Mabruk Alaikum

Posted on Updated on

Salam,

mutaakhir ini, terlalu banyak berita gembira dari kepulauan British ini..

adik2 yang sudah bergelar Dr, mahupun yang akan mendirikan rumah tangga, alhamdulillah.

tempat saya bekerja

sungguh bahtera menuju fasa seterusnya menjanjikan perjalanan yang bukan mudah.

Hidup ini amat perlu diteruskan walau pahit macam manapun rasanya.

Saya kerja night shift sekarang ini. Iman turun dan naik. Badan letih semacam. Biasanya night shift ini akan drag kami bekerja 7 malam berterusan selama 12 jam.

Not bad berbanding dengan kerja di Malaysia yang oncall 72 jam everyother day.

‘ Saya tak sempat jumpa anak saya pun hari-hari. Balik rumah dia dah tidur, pergi kerja dia belum bangun. ntah-ntah dia tak kenal pun mak dia

Itulah kata-kata rakan saya yang bekerja di Malaysia. Komitmen pada dakwah dan tarbiyah pun makin kurng akibat pekerjaan yang menggila di sana.

Namun kita tak pernah senyap dan sunyi dengan kisah-kisah yang tentu memukul jiwa kita di saat kita malas.

Kita kenal seorang ukhti kita yang bekerja sebagai seorang doktor di sebuah negeri jauh 2 jam dari Kuala Lumpur. Malam selasa dia ada usrah di KL. balik dari hospital terus ke KL utk bertemu anak usrah dia. Berqadhaya sehinggalah pukul 2 pagi. Pukul 4 pagi dia sudah bertolak ke hospital untuk bekerja hari seterusnya.

Begitu juga suami dia turut berada di KL.

Dia balik hujung minggu untuk bertemu buah hatinya.

Namun hari Jumaat itu dia tidak terus bertemu suaminya, tapi dia terus ke program daurah anak halaqahnya dan berjumpa suaminya pada hari selepas itu.

Macam mana dia boleh buat sedemikian?

‘ Bila perkahwinan dan cinta itu hanya untuk Allah, Allah taala akan memudahkan perjalanan kita’.

Kita tahu hubungan suami isteri, selalu rasa nak melekat saje, selalu nak berjumpa, tapi bagaimana si suami merelakan isterinya untuk dilepaskan kepada dakwah dan mad’unya? Dan bagaimana si isteri dapat menahan rindu dari bertemu suaminya setelah seminggu tidak bertemu?

‘ Kuncinya pada hubungannya dengan Allah’ kata ukhti itu.

Subhanaallah!

Walapun bergelar seorng doktor, walaupun mengandung hampir 8 bulan, dia tetap bersama-sama anak binaannya tidur di atas lantai yang sejuk, setelah berjam-jam bersembang dengan mereka.

Aku mungkin masih jauh sampai ke tahap itu.
Aku mengkagumi dirinya kerana aku tidak sangka sampai ke tahap itu dia boleh meningkatkan magnetik imannya itu.

Subhanallah.

Begitulah dakwah ini.

Kita jualkan semuanya untuk Allah.

Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Dia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Anfal : 24

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? (10) Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui
As-Saff: 9-11

Memang penat bila sudah bekerja.

memang dia akan consume semua tenaga kita.

‘ Akak, saya nak cepatkan walimah saya, sebab saya takut saya tak dapat nak survive bila dah jadi HO nanti. Saya berharap bila saya dah kahwin dia akan dapat kuatkan saya…’

astahgifurllah wa atubu ilahi.

Kasihanlah pada dakwah jika semua akhawat selalu berfikir dengan BMlah dia akan jadi lebih kuat.

Kasihanlah pada dakwah jika ikhwah merasakan dengan kahwinlah dia akan jadi daie yang lebih baik.

Dia bukan begitu sayangku,

1+0 akan jadi 1 atau kurang dari itu.

Tapi 1+1 akan jadi multiple dan lebih hebat.

Memang saya sedih bila ada akhawat merasai bahawa dengan BM dia akan menjadi lebih kuat.

Tidakkah mereka tahu ramainya yang berBM, berkahwin ikhwah dan akhawat, akhirnya futur di atas jalan ini?

‘Akak kenapa asyik takleh nak call akak je? kalau cakap pun sekejap-sekejap.’

Saya merasai kesedihan mendalam di saat saya merasai saya mula kehilangan ukhti saya di saat dia telah berkahwin.

‘ Suami akak tak berapa suka kalau ada dengan dia, akak tengah cakap dengan orang lain.’

suaminya adalah ikhwah dan saya adalah sahabat seusrah ukhti itu.

Banyak kali saya try call ukhti itu, namun begitu juga keadaannya.

Dan betapa ramai yang larut dalam percintaan lepas berBM kerana kurang jelas matlamat dari BM itu sendiri.

Kita sendiri mengenali seorang ustazah, yang melahirkan ramainya rijal untuk dakwah ini. AKhirnya dia bercerai kerana suaminya tidak bersama dengannya di atas jalan dakwah ini.

Suaminya seorang ikhwah.

Pokok pangkalnya, kita tak boleh bergantung pada orang lain untuk menguatkan kita.

NO!!!

Kitalah yang perlu kuat. Kita perlu bina kekuatan hubungan dengan Allah.

Tidakkah engkau melihat bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah Tayyibah adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang akar tunjangnya tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat.

Ibrahim: 24

Kita perlu mantapkan iman dan penguasaan kita pada Islam.

Kita perlu pegang islam ini kuat-kuat. Dengan kejap sampai tak mahu terlepas.

Sampai bila-bila.

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, akan turunlah malaikat kepada mereka : Janganlah kamu bimbang dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.

Fussilat: 30

Oleh itu, apabila kita sudah mula bekerja, kita tetap menjadi daie, walaupun sesibuk mana pun pekerjaan kita. Walaupun sejahiliyah manapun tempat kita bekerja itu.

Kita tetap tamayuz ( berbeza) dengan jahiliyah. Kita masih lagi menjadi duat, yang menarik manusia mengenal diri mereka dan Pencipta mereka.

Oleh itu, apabila kita sudah berkahwin, walaupun kita berkahwin dengan bukan ikhwah pun, kita akan tetap kuat. kita akan tetap boleh saiko suami kita untuk sama-sama melonjakkan kalimah Allah.

kita akan bawak keluarga kita menuju Allah. mencapai redhaNya.

Kita kene nampak matlamat paling jauh itu, bertemu dengan Allah. kerana itu kita akan sentiasa menguatkan diri kita kepada Allah.

Salah sangat-sangat jika kita bergantung pada orang lain untuk menjadi kuat.

Tentu akhawat serumah amat membantu pembentukan peribadi kita. Tentu juga ukhuwah banyak mensupport emosi kita dan membantu kita dalam dakwah ini.

Tentu berkahwin dengan ikhwah akan melajukan dakwah dan memudahkan banyak agenda dakwah.

Namun apabila kita berharap orang lain membantu kita, menguatkan kita dan membantu kita..

Kita takkan dapat benda itu.

kita akan lemah, tersadung, dan akhirnya tersungkur.

Dunia pekerjaan tidak mudah, Banyak menghakis iman.

