Tips usrah online

Posted on

Semenjak dahulu ramai yang bertanyakan aku tentang usrah online ini.

Mungkin kerana aku membesar dengannya di bumi asing ini.

Menghirup sesejuk basahnya mata air hidayah di balik gegendang ‘earphone’ mahupun speaker yang sering bertukar ganti.

Dari situlah aku temui kekuatan.

Tahun itu tahun 2002. Memang di tempatku tiada yang membawa liqa penyambung kepada tarbiyahku. Paling dekat pun, aku  perlu bermusafir selama sejam setengah pada hujung minggu untuk menghadiri halaqah umum.

Apabila aku terpaksa bertukar usrah, naqibah baruku berada 5 jam jauhnya dariku.

Di tika itu hujung minggu pasti akan terpenuhi dengan daurah-daurah.

Lantas  bilakah lagi masa halaqah jika bukan pada hari biasa.

Maka usrah onlinelah penggantinya.

Sebelum itu, lama aku menantikan orang mengusrahkan aku.

Ketika itu memang usrah online tak pernah wujud di ukeire ini. Mungkin jika wujud pun, masih pada usia yang baru.

Skype pun baru sahaja muncul dan voip begitu juga.

Namun aku belajar dari seorang ukhti dari US. Umum tahu di negara sana, dengan kejauhan geografi yang melampau, usrah hanya bergantung kepada telefon mahupun usrah online.

Ya. Telefon! Maklumlah negara maju, telefon mereka boleh berkoference serentak seramai 10 orang!

Dari situlah bekalan ruh di dapati dan ukhuwah amat dirasai.

Walaupun jauh, halaqah tarbawiyah tetap tidak boleh tinggal!

Aku mengenali ukhti tersebut lewat sahabat Al-Aminku di sana. Dari situ, kami bertemu di medan YM dan akhirnya berkongsi kisah. Aku masih lagi dalam jahiliyah selepas Islam. Duduk di tempat yang tiada orang yang dapat menarikku semula pada Islam. Alhamdulillah summal hamdulillah,  Allah masih kurniakan aku kebaikan dari hatiku untuk mencari semula permata tarbiyah yang telah hilang dari diriku.

Dari situ dia mengajak aku mengikuti usrah onlinenya, mahupun mengikuti pengajiannya.

Dalam masa yang sama, aku masih mencari-cari usrah yang boleh aku ikuti di uk ini.

Ketika itu aku tak mengenal langsung MSM. Mungkin tidak sampai dakwahnya di bumi Dundee itu.

Alhamdulillah, selepas setahun menjejaki akhawat, barulah aku temui naqibah pertamaku; amirah MSM yang amat kukasihi sehingga kini.

Kerana jarak yang amat jauh, kami mula menggunakan medium yahoo conference.

Mungkin dari situlah sejarah usrah online bermula di ukeire ini. sesuatu yang tak pernah berlaku pada generasi sebelum itu.

Hattakan naqibahku teramat excited dengan teknologi itu dan berkongsi pengalaman dengan pakcik dan makcik yang lain.

Kerana tuntutan dakwah dan tarbiyah jugalah, aku memulakan tajmik dengan usrah online ini.

Dahulu menerusi IMAM aku mengumpulkan orang, mengajak mereka untuk berusrah sekali denganku. Ketika itu kerana kekurangan murabbi, aku kumpulkaan mereka dan meminta naqibahku dan zaujnya memberikan taujih.

Alhamdulillah, walaupun tak ramai akhirnya kekal, namun masih ada yang tsabat sehingga sekarang. (Salah seorangnya Dr Zuriyati J )

Semenjak itu usrah online menjadi sebati dalam hidupku.

Murabbiku di Malaysia menggelengkan kepala bila aku mengatakan tarbiyah aku di sini adalah dengan beronline.

Macam mana tu? Mana nak dapatkan ruh dia? Soalnya.

Tarbiyah kita ada tiga unsur; tilawah, ta’lim dan tazkiyah.

Usrah online hanya ada tilawah dan ta’lim.

Tazkiyah itu hanya boleh didapati dengan teguran, dengan belaian tangan. Semuanya itu tidak dapat dilaksanakan dengan online.

Sekurang-kurangnya ada usrahkan, ujarku pada murabbiku.

Sekurang-kurangnya aku ada teman usrah, mereka yang menjadi penguatku di atas jalan dakwah ini.

Dengan usrah onlinelah aku membesar.

Menangis di depan komputer kerana kerinduan yang membuak untuk bertemu dari lutut ke lutut.

