Puisi buat seorang teman

 

Salam,

bila memberi hadiah kepada dua orang mutarabbi saya sempena hari jadi mereka.. mengingatkan saya akan dua orang ukhti yang dekat di hati saya.

mereka lahir pada hari yang sama. 7 April ini.

Seorang berada di kepulauan Borneo. Selepas berkenalan dengan beliau 4 tahun lepas (2007), banyak entri-entri saya tulis berkisarkan dia. Terlalu banyak pelajaran saya belajar dengannya. Walaupun saya cuma bertemu dengan dia selama 3 minggu di sana, ukhuwah itu cukup menautkan hati kami. Selepas berpisah 4 tahun lepas, sehingga kini kami belum pernah bertemu lagi. Namun kenangan bersamanya ketika kami masih single, menghadap wajah kami ke pantai kampung air di borneo, terlalu menggamit memori nan indah. Terlalu besar pengajarannya di pulau itu. Dan tentu saya akan kembali lagi satu hari untuk bertemu dia dan juga akhawat2 lain yang telah menancapkkan memori besar dalam hidup saya.

Begitu juga hari ini, hari kelahiran seorang ukhti yang baru saya kenali minggu lepas. Baru sempat bertemu selama 3 hari.3 hari yang teramat panjang dalam hidup saya, penuh pelbagai cerita.

Buat dia, saya hadiahkan puisi ini ( huhuuhu.. adik2 lain, jangan jeles eh…… iALlah, ada rezeki antunna akan dapat juga sajak2, kalau bukan dari saya, dari orang lain). tak sempat saya menghadiahkan apa2 buat mereka di sana kecuali coklat2 yang hanya dimakan beberapa orang sahaja.

Buat dia , maafkan saya jika puisi ini sedikit canggung. ada akronim di sini untuk kamu cantumkan ia 🙂

Ayu wajahmu, serta

Sentuhan cintamu

Menyejukkan kalbuku, di saat

Aku dan kamu

Mula bertaaruf di bumi nyata ini

Oh, mudah sekali hati ini tertaut

Hingga aku kaget; kuasa apakah ini yang merasuk hatiku?

Dimaterainya hati aku dan kamu

Hanya berbekal aqidah dan al-fahmu yang satu

Aku dan kamu

Seolah-olah telah lama mengenali

Lantas aku bertanya pada diriku; kuasakah apakah ini?

Allahkan yang memegang hati kita, tentulah dia juga yang meng’allafkan’ kita.

Nilai sebuah cinta kerana allah, itulah yang aku rasai.

 

Asma,

Saudariku, sahabatku di jalan Allah

Masa akan sentiasa mencemburui kita

Alaf ini terus menerus menantikan kebangkitan ummah baru

Manusia di luar sana menungguh-nunggu kita sesungguhnya

Oleh itu

Halilintarkanlah semangatku.

Dominasikan dirimu dengan Islam dan tarbiyah, dakwah dan jihad

Hinggalah kita bertemu dengan Allah kelak,

Atma dirimu syahid ataupun menantikan kesyahidan itu (ahzab:23)

Sungguh, pada diri kita ini terpikul amanah tak berkesudahan

Laluilah hari-harimu dengan tenang dan matlamat tinggi menjulang langit

Ambillah mutiara-mutiara yang bercekarewala di bumi barakahmu itu.

Nun di sana… ada kejayaan pasti buatmu dan umat ini… insyaallah.

 

 

 

Asma,

Selamat Hari lahir

Muda hanya sekali

Ambillah peluang ini sebanyak-banyaknya…. Occhay?

 

 

Ana ukhtiki fillah,

K Aisyah

Glasgow 8 April 2011

 

 

 

 

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

3 thoughts on “Puisi buat seorang teman”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s