Banyak kali aku beristihghfar apabila berhadapan dengan lelaki yang tampan mahupun perempuan yang teramat cantik di tempat kerjaku.

Yalah, dah jadi seorang doktor. Kene periksa badan semuakan. Kita perlu buat semua itu sebab itu memang kerja kita.

( mat salleh kat sini boleh tahan juga muka dia..huhuh)

Kita ini manusia tentu ada perasaan, tapi imanlah yang memandu kita.

Menghijab diri kita dari keluar dari batasan antara islam dan jahiliyah.

Di tempat kerja kita mana ada ikhwah dan akhawat. Kita boleh buat apa kita suka.

Tapi kita ada Allahkan? Yang sentiasa melihat kita.

Sebab itu kene selalu kembali semula kepada ALlah.

Kenapa ye saya tulis benda ini?

Supaya kamu semua kuat!

Tak kisahlah di fasa mana kita berada, langkah kita ini perlu diteruskan.

sudah lama saya sendirian di atas jalan ini. Tidak pernah ada rakan sebaya dan rakan baik di sisi saya sepanjang masa. Rakan baik saya hanyalah melalui corong telefon, yang terupdate dengan suara saya sahaja.

Di sekeliling saya ramai mad’u yang terdiri dari adik saya dan mutarabbi yang dikasihi dan tentu kekuatanku perlu dialirkan buat mereka.

Lantas di mana kekuatan itu perlu aku dapatkan?

‘ Anti dah tak perlu sesiapa, anti ada Allah!’

Tergamam mulutku disaatku mengadu keadaan diriku yang keseorangan terpaksa buat banyak sangat benda di sini. Aku memang rasa takde support walaupun orang nampak aku banyak adik. Tapi rakan sebaya, semuanya sudah pulang ke malaysia mahupun teramat jauh dan sudahpun berkeluarga.

Betullah kata murabbiku itu, kita ada Allahkan?

‘ Ana nak kahwin sangat, dah tak tahan rasa lonely!’

Itulah pertanyaan naifku di saat aku masih awal 20an kepada murabbiku.

Aku tahu sahaja, bilangan ikhwh ketika itu 3 orang sahaja, dan akhawat dalam 15 orang. 2 dah berpunya, seorang lagi mahu habiskan study.

Semua wanita, tak kisah sisters atau tak, memang ada perasaan itu bila belum berkahwin dan berpunya lagi. Apatah lagi di saat rakan-rakan sebaya seorang demi seorang mengeluarkan kad perkahwinan.

Perasaan itu, kita je kot rasa, bercampur kegembiraan dan kerisauan.

‘ Ana ada calon untuk anti. Nak tahu siapa tak ?’

Siapa, siapa? hatiku di saat itu menguntum senyum.

Wah.. ada can ini!

‘Ana nak kahwinkan anti dengan dakwah…’

Tergamam lagi.

Dush.

Subhanaallah.

Dan demiNyalah seluruh jiwa ini diserahkan dan dipasrahkan.

‘ sekrang baru anti faham perasaan akhawat yang tak kahwin-kahwin lagi kan?’

Di umur ini, di mana-mana sahaja, pasti ada yang bertanya, namun aku pasrah, bersyukur dan redha dengan ketentuan yang Allah tetapkan buat diriku.

Dan aku mula memahami.

Alhamdulillah.

Allah menakdirkan sesuatu itu, tepat pada masanya, paling sesuai pada ketikanya, di saat kita sudah bersedia.

Yakinlah dengan janji Allah itu.

Firman Allah:

Aku adalah berdasarkan kepada sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Aku bersamanya ketika dia mengingati-Ku. Apabila dia mengingatiKu dalam dirinya, nescaya aku juga akan mengingatinya dalam diri-Ku. Apabila dia mengingati-Ku dalam suatu kaum, nescaya Aku juga akan mengingatinya dalam suatu kaum yang lebih baik daripada mereka. Apabila dia mendekati-Ku dalam jarak sejengkal, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, nescaya Aku akan mendekatinya dengan jarak sedepa. Apabila dia datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan seperti biasa, nescaya Aku akan datang kepadanya dalam keadaan berlari-lari anak.

Saya perlu tidur. Ada 2 hari lagi nak kerja nights. Doakan saya kuat! Futur bile kerja malam ni!huhuhu…

Di kesempatan ini, saya ingin ucapkan selamat pengantin baru kepada yang bakal mendirikan rumah tangga pada musim summer ini:

1) syazwani nasihah dan akhi syafiq
2) ukhti didi/diana ibrahim dan akhi ateeq
3) ukhti radz dublin
4) ukhti han sheffield
5)ukhti irnani ismail dan akhi ismail ibrahim
6) ukhti ila/shahida dublin
7) ukhti nurul huda dan akhi rahman
8) ukhti zarith dan akhi pejai

Barakallahuma alaikumaa..

Wassalam

salam rindu buat akhawat sedunia.
muharikah
glasgow

Advertisements

62 thoughts on “Mabruk Alaikum

    dr mujahidah said:
    May 19, 2010 at 3:55 pm

    subhanallah ukhti.. rasa lain macam baca entry ni.. semangat!

    ” ana nak kawin dengan dakwah”

    aizadiha said:
    May 19, 2010 at 4:11 pm

    salam akk,
    mantap! subhanallah…
    lepas ni, kena sebut sokmo “saya kuat! sebab ada Allah!” kan?
    jzkk..pencerahan sgt cerah

    lately ni ramai dh pesan dgn saya supaya jgn takut, ia akan memakan diri sendiri. Saya sharing dgn seorang ukhti lain,,we have to visualise ourself doing da’waa besides work and family etc
    kita yang kene visualise! baru benda tu jd ..bi iznillah..kan kak?
    gi moscow hrtu pun sisters byk share kekaguman kami pada seorang ukhti lain yang juga sdg HO

    πŸ™‚ hebatnya dakwah dan tarbiyah mendidik mrk
    moga ia berjaya mendidik kita lebih hebat lg,iA

    moga Allah sentiasa bersamamu ukhtiku
    uhibbuki,,<3

    Haizi said:
    May 19, 2010 at 4:14 pm

    salam kak aisyah,

    apa yang akak tulis tu is what I faced right now. Bila seorang2 akhawat hantar kad walimah mereka,it some how worries me especially this summer, 2 of my former naqibah bakal mendirikan rumah tangga. Kerja yang mengambil almost 100% of my energy. Mungkin keje haizi tak ‘sehebat’ keje HO di Malaysia. Pernah terdetik, jika ana berBM will things getting easier dari segi D&T. I guess I was wrong after all. Skrg semua persoalan ana terjawab akhirnya.huhu
    Jazakillah akk for such a wonderful entry.

