cerpen · curahan hati...

cerpen : Rencam warna warni bumiku

salam, saya berjumpa dengan fatanah ( www.fatanah.blogspot.com) dan dia kata pada saya,

Kak Aisyah kene selalu update blog kak Aisyah tu. Mesti ada orang bacanya.

Entahlah saya rasa ramai lagi blog yang best-best. Apalah blog saya ni. Taklah gempak sangat pun. Saya nikan skema orangnya! Nanti boring korang baca blog ni … haa dah tu…hehehe…

tapi saya faham je, saya rasa family saya sendiri tak ramai baca blog saya ni. kawan-kawan rapat saya tak rajin baca pun blog saya ni. kadang-kadang kene paksa derang bukak blog saya. bukan apa, kadang2 rasa takde motivasi nak tulis. Sapa nak baca tulisan aku ni kan? Kadang2 maybe tulisan  tu tak kasi impak pada orang pun.

Jangan tulis untuk orang, tulis untuk Allah…

 Betul kata sahabatku itu…

Maka aku sempat tulis luahan hatiku ini buat pembaca yang aku tak kenal tapi sudi jengok blog tak seberapa aku ini. Luahan hati ini tak de potongan ayat Quran dan hadis sebab tulis di rumah sepupuku yang guna dial-up. So susah nak gune search engine. Namun harapanya bolehlah sedikit sebanyak kita berkongsi pengalaman kita sama-sama.

Untuk yang still boleh contct saya lagi, sila contact saya. Insyaallah saya akan balik ke UK 11 ogos ini…

 wassalam

Aisyah

JB, Johor

_________________________________________________________

Rencam warna-warni bumiku… 

Wanita itu bertudung litup. Dililitnya ke atas pundak kepalanya dengan pin bermata kecil. Dada tidak diselebung dengan selendang lebihan. Wajahnya putih berkerekah. Masalah hormon katanya. Jerawat sudah puas dirawat namun parut tetap masih berbekas.

 

Aku merenung sahabatku itu. Sudah lama kami tidak bertemu selama pemergianku ke Negara dingin 4 tahun yang lampau. Badannya sudah sedikit gebu. Dan di dukungannya ada budak lelaki kecil berumur 2 tahun. Anak saudaranya mungkin.

 

‘ Ini anak saya cik Aisyah. Hariz namanya,’

 

Oh anak. Aku tersenyum sipu. Mencium anak kecil yang comel dan putih seperti ibunya itu.

 

‘Kerja apa sekarang?’

 

‘Receptionist.’

 

‘Amacam? Seronok ak? Gaji ok?’

 

‘Bolehlah Aisyah. Cukup-cukup jelah. Tapi selalu juga ada masalah…’ Dia menunduk ke bawah. Di sisinya Haris galak mengusik tudung ibunya.

 

Aku sudah terlalu lama bersama-sama dengan orang yang intelek. Orang yang berada dalam kepompong dakwah. Masyarakat yang kebanyakan berakhlak dengan akhlak Islam. Dalam masa yang sama kelompok manusia yang aku sering bersama jarang datang dari keluarga yang susah. Kehidupan mereka dipusatkan untuk berjaya di dunia malahan di akhirat. Di samping bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dalam bidang pelajaran mereka bersungguh-sungguh untuk memperbaiki amalan masing-masing. Solat tidak betah untuk tinggal.

 

‘ Apa yang awak nak capai dalam hidup awak?’

 

‘Maksud awak?’

 

‘Yelah, awak dah ada anak. Dah ada kerja, apa lagi yang awak nak capai dalam hidup awak?’

 

Padaku impianku adalah untuk mati syahid sewaktu membuat kerja sukarela di negara-negara Islam yang sedang berperang. Impian keduaku adalah untuk membina empayar perniagaan Islam yang dapat menjadi pembekal barang-barang perubatan mahupun peralatan asas kepada Negara-negara Islam. Finance-independent company.

 

‘Entahlah. Tengoklah camne. Tunggu Hariz besar dulu nanti fikir camne.’

  

‘Saya hanya ada sijil am je Aisyah. Ijazah pun takde. Susahlah nak cari kerja sekarang.’

 

Perbualan mati di situ sahaja.

 

Aku memandu terus ke rumahnya setelah bertemu dengan sahabat lamaku itu di Jaya Jusco.

 

‘ Awak ada boyfren Aisyah?’

