dedikasi

Maal Hijrah 1440

Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1440.

Moga kita dikurniakan kesihatan, dan barakah dalam kehidupan ini.

Antara azam untuk tahun baru hijrah ini.

1) Perubahan itu perlu. Kerana perubahan itu kita bertambah baik.

2) Segera melakukan kebaikan, kita tidak tahu kebaikan mana yang dipandang tinggi di sisi Allah.

3) Segera bertaubat dan berhenti dari kemaksiatan. “Sesungguhnya manusia itu banyak salahnya.Dan sesungguhnya sebaik-baik orang yang banyak salahnya, adalah orang yang banyak bertaubat.” (HR. Tirmidzi).

4) Baca sejarah kegemilangan Islam, terutama zaman kegemilangan Abbasiyah dan Uthmaniyah. Di situ akan termotivasi diri untuk menjadi cemerlang seperti mana umat Islam terdahulu.

Moga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

curahan hati... · dedikasi

JOM! Selepas 2 tahun.

Salam,

Apabila terkenangkan apa yang berlaku semenjak dua tahun yang lalu, sering terkuntum senyuman tersendiri di bibir dan wajahku.

Balik dari UK sahaja, terus saya bertemu dengan team bro arts untuk berbincang akan penerbitan majalah ini.  Teman saya paling tegar saya adalah ukhti faizah di tengah2 tu :)
Balik dari UK sahaja bulan November 2011, terus saya bertemu dengan team bro arts untuk berbincang akan penerbitan majalah ini.
Teman saya paling tegar saya adalah ukhti faizah di tengah2 tu 🙂 Gambar ini diambil pada Disember 2011. Majalah jom mula ditulis Januari 2012.

Sungguh, amat pantas masa berlalu. Tiadalah apa yang berlaku pada hari ini melainkan kesemuanya itu adalah kurniaan dan pertolongan dari Allah S.W.T semata.
Continue reading “JOM! Selepas 2 tahun.”

dedikasi

Untuk kamu di sana

Aku tidak tahu jika kamu masih membaca lagi tulisanku ini.

Aku berharap ia masih lagi berada di newsfeedmu, walaupun tidakku pasti samada sempat atau tidak kamu menyelaknya di sela masamu yang menggila.

Dahulu kamu pernah meminta kepadaku:

‘ akak, tulislah lagi untuk saya,’

Dan bukan aku tidak mahu, cuma… mungkin terlalu kerap dan mungkin terlalu banyak mahu aku katakan pada kamu.
Continue reading “Untuk kamu di sana”

curahan hati... · dedikasi

Our life is not like story movie

Salam

banyak yang dilalui hari ini.Bertemu dengan adik-adik dan berkongsi dengan mereka seringkali menambahkan sesuatu pada diriku.

Kefahaman, rasa, dan tindakan-tindakan yang baru.

Dan seharusnya di waktu ini aku mengejar dateline untuk menyiapkan 3 artikel untuk JOM! kalau tidak esok mesti editor setiaku akan menyeringai aku dan meminta-minta mana artikel yang selalunya siap 12 jam sebelum dihantar layout ke server percetakan kami.

Namun, penulisan ini ada masa ‘ruh’nya. Mungkin ini adalah alasanku semata-mata, namun, bagi mana2 penulis pun, jemari dan hati akan mudah menulis apabila rasa itu ada. Dan rasa itu menggerakkan dirinya untuk berjaga menitipkan rasa yang dia ada di jiwa.

Begitulah aku mahu berkongsi dengan kamu selalunya, seperti mana aku berkongsi semenjak 5-6 tahun yang lampau melalui blog ini.
Continue reading “Our life is not like story movie”

dedikasi

Eid Mubarak

This year, would be a different year, from the past years of my life.

This year is a year of reconcile, a year of flashback, and a year recognising of one self.

That is me.

Through out our life, though that we think we know everything, and we think we made the right decision, Allah always taught us to always put our head and feet on the ground.

In which Allah want us to be humble and always not to forget who we are in the first place : a servant of Allah.

He was then give us the best result and the best thing in our life, although we might think otherwise.

I don really know how to explain this, but no matter how fast u go, how correct u think u are, how rich and intelligent u r, only He knows, what exactly right and best for you.

Seperti biasa, banyak saya nak share,tapi ada prioriti lain perlu saya utamakan.

Salam akhir Ramadhan dan selamat menyambut Eidul Fitri.

Satu perayaan yang harus mendekatkan diri kita lebih kepada Allah dan menyebabkan kita sentiasa bermuhasabah sepanjang waktu.

“Barang siapa menghayati malam Hari Raya Aidil Fitri dan malam Hari Raya Aidil Adha dengan amal ibadah sedang dia mengharapkan keredaan Allah semata-mata hatinya tidak akan mati seperti hati orang-orang kafir.” Hadis Rasulullah.

buah fikiran · dedikasi

Mereka, yang tidak pernah diceritakan kisahnya oleh sesiapa.

Dahulu,

Saya amat mengkagumi senior saya yang pandai memberi pengisian di hadapan.

Akan saya perhatikan dia.

Meneliti bait-bait katanya.

Akhirnya memerhatikan bacaan ayat Quran yang luncur laju dari bibirnya.

Sehinggalah kekaguman menyeliputi dada saya, dan akhirnya menjadi sebuah impian yang nyata:

Aku mahu jadi seperti dia.

Akhirnya, Allah benar-benar menakdirkan, akhirnya aku menduduki posisi sepertinya. Walaupun dalam keadaan sedikit berbeza.
Continue reading “Mereka, yang tidak pernah diceritakan kisahnya oleh sesiapa.”

curahan hati... · dedikasi · sajak

Sebuah cinta

Di bumi ini,

Walau teriknya memijarkan wajahku

Walau bahangnya mengalirkan peluh di  tubuhku..

Namun di bumi ini,

Ku saksikan cinta

Ku karangkan bait-baitnya

Dan kurasainya sepenuh hatiku

Melihat wajah- wajah itu..

Sering mengundang

Mimpi yang indah

Sering membasahkan

Sebuah haraapan.

Dan di bumi ini,

Terus menerus

Menghantarkan aku erti sebuah cinta

Lebih hebat

Lebih dahsyat

Lebih damai

Dari terpaan angin

Yang mengelusi lembut wajah-wajah kita

D celah kedamaian kita

Berada dalam jilsah zikrullah itu

Dan di situ,

memori itu akan terus terakam

dalam frem ingatan ini

dan akan terus menjadi bekal

buat diriku terus tersenyum

melayari perjalanan seterusnya nanti.

 

Di bumi ini

kisah cintanya

lebih hebat dan agung

dari bongkah-bongkah Petra

serta batu-batu Romannya

Dan di situ

harapannya

kita akan terus mengikat janji setia kita

kepada Allah

selama-lamanya..

Wasalam

Muharikah

11 ramadhan

Irbid, Urdun