    Daie/Auditor

    syazana said:
    May 19, 2010 at 5:00 pm

    semangat, jzkk ukhti.
    mmg betul pun, kdgkala kita rasa ada org lain boleh kuatkan kita.
    Padahal, org itu hanyalah perantara antara kita dengan Allah.
    Pokoknya, kembali dan berpautlah pada dahan yang kukuh denganNya.
    Allahuakbar!

    ummusalma said:
    May 19, 2010 at 6:08 pm

    benar benar dan benar
    kena kuatkan diri, sebab Allah is above all, and He is the one and only who can help

    islahulmunzir said:
    May 19, 2010 at 7:26 pm

    ” Hasbunallah wa ni’mal wakil “…ckplah hanya Allah lah sebaik-baik penolong dan pelindung

    noL said:
    May 19, 2010 at 7:43 pm

    salam,
    cantik sungguh input2 disusun.
    post yang memberi semangat. ^_^

    post anda memberi cetus di hati kecil ini utk menulis post juga di blog saya.
    ada quote dari page ini.
    minta izin ya.

    terima kasih πŸ˜‰

    http://saiz3.blogspot.com/2010/05/57-aku-ada-allah.html

    Aisyahsuki said:
    May 19, 2010 at 9:34 pm

    Jazakillahu khayr kak!!!!!!
    Nak kawen juge…
    dengan dakwah~

    p/s: kak, rindu…

    ubm said:
    May 20, 2010 at 1:20 am

    salam.

    tulisan yang baik. cuma rasanya terlalu retorik, hingga menyalahkan ukhti yang tidak mahu diganggu apabila bersama dengan suami. Perjuangkan dakwah dan islam bukanlah tiket untuk meruntuhkan rumah tangga yang bahagia.

    ukhti muharikah, janganlah menyanggah fitrah manusia yang rasa lebih aman apabila ditemani. Perasaan ingin ditemani oleh manusia untuk memperkuatkan perjuangan adalah fitrah! jangan disalah anggap sebagai tidak bergantung kepada Allah.

    Ana menganjurkan agar nti bertaubat kepada Allah. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita semua yang menulis dengan menggunakan kalimah Allah namun seruannya batil. Astaghfirullah Al Azim.

    Bertaubatlah ya ukhti.

      muharikah responded:
      May 20, 2010 at 2:15 am

      salam,

      akhi/ukht ubm. mungkin boleh perkenalkan diri supaya lebih terlebar jaluran kita.

      maaf jika tulisan saya menyingung awak mahupun pembaca lain.

      biasalah, penulisan boleh dibaca dalam pelbagai gaya. saya tak bermaksud begitu pun apatah lagi mahu merobohkan rumah tangga islam.Mereka adalah orang yang saya kagumi di jalan ini,namun inilah apa yang berlaku.

      saya cuba membaca juga lagi sekali tulisan saya tapi takde plak saya menyangkal perlunya manusia itu berteman dan menyalahkan mereka.

      jika ada boleh highlightkan pada saya untuk dibaiki.

      mungkin kita berdua melihat dari konteks berbeza.

      betapa ramai yang berharap orang lain dapat mengubahnya tapi sebenarnya dia sendiri perlu ubah diri sendiri.
      dan ramai orang harap suaminya dapat kuatkan dirinya, tapi sebenarnya dialah yang perlu kuatkan dirinya sendiri

      tidaklah pula saya suruh orang lain duduk bersendirian, itu gila namanya.saya pernah depressed satu ketika dahulu sebab asyik duduk bersendirian sahaja.

      astaghfirullah. jazakallah kerana menegur saya cuma maybe boleh perincikan ayat mana yang awak rasa perlu dibetulkan..
      wslm

      kebaikan said:
      May 20, 2010 at 3:46 am

      Salam…

      Ana suka part:

      Kenapa ye saya tulis benda ini?

      Supaya kamu semua kuat!

      Muharikah, you’re the best writer. Seperti menulis isi hati ramai yang lain.

      ubm said:
      May 20, 2010 at 10:27 am

      ya ukhti muharikah

      buat masa ini, ana gemar untuk menggunakan nama pena ubm, walaupun boleh sahaja menggunakan nama yang lain, kerana ana bimbang peribadi ana yang tidak sempurna dan penuh sifat mazmumah akan dijadikan kayu ukur dalam menilai tulisan ana.

      cukuplah sekadar ana mengatakan bahawa ana cukup bertanggungjawab atas apa yang ana nukilkan di sini.

      Ana pernah/sedang/akan menemukan berpuluh-puluh pasangan BM. Ana juga meneliti beratus-ratus kes BM diluar, juga menjadi saksi kepada ribuan pasangan BM yang bahagia dan juga kecewa.

      Dan bila membaca entri ini, ana merasakan ianya terlalu retorik. Sebagai contoh, bilamana nti menulis :

      Tidakkah mereka tahu ramainya yang berBM, berkahwin ikhwah dan akhawat, akhirnya futur di atas jalan ini?

      β€˜Akak kenapa asyik takleh nak call akak je? kalau cakap pun sekejap-sekejap.’

      Saya merasai kesedihan mendalam di saat saya merasai saya mula kehilangan ukhti saya di saat dia telah berkahwin.

      β€˜ Suami akak tak berapa suka kalau ada dengan dia, akak tengah cakap dengan orang lain.’

      suaminya adalah ikhwah dan saya adalah sahabat seusrah ukhti itu.

      Banyak kali saya try call ukhti itu, namun begitu juga keadaannya.

      ========================================================
      Ini adalah satu tembakan yang tersasar jauh dari maksud penulisan artikel nti yang kononnya artikel ini cuba mengajak manusia hanya bergantung kuat kepada Allah. Niat nti baik tapi gagal dalam menyampaikannya. Jelas kelihatan kekecewaan dan emosi yang tidak stabil dalam tulisan nti telah menghukum semua yang mendengar cakap suaminya adalah futur terutama jika isteri itu melebihkan suaminya dari akhawatnya.

      sekali lagi… ana anjurkan kepada nti dengan penuh rasa tanggungjawab, bertaubatlah ya ukhti~

      p/s: jangan pula kerana teguran ana yang satu ini terus menghentikan nti dari terus berdakwah melalui keyboard… kalau down, bacalah lain-lain pujian yang diberikan oleh orang lain.. ingat, jangan mati dalam pujian.

    kembaracintaku said:
    May 20, 2010 at 1:46 am

    subhanallah ya ukht!

    jazakallah! ya di bumi tanah air nie pun sekarang musim walimah πŸ™‚

    jazakallah untuk entry ni, rasa tertembak2! memuhasabah diri!

    πŸ™‚

    mengeratkan diri dengan cintaNya buat kita sangat kuat!

    salam dari kampus hijau. Malaysia.

    kuat! « kembara cinta ku said:
    May 20, 2010 at 1:49 am

    […] by : muharikah […]

    muharikah responded:
    May 20, 2010 at 2:25 am

    Pelik juga ini kurang dari 24 jam dah dekat komen, adakah kita mempunyai rasa yang sama akhawatku?

    akhawat medic –>teringin utk bertemu antunna.seronok baca blog anti..moga diberikan kekuatan…

    aiza–> moga anti dan akhawat QS akan kuat bile dah masuk alam HO dan BM nanti iAllah… sayang antunna fillah..

    haizi –> lama tak tinggal comment kat blog saya.kita jumpa nanti kt malaysia utk catch up ok? jangan down2 sorang. jumpa akhawatselalu k?

    syazana –> dah lama gak awak tak singgah sini eh…moga awak kuat

    zinn –> i somehow amazed of ur strenght to pull ur effort for His Deen. subhanallah!

    islahmunzir –> benar

    NOL–>jzkk sebab sudi singgah blog ini. boleh perkenalkan diri anti,teringin tambah kenalan..

    aisyahsuki –> dah lama eh tak dengar sore saya?hehehehe

    kembara cintaku –> awak…saya selalu curious pasal awak.. nanti perkenalkanlah diri.kita jumpa di malaysia eh.!

    muharrikdaie said:
    May 20, 2010 at 4:08 am

    Maaf ana nak celah dan perlu perbetulkan statement anti agar clear … Ana mohon maaf terlebih dahulu jika komen ini salah.

