cerpen : bilakah masanya nanti?

Posted on Updated on

‘ Can one of the medical student helped to sort out the X-ray into the trolley, please?’

Suara Sister Sarah memecahkan ruang senyap yang berada dalam kiub kecil di Ward 10 itu.

Aku memandang sekeliling. Cuma aku sahaja yang belum mempunyai apa-apa tugasan setelah rondaan ward bersama doktor pakar bedah pada pagi hari tadi. Rasa penat dirasai di kepala dan mataku akibat kekurangan tidur. Sepatutnya Ramadhan bukanlah alasan untuk lebih mengantuk dan penat, malah sepatutnya lebih bertenaga dari hari-hari biasa. Tapi mungkin jadual waktu tidurku yang kurang teratur menyebabkan aku berasa begitu.

‘Well I can do it’, aku bersukarela menawarkan diri.

Dilambakkan berpuluh-puluh X-ray di hadapanku. Terasa diri ini macam kuli. Sepatutnya tugasku mencucuk pesakit dengan jarum ataupun memasukkan kateter , tetapi kerana terlalu ramainya pelajar perubatan lain menyebabkan tugasan untuk dibuat pada hari itu berkurangan.

‘Acute ward should be a busy ward isn’t it? Why there’s not many thinks to do today?’ Aku bertanya pada salah seorang FY1 (doktor) yang ada di situ.

‘Well, it can get busy sometimes.Sometimes there are not.’

Ramai pesakit pada pagi itu memerlukan siasatan imejan berbentuk CT dan juga beberapa pesakit memerlukan Barium Enema untuk melihat kawasan usus mereka jika berlaku sumbatan mahupun penyakit divertikular yang menjadi punca kemasukan mereka ke dalam ward bedah itu.

Ward bedah, atau ward ‘surgery’ adalah ward tempat aku bermastautin selama sebulan di bulan Ramadhan ini. Wardnya tidak sibuk, tetapi kami perlu berada di hospital sebelum pukul 8 untuk mengikut rondaan ward, menganalisa setiap pesakit dan dalam keadaan tidak fahamnya, mendengar perbincangan antara doktor bedah tentang perkembangan dan tindakan susulan yang mereka perlu lakukan buat pesakit mereka.Kecewa juga rasanya dengan sikap sesetengah doktor yang tidak memberikan penerangan apa-apa tentang pesakit yang ada. Sukar untuk memahaminya jika tiada yang menunjukkan.

‘Can I get cardiac arrest team here people?!!’

Aku mendengar seorang jururawat lelaki berkejaran sambil menjerit meminta pertolongan. Aku termangu seketika. Apa yang berlaku? Aku sedang sibuk menyusun filem-filem X-ray yang perlu dimasukkan ke dalam file pesakit di ward itu.

Aku menoleh ke kiri, dan aku melihat semua doktor’ foundation’ bergegas ke arah pesakit yang ada di katil berdekatan dengan tempatku berdiri. Langsir ditarik supaya menutup pesakit dan tidak menakutkan orang lain.

Jururawat lelaki tadi kembali dengan membawa alat resasitasi, alat yang digunakan untuk mengenakan cas elektrik ke dada pesakit yang mengalami kondisi ‘ Ventricular Fibrillation’ di mana jantung hanya bergetar sahaja tapi tidak berdenyut untuk dapat mengepam darah ke seluruh badan.Pesakit tidak bernyawa ke?

Padaku, itu adalah keadaan yang sangat menarik di kaca mata seorang pelajar perubatan. Teruknya jika difikirkan sebab pesakit itu sedang berlawan dengan nyawanya sendiri dan aku pula rasa seronok.

‘ How are you Mrs Hunter? Are you still feeling any pain?’

Mr Thaha, doktor pakar bedah Muslim di ward itu bertanya kepada pesakit itu. Dia seorang makcik tua dan sedang berbaring di atas katilnya. Baru sahaja dimasukkan ke dalam ward semalam atas pengaduan sakit perut yang beramatan sangat di bahagian atas perutnya.

‘I am still feeling pain , doctor’. Sayu dia menjawap.Umurnya 78 tahun. Teringat pada maktuk yang meninggal dunia sewaktu aku masih berada di bumi UK ini. Bagaimana keadaannya di hospital ketika itu?

