Seperti membasuh kereta

Posted on Updated on

salam…

tak tersangka kereta turut menyumbang kepada analogi dakwah….

analogi ni sahabat ana yang tulis, fiza dari Warwick, dia ada blog tapi tak cakap lagi kat saya… nanti saya carikan keh?

 hope u guys enjoy it!

_______________________________________________________

team tarago 2 bersama newcastle

   Bergambar di hadapan van sewa kami sewaktu berjaulah ke adelaide-bersama akhwat dari newcastle

Seperti membasuh kereta

 Petang yang cerah. Suasana di dalam rumah kembali hidup. Masing-masing baru sahaja menunaikan solat Asar. Sebelumnya, ada yang tidur, ada yang membaca buku dan ada yang hanya merehatkan fikiran di depan televisyen. Ibu sudah bersiap-siap dengan bahan-bahan untuk membuat cucur ikan bilis. Ayah pula mengeluarkan baldi dan kain buruk. Abang masih di dalam bilik. Entah apa yang dia lakukan. Adik lelaki yang seorang itu ditugaskan untuk merumput di belakang rumah. Sekali-sekala dia pulang bercuti, kenalah mengeluarkan peluh sedikit. 

 Aku pula tercongok di depan beranda rumah. Melihat telatah ahli keluargaku satu persatu. Ingin sahaja aku membantu ibu di dapur kerana itulah yang paling sesuai untukku sebagai satu-satunya anak gadis di dalam keluargaku. Setelah membasuh dan menyusun pinggan mangkuk, aku kembali keluar rumah. Adik lelakiku tidak jadi merumput, dia memilih untuk meracun. Aku melihat ayah dari jauh. Terus aku mendapatkannya untuk membantunya.

Lantas dia berkata, “Boleh basuh kereta? Ayah kena keluar sekejap, nak jumpa Pak cik Kassim.” Aku tersenyum. Memanglah boleh. Tetapi bila difikirkan sudah empat tahun aku tidak mebasuh kereta. Sejak aku melanjutkan pelajaran di luar negara, aku memang tidak berkereta dan kawan-kawanku juga sama. Kami hanya menggunakan pengangkutan awam yang aku kira boleh diharapkan berbanding mutu pengangkutan awam di Malaysia. 

Sebelum  ayah pergi, dia menunjukkan enjin kepadaku.“Tengok sini. Kena ‘check’ dulu enjin ni. Tengok minyak ada lagi ke tak, kalau dah merah tu, pandailah-pandailah isi minyak. Jangan tahu bawa saja.”Ayah memerliku yang sememangnya hanya tahu memandu kereta sahaja. Pernah sekali kereta mati di tengah-tengah jalan, gara-gara aku terlupa mengisi minyak. Tiada petrol, kereta memang tidak boleh bergerak.  

Sedang ayah menceritakan serba serbi mengenai enjin kereta, aku mula beranologi. Dakwah seperti membasuh kereta. Bermula dengan asas paling utama iaitu aqidah. Aku mengandaikan aqidah samalah seperti petrol kereta. Andai tiada petrol, kereta tidak boleh bergerak. Manakala, enjin itu seperti ibadah dan kereta itu sendiri adalah akhlak.  Aku mula membayangkan kereta itu ada petrol dan ada enjin yang bagus. Tetapi bentuknya kurang menarik. Orang memang takkan membelinya. Mungkin ada yang membeli tetapi jumlahnya pasti kurang.Teringat aku tentang kereta kotak buatan Malaysia-Jaguh. Tidak laku di pasaran kerana rakyat Malaysia tidak meminati bentuk petak sebegitu. Samalah seperti dakwah. Orang-orang yang mendukungnya perlu berakhlak baik kerana akhlak yang baik itu tidaklah menjanjikan orang tertarik tetapi akhlak yang buruk itu pasti membuatkan orang menjauhinya. Kubayangkan kereta yang cantik tetapi enjinnya kurang baik. Maknanya, fitrah orang memang boleh berbudi bahasa, berpekerti mulia.selalunya orang berkata, “ Ala, si polan tu, harap saja bertudung, perangai tak senonoh juga. Lebih eloknya si polan yang tak pakai tudung seblah rumah kita ni. Tak pakai tudung pun ,selalu juga bertanya khabar, ambil berat hal-hal jiran.”