    Actually apa yang ana faham mmglah kita kena bergantung pada Allah 100% dan tidak boleh bergantung pada manusia hatta suami/isteri kita. Itu dalam memahami akidah dan dalam mentauhidkanNya.

    Tapi dalam dakwah dan didalam BM kita memang perlu bergantung pd orang lain untuk menjadi kuat kerana ianya sunnah. Even Rasullulah pun berwalimah atas dasar asbab. Atas dasar maslahah ummah dan bantuan dari isteri2nya.

    Yang tak boleh bergantung tu ialah bila kita bergantung pada dahan yang reput. Itu yang buat kita futur bila berwalimah tu bila tersalah pilih suami/isteri atau tidak saling kuat menguatkan.

    Kalau nak kira kuat keseorangan. Rasullulah lebih layak kuat berbanding kita tapi beliau perlukan juga bantuan isteri2nya kerana inilah sunatullah dan sunnah Rasul.

    Rasul berwalimah bukan bermatlamatkan kebahagiaan peribadi tapi kerana tuntutan dakwah. Ingin bantuan mereka kerana Rasul tidak mampu menjalankan dakwah ini keseorangan tanpa bantuan. Sebab itu beliau membina satu team kehidupan yang kuat.

    Apakah sembilan wanita mengelilinginya untuk menyelesaikan urusan biologynya? Urusan kebahagiaan? Tidak samasekali. Mereka datang dalam dakapan Rasul bukan kerana urusan itu tapi untuk sebuah solusi dan sebuah contribution.

    Lihat Khadijah dan Aisyah. Merekalah watak watak utama dalam dakwah Rasul.
    Khadijah 23 tahun bersama Rasul di Mekah membantu menyelesaikan segala permasaalahan suami tercintanya dan Aisyah 10 tahun membantu Rasul membangunkan Madinah. Dan memang rasullulah amat begantung pada mereka!

    Inilah team yang harus dibina dan dijadikan contoh bagi yang ingin berwalimah. Yakni untuk menyelesaikan masaalah dakwah dan bukan untuk mencipta masaalah!

    Barulah walimah itu dapat sunnahnya. Barulah kita boleh menjiwai walimah itu sendiri. Barulah kita rasa kebahagiaan ruhiyah itu! Dan faham tuntutan walimah itu yang sebenarnya dan inilah yang dimaksudkan bergantung pada orang lain!

    wallahuaklam.

    zulaikha said:
    May 20, 2010 at 4:44 am

    salam kak … pencerahan yang hebat. Tapi kali ni rasanya akak menulis dengan emosi yang tak stabil

    Memang tulisan akak hebat hebat diatas dasar pengalaman tapi apa yang UBM tuliskan itu ada kebenarannya.

    memang ramai yang memuji akak dan jarang yang komen negatif tapi pandangan UBM itu harus akak jadikan guideline untuk menulis agar jangan beremosi bila menulis. Takut terlajak. Harap akak terbuka hati untuk menerimanya. Jika tersilap katakan tersilap. Jika lanya persepsi akak jelaskan dengan terang agar kami faham. tidak ada ruginya.

    saya rasa apa yang dikomen oleh UBM dan pandangan akh muharrik itu terhadap ‘ perbezaan pergantungan terhadap manusia dan Allah tu amat jelas”

    Akak jangan kecewa lak ngan komen tu. Teruskan berdakwah melalui pena. Saya tetap dibelakang akak dan letakan emosi akan dibelakang dan iman dihadapan waktu menulis.

    Jkallah

    hisham79 said:
    May 20, 2010 at 4:53 am

    “Dan betapa ramai yang larut dalam percintaan lepas berBM kerana kurang jelas matlamat dari BM itu sendiri.”

    “Kita sendiri mengenali seorang ustazah, yang melahirkan ramainya rijal untuk dakwah ini. AKhirnya dia bercerai kerana suaminya tidak bersama dengannya di atas jalan dakwah ini.

    Suaminya seorang ikhwah.”

    Salam,
    Boleh jelaskan kenyataan-kenyataan diatas tersebut? perkahwinan antara ikhwah dan akhawat sekalipun perlu didasari atas dasar cinta mencintai, tanpa cinta, rumahtangga akan rosak binasa…

    Begitu juga dengan kes ustazah tersebut, apakah perceraian itu berlaku kerana suaminya menghalang dia dari menghadiri program2 dakwah? atau kerana dia mengabaikan tanggungjawab rumahtangga kerana terlalu “cintakan” dakwah? atau ada sebab-sebab yang lain? benarkah dakwaan yang mengatakan perceraian tersebut kerana suaminya tidak bersama diatas jalan dakwah? dan jika benarpun apakah itu sebab yang kukuh untuk bercerai? kerana ketaatan seorang isteri adalah pada suaminya selagi tidak melanggar syariatullah…

    Wallahua’lam, harap dapat dijelaskan kekeliruan….

      muharikah responded:
      May 20, 2010 at 3:55 pm

      Akh hisham, maaflah jika penulisan saya agak mengelirukan kerana saya tak explain betul2.

      memang kene bercinta kan lepas dah kahwin, kalau tak macam mana nak kekal perkahwinan dan nak rasa best buat dakwah sama-sama.

      mustahil dapat kahwin tanpa ada perasaan itu.

      rasanya maybe kita semua pernah tengok je contoh-contoh ikhwah dan akhawat yng berkahwin, akhirnya sudah tak bersama-sama dengan kafilah dakwah ini.

      Bilangan ini minoriti, tapi terkadang memberi kesanlah kepada perjalanan dakwah ini.

      Kalau kita menjadi murabbi, dan mengenali ramai orang, kita akan nampak benda ini.

      Dan ini adalah kes by case juga. Mungkin sebelum kahwin, dua-dua pasangan belum kuat lagi, menyebabkan akhirnya mereka tak menjadi keluarga dakwah pun.

      Dan memang ada sorang ukhti pernah berkata pada kami:
      ‘ suami isteri ini, kalau sorang down, dua-dua akan down. So memang kene sangat-sangatlah kuat untuk sama-sama naikkan each other.’

      Ada mereka yang bercinta lepas berkahwin, tapi hebat jugalah dakwahnya lepas itu.

      Lebih berkasih sayang dengan adik-adik, lepas luas medan amalanya.

      Ada yang memang bersama-sama pasanganya, dan kurang attachment dengan dakwah.

      Faham ke?

      Ini contoh sahaja, sebab itu saya tak sebut nama pun, tapi kita mmg jumpa mereka ini di dalam perjalanan kita.

      Pokoknya kita, terutama akhawat yang ditujukan artikel ini, kita perlu sangat-sangat kuat.

