sibuk palestin, kite pula?

salam,

Sibukkan Palestin, kita pula?

Dalam kite berarak
Bersorak
berdemo
Mengeluarkan amarah
Menghentam israel durjana,

pernahkah kita berfikir..
bahawa kita juga perlu lakukan sesuatu..

bukan untuk mereka..

bukan sama sekali..

tetapi untuk diri kita….

Diri kita yang beria mengangkat sepanduk ini..

bagaimanakah hubungan kita dengan Allah….
bagaimanakah kesediaan kita untuk berjihad….
bagaimanakah kita telah berubah setelah berlakunya episod pembantaian palestin ini….

kita cuma sedar bahawa kita perlu boikot…..

kita perlu tunjukkan sokongan

Kita perlu membuat kutipan membantu…

tapi kita kurang sedar akan kelemahan diri kita sendiri

kita kurang sedar kita juga perlu berubah

berubah dan  keluar dari dunia hedonisme kita….

dalam kita sibuk bersorak mempertahankan Palestin,
terlalu ramai lagi yang tak solat,
yang masih berdangdut berdisko,
yang masih dalam kealpaan yang nyata….

TV , games dan hiburan adalah matlamat utama..

Dalam kita menyeru kesedaran akan isu Palestin
jangan kita lupakan jiwa-jiwa manusia yang perlu kita hidupkan
perlu kita sedarkan
perlu kita persiapkan..

barangkali bumi kita akan menjadi seperti Palestin
(memandangkan base tentera israel ada di Singapura)

Dan bila keadaan itu berlaku…
sudahkah kita bersedia?

Mengangkat senjata dan akhirnya berani mati memperjuangkan kalimah Allah?

Sedangkan kita asyik menyalahkan bangsa Arab kerana tidak membantu Palestin,
sedangkan sudahkah kita bersedia, bila keadaan yang sama (JIKA) berlaku di daerah nusantara ini,
adakah kita akan menjadi saff pertama mujahid membantu mereka?

Dan jika kita mengalami nasib yang sama,

cukup kentalkah kita mempertahankan agama Allah ini?

Isu palestin bukanlah semata-mata isu simpati dan semangat.
Isu palestin adalah isu diri kita, dan sepatutnya memutik daerah sedar dalam hati kita.

Kesedaran bahawa : adakah kita seorang hamba…

yang mendapat hidayah…

akibat makar yang besar ini?

Aisyah

Dundee

Januari 09


.


Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

24 thoughts on “sibuk palestin, kite pula?”

  1. Alhamdulillah..

    Jazakillah kak, for this reminder.

    Moga Allah bantu dan izinkan kita untuk bekerja dengan lebih kuat lagi..

    Doakan utk saye….

  2. Walau berbilllion penduduk dunia memprotes dan tunjuk perasaan menentang Israel, apakah akan ada perubahan besar? Umat Islam tidak mampu. Hanya peribadi yang dijanjikan Tuhan sahaja mampu memusnahkan mereka. Teringat kata-kata Sheikh Hisham Kabbani – Imam Mahdi akan menawan Masjidil Aqsa hanya dengan takbir. Ingat ! Kekuatan roh yang dibelakangnya adalah Allah sahaja yang mampu memenangkan Islam.

  3. Yahudi sedang melepaskan sebesar-besar geram yang terpendam dan terbuku. Mereka tahu masa kemusnahan bangsa mereka sudah terlalu dekat. Agenda mereka untuk menghancurkan kebangkitan Islam yang bakal naik di Timur semuanya gagal. Kahin-kahin ( ahli sihir) mereka sudah menggunakan segala teknologi ilmu hitam yang tercanggih untuk menghancurkan peribadi yang dijanjikan namun tiada siapa yang dapat mengalahkan kekuatan roh manusia yang dibelakangnya adalah Penguasa Alam ini.

  4. Hari ini mendengar saja tentang “kekuatan roh”, maka kita pun hairan dan pelik. Macam tak pernah dengar..

    Dendam Yahudi telah menyala semenjak 1500 tahun dahulu dan kini bertambah2 lagi.