Untuk memeluk sahabat seperjuanganku untuk melepaskan beban dakwah yang berat.

Orang yang tak melalui usrah online takkan faham perasaannya.

Kerana itu, aku usahakan juga bertemu murabbiku dan teman seusrahku, sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Naqibah aku seterusnya 6-7 jam jauhnya dari tempatku.

Memang disusun jadual aku bertemu dengannya terkadang sebulan awal untuk memungkinkan semua itu berlaku.

Pada waktu lain, kami perlu beronline.

Aku masih teringat sewaktu usrah wida’ kami bersama seorang teman usrah kami, kesemua teman seusrahku bergambar bersama-sama, termasuklah sebuah lattop di sebelah mereka, tanda aku berada di situ. ( sweetkan?)

Dan pernah skype aku dibiarkan 6-7 jam selepas liqa kerana mereka di sana ( yang berkumpul di tempat usrah kami), berqadhaya dan makan sekali.

Banyak kenangan bersama usrah online ini.

Kerana usrah online ini mengajarkan aku keinginan yang membuak-buak untuk mendapatkan hak tarbiyahku.

Menghargai setiap kata-kata taujih yang diberikan buatku.

Menyebabkan aku rasa manisnya bermujahadah dalam tarbiyahku.

Dari situ jugalah tanah komunis rusia dibuka dengan usrah online ini.

Hingga sekarang negara itu hidup dengan cara ini semenjak beberapa lama.

Begitu juga beberapa negara dibuka dengan cara ini.

Subhanaallah walhamdulillah!

Alhamdulillah.

Usrah online tidak pernah ideal.

Tidak pernah!

Natijah kepada usrah online itu bukanlah sekadar adanya usrah, supaya sedap dengar ada orang dengar kita cakap sorang-sorang sahaja,

Berapa ramai mereka yang sewaktu usrah online. dalam masa yang sama boleh memasak, angkat telefon, chatting dengan orang dan sebagainya.

Usrah tetap adalah sebuah usrah.

Rukun-rukun usrah perlu dicapai walau apa sekalipun.

Kerana itu nuqaba kepada membawa usrah online perlu membayar mahar yang amat tinggi untuk menjadikan usrah dia itu berjaya , hidup dan mampu melahirkan lebih ramai lagi kader-kader dakwah..

Aku  teringat seorang anak binaan aku ketika kami bertemu di sebuah daurah di Malaysia.

Ketika itu akh ammar membentangkan tajuk profil murabbi:

‘ K aisyah, nape k aisyah tak pernah pun buat kat saya benda-benda yang abang ammar cakap tu? Tak tegur dan tak bimbing saya sangat’

Aku terdiam, tertunduk kesedihan.

Memanglah tak dapat dik, kita hanya jumpa setahun sekali sahaja.

Dengan melalui sendiri pahit dan manisnya usrah online ini, serta melihat beberapa ikhwah dan akhawat yang berjaya membawa usrah online hingga menghasilkan kader-kader baru dalam dakwah, saya menyimpulkan ada beberapa cara efektif untuk menjayakan sebuah usrah online itu.

1)       Usrah online = usrah bertemu lutut dan lutut

Kita perlu jadikan usrah online sepertimana kita melaksanakan usrah bertemu muka.

Semua mutarabbi perlu berkumpul di satu bilik dan tempat.

Jika ada yang tinggal di dua buah di negeri yang jaraknya lebih sejam perjalanan, pastikan bahawa tidak keseorangan di depan komputer.

Masalah usrah online adalah terlalu cepat ‘distracted’ dengan perkara lain.

Bila ada orang bersama kita, fikiran dan perasaan akan terfokus kepada usrah itu berbanding perkara lain.

Tak sedikit mereka yang ketika usrah onlinelah berchatting, membalas emel, mahupun memasak dan bersenda gurau dengan teman serumah.

Cara untuk mengelakkan perkara itu berlaku adalah berkumpul di sebuah tempat untuk berusrah.

2)       Menyediakan kelengkapan usrah online yang ‘tip top’

Masalah teknikal amat banyak membantutkan usrah online ini. Bermulalah dari masalah connection, server, microphone, YM version yang tak compatible serta speaker.

Selesaikan semua perkara ini sehari sebelum usrah.

Minta para peserta halaqah untuk bersedia 15 minit sebelum bermulanya usrah untuk jemputan. Jika ada masalah teknikal, dapat diselesaikan dalam masa tersebut.