Doktor memeriksa perut dan bacaan darahnya. Keputusan diambil untuk mengambil imejan abdomen makcik tua itu untuk dipastikan punca kesakitan perutnya itu.

‘Wake up dear! Come on wake up!

Sister berusaha mengejutkan makcik itu. Dia masih enggan membuka mata. Doktor bertugas bertungkus lumus menekan dada makcik tua itu sebanyak 30 kali, diikuti dengan 2 kali hembusan udara dari beg udara.Doktor dari ‘cardiac arrest team’ sudah pun tiba di ketika aku berdiri di situ untuk mengendalikan situasi kecemasan itu.

kematian.jpg

Ya, makcik itu. 30 minit yang lalu dia nampak masih bertenaga. Dia masih boleh bertutur. Dan di ketika ini, dia terkulai layu, nyawa-nyawa ikan, dan tidak boleh bernafas sendiri melalui paru-parunya.

‘ Are you medical student?’

Aku mengangguk.

‘ Go and change with him after he feels tired of doing the compression,’ Registrar ( pangkat bagi doktor di hospital) di sebelahku mengarahkan. Mukanya nampak macam Muslim.Tapi aku tak berapa pasti.
Terbatasnya pengalaman aku untuk membuat tekanan di dada sewaktu membuat CPR. Kami hanya pernah buat pada anak patung sahaja. Apakah perasaannya pada manusia sendiri? Aku bertanya sendiri.

Di saat giliranku tiba, aku dapat melihat di dada makcik tua tadi sudah pun berbekas dengan tanda manusia yang cuba untuk mengepam jantungnya. Sudah 2 kali makcik itu dikenakan kejutan elektrik untuk menstabilkan jantungnya, namun masih gagal.

Adrenaline dan atropine sudah pun disuntik, namun masih tidak juga memberikan kesan.

‘One, two, three, four, five…….’

Aku memulakan kiraan sehinggalah ke angka 30 sebelumu berhenti untuk memberi masa bagi udara dihembus ke dalam ruang pernafasan makcik itu.Kemudian 30 tekanan dikenakan semula ke makcik itu. Masih juga tidak memberi kesan.

uchr_07_img0755.jpg

Penatnya membuat tekanan itu. Patutlah perlu ramai orang untuk membantu. Dan aku dapat rasakan jantung makcik itu mengenai tanganku. Perasaan yang kita takkan pernah lupakan, bak kata seorang doktor di situ.

Makcik itu meninggal dunia , setengah jam selepas kami cuba untuk mengembalikan semula sistem pernafasan dan juga aliran darahnya. Dia meninggal dalam keadaan bersendirian , dan meninggal dalam kekafiran.

Aku berasa pelik dengan perasaanku sendiri.

Mengapa aku tidak berasa sedih melihat adegan itu? Ataupun tidak menimbulkan keinsafan?

‘Jangan sampai, bila kamu dah terlalu sibuk dengan kerja-kerja kamu, menyebabkan hati kamu immune dari berasa insaf melihat kematian!’ Kata-kata Dr Musa terngiang-ngiang di gegendang telingaku di saat itu.

Keinsafan, mana dikau pergi?

Semua orang yang berada di situ kembali senyap. Barangkali cuba bertafakur.

Innalillah wainna ilaihi raji’uun. Ucapku sendiri dalam hati.

Peliknya rasa mengucapkan ketika di saat orang kafir meninggal.Tapi sepatutnya ucapan itu adalah untuk yang masih hidup mengambil iktibar.

Keinsafan, di manakah dikau?

Katakanlah, akan diambil nyawa kamu oleh malaikat maut yang ditugaskan buat kamu, kemudian kepada Tuhanmu kamu akan dikembalikan.” (Surah al-Sajdah, ayat 11)

Aku rasa, apabila melihat orang bukan Islam meninggal terasa lainnya apabila melihat orang Muslim yang meninggal.

Daripada Othman bin Affan, Rasulullah SAW bersabda maksudnya:

Sesiapa yang meninggal dunia dengan penyaksian tiada tuhan melainkan Allah, maka dia akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Muslim).

