Jangan ikut dia sebab dia fail exam dia…

Posted on Updated on

Mengapa perlu kita memburukkan saudara kita di hadapan ramainya manusia lain?

Adakah kita tak mempunyai hati perut?

Pernah dahulu seorang ukhti gagal dalam peperiksaan tahun pertamanya.

Di saat itu terdetik di hati saya,

‘ Eh, nape dia fail eh. Dia sibuk sangat dakwah ke apa? Dia tak cukup study kot…’

Cuma itu sahaja lintasan hati saya. Tentu saya bersimpati padanya, tapi saya rasa di saat itu mungkin salahnya sendiri juga.

Di tahun itu baru sahaja saya berjinak semula dengan tarbiyah dan dakwah.

Akhirnya Allah menunjukkan sesuatu pada saya. Sesuatu yang sangat menghentak jiwa saya.

Itulah hentakan paling dahsyat yang terjadi dalam  hidup saya. Di saat itu, I was in the lowest state of my life!

Hanya Allah mengetahui betapa peristiwa itu sangat banyak mengajar saya akan banyak perkara.

Antaranya, apabila timbul lintasan hati tentang saudara saya itu, saya tidak beristghfar, dan saya terus menyalahkannya.

Akhirnya saya menerima kejutan dalam hidup saya, dan mengalami nasib seumpama dengannya..

I failed my exam.. and the rest of the story is history..

Kerana itu bila ada golongan yang menyalahkan orang yang gagal dalam exam ini, memandang rendah pada mereka, menjadikan itu alasan untuk menjatuhkan air muka mereka, saya rasa mereka telah menempahkan kegagalan buat diri mereka di masa depan.

Allah akan tunjukkan mereka suatu hari nanti. Jika bukan pada exam, pada perkara lain…

Janganlah sekali-sekali memandang rendah dan memalukan mereka yang gagal dalam exam mereka. kita tak tahu cerita mereka, kenapa perlu buat asumsi?

Kemudiannya menjadikan itu sebagai alasan agar manusia tidak mengikuti dakwahnya dan menjauhinya… adakah kita tiada hati perut wahai saudaraku?

adakah itu sikap orang mukmin?

Sabda Rasulullah: Alangkah baiknya orang-orang yang sibuk meneliti aib diri mereka sendiri dengan tidak mengurusi (membicarakan) aib-aib orang lain. (HR. Ad-Dailami)

Tentu ironi, orang yang suka main game, suka lepak-lepak dengan member, bergayut dengan kekasih serta menghabiskan masa dengan movie, jika mereka yang gagal dalam exam, taklah mereka dipersalahkan sangat. Tapi mereka yang gagal tu adalah mereka yang berada dalam saff dakwah, cerita mereka sangat hangat untuk dijajakan.

Ironikan?

Hidup manusia ini umpama roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita di bawah. Bila kita gagal, kita takkan gagal buat selamanya. Sedangkan Bill Gates tak masuk universiti, sedangkan dia berjaya. Sedangkan orang yang paling pandai kat dunia, tentu takkan selalu berjaya dalam hidupnya juga…

Jangan mengutuk sesiapa.. tak kire siapa pun dia…

Advertisements

3 thoughts on “Jangan ikut dia sebab dia fail exam dia…

    RA said:
    January 12, 2009 at 10:39 am

    sya,

    orang yang terbaik adalah orang yang pernah jatuh dan belajar dari kejatuhannya ^_^ lalu bangkit untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya

    kan kan kan??

    jangan ambil hati dengan orang2 yang berkata

    selagi kita hidup,selagi itu kita akan diperkatakan…

    adat hidup bermasyarakat…

    fadhilah said:
    January 12, 2009 at 5:54 pm

    been there. hanya org yang melaluinya yg memahami kot. apa2 pun yg Allah beri pada kita adalah yg terbaik kan? semoga kita diberi kekuatan dan mendapat ‘ibrah dpdnya.

    saif shah said:
    January 15, 2009 at 9:30 pm

    alhamdulillah… artikel ni btol2 rs kna kat diri sendiri….
    pengalaman sndri yg berlaku spt di atas….. smg dgn ape yg berlaku dapat menyebabkan kita sedar ttg ade nya kuasa yg Maha Esa yg mengawal segala y berlaku…

    Kita hanya merancang, sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s