 

‘Mana ada’

 

‘kenapa? Bukan handsome ke Mat Salleh kat sana?’

 

Aku terus tersenyum di sepanjang perjalanan kami bersama…

 

 

‘Ha Dek syah! Lama tak jumpa?’ Ibu saudaraku menegur di saat kami tiba di Restauran Nelayan suatu hari. Makan besar keluarga. Bukan selalu. Selalunya tunggu orang seberang laut balik ke Malaysia. Terasa istimewa kadang-kadang menjadi orang yang belajar di luar Negara. Baliknya tidak selalu, bila balik sahaja dilayan begitu ramah sekali.

 

‘Sihat ke?Makin sihat nampak?’ ketawa berderai beramai-ramai.

 

Sambil  ketawa aku membalas, ‘Alhamdulillah..bolehlah.. hati senang!’

 

‘Dek syah, antie dengar ada boyfren mat salleh ek?’

 

Eeeeiii…. Orang Malaysia ni, tak tau ke diorang ni Mat salleh harap muka je putih tapi kulit pucat dan merekah! Mereka tengok filem-filem Barat semua tengok handsome je. Tak semua Mat Salleh tu handsome tahu?

 

‘ Mana ada.. aiyo sape buat citer ni?! Hish… syah tak pernah cite apapun.’

 

‘Mak kamulah cite.’

 

‘Mana mak dengar cite ni? Hurrmm…’

 

‘Habis tu kamu tu takde boyfren ke?’ Ibu saudaraku ligat memancing. Bukan seorang dua bertanya tapi hampir kesemua ibu saudaraku. Sepupuku sendiri bertanya berulang kali. Tidak percaya katanya. Aduhssss!!

 

Kadang-kadang aku sendiri bertanya pada diriku, tidak normalkah aku untuk tidak mempunyai teman lelaki?

 

‘ Syah takde ke kawan lelaki kat sana?’ Satu hari ketika memasak ayahku bertanya. Sempat tu pulak dia bertanya saatku menemaninya di dapur.

 

‘ Mana ada bah. Kat sana tak ramai orang lelaki pun. Lagipun malas nak cari.’ Jawapku memberi alas an.

 

Mahu sahaja aku menjawab dalam hatiku padanya, ‘…bah, mana boleh couple-couple sebelum kahwin. Haram tau. Islam tak kasi. Kita ni kalau nak couple, kahwin terus. Habis cerita!’

 

Mana mungkin aku berkata demikian pada orang yang fikrahnya ditanam oleh drama televisyen dan surat khabar.

 

Aku teringat Ustaz Fadhil pernah berkata kepada kami, ‘ibu bapalah yang insan pertama yang kita perlu dakwahkan dan fahamkan tentang Islam. Merekalah yang menjadi pendokong kita. Mereka yang menolong kita di saat kesusahan. Maka kita perlu menjadikan mereka fahamkan akan tanggungjawab kita sebagai seorang mukmin dan daie’.

 

Aku selalu berfikir-fikir akan kata-katanya itu tapi aku tahu, cakap memang mudah, nak buatnya teramatlah susah!

 

‘ Mana boleh camtu. Kalau takde orangkan abah risau juga. Tak boleh nak study aje.’

 

Adikku tempatku mengadu selalunya.

 

‘Susahkan nak fahamkan keluarga sendiri kan Qila? Kawan-kawan kita pun sama.’

 

‘ betul tu….’

 

Di kesempatan yang lain mak saudara yang lain turut menasihati,

 

‘ nanti kat sana carilah boyfren. Nanti balik senang …kalau dah jadi doktor nanti payah nak cari!’

 

Perlu ke aku hidup dengan boyfren?

 

Ramai sahabatku berkahwin dengan lelaki yang hanya dikenalinya selepas  malam pertama selepas pernikahan mereka.

 

Ada seorang ukthi berpindah dari Australia ke UK hanya untuk berkahwin dengan seorang muallaf yang tidak pernah ditemuinya. Bekalnya hanya doa dan tawakal pada Allah tanpa putus.

 

Sehingga kini keluarga mereka tiada yang mengalami keretakan malah tersangatlah bahagia.

 

Terlalu lamakah aku hidup dalam masyarakat ideal yang hanya bersifat ekslusif sehingga kaget dengan dunia realiti yang sebenarnya?

 

‘ Nama adik sapa?’

 

‘Aisyah’

 

‘Anak boss ek? Haa… adik masuk team I tahu. Adik jadi goalie..’