Tentu kelengkapan yang penting adalah web camera. Mutarabbi akan lebih focus jika dapat memandang wajah murabbinya.

Begitu juga murabbi dapat pastikan mutarabbinya memberikan perhatian ataupun mengantuk ketika memberikan pengisian.

Jika menggunakan skype, yahoo perlu digunakan untuk tujuan webcam itu.

Tidak lupa kegunaan whiteboard online tidak kurang pentingnya!

3)       Masa yang optimum.

Berlainan dengan usrah bertemu muka, usrah online terkadang sering mendatangkan kejemuan jika terlalu lama berjalan.

Ini kerana masa konsentrasi berkurangan bila hanya menghadap murabbi di balik kekaca komputer.

Maksimum waktu paling efektif untuk berusrah online adalah 2 jam.

Saya secara peribadi lebih suka jika bacaan tilawah dibacakan oleh seorang sahaja. Jika bergilir-giliran akan banyak mengambil banyak waktu , sedangkan waktu itu boleh digunakan untuk memberi taujih.

Nanti akan ada orang ambil masa untuk betulkan mic dan speaker dan sebagainya

Untuk qadhaya peribadi terkadang sukar dibuat secara online. Maka murabbi perlu menggunakan waktu di luar halaqah untuk bertanyakan masalah setiap mutarabbinya.

Bila adanya sentuhan peribadi begitu, barulah mutarabbi akan terbuka dengan murabbinya untuk menceritakan semua masalah yang ada.

Tentu jika ada masalah dakwh yang perlu dibincang bersama, boleh dibincangkan semasa usrah. Namun untuk qadhaya masalah peribadi, barulah dibincangkan berasingan.

Ramai murabbi yang membawa usrah online mengorbankan wang yang bukan sedikit untuk menfollow up mutarabbi onlinenya menerusi telefon apatah lagi bila berbeza negara.

Namun itulah ‘ekstasinya’ apabila murabbi dari satu negara menghubungi mutarabbinya di negara lain.

Manisnya berbeza.

Namun boleh sahaja untuk selalu berYM dengan mutarabbi di luar usrah untuk menjimatkan wang.

4)       Perlu bertemu mutarabbi sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Ini tidak semestinya berlaku. Saya sendiri hanya bertemu mutarabbi saya setahun sekali sahaja. Namun saya gunakan masa itu sepenuh dan sebaik-baiknya untuk bertemu dan menghabiskan masa saya dengan mereka.

Jika kita melihat kejayaan sesuatu binaan usrah online ini, adalah apabila murabbinya bertemu dengan mutarabbinya.

Sentuhan tazkiyah perlu dijemarikan pada diri mutarabbi.

Kita takkan tahu kelemahan dan kekurangan mutarabbi kita sehingga kita bertemu mereka.

Kita tak tahu mereka ada masalah couple ke, aurat ke, masalah aqidah ke jika kita tak bertemu dengan mereka.

Kita sendiri sukar untuk memberikan taujih dan membimbing dalam mentarbiyah manusia lain jika kita tak mengenal waqie mereka.

Waqie uk takkan sama dengan Ireland, dana takkan sama dengan negara-negara lain.

Maka kita perlu menziarahi sebulan sekali untuk mengenal waqie mereka dan tidak terlalu ideal ketika memberikan taujih.

Apabila bertemu mereka, kene berikan dos yang lebih hebat dan pekat supaya masa anda dan mereka dapat dimanfaatkan sebaiknya.

5)       Memastikan ada daurah bulanan ataupun jaulah untuk bertemu dengan ikhwah akhawat lain.

Kekuatan ukhuwah adalah kekuatan yang luar biasa impaknya.

Ramai orang berubah bila melihat rakan sebaya berubah

Ramai orang belajar fiqh dakwah dengan hanya melihat orang lain beramal.

Ramai orang bertambah semangat melihat kawasan lain lebih banyak membina manusia dari dirinya sendiri.

Maka perlu menyusun jadual program mereka agar sebulan sekali, mereka mesti bertemu dengan akhawat dari kawasan lain. Program ini boleh berbentuk ziarah, daurah mahupun jaulah.

Namun suka saya katakan, tak semuanya ideal.

Kalau dapat tiga bulan sekali sudah cukup baik. Namun kita berusaha ke arah itu.

6)       Mutabaah amal berterusan

Usrah yang berjaya adalah usrah yang dapat melahirkan murabbi baru.

Setiap mutarabbi perlu membina kader-kader baru supaya dia dapat faham apa yang dia pelajari dari usrahnya.

