Luahan Rasa

Buat Akhawat, moga kita terus istiqamah

Posted on

 

Dah lama saya tak menulis khas utk akhawat

 

Dulu masih ada medan emel untuk bercurhat.

 

Ternyata saat-saat berkongsi rasa itu sangat dirindui.

Merindui manisnya saat ditatang dengan madunya tarbiah.

 

Kesibukan kita dalam bekerja di medan amal masing-masing terkadang menjadikan kita lupa akan manisnya rasa mendapat hidayah Allah satu masa dahulu.

 

Begitu juga berebutnya masa antara keluarga, kerjaya dan amal dakwah lain menjadikan hati kita begitu kering untuk menyantuni sesama akhawat dengan pertanyaan khabar dan juga nasihat.

 

Saya sendiri melihat teman-teman lama saya di dada FB dan sering bertanyakan apa khabar diri mereka yang sudah berbulan2 barangkali bertahun tidak bersua. Sedangkan satu masa dahulu kami saling bahu membahu dan melututi sesama sendiri saban waktu. Satu masa dahulu kami sering berkongsi rasa akan isi tarbiah dan kerisauan dakwah, namun ternyata kini, seolah-olah tenggelam dalam timbunan amanah masing-masing. Dulu masih seorang, sekarang dah bertriple quadruple. Sungguh cepatnya masa berlalu!

 

Namun saya yakin, di dalam rabithah dan doa harian, seringkali kita mengingati wajah sesama kita. Walaupun barangkali sudah tidak begitu tahu updatenya. Nak menelefon terkadang segan. Berwhatssap sering lambat di jawap. Jika pun berhubung sesama kita atas urusan dakwah semata. Untuk bertanya khabar saja-saja barangkali rasa haish, sibuk ukhti saya itu, segan nak mengganggu mereka.

 

Barangkali masing-masing kita sedang struggle di dalam keadaan masing-masing, namun segan untuk berkongsi. Barangkali ada luahan isi hati yang tak mampu diungkapkan tapi tidak tahu siapa yang harus berbincang. Barangkali terasa geram dengan diri sendiri tidak dapat perform dengan baik namun tidak tahu jalan keluar. Barangkali juga ada di antara kita yang sudah selesa dengan keadaan diri sendiri sehinggakan kita alpa akan tujuan besar yang harus kita capai di akhir sana.

 

Akhawati fillah,

 

Ikatan hati kita adalah Lillah. Ikatan hati kita adalah di atas impian bersama untuk merebut syurgaNya. Itulah ikatan yang sentiasa menyatukan hati-hati kita. Semaraknya iman kita adalah atas rasa mahu menyebarkan dakwah kepada seluruh masyarakat. Kita bertenaga disebabkan tarbiah yang kita curahkan buat masyarakat.

 

Ya, berkeluarga menjadikan kita berubah. Begitu juga bekerja. Bertemu orang baru di tempat baru menjadikan kita berubah. Beramal di medan baru di tempat yang asing akan mengubah diri kita. Namun yang pasti adalah tujuan hidup kita takkan pernah berubah. Kita adalah daie sebelum segala-galanya. Apa jua yang kita laksanakan adalah untuk melestarikan makna tersebut.

 

 

Kita adalah daie sebelum segala-galanya. Itulah moto kehidupan kita. Itulah simbol kebanggaan dan izzah kita. Itulah yang menjadikan diri kita mahu perform yang terbaik dalam setiap aspek kehidupan kita.

 

Ini akan tergambar pada keikhlasan kita untuk mengajak manusia kepada Allah. Keikhlasan ini terpancar pada pemikiran dan hati kita. Seterusnya perbuatan dan kata-kata kita. Sehinggalah mengajak manusia kepada Allah bukanlah sesuatu perkara yang dibuat-buat melainkan perkara natural yang akan sentiasa berlaku dalam kehidupan kita.

 

Benar kita pasti ada ups and down. Untuk istiqamah itu tidak mudah. Ramai yang kecewa dengan diri sendiri kerana tak mampu perform seperti dulu. Namun hakikatnya Allah mahu kita perform the best dalam semua suasana yang kita ada sehingga jadilah seluruh kehidupan kita bernuansakan dakwah. Walaupun mungkin hasilnya tidak selaju dahulu, namun hakikatnya ia membuahkan juga buah-buahan dakwah.

 

Buat akhawat fillah yang ana kasihi kerana Allah. Ikatan kita adalah fillah.

 

Maka, lazimilah nasihat menasihati untuk cemerlang dalam iman dan amal. Berilah pendorong agar kita sentiasa berada dalam rel kebaikan dan mujahadah.