  5. Zionist Yahudi seolah-olah tidak dapat mengawal perasaan mereka, hinggakan masjid- masjid, sekolah-sekolah PBB dibom, bantuan kemanusian semuanya disekat, dihalang. Mereka sudah tidak hirau pandangan dunia. Mereka sebenarnya sedang mengalami ketakutan peringkat tertinggi apabila usaha-usaha mereka untuk menghalang suatu kebangkitan Islam di Timur tetap terhalang hingga buntu dan dungu mereka dibuatnya.

  6. tapi yg paling susah sekali ialah nak melawan nafsu dlm diri sendiri… ayoo… gi keje jadik jahat..balik umah jadik baek.. camner niiii …. 😦

  7. salam,

    boleh nak copy paste.. takde masalah..

    alhamdulillah, ramai yang memahami apa yang nak disampaikan ini ..:)

    kalau boleh sesiapa yang nak copy apa2 dari sini harap boleh tinggalkan link..

    jzkk

  8. Al Anfal , ayat 12 yang ertinya, “(Ingatlah), ketika Tuhanmu mewahyukan kepada para Malaikat: “Sesungguhnya Aku bersama kamu, maka teguhkanlah (pendirian) orang-orang yang telah beriman”. Kelak akan Aku hunjamkan rasa takut dalam hati orang-orang kafir…”

    Suka sajak awak..tersentak jap di kala alpa

  9. Waahhh ..berkobar2 sunggoh masuk bab Palestin ni. Tapi kalau dipikir2 balik.. hati takde rasa sedih pun sebenarnye melihatkan org2 Palestin ni terkorban sebab insyaAllah mereka mati di jalan Tuhan.. syurga mmg telah dijanjikan Tuhan.. Kite ni yg blom tahu mcm manakah malaikat maut akan dtg mengambil nyawa.. dan adakah dlm keadaan beriman atau pun tidak .. fuhhhh ..berpeluh gak r bile dipikirkan..

  10. betul2 kuali terbang balik..setuju2..

    ade byk faktor jugak sebab sedih nie;

    1- Sedih sbb dorang dh dapat jumpa Allah (dgn izinNya) tapi diri nie masih tak tau lagi ape kesudahannya.

    2- Sedih sbb kalau org2 bermatian pertahankan Islam nie dah pergi, sape lagi yang akan pertahankan Islam tue? Nak harapkan diri ini yg nak mintak boikot Zionis nie pon masih tak mampu? Nak suruh org2 kat msia dan seluruh umat Islam yg masih mabuk dgn hiburan nak bangkit tentang musuh Allah? Nak mintak kita2 yg Islam belum lagi tertegak dlm diri sepenuhnya utk tegakkan Islam di muka bumi Allah? Huhu……

    3-Sedih mengenangkan usaha besar dorang tapi kita di sini masih lagi alpa…nak sangat impikan syahid tapi nak berjihad pon susah…huhuuu……….

  11. Yer..semua org marahkan Israel, yahudi…mcm2 perkara mereka dan kita lakukan…namun…hasilnya?…Wallahua’alam
    Sebenarnya Palestin sedang menyeru kpd umat Islam seluruh dunia supaya kembali kepada Islam yang sebenar…itu yg tersiratnya sebenarnya…tapi kebanyakkan org tak jelas, hanya yg tahu menderma, berdemo, mengutuk2 yahudi dan israel…tapi utk diri sendiri apa yg dilakukan? Sedangkan diri sendiri sering tewas dengan nafsu…
    Pulanglah kita kembali ke jalan yang sebenar, itu yang utama…Thanks a lot kepada anti utk puisi yg dihasilkan…semoga dibukakan pintu hati mereka yg membaca…
    Saya minta izin utk mengambil beberapa point dalam puisi ini…Jazakillah ya ukhti…. 🙂