Ikutkan aku, sememangnya tiada kaitan antara bertudung atau tidak dengan adab-adab berjiran. Bertudung telah menyempurnakan satu tanggungjawab sebagai Muslim. Menjaga hubungan dengan jiran adalah astau perkara lain. Tetapi, hakikatnya seorang yang sudah benar aqidahnya dan sudah sahih ibadatnya, akan terpancarlah akhlak mulia itu secara semulajadinya tanpa dibuat-buat. Tentang adat pula, sememangnya harus dipelajari kerana lain tempat,lain pula adatnya. Cuma aku lihat, ornag selalu tidak dapat membezakan adapt dengan syariat. Terkeliru dengan warisan nenek moyang dahulukala. Percambahan fikiranku terhenti di situ.

Ayah menyuruh aku memeriksa air. Ayah kata kereta lama memang harus selalu diperiksa begini. Kereta baru biasanya dihantar untuk diservis. Orang  yang akan periksan untuk kita. 

“Tengok minyak brek.”

“Ha? Minyak brek? Kat mana ye ayah?”

“Kan ayah dah tunjuk tadi kat mana. Awak buat apa tadi?” 

Aku senyum menyeringai. Mengelamun kejap ayah. Ingin saja aku menjawab sebegitu. Ayah meminta  aku mengambil minyak brek.

 “Minyak brek memang warna merah ye?”

“Ni guna Dot 3. Kalau kereta baru macam Naza Bestari  guna Dot 4. Warna kuning minyaknya.” 

Aku mengangguk. Macam-macam lagi yang aku tidak tahu pasal kereta. Patutlah ayah selalu risau kalau aku ingin memandu jauh-jauh. Setakat melawat-lawat rumah saudar-mara sekitar bandar bolehlah,tetapi, kalau baik kampung, pasti kena berteman abang atau adik. Kini selesai memeriksa bahagian enjin kereta. Ayah masuk ke dalam rumah semula untuk mengambil topi keledar. Apabila motor ayah sudah jauh kedengaran, aku kembali dengan tugasku-membasuh kereta! Air sabun sudah ada. Kain menelap juga sudah berada di tangan. Aku terpinga-pinga bahagian mana harus dibersihkan dahulu. Aku melihat ada lumpur di bahagian bonet. Lantas aku membersihkannya dahulu. Tiba-tiba aku disergah dari belakang.

“Apa kakak buat ni. Mana boleh basuh bonet belakang dulu. Dah besar kan, takkan ayah nak cakap lagi,” adik lelakiku mengulang ayat ayah yang popular. 

“Habis tu itu yang paling kotor. Kakak basuh yang tu dulu.”

“Kakak ni mana boleh suka-suka hati. nanti tak bersih kereta ni.Ni biar adik cakap, kakak ikut je.” 

Analogi bersambung.

Inilah realiti dakwah. Sekalipun aku lebih tua, tetapi adik lebih berpengalaman,maka, aku harus belajar daripadanya. Seperti juga dakwah. Umur dan ‘seniority’ bukan alasan untuk tidak merujuk kepada yang lebih tahu. Realiti kawasan tempat kita pasti berbeza dengan yang lain. Matlamat yang sama tetapi cara adakalanya harus berbeza.  Aku memang berfikir ikut logik tadi, tetapi ada cara yang lebih logik. Cara adik aku ternyata lebih baik walaupun matlamat kami sama iaitu kereta harus bersih. Pertama, aku harus ‘membasahkan’ kereta. Secara amalinya, aku harus meneyembur air ke seluruh kereta dan mebuang kotoran-kotoran seperti lumpur dengan air. Pancuran air yang laju akan menanggalkan kotoran. Malah, aku kini boleh melihat kesuluruhan kereta. Mana yang lebih kotor, mana yang perlu diberi perhatian semasa pembersihan. Samalah seperti kawasan kita berdakwah. Harus melihat seperti mata burung yang terbang di angkasa. Harus mengambil kira pelbagai sudut pandangan. Malah, kita harus memahami cara, adat, sosial, dan segala aspek kawasan kita. Sememangnya tidak perlukan perincian tetapi gambaran awal mengenainya. Maka, pada awalnya kita tebarkan dakwah kita pada semua. Dakwah kita bersifat umum. 

Kain tadi aku basuh semula. Sudah kotor dengan lumpur. Itu logiknya. Jika aku terus menggunakannnya, habis satu kereta akan ada kesan lumpur. Jika tidak pun, nampaknya setiap selepas satu bahagian, aku harus selalu membersihkan kain tadi. Pastinya membazir banyak masa. Kini, aku bermula dengan bahagian cermin. Cermin adalah kawasan yang paling bersih. Analogiku terus berputar. Kalau dakwah itu bermula dengan tayar, pasti sukar. Jika dimulakan dengan cermin, lebih cepat  bersihnya cermin itu berbanding tayar.