      Ujian akan silih datang kepada kita.

      Kecintaan akan sering menghambat kita, pada suami, pada anak-anak, dan menarik kecintaan kita pada jalan dakwah ini.

      kerana itu kita selalu memberi taushiyah sesama kita, agar semuanya kita sandarkan pada Allah yang terutama.

      tentang ustazah tu, ramai orang kenal kot sebb dia sendiri cerita kat kami tentang kisah hidupnya.

      Penceraian itu bukanlah sesuatu yang dia ingini pun. Cuba sangat-sangat dipertahankan. Tapi akhirnya bila suami tidak lagi menyokongnya untuk terus menyebarkan agama Allah ini. Benda ini kene tengok kes by kes. of courselah setelah bersyura dengan ramai orang, untuk menjaga keharmonian peribadi di dalam rumah tangga itu.

      Inilah contohnya manusia yang menjual dirinya di jalan Allah.

      Sebab dia faham paling utama adalah untuk menegakkan syariat Allh, menjadikan manusia lebih mengenal Allah.

      Ketaatan pada suami adalah selepas ketaatan pada Allahkan.

      Kalau suami tak kasi ikut dakwh pun, kenelah cari penyelesaiannya hingga ke akar umbi. Kene betul-betul cari kata putus dan tengah.

      kene betul2 cube saiko suami dan tarik dia pada dakwah.

      Setelah berbelas dan berpuluh tahun berusaha, tak boleh juga, jangan kita sama2 futur dan redhakan dengan keadaan itu.

      Paling utama adalah menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.

      Ini yang ana faham kot dari kisah ustazah tadi.

      Kene tengok case by case. kisah ustazah ini satu dalam sejuta maybe.

      ramai je yang tak cerai dan boleh tarik suami kepada islam dan dakwah.

      again, ini penulisan orang yang tak melalui lagi ujian BM itu.

      wallahualam

    K I T A said:
    May 20, 2010 at 5:39 am

    salam..ana tak tahu sangat tentang orang yang BM ni sebab tak kawin lg hehe..btw ukhti, segala komen2 tu membina kita juga kan? kekadang bila baca entries ukhti, semngat! sebab bila ana rasakan yang diri semakin down dan baca pulak kisah pengalaman anti, macam tak mahu kalah..anti lg sibuk..dan betul, Allah lah tempat kita mohon kekuatan..

    kalau bab BM ni, ramai yang futur.

    dan ada satu kisah..seorang anak akhi tanya dengan zaujah akh tu, kenapa akhwat n ikhwah yang dah kawin kuar tarbiyah?

    kenapa ya?

    adakah sebab hanya sekadar mahu kwin dengan orang yang baik?

    ana pun pening fikir semua ni.. tapi berbalik pada niat..

    wallahu’alam..

    Yang Baik said:
    May 20, 2010 at 6:06 am

    Apepun, saya tak rasa ukhti muharikah menidakkan keperluan BM atau keperluan seorang. Kalau kita tengok artikel ini mengajak kita bahawa kebergantungan yang UTAMA dan PERTAMA ialah Allah.

    Allah Maha Kuat, Allah Maha Sempurna, Allah As Somad

    Bergantung dengan Allah itu wajib. Mencari kekuatan dengan hubungan yang baik dengan Allah itu, suatu yang wajib. Pokok taqwa ialah tawakal. Tasawur agama yang jelas berpangkal dari tawakal, iaitu keyakinan.

    Ana yakin, inilah yang ana dapat dari artikel ini.

    Tidak sekali rasanya sipenulis menidakkan BM dalam dakwah.

    Fenomena kering dalam dakwah adalh suatu yang biasa berlaku. MUngkin bukan pada pengomen2 diatas, hatta ditempat ana sendiri dengan mata ana sendiri melihat ianya berlaku. Mungkin itu hanyalah contoh kecil yang dibawa oleh ukhti Muharikah. Kenapa perlu mengambil ringan tentang hal ini? Bahkan pula seperti menyatakan itu hanyalah emosi atau rekaan semata.

    Wallahua’lam..

    Semoga perbincangan kita berlaku dengan sihat, insyaAllah.

    Aisyah said:
    May 20, 2010 at 8:02 am

    Bismillah…

    jazakillah kak aisyah..
    yang saya dapat.. huhu~

    pergantungan first–>Allah
    pergantungan paling utama–> Allah

    lain2 pergantungan?
    datang atas terasnya yang pertama sekali: pergantungan kita sendiri dgn Allah..

    p/s: kat akhirat pun kena hisab sorang2 kan…

    wallahua’lam..

    irbid awwalan said:
    May 20, 2010 at 9:06 am

    yep…entry utama ni pasal kebergantungan pd Allah…sy yakin sume pn fham je..bukanlah mksdnye kak muharikah ni utk menidakkan BM.tidak sama sekali!!
    ..tp utk diri kita sendiri spt tdk terlalu bergantung pd org lain…tp hanya pd Allah!!

    saya tak nampak apa2 yg salah atau terkeliru pd tulisan ini..

    teruskan menulis kak,sy suke entry ni!!hanya org yg faham akan faham..

    hanya yang faham akan faham…

    love from Irbid,Jordan

    yellowrose said:
    May 20, 2010 at 9:21 am

    salam kak ….btul tuh! sgt2 btul..

    saye tak rase akk nak menidakkan kekuatan BM pon..atau menidakkan keperluan kasih sayang manusia.terkesan sgt2……
    terase sgt2 akk nk urge supaye kite bina kekuatan diri, then lepas kawen same2 kuat!

    sbb ape berlaku kite xtau.. lepas kaawen tuh ..kang kne berpisah sket ngn suami jd mengade, manje..dah tak boleh. atopon ape2 terjadi mane kite tau …dan jadi lost giler kalo suami kite xde.. yg penting saye rase akak nk tekankan sgt2 kite still bleyh kuat n tabah kalo ttbe suami xde

    dan orang mcm tuh hanye lah org yg 1 ..orang yg telah “dibina”.btol x?bukan calang2 orang.
    mmg perlu nak bina kasih sayang…,bercinta mestila kena..hubungan sayang tuh perlu..
    tp jgn smpai bnde tuh jadi futurkan kita.

    sbb mmg btol pon kalo kite pk nk kawen nk kuatkan diri kita..maka formula nya 1+0
    atau 1+0.5……tak ke kesian kat pasangan kite..

    thnx sgt akkk !!!keep on writing!!!!!!!!! btol tuh hanya orang yg faham ,akan faham.

    *hugs from jordan *

    muharrikdaie said:
    May 20, 2010 at 11:22 am

    Salam 2 all …

    Saya rasa komen dan kritikan amat perlu bagi blog ini untuk lebih memperkasakannya. Saya rasa kalau kritikan itu membina kita semua harus menerimanya dengan lapang dada. Kita semua sefikrah. Bercanggah pandangan itu adalah satu kelaziman dalam berdiskusi. Kalau ianya bersifat tuduhan dan kutukan. Kita abaikan saja.

    Pandangan UBM dan ukt zulaika itu mungkin ada kebenarannya dan niat ukh muharikah pun memang baik dan seperti kata UBM kesilapan mungkin cara menyampaikannya. Itu hanya technical error dan tak perlulah sampai bertaubat nasuha. Cukuplah diperbaiki dimasa akan datang.