 

Di sekelilingku cuma aku seorang sahaja yang bertudung di bawah paras dada dan bertshirt bawah lutut. Nasib baik ibuku tidak kisah. Tudungku itu pun bukannya tudung labuh pun.

 

Tapi rata-rasa pegawai yang akan bermain futsal pada hari itu yang berada di bawah jagaan ibuku berperaga pakain suka berjenama dan seksi. Dari betis ke peha sehinggalah ke buah dadanya semuanya dibentuk oleh baju yang ketat. Tudung hanyalah rambut hitam yang dilepaskan ke paras bahu. Aku memandang kumpulan itu dari jauh. Aku berharap aku akan bersama satu kumpulan yang bertudung litup tapi aku ditakdirkan bersama kumpulan ‘hot chick’ itu.

 

Ada hikmahnya ibuku mengajakku bersamanya menyertai pertandingan futsal bersama kakitangannya. Sekurang-kurangnya aku memahami jiwa ibuku dan memahami waqie sebenar masyarakat Malaysia. Aku memang duduk di situ sebagai kera sumbang. Aku tidak mengenali sesiapa pun dan aku tidak tahu untuk berborak tentang apa. Aku duduk di sebelah abangku yang turut hadir bersama. Mujur dia datang.

 

Di sepanjang peristiwa itu aku teringat semasa sharing session bersama dengan akhawat di Australia.

 

‘Kita tak boleh mengasingkan diri kita daripada masyarakat. Kita tak boleh cakap kita ni bagus dan orang di luar tu tak bagus. Tak boleh! Jangan sekali-kali kita merasakan bile orang di luar itu tidak bersama kita, maknanya mereka itu teruk dari kita malah tidak ada harapan lagi untuk bersama kita. Kita tak boleh kata yang kita ini lebih bagus dari mereka!’

 

Alangkah benarnya kata-kata itu.

 

‘ Ni I kluar dengan Aisyah ni. Ha..?Apa dia? Mestilah pakai tutup-tutup. Keluar dengan orang alim, kenelah tutup-tutup,’ Bicara sahabatku dengan suaminya tatkala suaminya menelefon.

 

Aku tergelak kecil ketika itu. Terlalu ramai orang yang memerlukan renjisan Islam dari kita. Tak perlu kata apapun. Dia melihat pakaian kita dia sudah tahu walaupun kita bukanlah berjubah pun.  Tapi adakah setakat itu sahaja?

 

Ketika aku berada di stadium futsal ketika itu aku terasa sangatlah bodoh dan kecil. Kononnya sudah lama dalam tarbiyah tapi aku tidak sempat untuk berkenalan rapat dengan sesiapapun. Mungkin mereka sudah bekerja. Mungkin juga mereka berpakaian berbeza denganku. Ataupun aku kelihatan skema. Tapi aku dapat rasakan pada hari itu aku gagal sebenarnya sebagai seorang mukmin yang tulen.

 

Apabila kita telah terlalu lama berada dalam kelompok yang selesa, berada dalam kelompok manusia yang intelek, yang solehah, yang tidak susah maka kita lupa untuk mengenali keadaan manusia-manusia lain yang tidak seperti kita. Kita hanya melihat dunia ini secara idealnya bukan pada realitinya. Aku sendiri menyedari aku seolah-olah katak di bawah tempurung.

 

‘Syah ni old-fashionlah! Asyik pakai baju sama je!Pakai labuh-labuh. Kasut pun pakai kasut flat je. Tudung punya style pun sama je! Cubalah ikut sket trend zaman sekarang!’

 

Kadang-kadang aku membingitkan telinga sahaja mendengarkan bicara yang meruntun perasaanku itu. Salahkah pemakaianku selama ini?

 

‘ Apa kbabar Erin? Lama tak jumpa. Study ok?’

 

Saudaraku itu hanya tersenyum sambil menganggukkan kepala. Dia saudara jauh tapi aku pernah rapat dengannya dahulu.

 

Setelah memberikannya hadiah salah seorang dari saudaraku bertanya kepadanya, ‘ Pergi tusyen tak?’

 

‘Tak’, ibunya menjawab.

 

Aku mendengar cerita ayahnya penagih dadah. Sudah bercerai dengan ibunya. Sekarang dia tingggal bersama neneknya di kampng. Hari-hari ayahnya menganggu ibunya untuk minta duit buat beli bekalan dadah..