 Aku mula membandingkan pengalamanku bercakap menegnai sejarah umat Islam dengan sahabatku di universiti dengan adikku yang seorang ini.  Lebih senang bercakap dengan orang yang intelektual dan berpandangan jauh kerana mereka mudah nampak dan jelas dengan situasi masyarakat sekarang. Aku hanya duduk-duduk sahaja di kusyen selepas solat dan membaca al-Quran. Kebetulan sahabatku juga duduk di situ. Aku terbaca satu ayat yang menarik dan mula bercerita mengenainya dengan sahabatku, sehingga kami masuk ke cerita sejarah umat Islam. Berbeza dengan adikku yang sebhagian hidupnya dengan motor. Aku mencuba bercerita ketika kami sedang makan. Tetapi dengan selamba dia menutup segala ruang-ruang yang ada.

“Kakak, ni cerita dahulu. Kita zaman sekarang. Malaysia pun aman.Tak payah nak ambil tahu pasal orang lain.Buat pening kepala saja.Masalah kita sendiri pun tak selesai. Baik jaga diri sendiri,” lancar saja dia mengeluarkan pendapatnya.

Tergumam aku seketika. Kini aku faham mengapa betapa kita perlu memulakan pada cermin dahulu bukannya tayar. Cermin, kalau dibandingkan dengan tayar, mungkin tayar lebih penting. Dalam masyarakat kita majoriti adalah tayar. Tanpa tayar, kereta juga tidak dapat bergerak. Aku bermian-main lagi dengan anologiku. Mungkin sebab itu kita harus menitik beratkan soal tayar. Bukan dari segi kebersihannya tetapi ketahanan tayar itu. Bunganya dan anginnya kena berkeadaan baik. Golongan sebegini harus sentiasa diingatkan dengan tazkirah dan ceramah. Harus diperiksa selalu supaya bunganya yang haus boleh diganti baru atau anginnya yang kurang boleh ditambah. Mereka mungkin golongan cemdiakawan tetapi mereka jentera masyarakat. Segala nilai yang kita cuba serapkan ke dalam masyarakat, kesanlah harus dilihat melalui golongan ini.  Akan tetapi pentingnya cermin itu bersih supaya pemanduan lebih lancar. Andai cermin itu kabur dan tidak jelas, bahayanya lebih besar dari tayar yang botak dan kurangnya angin. Jarak kereta sukar dianggarkan dan bahaya dari depan dan belakang tidak dapat dikenal pasti. 

Adik memerhatikan saja aku membasuh kereta. Bukan tidak mahu menolong tetapi aku tahu dia sudah penat meracun rumput tadi. Bahagian-bahagian kereta yang lain pun sudah selesai kucuci. Kini tinggal tayar dan rim kereta. Air sabun yang tadinya puti jernih sudah bertukar warna. Aku sendiri ragu-ragu, masih berkuasakah air ingin membersihkan lagi? Ah, terasakan diri agak bodoh juga. Tayar dan rim tidaklah memerlukan air yang bersih. Sememangnya tayar dan rim berada di bawah.

Adik memberikan berus menggantikan kain.  Aku senyum.

 “Ini baru betul,”bisik aku dalam hati.

kawasan ini memerlukan berus yang memberikan impak perbersihan yang lebih kuat daripada kain tadi. Kain bagus tetapi berus lebih bagus. Fikiranku merawang kembali. Sesetengah orang tidak dapat kita tawan hatinya dengan cara yang biasa, walaupun cara itu berkesan hampir pada setiap orang. Adakalanya kita sebagai da’ie perlu keras sedikit, berseni sedikit dan bermain sedikit untuk menawan hati seseorang supaya dia kembali kepada Islam yang syumul. Matlamatnya sama tetapi cara harus berbeza sedikit. Minda kita harus kreatif. Hati juga harus tetap kukuh. Harus berani. Kita bukan berkreatif untuk mencipta sesuatu yang kreatif, kita bukan berseni untuk menonjolkan kesenian dan kita bukan bermain untuk sekadar bermain-main, kita berusaha demi satu cita-cita-supaya Islam tertegak di muka bumi ini. 

Tiba-tiba aku terasa seprti ada air yang menitik atas kepalaku. Seperti hujan. Aku bangun dan menoleh ke belakang. Adik sedang menyembur kereta. Aku memanggilnya sebagai sesi bilasan. 

“Kakak, ni ada yang tak bersih ni. Macam mana kakak sental ni?” adik mengkritik hasil kerjaku.

Kita tidak perlu melatah. Kita tidak perlu marah. Terima teguran untuk memperbaik diri. Kadang-kadang dalam bekerja kita memang melakukan kesilapan. Kesilapan kecil kita dalah besar pada mata masyarakat. Harus tahu bagaimana untuk menghadapinya.  