    Banyak lagi input sis muharikah yang boleh dimenfaatkan selain sepatah dua perkataan yang tersasar itu cuma nasihat saya pada readers semua adalah masaalah pujian tu …
    kurangkanlah sikit.

    Jangan terlalu memuji mas’ul kita atau sahabiah kita kerana dijalan dakwah ini pujian adalah bagai mala petaka bagi seorang da’i walau pun mereka benar benar hebat pada pandangan kita.

    Kita hanyalah seorang da’i.

    Seorang manusia kerdil yang memang mempunyai banyak titik kelemahan.

    Kita bukan Rasul atau Nabi yang dibimbing oleh wahyu.

    Kita hanyalah seorang manusia yang dibimbing oleh manusia lain yang sama sama punya kelemahan.

    Kita boleh mengambil ibrah dari kekuatan senior senior kita dijalan dakwah ini tapi bukan memuji mereka secara berlebihan. Begitu juga diri kita. Jangan kita terlalu over sangat dalam berkasih sayang …..bersederhanalah! Itu pesan Rasul.

    wallahuaklam

      K I T A said:
      May 20, 2010 at 2:00 pm

      betul kata akh, pujian adalah satu malapetaka bagi para duat…

      Hussaini said:
      May 23, 2010 at 2:44 pm

      Ana setuju.
      Jangan duk buai sahabat kita dengan angan-angan.

    muharikah responded:
    May 20, 2010 at 3:26 pm

    betul.. mungkin salah saya menitipkan kata2.. dan mungkin juga setiap dari kita apabila membca satu penulisan itu memahaminya dalam keadaan berbeza.

    mungkin saya menyatakan ianya satu contoh, tak berniat menjadikan ia extreme, tapi dibacanya menjadi sedemikian. begitulah.

    apaun utk UBM jzkk kerana menegur, tegurlah lagi iALlah kalau ada mana2 yang silap. begitu juga kepada muharrik daie. Saya letih sangat hari ini tak tahu nak balas panjang2 camne.

    mungkin betullah kata antum emosi ana mmg tak stabil sedikit , banyak juga benda yang berlaku yang tak dapat nak dikongsikan kerana ianya terlalu peribadi.

    ditambah dengan kerja malam shift 9pm-9 am, sempat jumpa akhawat kejap2. tak sempat nak prepare usrah sangat, usrah sendiri pun takde sebab masa mengekang,dan pelbagai lagi.

    iAllah di masa akan datng akan cuba dissociate emosi daripada penulisan.( tapi dengan emosilah orng selalunya terikat dengan penulisan kan?huhuhuh)

    namun penulisan ini dihasilkan pun setelah bertahun-tahun juga berhadapan dengan akhawat yang sering merasai dengan BMlah mereka dapat jadi kuat, sedangkan mereka tak boleh bergantung pada orang lain utk kuatkan mereka, walaupun pun ada orang menjadi kuat selepas BM.

    Memang inilah fasa2 kehidupan kita.

    saya belum diuji lagi dengan BM ini. Sebab itu ana menulis perkara ini, supaya mereka yang membaca ini dapat menarik saya dari lembah kefuturan jika benar perkara itu berlaku pada saya satu masa nanti.

    betul kata muharrik, pujian itu malapetaka bagi seorang daie. astahgifurllah. mujurlah akhawat yang kenal pada saya sering juga kutuk-kutuk saya dan jarang puji saya supaya saya sentiasa tunduk dan tahu betapa jahatnya juga saya di sisi Allah dan perlu sentiasa bertaubat.

    pada mereka saya letakkan kecintaan yang tinggi hanya kerana Allah.

    Harap antum buat begitu juga pada saya insan yang lemah ini

    Kene prepare usrah untuk adik2 ini. tak tahu nak kasi apa sebab badan dan mata masih kantuk lagi… ( dan belum makan lagi)

      Yang Baik said:
      May 21, 2010 at 2:10 am

      Walaupun tak kenal, ama sentiasa mendoakan agar urusan dakwah disana sentiasa penuh semangat.

      Innallah Ma’ana

      Diakhir hari nanti hanya orang-orang ikhlas akan bertemu Allah. moga kita termasuk dalam golongan tersebut.

      Ukhti, ana tak memuji, sekadar berterima kasih kerana sudi kongsikan isi hati ukhti. Perkongsian bersama penyelesaian. Teringin nak bawa adik-adik disini berjaulah kesana bertemu akhawat2 UK yang hebat-hebat tu.

      Tapi setakat ni mimpi pun belum pernah sampai, hehe….

    kck said:
    May 20, 2010 at 3:49 pm

    subhanallah! banyak betul pencerahan disini πŸ™‚
    moga urusan anti dipermudahkanNya πŸ™‚

    shuhada dg-9 said:
    May 21, 2010 at 5:22 am

    ada sisi benarnye bahawa pernikahan bisa jd penguat dan pendekat dgn ALLAH, juga bisa jd penggoyah saat memiliki pasangan yg sering futur lantas mengheret pasangannya.

    hanya ALLAH tpt kebergantungan.. murobbiyah hanya mampu berkata2 yg berlalu ditelinga,yg menyentuh hati..tp keterikatan antara diri dgn ALLAH yg lg perlu dikuatkan.

    bernikah melalui BM bukanlah jaminan 100% utk terus dan terus di jln yg diredhaiNya..syaitan pasti merencana sesuatu yg hebat..

    ayesha said:
    May 21, 2010 at 6:15 am

    jzkk atas tulisan akk…
    rabbuna yusahhil ..
    rabbuna yuqawwi imanik…
    rabbuna musta’an…
    rabbuna ma’aki

    qs said:
    May 21, 2010 at 2:33 pm

    jazakillah kak
    hepi working tonyte.
    moga dikira sebagai ibadat juga walaupun bukan berada dlm majlis2 bersama adik2 kesayangan akak πŸ™‚

    Faiza said:
    May 21, 2010 at 6:15 pm

    Assalamu’alaikum Aisyah…

    SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar!!

    Aisyah, Jazakillah khair diatas entry yang sangat mendalam dan bermakna ini…persoalan ana selama ini sudah terjawab…ingin juga berdiskusi dengan anti sewaktu jaulah di Glasgow hari tu, tapi tak berkesempatan…

    Ana sayang kamu Aisyah sangat-sangat-sangat! πŸ™‚

    Jaga diri ye!