 

Astahgfirullah…. Aku hanya mampu mengurut dada.. walaupun aku saudara jauh tapi aku terasa kasihan padanya. Mengapa ini boleh berlaku? Dan apa dayaku untuk membantu?

 

‘Camne ni kak Aisyah? Saya confuse ni. Yang belah sini kata kita tumpu bab tarbiyah aje dulu. Yang ini pula kepada siyasah. Lepas tu mereka kata merekalah jemaah tertua sekali di Malaysia ini. Ada kriteria-kriteria jemaah yang perlu dipenuhi untuk menjadikan jemaah itu adalah sebuah jemaah Islam. Dan salah satu darinya jemaah itu mestilah jemaah tertua di Malaysia!’

 

Aku tersenyum kepada anak buahku. Bukan sekali dua aku berhadapan dengan perkara sebegini. Tiap-tiap tahun ada sahaja individu yang berada di persimpangan. Terutama yang mengikuti program tarbiyah dari kedua-kedua belah pihak.

 

‘Pihak sana pun kata derang tekankan tarbiyah juga. Cuma diorang lebihkan siyasah. Tapi yang ini macam tekankan tarbiyah dahulu sebelum siyasah. Macam mana tu?Apapun kite kena pilih satu jemaah je kan?’

 

Dalam kemelut masyarakat yang berlumpurkan maksiat dan kejahilan perlukah adanya wujud masalah sebegini? Mengapa masa dicurahkan untuk memikirkan masalah yang tidak sepatutnya menjadi masalah? Bukankah terlalu ramai lagi manusia memerlukan sentuhan Islam ? Yang masih tidak cukup solat 5 waktunya?Yang masih berpelesaran. Hidup hanya untuk nafsu perut dan bawah perut?

 

‘Eh cepatlah balik rumah! Nak dekat Isyak ni! Pergilah solat!’

 

‘Ala… dah nak habis maghrib pun!’

 

Sedihnya bila orang memperlekehkan solat. Ramai masih ingat bahawa solat itu boleh diqadhakan begitu sahaja sedangkan aku pernah dengar Rasulullah bersabda, ‘Qadha itu hanya untuk lupa, pengsan mahupun tertidur.’ Maknanya tidak ada qadha solat kalau sengaja ditinggalkan solat itu!

  

Aku menjawab lembut pada dia, ‘ Jemaah yang terbaik takkan cakap dia jemaah terbaik. Jemaah paling betul akan terlihat sendiri dari akhlak dan penampilannya. Akan terlihat sendiri dari kerja-kerja yang dilakukannya.’ 

 

Bukanlah dia seorang berhadapan dengan keadaan itu. Memang jemaah yang paling benar adalah jemaah yang mendekati jemaah Rasulullah. Kita melihat sendiri jemaah itu bekerja seperti mana yang dilakukan oleh Rasulullah ketika zaman Makkah, zaman di awal penyebaran agama Islam.

 

Menurut sunnatullah, sejarah pasti akan berulang. Setelah jatuhnya kegemilangan Islam dan ketiadaan khalifah, tidak ada cara lain untuk membangunkan kerajaan dan daulah Islam melainkan dengan cara yang dilakukan oleh Rasulullah. Itulah jalan tarbiyah! Rasulullah bekerja siang dan malam untuk mencetak dan mebina kader-kader dakwah. Rasulullah berpusat di rumah Arqam bin Abi Arqam untuk membina para murabbi, manusia yang dapat menyampaikan Islam kepada manusia yang lain. Di fasa awal Islam Rasulullah tidak menumpukan lagi kepada pembinaan sebuah Negara Islam.

 

Paling penting adalah untuk membina asas dan tapak yang kukuh untuk berdirinya sebuah Negara Islam itu. Walaupun ada yang mengatakan sudah lama kita berada dalam tarbiyah, bilakah lagi masanya untuk memasuki fasa seterusnya? Mungkin mereka sendiri harus bertanya kepada diri mereka sendiri, sudahkah mereka membawah lebih dari 10 usrah seminggu kerana para duat di Negara Indonesia dan Mesir yang sudah pun memasuki fasa siyasah mempunyai binaan beribu-ribu orang di bawah mereka! Adakah sudah cukup kerja kita sedangkan terlalu ramai sanak saudara kita sendiri yang belum lagi diwarnai dengan warna-warna Islam? Sudahkah mampu kita membina sebuah Negara Islam tanpa ramainya manusia memahami apakah Islam itu sendiri? Nak mendirikan sebuah bangunan teramat susah, nak merobohkannya mudah sekali!