Jika mutarabbi online kita ada binaan, kita tahu dia akan kurang membuang masa ataupun tenggelam dengan perkara-perkara jahiliyah dan maksiat.

Jika dia tidak ada binaan, maka kita perlu fikirkan medan amal untuk dia, supaya dia akan lebih menjaga dirinya sewaktu bersendirian.

Maklumlah kita hanya bertemu dia di alam maya, maka sukar kita nak memuhasabahkan dirinya selalu.

Paling penting dalam usrah online adalah mutabaah amal.

Ada ikhwah menggunakan google docs untuk mengupdatekan mutabaah amal mereka untuk disemak murabbi.

Ada yang dibuat sendiri dikalangan sesama ahli, terutama bila ditanya di dalam halaqah sendiri oleh murabbi.

7)       pembelajaraan efektif.

Seperti juga usrah bertemu lutut ke lutut, nota yang disediakan untuk usrah amat membantu kefahaman dan konsentrasi mutarabbi.

Sekali sekala perlu meminta respon dari mutarabbi. Selepas 10 minit bercakap, murabbi perlu bertanyakan soalan, ataupun meminta mutarabbi menulis icon, menunjukkan mereka masih lagi mendengar suara murabbinya.

Murabbi perlu menyebut nama setiap anak usrahnya. Minta setiap seorang dari mereka untuk merespon. Barulah kesemuanya akan terjaga dan memberikan perhatian!

8)       Ikatan hati

Satu perkara yang tidak boleh dipandang ringan di dalam membawa usrah online ini adalah ikatan hati antara murabbi dan mutarabbi.

Jika tiada ikatan hati, mutarabbi sukar untuk berqadhaya dan meminta izin dari murabbinya.

Termasuk membincangkan perihal Bmnya.

Sebab itu usahakan untuk mengikat hati mereka yang jauh itu, yang ketandusan pelukan jahbaz seorang murabbi.

Terkadang saya sendiri menggunakan blog saya di dalam mengikat hati mereka. Malah menggunakan ia sebagai sarana memberikan taushiyah atau melunakkan kata-kata rindu buat mereka yang jauh.

Kekuatan sekeping kad juga mampu memberikan bekas yang membahagiakan di dalam hati seorang mutarabbi

 

9)       Kekuatan murabbi itu sendiri.

Memang, pegang usrah online ini memerlukan jiddiyah yang tulus, terbit dari keikhlasan yang meninggi demi melahirkan ramainya kader-kader dakwah di bumi Allah ini.

Terutamanya apabila berhadapan dengan perbezaan waktu yang ketara.

Tidak sedikit murabbi terpaksa bangun seawal 3-4 pagi untuk berusrah online. Ataupun mutarabbi perlu menahan kantuk kerana usrah bermula 12 tengah malam. Ini kerana perbezaan waktu pada setiap negara yang ada.

Dalam masa yang sama banyak benda tak dapat nak dilaksanakan dengan usrah online.

Tarbiyah yang kita nak berikan kepada mereka amat terbatas.

Maka di sinilah kesungguhan dan kekreatifan kita dalam memberi akan teruji

Bagaimana kita dapat menghidupkan ruh pada usrah itu?

Memberikan taujih yang cukup memberikan bekalan kepada mereka walaupun tidak bertemu dengan mereka.

Kekuatannya tentu pada hubungan kita dengan Allah, doa dan penguasaan kita di dalam bahan tarbiyah itu sendiri.

Wallahualam

Mungkin ada banyak lagi tips-tips yang boleh dikongsikan lagi. Harap dapat membantu kita semua dalam beramal ini.

Wassalam

Ukhtikum,

Yang masih lagi berusrah online,

Muharikah

Glasgow

Advertisements

21 thoughts on “Tips usrah online

    qs said:
    May 13, 2010 at 3:09 pm

    kagum kak, 🙂

    zikr said:
    May 13, 2010 at 3:18 pm

    masyaallah, betapa hebatnya dakwah dan ruh dakwah di sana,,,
    terkenangkan kami juga berusrah online kerana perbezaan tanah semanjung dan tanah borneo..

    kami menggunkan sarana online utk mengekalkan ruh tarbawiyah..

    ana nak tanya..apa itu qadhaya?