    Moga Allah mudahkan segala urusan Aisyah dan beri Aisyah yang terbaik..Ameen Ya Rabb

    Moga Aisyah sentiasa di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah..Ameen

    Sayang Fillah:
    -Faiza-

    ubm said:
    May 22, 2010 at 4:30 am

    teruskan menulis ukhti..

    cuma, banyakkan juga pembacaan sebelum menulis…

    bunny_cute said:
    May 22, 2010 at 1:36 pm

    salam akak…mengenali seseorang yang hebat yang mengzahirkan kelemahan dirinya di depan orang lain, di mana saya, kak? jzkk for the reminder…moga 1 hari nanti Dia Temukan akak dengan seseorang yg akak tak pernah terjangka untuk mengharapkan kekuatan darinya, iA…

    bunny_cute said:
    May 22, 2010 at 1:40 pm

    btw akak, ade terbaca dalam solusi latest edition…menarik jugak pasal kerja yg memenatkan dan meletihkan ni…kite kena ‘berehat’ dalam bekerja dan ‘bekerja’ ketika berehat…hehe…mesti x faham kan? kirenye kalau kite betul2 faham kenapa kite jadi doctor sume, kite niatkan semata2 keranaNya, mungkin kite akan letih fizikal je tp realitinya hati kita ceria dan bahagia aka ‘berehat’…the same goes to dakwah n tarbiyah…kite yakin akak selalu je ‘berehat’ semasa bekerja, berusrah, berjaulah dan banyak lagi…yup, kekuatan hanya dariNya…

      muharikah responded:
      May 25, 2010 at 12:13 am

      raihanah… rindu anti dan anak2 nil..

      jzkk di atas penulisan penuh berharga anti ni… rindu sangat2..huhuhuh

      jaga diri k?

    amyheidi said:
    May 22, 2010 at 2:42 pm

    Salam kak,

    Pernah satu ketika tu, saya rasa down betul, nak curhat dgn akhwat melalui telefon, either akhwat tu busy dgn ‘kerja’ atau x jawap langsung msg sya. Rasa betul2 sedih masa tu, tapi sya terus teringat yang Allah kan ada utk tempat sya curhat, huhu.

    Saya skrg kerja jadi guru kt sekolah kat sini, kerjanya bukan senang, malah teramatlah susah, kerana Allah tempatkan saya kat sekolah tarbiyyah. Tetapi alhamdulillah, despite kerja yang amat susah dan amat meletihkan fizikal serta mental tu, sya dh dpt kuar pegi usrah lps maghrib, sedangkan dulu, semasa belum start kerja, usrah petang lagi pyh2 nk kuar, apa lagi usrah malam.

    Thanks for sharing benda ni kak, :).

    Rindu betul kat kak aisyah, sayang akak! *hugs*

    Amy Brunawi

      muharikah responded:
      May 25, 2010 at 12:14 am

      amy, nape tak tinggalkan link blog? saya dah reply emel awak.. short je, tapi harap sangat membantu amy, sudikanlah datang ke malaysia nanti time saya balik… saya balik kejap2 tak dapat nak ke brunei… huhuh..

      nak sangat jumpa semua akhawat subok, dan adik2 ITB, ubd semua…huhuh.. of course K kay dan akak2 kat sana..

      kem salam semua sana ye…

    Hussaini said:
    May 23, 2010 at 2:52 pm

    Ana pun tiada pengalaman.

    Ana sekadar pasti 1 perkara: Ana ini manusia.
    Manusia ini ada tarikan kebaikan dan keburukan.
    Ianya hanya akan selesa, bahagia apabila kebaikan memenuhi ruang hidupnya.
    Hanya kebaikan itu yang dapat memuaskan fitrah.
    Dan hanya ISLAM yang mampu memenuhi fitrah seorang manusia.

    Ana kenal ustazah tu.
    Tapi ustazah tu bukannya seorang rasul.

    msms said:
    May 23, 2010 at 3:36 pm

    manusia x dapat lari dari fitrah perasaan,
    moga menjadi motivasi diri terus dalam dakwah.
    biar lelah mengikutimu…

    hamba said:
    May 23, 2010 at 3:51 pm

    maaf,
    apa yang diTulis tidak realistik… kamu hanya bermadah dengan ayat-ayat yang menarik berbunga-bunga… mendayu-dayu… Ber’cerita’ memang mudah dari me’rasa’!
    kamu melenakan manusia bukan dalam dunia sebenarnya.. bukalah mata!

      aizadiha said:
      May 23, 2010 at 7:20 pm

      hamba, kamu kenal penulis ini ke?
      berhati2 melemparkan tuduhan & prasangka.. krn prasangka adalah perkataan paling dusta, ataghfirullah al-azim..

      sejauh mana ana kenal penulis, dialah orang yang sgt menitik beratkan BM adik2nya, apa yang ditulis di sini,ana faham..hanyalah sbg meluruskan niat adik2..agar niat sentiasa tidak terpesong atas tujuan sbenar pernikahan.That’s all.ana juga bukan nak memuji atau melambung kakak penulis.. namun hanya mengungkap kebenaran. Tidak patut melemparkan kata2 sedemikian, kalau nak tegur,tegur lah dengan berhemah. Ana setuju aja kalau tegurannya seperti UBM,muharrikdaei dsb.

      wallahualam

      nway..
      ukhti,
      plz reply my email if u have time yah
      i really need it T__T

      uhibbuki fillah
      ❀ salam from volgo

    saad said:
    May 23, 2010 at 9:19 pm

    salam akak..thanks 4 ur entry..n benarlah hanya yg faham yg akan faham ur intention,..xusah berbalah pd perkara yg xmenambahkan iman, …just try utk amik yg baik, yg salah kt tolak tepi2, tegur elok2….biasalah manusia, byk salahnya ..

    Mawaddah said:
    May 23, 2010 at 9:40 pm

    Slm k Aisyah,

    insyaAllah kami faham hadaf utama yg k Aisyah sampaikan,
    so no worries yea?lillahi taala segalanya kak..

    “Jika Allah yang menguruskan urusan kita, tentu aturan yang ditentukan itu akan begitu hebat merentasi andaian mana-mana insan. Namun jika hidup ini hanya bergantung kepada orang lain, kita sering menjadi mangsa. Jika bergantung kepada diri semata, banyak perkara yang kita akan gagal mengendalikannya. Namun, apabila kita serahkan agar Allah membantu, tanpa ditinggalkan kita walaupun sekelip mata, keajaiban hidup akan berlaku.”
    (copy paste dari http://drmaza.com/home/?p=757)

    setuju dgn akak..
    terus menulis..semoga semuanya ilham dari Allah..

    doa saya akak dalam redha Allah selalu=)

    p/s-saya malu(*_~)..u know why.heee

      syuqaira said:
      May 28, 2010 at 8:53 pm

      ukhti jamilah,
      kuat!

      ^-^

    thanaif said:
    May 25, 2010 at 12:16 am

    Assalamualaikum Saudari-Saudari,

    Bagaimana mahu mendapatkan lintas kait dengan usrah on line? Adakah ia hanya terbuka kepada pelajar-pelajar universiti sahaja?

    Terima kasih jika menjawab.

      muharikah responded:
      May 25, 2010 at 12:20 am

      usrah online banyak je.. ada yang umum dan khusus. paling elok kene cari dulu usrah face to face dari usrah online ini..

      ttg usrah online ini saya sendiri tak bawak untuk umum, sebab tak cukup tenaga lagi. iALlah bolehlah emel saya nanti dan saya try carikan usrah online utk kamu boleh?

      drop by kat i_sya_z@yahoo.com

    muharikah responded:
    May 25, 2010 at 12:16 am

    salam adik2 ,jzkk kerana membela saya plak..
    iAllah setiap teguran itu sering berguna utk orang beriman iAllah… kite terima sahaja dengan hati terbuka..

    first time juga komen kat blog ini mencecah 40 lebih, kalau tak paling maksimum 30 cmtu je..

    mog ini menunjukkan kebaikan utk dakwah islam iAllah..