 

‘Kuncinya adalah berlapang dada!’ Salah seorang ustaz menitahkan.

 

‘ Semua jemaah ada caranya yang tersendiri. Terpulang pada mereka untuk berdakwah mengikut cara mereka sendiri. Yang penting kerja dakwah kita tetap terus berjalan. Yang penting hak-hak ukhuwah sesama jemaah perlu kita pelihara!’

 

Kerana itu pentingnya kefahaman sebelum baiah. Pentingnya menghayati, mendalami serta melaksanakan dakwah sebelum mengabungkan diri dalam jemaah. Memang benar wajib mengabungkan diri dengan jemaah, namun memiliki kefahaman itu adalah lebih wajib lagi. Apabila sudah memahami Islam barulah memahami dakwah dan setelah memahami dakwah barulah mengabungkan diri dalam jemaah! Indahnya apabila tautan hati kita digabungkan atas dasar kefahaman Islam, atas dasar cinta kerana Allah bukan atas satu nama organisasi yang diikat dengan borang semata-mata!

 

Apabila fahamnya kita akan dakwah, jadilah fikiran kita, hidup kita, mati kita serta hati kita hanya untuk Allah semata-mata. Segala-galanya kita serahkan hanya untuk dakwah semata-mata.

  

Di Malaysia dan di luar negara adalah dua dunia berbeza. Begitu juga dunia Islam dan jahiliyah. Pentingnya kita keluar dari jahiliyyah kepada Islam namun dalam masa yang sama kita tidak meninggalkan saudara mara kita dalam lumpur jahiliyah itu bila kita sudah lama bersama kelompok Islam ini.

 

Di Malaysia ini, ujian datang dari pelbagai penjuru. Kerja-kerja yang perlu dilakukan sendiri tidak pernah berhenti. Sudahkah kita lelah untuk menerajui panggilan dakwah di seluruh tanah yang kita pijaki? Ayuh! Gencarkan semangatku!

  

12 thoughts on “cerpen : Rencam warna warni bumiku

  1. terlalu tepat utk situasi ana.. thanx syah utk penulisan kali ni…. x sempat contact nt….. moga terus menulis, ana ler antara pengunjung setia wordpress nt ni… moga jumpa lg.. wassalam…

  2. zue–> miss u too! Insyaallah kita jumpa sabtu malam depan k?

    zinn!! contact ana tau! Ana try contact anti tak dapat . Fon ana 0132112667

    inayah –> kenapa sedih inayah? kak zai kata dia gembira baca cerpen ni…heheheh….. ada apa2 ke? huhuuhhuhu miss u!!

  3. seusai membaca novel ayat2 cinta by habiburrahman el sheraizi. laman tulisan kak aisyah dundee pula saya jejaki. kedua-dua aisya punya semangat juang tinggi. mudahan sedikit sebanyak dapat saya pelajari.

    xSaya budak baru belajarX

  4. asslamualaikum..k.aisyah..ni diha ni, ingat ke x ek;)
    br jumpe blog akak..tp name dh byk kali dgr..huhu. hrm.. sesuai gk cerpen ni dgn situasi skarang..slalu je sy ingat sy sorang aje yg kene jumpe org2 fesyen-cmtu and kene panggil ‘ustazah’ tp snarnye sy br blaja..huhu..thankx k.aisyah pasal haritu.iAllah sy ikut jaulah ke uk next winter ek;)

  5. hehehe… jazakillah kerana sudi jengok blog saya diha! saya tunggu awak kat UK nanti ok?

    eyeneekawai –> letaklah link blog awak kat sini ok? senang sket saya nak jejak balik..hehehhe

  6. salam kak aisyah:) hehe…tertarik saya dengan nama fatanah tu…harap akak terus menerus memblog tau, saya sentiasa tunggu update2 baru akak….saya dah sampai rusia dah kelmarin…rase x saba pulak nak usrah ngan akak…;)

  7. Magnificent goods from you, man. I’ve take into accout your stuff prior to and you’re simply too great.

    I actually like what you’ve got right here, really like what you are stating
    and the way in which you are saying it. You are making it entertaining and you
    continue to take care of to keep it wise. I can not wait to
    read far more from you. This is really a
    great site.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s