 

Ya, berilah pendorong untuk sentiasa bermujahadah kerana tarikan untuk berseronok dan berehat amat mencengkam sekali. Atas pelbagai jua alasan yang dikaburi. Kerana itu untuk kekal ikhlas pada perubahan fasa amat sukar. Namun di atas nasihat dan dorongan itu yang akan menjadikan diri kita kembali ke rel yang asal.

 

Sukar untuk kita istiqamah tanpa ukhuwah ini. Ukhuwah takkan terlahir hanya dengan senyuman manis dan like di FB. Ukhuwah yang sebenar lahir dari sebuah nasihat bermakna yang menggoncangkan jiwa. Sebuah nasihat yang mengingatkan kita bahawa ; “ kita tak cukup berbuat sehabis baik untuk berdakwah kepada Allah. Kita sebenarnya banyak leka , rehat dan bermain-main sahaja dengan amal ibadah kita ( yg menjadikan kita rasa cukup baik dgn apa yang kita buat)”.

 

 

Sedangkan dakwah memerlukan kita. Dakwah memerlukan kita mencetak ribuan lagi murabbi sedangkan kita hanya mencetak sebanyak……. Maka usaha perlu dilaksanakan.

 

Ini takkan dapat dipenuhi melainkan dengan amal jamaie.

 

Saya menasihati diri saya dan akhawati fillah akan beratnya amanah ini dan sedikitnya masa yang kita ada untuk memenuhinya. Kita amat memerlukan pertolongan Allah untuk meneguhkan hati dan meluruskan saff kita. Kita harus kuat dan meneruskan perjalanan. Walaupun kita letih untuk menunggu hasilnya.

 

Bersabarlah. Allah akan kurniakan kemanisan atas keikhlasan.

Jangan berputus asa, kerana asyiknya kehidupan adalah pada sebuah perjuangan.

 

Moga bertemunya kita satu masa nanti, bertemunya mata dengan mata, di situ kita akan merasai bahawa hati kita tetap sama, walaupun tanpa bicara.

 

Bahawa diri kita tetap sedang menuju tujuan yang sama… walaupun keadaan dan rate kita sudah berbeza.

 

Moga Allah mudahkan kita mengatasi segala mehnah, ujian dan tribulasi yang sedang kita hadapi di saat ini.

 

 

 

Uhibukum fillah,

Aisyah Z

Advertisements

What I love to do the most…..

Posted on

 

Is going to the beach and feeling the breeze of its wind brush my face..

Is to be able to write and write without worrying I have got some other errands to do.

is to be able to travel wherever I am needed, to see as many people as I can so I can share the dream of dakwah with them.

is to be able to learn quran and hadis from the masters so I can understand it to teach other ummah.

( maybe if I have children of my own, I want to bring them to Mecca so that we all can learn to memorize quran and understand it! wow!)

The list would be endless and definitely I know what I don’t want to do : WORKING.
Read the rest of this entry »

Merawat kefuturan

Image Posted on Updated on

 

Salam

buat adikku yang sentiasa menanti tulisanku ini. Maaf menangguhkan permintaan sekian lama dan aku harapkan Allah sentiasa memberikanmu ganjaran yang sebaiknya atas kesabaranmu.

Seterusnya, aku ucapakan terima kasih buatmu kerana sentiasa memercikkan api semangat dalam jiwaku untuk menulis buat manusia sepertimu. Manusia yang mempunyai potensi amat besar untuk dakwah. Manusia yang mampu memimpin umat ini. Moga tulisan ini dapat membantumu ke arah itu.
Read the rest of this entry »

The Broken Promise

Posted on Updated on

Dulu, saya tak boleh nak percaya orang dakwah boleh berbohong dan pecah amanah.

Kisah-kisah seperti:

‘ Ikhwah itu gelapkan duit jemaah puluh2 juta!’

Ini adalah sesuatu yang luar biasa sekali.

Orang dakwah buat begitu?????

Sampai ada orang kata, dia itu syaitan namanya. Haha. Marah sungguh pada ikhwah itu.

Saya selalu sangkakan orang yang ditarbiyah dan ditrain hati dia untuk takut pada neraka, takut pada Allah, dan lembut utk bertaubat akan sangat takut untuk pecah amanah. Akan sangat takut utk makan sesen duit haram bukan miliknya.

pecah-amanah

Apabila saya memiliki syarikat sendiri, setiap sen saya claim akan dicatat. Semua ahli tahu. Dan kami dilatih begitu.

Namun, pengalaman bekerja makan gaji dan berniaga memang lain.