    ( ke mmg isu ini mmg hangat dan panas?heheh)

    saya suka nasihat ubm pada saya, tentag banyakkan membaca… mmg betullah saya kurang membaca… mana pergi masa saya? astaghfirullah..

    wassalam

    cik mus'ab said:
    May 25, 2010 at 5:48 am

    Salam, saya dalah adik kecil dari malaysia. tarbiyah diri kadangkala goyah. huhu. apekah? hurm.. -emosi kejap-

    astaghfirullah..

    cuma x tahu nk cakap ape2. cumanya jugak nk cakap yg entri nie. hot! meletop! letop!

    tetiba.. suka plak nk baca entri and comment2 kat sini berkali2.

    sedang memikirkan sesuatu.. tetapi.. x tahu cam ner nk curah. nak curah.. tapi takut terEMOSI.

    hurm.

    huhu.

      muharikah responded:
      May 29, 2010 at 1:02 am

      cik mus’ab, anti ni comellah..

      saya tercurious plak apa yang awak nak kongsikan tu… citerlah camne..

      curah je cam curah air teh dalam cawan..hehhe..

      kalau tak curah sini, curahlah kat emel personal saya k?

      i_sya_z@yahoo.com

      ill be waiting iALlah πŸ™‚

      uhibbuki fillah..

      moga dalam rahmat Allah…

    ummusalma said:
    May 25, 2010 at 11:33 am

    “Jika Allah yang menolong kamu, maka tidak ada yang dapat mengalahkanmu, tetapi jika Allah biarkan kamu (tidak memberi pertolongan), maka siapa yg dapat menolongmu setelah itu? Karena itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang mukmin bertawakkal” QS 3:160

    Ana said:
    May 25, 2010 at 7:17 pm

    salam wbt.

    penulisan yg sangat baik. masyaAllah ukhti, moga ana juga diberi kekuatan sperti enti.

    maaf untuk dilontarkan, tapi ana kurang senang dengan sesetengah penulisan yang membezakan ikhwah akhwat kita dengan yang lain.
    contohnya bila ukhti menyebut bilangan “ikhwh ketika itu 3 orang sahaja, dan akhawat dalam 15 orang.”

    ana terfikir, ukhti berbicara di bumi UK kan. atau mana-mana sahaja tempat, tapi ana yakin bicaranya menuju kepada sebuah negara.

    allah allah, tentu sangat getir dakwah dan islah di sesebuah negara kalau hanya cuma 3 orang ikhwah!

    pengislahan yang berlaku di negara tersebut, hanya cuma kita kah yang menyumbang..

    moganya kita tidak lupa, bukan hanya kita berjuang.
    ‘bilangan 3 orang’ itu..seolahnya memberi tamparan – apa yang lain di negara tersebut semuanya tidak langsung bergerak..

    allhua’lam.

    jazakillah ukhti, banyak sekali input di blog ini πŸ˜‰
    ukhtukum fillah 8)

      muharikah responded:
      May 29, 2010 at 12:55 am

      salam ,

      ukhti ana..

      nak betulkan sket fakta tu..

      time tu ada 3 je ikhwah UG ikut usrah core kami..

      pakcik makcik level atas2 iAllah ramai je.. time tu baru sangat nak bina qaidah sulbah di ukeire.. so batch saya masih tak ramai.. dan itu bilangan di uk..

      di eire alhamdulillah ramai sbb mmg ramai pelajar melayu..

      allahualm

      namun alhamdulillah best sangat bilangan dah ramai, dan makin meluas…

      moga semuanya mapan demi menuju kemenangan islam iALlah

    zura said:
    May 26, 2010 at 3:42 am

    salam kak…saya kagum dengan entry akak..byk yang saya belajar…

    syuqaira said:
    May 28, 2010 at 8:51 pm

    salam wrt,
    akak, banyaknye komen, x larat nak baca satu2.. huhu..
    terima kasih.. walaupun akak kata iman selalu naik turun.
    but you always have something to give to others,
    May Allah reward you with Jannatul Firdaus, =)

    saya suka entry ni..
    walaupun sy belum mampu nak jadi mcm akhawat yg hebat tu..
    i’m hoping that one day i can be like her,
    bi iznillah.
    berusaha!!!!

    Kuat! biiznillah!

      muharikah responded:
      May 29, 2010 at 12:00 am

      salam sikin yang comel dan amat dirindui!!!!

      lama dah saya nak komen2 kat sini, tapi komen awak struck my heart so kene balas juga!

      hehe

      saya just nak cakap…

      saya rindu kamu!!

      hehehehe

      Muah!

      syuqaira said:
      June 3, 2010 at 7:39 pm

      rindu akak juga!!!!!!!
      ingat sy dalam rabithah ye!

      ^_^

    cassandra 'ashiq said:
    May 31, 2010 at 12:58 am

    salam..
    k.aisy, nape xde nama saya?

    sampai hati lupakan anak usrah sendiri..huhuhu..

    Umm Yusuf said:
    May 31, 2010 at 1:51 pm

    Salaam. well, klu topik nih, mmg byk hits rasanya..sama juga klu ustaz ustazah, murabbi murabbiyah bawakan isu ini, mmg mdpt tumpuan.

    just my 2cents,

    ukht aisyah membawakan pandangan daripada sisi seorang perempuan. Pengalaman ana sendiri sebelum BM, kadangkala terdetik juga di hati apabila rata2 akhwat da kawen, seolah2 da takde masa untuk akhwat lagi(selain drp masa usrah n dauroh). Jarang ada jaulah dgn akhwt shj, atau sesi curhat yg panjang2. Sbg seorang perempuan, sisi emosi itu mmg terjejas sikit.(Sebab sebelum ini asyik bersama, tetiba je ukhti tuh dah ada orang yang punya).

    Jadi ana cuba rasionalise…Iyelah, ukhti kita yang baru berkahwin ini harus membahagikan masa untuk suami yang baru nk dikenal dan mentadbir rumah tangga bersama, melakukan aktiviti dakwah bersama, etc. dan pada ana sendiri, (terbukti slps BM) mmg ade buffer sket ttg hubungan dgn akhwt..tapi di dalam hati, akhwt tetap ade tempat yang istimewa.

    jadi, utk akhwt yg belum berkahwin, kena semat dalam dada, perkahwinan bukan faktor utama untuk terus tsabat…Allah-lah yang utama. Sedang hubungan suami isteri juga di tangan Allah untuk menentukan pelayarannya.

    in short, sisi pandang lelaki n perempuan banyak berbeza walaupun kita kata, fikrah dah sama. Mungkin sebab tuh, komen drp ikhwah di sini, mahukan rasional yang mungkin tak dapat dilihat secara tersurat dlm penulisan yang baik ini.

    Wallahu a’lam.

    -sahabat sejalan ex-down under :D-

      muharikah responded:
      June 2, 2010 at 6:40 pm

      salam ini dayah oz ke? yang suke conteng tu ke? rindunya ukhti.. tak tahu camne nak contact nanti.. boleh kite jumpa jap time saya pulang ke malaysia .. ok ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s