Saidina Umar al-Khattab juga pernah menyebut yang maksudnya:

Hendaklah kamu hadir kepada orang yang hendak meninggal dunia daripada kalangan kamu dan ingatkanlah kepada mereka kerana sesungguhnya mereka melihat apa yang kamu tidak nampak, dan talkinkanlah mereka dengan kalimah tiada Tuhan melainkan Allah.”

Tentu aku tidak melihat semua itu ketika peristiwa tadi.

Sedih pada diri sendiri. Tapi sepatutnya kematian adalah satu perkara yang sangat menginsafkan . Dia pasti akan datang, bila-bila masa sahaja. Cuma kita sahaja yang menidakkan kehadirannya hanya kerana kita rasa kita ini muda. Tapi datangnya itu boleh sekelip mata. Sepertinya makcik tua itu, pada paginya masih boleh bercakap, tengaharinya sudah pun berakhir nyawanya. Saya mahu berdoa untuknya, tapi tentu sahaja tidak wajar sedemikian.

Ada orang kata pada saya, kita perlu lalui kehidupan kita seadanya. Jika Ramadhan kita , kita perlu berjihad di ward, kita perlu pergi, kita ikhlaskan niat kerana Allah. Insyaallah pasti ada ganjarannya. Namun sebenarnya, apa yang saya rindui dan dambakan adalah suasana keberkahan di bulan Ramadhan itu sendiri. Suasana di sekeliling manusia yang ingatkan kita pada Allah, pada akhirat dan pada RAmadhan. Tentu walaupun adanya Muslim, tapi mereka tidak mengingatkan kita, ataupun adanya kawan-kawan bukan Muslim yang baik hati pada kita, namun kesemuanya itu tidak dapat memberikan kita pelukan suasana hidayah. Suasana rahmat. Kita akan kehilangan detik-detik keinsafan dan keimanan yang sepatutnya hadir sepanjang masa ketika bersama pesakit jika kita tidak berada dalam lingkungan yang soleh. Kita akan tidak merasai bahawa kita berada dalam suasana ibadah, akibat dari pengaruh sekeliling kita.

Dan aku tahu aku perlu berjuang , kerana di saat ini , inilah ujian buat diriku agar Allah lebih menjadikan diriku lebih kuat dan kental imannya Insyaallah.

‘ Dr Woods, can you sign this column for me please?’

Aku mensuakan buku rekod tandatanganku kepada doktor bertugas, sebagai bukti aku pernah menyaksikan detik kecemasan itu. Sekurang-kurangnya banyak benda yang aku pelajari kali ini…

Diadaptasi dari peristiwa yang saya alami pagi tadi,

Muharikah

Dundee

Advertisements

5 thoughts on “cerpen : bilakah masanya nanti?

    siti ain said:
    September 28, 2007 at 12:06 am

    menarik and sebagai peringatan kepada kita bahawa mati tidak mengenal masa dan ketika.Ia akan dtg tidak lewat sesaat mahupun awal sesaat

    masrurah said:
    October 3, 2007 at 5:16 am

    a very amazing experience aisyah.
    tak sangka pagi yg bermula dgn kebosanan berakhir dgn suatu episode yg mengetuk hati.

    Maha Suci Allah yg berkuasa mengubah sesuatu dgn sekelip mata.

    Salam ramadhan..

    zackyun said:
    October 3, 2007 at 2:07 pm

    herm.tue keja medical student.tpikir jugak.sayu gak.

    setelah bduyun2 med studnt cuba nk resuscitate pt smp sejam smpkan djadikn ‘latihan’ dihdpn keluarga,pilu jugak rasanya.

    entah.kadang2 segan mtk sign dlm buku log book.tp entahlaa….

    mungkin malakat maut sedang memerhatikan ketika kita masih gelak sakan bersama kawan2…

    uh,sungguh tak prepare diri ini..huhu

    muharikah responded:
    October 3, 2007 at 6:59 pm

    kak masrurah–> Jzkk masih sudi singgah blog ana. RIndu kat akak! huhuhh…

    zackyun –> itulah, paginya insaf, malamnya kita main2 pulak..hurrmm… tak taulah cane kan?

    Sopian Sutisna said:
    December 11, 2008 at 8:57 am

    aku minta izin tuk copy foto
    thank you very much

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s