“Bahagian mana tu? Biar kakak bersihkan,” aku menutur laju tetapi lembut.

Senyum mengakui kesilapan sendiri.  Ayah sudah pulang. Dia melihat  aku dan adik masih membilas kereta.  

“Bahagian dalam kereta dah bersihkan?” ayah bertanya.

“Nak vakum ke?”

“Bukan bahagian tu, tapi bahagian ni,” jelas ayah sambil membuka pintu dan menunjukkan bahagian rangka pintu kereta . Aku menganguk dan segera mencapai kain buruk tadi. Kadang-kadang kita merasakan kita telah melakukan segalanya. Tetapi ada sahaja bahagian yang kita tidak nampak atau tertinggal. Barangkali juga kita tidak tahu. Maka, sentiasa ambil tahu. Kena sentiasa belajar. Usaha itu tidak akan pernah berhenti. 

Abangku rupa-rupanya melihat telatah kami dari tadi. Dia senyum sahaja. Aku tidak faham mengapa dia tidak turut serta tadi.  

“Dua orang basuh satu kereta nak dekat satu jam. Dulu abang seorang basuh dua kereta, setengah jam saja,”abang memerli kami.

“Lain kali basuh macam ni. Bersihkan satu bahagian ke satu bahagian. Tengok kereta ni dah dibahagi-bahagikan ikut keping-keping ida. Baru cepat dan bersih semua bahagian. Takde yang tertinggal macam tadi.” 

“Baiklah,” aku mengangguk. Kini ada cara berbeza. Strategi juga berbeza. Aku lebih senang dengan cara adikku tadi. Sebenarnya tiada yang salah. Begitu juga dalam dakwah ini. Kita boleh saja berbeza wasilah, malah tidak perlu bergaduh mengenainya. Tidak berguna menetuka siapa betul, siapa salah. Jika harus bekerja berasingan mengikut wasilah yang berbeza, maka teruskan. Janganlah kita berusaha mencari kebenaran mengenai cara kita tetapi carilah kebenaran melalui cara kita. Sebulan berikutnya, aku membasu kereta dengan menggabungkan cara adik dan abang. Hasilnya kereta lebih bersih dan masa membasuh dapat disingkatkan .

Tetapi mungkin juga bukan hasil percampuran dua method tetapi kerana aku sudah cekap membasuh kereta.                     

Advertisements

5 thoughts on “Seperti membasuh kereta

    iza said:
    August 13, 2007 at 3:27 pm

    sabarnya akak..

    ayesha said:
    August 20, 2007 at 6:29 pm

    analogi yg sgt menarik

    SaufiahAzZahrah said:
    August 24, 2007 at 4:10 pm

    Salam.
    Analogi yang best. MasyaAllah. syukran fiza for a nice metaphor.

    Malang sekali ini bukan pemikiran semua orang.
    Ana sedih, bagaimana terkadang kita [baca:para du’at] boleh merasa diri lebih betul dan berkisar-kisar dengan basuhan sape lebeh bersih, sedang ade berlambak-lambak kerete yang makin berkarat nak dikerjakan, sedang tersadai kat luar tuh. Alangkah cantiknya jika kita kembali kepada bicara pokok: menyampaikan da’wah kepada yang masih terhijab dengannya. Gunalah metodologi apepun, asalkan berpaksikan Alquran dan Assunnah.

    Terlalu penat berurusan dan berhujah dengan para pembasuh kereta, hingga urusan membasuh jadi terbengkalai. Apekah ini yang dicari?

    Situasi ini tidak begitu meruncing di tanah petisejuk [ana kira semua masih mampu berlapang hati dan berlapang dada barangkali]. namun agak melemaskan apabila mulai berenang-renang dalam lautan bergelora yang penuh dengan ikan2 perlbagai rupa.

    Aduhai bangsaku… Ayyuhal du’at…
    _____________________________________
    anyway sis,
    kali akhir melihatmu melintas jalan di ‘kampung’ kite tempohari. tak sangke pastuh sis dah balek. huhu sedeh nye tak dapat pon borak pjg.
    psst: ade adek ana nak sgt jupe sis muharikah tp x berkesempatan nak pertemukan aritu. tahun depan lah gamaknye.

    muharikah responded:
    August 26, 2007 at 8:26 am

    saya merindumu juga saufiyah….huhuhu….tak mengapa saya menanti kedatangan semula ke bumi dakwah ini…hehhe…

    bintangdisyurga said:
    August 28, 2007 at 5:45 pm

    sabarnye!! ….ni memang anak mithali ni…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s