  12. Di sebalik ape yg berlaku, ade hikmahnye. Kalau kite pikirkan dr sudut positif atas ape yg berlaku, kalau korunk perasan lar.. korunk nampak tak tetiba shj semangat membantu Palestin nih kuat dan berkobar2..secara tidak langsung, org2 Islam dan bukan Islam berkumpol dan bertukar2 pikiran dan pendpt.. Drpd tak tahu brg2 Israel dAn Amerika.. kini sy dh boleh senaraikan apekan brg2 tersebut. Drpd peminat M&S ..kini sy dh taknak lagi ke sana… Semangat bersatu tu tetiba dtg, dr tak mengenali atr satu sama lain, kite mengenali atr satu sama lain.. Kalau bende2 kecik ni boleh memberi kesan dan seterusnye membuat sy mengambil tindakan, sy percaye ia jugak ade menyentuh hati2 manusia yg lain. Dan jgn sesekali memperkecilkan bende2 yg kecil mcm memboikot.. berdemonstrasi dan lain2 sebab bende2 kecik ni lah yg selalu memberi kesan yg mendalam di kemudian hari.. bak kata Tun Mahathir…. ade 3 billion umat Islam seluruh dunia dan hanye ade 300 juta jer org Yahudi… so kalau 20% drpd umat Islam ni boikot brg2 Yahudi pun dah cukop memberi impak kpd org Yahudi…… ..Infact, kolik sy baru jer siapkan presentation slides on Palestin dan action plan yg kami semua 543 pekerja harus buat sbg org Islam dan sbg manusia yg memerangi kekejaman 😉

  13. Satu lagi contoh nk habaq sini… ni berlaku di Chicago, ade sebuah bus ni duk lalu-lalang kat jalan raya kat Chicago tu di mana body bus ni dicatkan dgn poster yg sebut – ” Islam, u have question? we have the answer! Call us at xxxx ” ..Dlm masa sebulan jer..poster kt bus tu berjaya mengIslamkan 17 org bukan Islam kt bandar Chicago tuh!! Haaaa .. so sape sangka bende2 camtu bley mengIslamkan owang….. he he he .. lawakkan? Tapi kejadian benar.. tuh kajian tu okay 😉

    1. alhamdulillah, bagusnya dapat input2 dari orang lain… suka saya.. teruskan lagi kongsi pengalaman2 awak kuali tefal.. jgn putus semangat ajak kolig kat pejabat utk sama2 berubah ke arah kebaikan..

      kat sini maybe dengan orang luar baik, duduk bilik jadi jahat..heheh.. terbalik betul 🙂

  14. maksud saya bkn saya hendak memperkecilkan usaha b’demo, menderma, memboikot atau seangkatan dengannya. mmg x dpt dinafikan segala usaha tersebut dpt membuka mata semua manusia seluruh dunia, dpt menyedarkan dunia yg kita sepatutnya tidak harus mendiamkan diri. Tapi sejauh manakah kesannya jika umat Islam seluruh dunia x lakukan perubahan dlm diri sendiri? Tidak cuba memperbaiki segala kekurangan yg ada pd diri sendiri dari segi aspek ekonomi, sosial, pengetahuan dan yg paling penting kefahaman ttg agama Islam 2 sndri. Dlm Islam telah menggariskan semua perkara ini, tp kdng2 kita hanya mengambil sesuatu 2 hanya untuk kepentingan sendiri. So inikah umat Islam yg kita banggakan? Di manakah Islam yang gemilang dahulu? Semunya telah hilang disebabkan kurangnya pegangan dan kefahaman ttg Islam dalam diri akibat pengaruh musuh-musuh Islam yang kita benci. Musuh-musuh Islam tak takut dengan kita dah sekarang walaupun jumlah kita lebih besar berbanding mereka sbb mereka tahu kelemahan kita. Mereka dengan mudah tewaskan kita kerana kita sekarang lebih cintakan dunia, takutkan mati. Tgk siapa sekarang yang lebih menguasai dunia? Yahudikan? Di mana ilmuwan Islam skang?
    Jadi di sini, kita harus melakukan perubahan dengan mendekatkan diri kepada ALLAH dan seharusnya ia bermula dengan diri kita sendiri….
    Bayangkan 3 billion umat Islam bersatu hati, rasanya dengan mudah untuk kita menghapuskan musuh-musuh Islam 2 dengan izin ALLAH….

  15. Islam sudah memerintah kira-kira 1000 tahun lebih. Hilang pemerintahan kira-kira 100 tahun (sejak 1924). InshaAllah tak lama je lagi, Islam kan kembali semula.

    Tapi ada syaratnya!

    Teruskan usaha dalam menyeru ke arah kebaikan, menyedarkan umat yang semakin jauh terpesong dengan arak dan kecanduan hedonisme dan sekutu-sekutunya. Semoga jiwa-jiwa da’ie kembali kepada ke’izzahan Islam inshaAllaah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s