraca awak berkahwin adalah kerana cinta, maka itulah yang awak cari dan dapat. tapi jika berkahwin kerana Allah dan dakwah, awak akan cari dan pilih dari sudut itu dan dapat apa yang awak niatkan.’

Kerana Allah pasti takkan mengecewakan kita.

dan kita selalu mengingatkan diri kita, regardless what happen to us, dan apa ujian sekalipun, kita tetap hamba Allah, seorang ibadur rahman, dan kita akan terus berjalan memikul risalah ini dengan penuh rasa cinta kepada Allah. ( furqan, ayat 63)

Tugas kita sebagai abid dan khalifah tidak akan bertukar, walaupun bertukar status sekalipun, ataupun jawatan, ataupun sudah beranak pinak.

kerana itulah tugas kita,

hamba Allah dan khalifatullah.

dan kerana tugas itulah kita teramat mulia di sisi Allah.

dan kuncinya adalah iman. Mengimani risalah Allah ini dan memperjuangkannya.

dan kita akan mendapat Jannah, dan aliran sungai-sungai di bawahnya. dan kita merasai indah dengan kedamaian kerehatan syurga yang penuh nikmat.

Dan kita berharap Allah ampuni dosa kita.. dan Allah meredhai kita.

Dn kita meredhai Allah.. redha akan takdirnya.

dan dengan itu kita akan rasa bahagia sekali.

bahagia dalam redha itu.

kerana dunia sekarang ini sangat banyak warna-warnanya. manusia terpegun dengan kemilaunya. tertarik dengan kecantikannya.

terkadang kita sedih, dalam dia seronok bersama majlis ilmu kita, jahiliyah itu masih dianggap membahagiakan dan sangat seronok. walaupun ianya jahiliyah penuh kegelapan.

dan tentu 3 formula itu belum lagi terasa dalam hatinya. Dia tak rasa bestnya hidup dengan islam ini, walaupun pada zahirnya sahaja dunia ini teramat indah dan mahsyok sekali. maknanya kosong sama sekali.

Tapi semua tahu.. keenakan dan kebestan jahiliyah itu sekejap sahaja.. resahnya berpanjangan

sedangkan islam dan iman ini, mmg perit pada mulanya dan malas sangat nak buat.. tapi bile dah buat, rasa bahagia, dan tenang selama2nya.

Alhamdulillah.

sungguh benarlah, majlis ilmu itu taman-taman syurga.

PS: baru abes tafsir bayyinah, dan bentang risalah taa’lim tadi.

PSS: apa lagi korang nak saya kongsi dengan korang?

wassalam

hamba Allah, khalifatullah

aisyah

glasgow

1m

Advertisements

7 thoughts on “kerana tugas kita masih seorang abid

    mylittlepencil said:
    October 6, 2010 at 3:50 am

    akak….nice entri…byk membantu saya yang sedang berfikir dan keliru…

    aizadiha said:
    October 6, 2010 at 5:52 am

    k.aisyah…jazakillah for last night.i miss u πŸ™‚ moga kita berjumpa lagi dalam kemanisan iman serta rasa kehambaan dan kekhalifahan! ❀ take care ya ukhti

    Aisyahukimin said:
    October 6, 2010 at 7:35 am

    Salam kak… bile nk sambung online~???
    hehe..org oz y ske mnyebok~

    Ummu said:
    October 6, 2010 at 11:11 am

    yes kak, back to basic. baru je diingatkan dgn 3 formula ni oleh pakcik.
    baru kita akn jadi abid yg sebenar.

    org oz: bagus je menyibuk πŸ™‚ nti ana buzz enti

    syazana said:
    October 6, 2010 at 5:15 pm

    Jazakillah kak atas peringatan yang amattttttttlah menyentuh hati saya. huhu.
    Saya teringin menulis santai dan penuh makna seperti akak. apa rahsianya eh? πŸ˜€

    Aspen said:
    October 7, 2010 at 2:51 am

    Thanx for sharing the thought…..alhamdulillah

    muharikah responded:
    October 9, 2010 at 4:00 pm

    salam,

    jzkk semua atas komentar.

    aisyah, iAllah boleh je nak buat bebila free…

    aiza, nanti update cerita lepas kahwin k?

    syazana.. saya rasa lagi banyak tulis, lagi tahu kot camne nak pusing kasi orang faham . macma bawak kereta, lagi banyak kali bawak, lagi cekap.. so try praktis tulis banyak2 k? blog awak tu lama tak update..heheheh

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s