Read the rest of this entry »

Thanks Akh Iman!

Posted on

Salam

I can only say this to you since you already away from us since yesterday. Maybe the angles are gathering around you , welcoming you through the gates of heaven. Maybe you already  smells the leaves of heaven and feel the serenity of sounds of river and soothing winds surrounds your body. Whatever your situation is, I am sure , your heart is sparkling with joyousness and blissfulness that none of us could understand.

Akh Iman,

I don’t know you that much.

But I know, whatever you have done in you short life, was damn a great one! And Subhanallah, it appears on the hearts of hundreds other whom you know and don’t, once they know you already left us from this world.

Benarlah, mahalnya harga sebuah kesedaran , kerana hanya dengan kematianmu sahaja, ramainya hati mula tersentuh dan tersedar pada hari ini.

Termasuk diri ini.

Dan aku tahu, engkau hanyalah jundiy yang masih baru bertatih dan masih baru mengecap nikmatnya berada di jalan dakwah ini.

But you already showed to us, that this path, path of dakwah, is worth to fight for.

66434_369252243188763_1483831322_n

No matter how difficult our situation is, no matter how hard the road, you have shown to us that this life is so meaningless without dakwah.
Read the rest of this entry »

The things that I have learnt

Posted on

Salam,

banyak benda yang berlaku di sini.

Berbeza dari apa yang kita perolehi di tempat kita bermula dahulu.

Semua angle yang ada kelihatan berbeza sekali.

Satu sahaja yang aku belajar di Malaysia ini adalah: grab the chance while u have.

Take all the opportunity.

For dakwah. For helping people.

Dalam pada imanshoppe mula berkembang, dengan izin Allah, menjadi tempat sebahagian dari ikhwah dan akhawat mencari rezeki, aku memperolehi rasa kepuasan bersama dengan mereka, menjadi murabbi mereka dari aspek pengurusan dan kewangan. Juga menyelami kesukaran hidup mereka dan berpeluang membantu mereka.

Kita yang graduate dari luar negara, amat mudah mendapat pekerjaan. ( walaupun ada yang sukar). Namun kebanyakan saudara kita yang graduate dari dalam negara, amat struggle dalam mencari pekerjaan.

Akhirnya menyediakan alternatif buat mereka mencari wang dari titik peluh mereka sendiri , yang ada barakahnya, yang mampu membantu mereka dalam usaha dakwah mereka, amat memberikan rasa kepuasan di hati.

RAsa, content.

Seperti mana merasai indahnya perasaan ketika selesai memberi daurah.

Aku juga belajar di Malaysia ini untuk menyediakan diri memberi sahaja apa sahaja jenis taujihaat. Baru2 ini pertama kali aku perlu memberi ceramah kesihatan. Sebelum itu tentang sifat2 rasulullah. Sangat lain dengan materi2 takwin yang selalu aku bentang satu masa dahulu. pernah juga aku diberi amanah menyampaikan tentang pengurusan kewangan.

Yang lebih indah di Malaysia ini adalah apabila dibentangkan peluang di hadapan kita, memanfaatkan manusia yang berpotensi untuk dakwah untuk kegunaan dakwah.
Read the rest of this entry »

Where we going from here

Posted on

Salam

as I mentioned to one of my mutarabbi, i seldom update my blog mainly because:

i) my own anak usrah di Malaysia sendiri tak sempat baca
ii) too many things to share, too little time to write.

Rather, I should spend more time writing for Jom and my research compare to this odd blog. Macam best juga tengok rakan seperjuangan selalu update blog, dapat hit, orang2 share, orang like, orang suka blog dia, puji2 and bla bla bla.. but then again, it always struck me, perlu ke menulis sebab orang atau disebabkan sesuatu mesej yang nak disampaikan.

DAn benarlah pepatah Arab yang selalu ustaz hadis saya ulang-ulang:

‘ Barangsiapa yang tidak ada apa2, tidak boleh memberi apa2’

Dia pengikut salafi. Umurnya 2 tahun muda dari saya. Tapi saya jarang berjumpa dengan pemuda yang sangat berilmu seperti dia. HAdis dan ayat Quran bagaikan air bah dari mulutnya. Darinya saya mendapatkan suntikan keimanan yang begitu basah mengisi kekontangan hati ini.

Seringkali dia melihat anekdotnya pada pemuda dakwah pada hari ini: ‘ Saya pelik melihat ada naqib apabila membawa usrah, tidak mampu mendatangkan hujah ayat Quran dan hadis. Yang dia katakan cuma kata-katanya sahaja bukan dari Quran dan SUnnah’. Read the rest of this entry »