      muharikah responded:
      May 19, 2010 at 11:16 am

      qadhaya itu perbincagan masalah. ini aspek paling penting dalam usrah supaya setiap individu dalam usrah itu sangat2 terikat dengan ahli usrahnya. semuanya akan merujuk pada usrah. segala beban dan penat lelah berjuang sepanjang minggu akan menjadi ringan bila dapat qadhaya dalam usrah ini…

    ummusalma said:
    May 13, 2010 at 4:50 pm

    salam syah,

    ana pun sgt2 menghargai usrah online.. dan sudah mula merasai ruhnya walaupun x nampak muka
    kdg2 lebih sng utk ana
    ye lah, ank dh 2, imagine:
    tangan pegang stroller, di depan, kanggaru utk baby, di belakang beg galas material usrah, barang 2 keperluan ank2 pula di sangkut di stroller

    alhamdulillah naqibah ana wat selang2.. ana suka dua2 sesi
    masa bersua anak dpt pendedahan,walaupun ya Allah, bising banget .. hahahaha
    masa online pula selesa di rumah sendiri 😀

    apa2pun tarrbiyah mesti dapat! kalau x, hanyut dan sia2 je…

      muharikah responded:
      May 19, 2010 at 11:17 am

      betul tu zinn. anti kene kuat ok? ana tahu tak mudah.. dengan anak belakang dan depan, tapi iALlah semuanya akan membuahkan amal dan hasil… Allah akan balas usaha anti dengan jannah ukthi….rindu zinn!

    ummu said:
    May 14, 2010 at 12:06 am

    salam kak,

    🙂 kadang lebih merasai manisnye berusrah on9..hu
    semuanya xmustahil kalu ikatan roh itu wujud antara hati2 kita..

    perasan membuak bila melihat adik2 sungguh2 mendengar, buat kita rase sungguh2
    juga nk memberi pada mereka. plan la segala mcm mende walau selalunya turn up jadi mende lain. yang pasti, rase hidup melihat adik2 mula memahami keindahan islam dan dakwah..

    jzkk for this kak.

    luv,
    momon

    ayuamiza said:
    May 14, 2010 at 9:59 am

    kak, nak nangis T___T
    sayu sangat baca, sebab betul sgt apa akak cakap.
    rmi juga yang mempertikaikan usrah online ni
    dan tak dapat tidak, saya pun tidak dapat menyangkal serba serbi kekurangan UO ni.
    kurang sentuhan.
    terbatas.

    cemburu juga dgn org lain yg kalau ada masalah
    boleh terus lompat naik teksi atau bas pergi rumah naqibah.
    nangis dekat bahu dan riba.
    jumpa dkt setiap events atau sebarang program.
    boleh demand itu demand ini.

    long distance relationships takley byk sgt mengada2.
    tak boleh manja2.
    kene kuat sendiri, berdikari.

    tp kita cuba membuat yg terbaik,
    dan disebalik kekurangan yg ada,
    kita membina kekuatan dan aura kita tersendiri.

    rindu akak2.
    doakan kami dalam fatrah imtihan

    love,
    anak-anak nil

    aizadiha said:
    May 14, 2010 at 7:07 pm

    alhamdulillah,tidak pelik kalau ramai masih tercari2 ruh UO. Namun insyaAllah ia tetap akan dtg asalkan hati2 yang menghadirinya cuba menghidupkan diri masing2.

    jazakillah sys, sgt terasa..awal2 dulu honestly sangat blurrr masa UO, huhu..then tak sabar2 nak berjaulah jumpe murabbi & usrahmates, nak mengikat hati agar UO selepas tu akan lebih hangat:) alhamdulillah summa alhamdulillah..
    kini,akan sentiasa cuba memanfaatkannya sebaik mungkin,lebih2 lagi apabila murabbi sendiri terpaksa bangun 1pagi untuk memastikan tarbiyah anak2 soviet terjaga.

    wallahualam
    -yang rindu ber’skype denganmu!

      muharikah responded:
      May 19, 2010 at 11:20 am

      umu, ayu, aiza, kita semua mendapat sentuhan dari pengisian online kan? moga Allah menemukan kita dengan usrah lutut bertemu lutut yang lebih enak dan kekal selamanya iALlah!

      saya sendiri amat merindui saat itu, merasai lutut murabbi saya berada di atas lutut saya. merasai tepukan tangannya di peha saya di saat dia bergurau dan menyebut nama saya penuh mesra.. saya rindu saat itu! dan saban tahun saya merindui untuk mendapat detik2 sebegitu.

      saya yakin korang pun sma kan! sayang dan rindu korang!

    muharrikdaie said:
    May 15, 2010 at 1:33 am

    Apalah guna usrah yang bertemu lutut tapi tidak bertemu hati. Menyambung dengkur dan mimpi. Gersang gurun tak menumbuhkan pohon ….

    Biar pun UO dan tak menepati syurut usrah itu tapi ia tetap memberi secercah nyawa kepada ruh ubudiyah kepada Allah …dan muga UO terus hidup bersama ruh ruh yang melaksanakanya ……
    Walaupun Umar tidak dimedan perang tapi arahannya diatas mimbar tetap didengar oleh sahabat dimedan perang ….

    Kerana maiyahtul ruh mereka sering berusrah …..

    Tahniah dan teruskan insyaalah.

    Ejan said:
    May 16, 2010 at 2:59 pm

    Betul3.. apa guna bertemu lutut andai tak bertemu hati.

    Secara peribadinya sering seboleh-bolehnya adakan pertemuan darat, elakkan pertemuan online sbb rasa mcm kurang ‘basah’nya. Kurang ruh nya. Tapi hakikatnya byk jiwa2 yang tertarbiyah secara online kerana kekangan2 jarak, masa, kewangan..
    terasa malu..terasa beralasan sungguh kami di bumi serba canggih ni..

    Masih lagi mencari resipi yg ‘menjadi’ utk UO ni. Tq for the tips! Boleh cuba2.

    Wassalam
    Titipan dari bumi sakura.

      muharikah responded:
      May 19, 2010 at 11:21 am

      ini ejan kita jumpa hari tu ke? lawat juga awak ke blog saya eh.. camne akhawat kat sana. saya berazam satu hari saya mesti ke sana jumpa antunna!

    cik mus'ab said:
    May 18, 2010 at 8:49 am

    Salam ziarah kak.Apa kbr ? menarik blog akak. info yang bagus. insyaAllah sdg cuba untuk mengexplore blog akak 🙂

      muharikah responded:
      May 19, 2010 at 11:20 am

      cik musab, anti dari mana eh? blog anti menarik bangat. suka ana baca.. jzkk sebab sudi lawat blog ini…

      cik mus'ab said:
      July 13, 2010 at 3:36 pm

      Ana dari malaysia 🙂 selmaat berkenalan sis 🙂 salam ukhwah salam sayang.

    ceskaholka said:
    May 18, 2010 at 6:43 pm

    Salam Kak Aisyah..

    Senyum sendiri..

      muharikah responded:
      May 19, 2010 at 11:22 am

      ceskaholka…. siapa eh? saya mmg selalu dah senyum sendiri2. :).. salam ukhuwah ukhti. kenalkanlah diri ea….

    Mawaddah said:
    May 18, 2010 at 7:21 pm

    slm akak,

    setuju 100% dgn akak,
    kadang2 pelik juga kami masih UO sehingga kini,
    walaupun selalu je distracted,

    bercampur baur perasaan ketika nak mula UO(kurang jiddiyah,lemahhh je rasa),semasa UO(xclear suara,tsunami sana sini,putus2,mic perlahan sgt)..tak campur yg tetdo,borak isi lain,dsb..heeee=p

    tapi rupanya disitulah ujian dan tapisan Allah,
    disitulah mujahadah yg Allah nak lihat dari kami..
    alhamdulillah UO memberi latihan tarbiyyah yg hebat,
    untuk lebih thabat,
    biizinillah..

    jazakillah utk UO lepas yg masih terkesan dihati smpai hari ini,
    (masih belum terlewat sy rasa utk bagitau akak yg sy sgt terharu dgn effort akak selama ni..
    padahal sy ni sapelah sgt..buat serabut k aisyh je..hehehhe)

    rindu akak..
    moga Akak tabah di sana yea?
    my prayers will always be with you insyaALlah=)

    p/s-jzkk utk tawsiyyah di YM tempoh hari=)=)=)

    ar-rumaisa said:
    May 18, 2010 at 11:31 pm

    understood. deeply felt.

    ~ dibina dgn usrah lutut bertemu lutut.
    membina dgn usrah online.

    Allahumma La Sahla…
    moga ruh islam ini terus mengalir… =’)

    muharikah responded:
    May 19, 2010 at 11:01 am

    mawaddah– > sayang kamu selalunya!!

    ar-rumaisa –> hanim!! i miss ur company! best sngat dapat borak dengan hanim lama2.. banyak pengalaman kita lalui bersama sis..alhamdulilllah

    cik mus'ab said:
    April 17, 2011 at 2:24 pm

    mampukh saya?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s