Jangan give up dengan usrah

Posted on Updated on

Salam

Menulis artikel ini mengingatkan saya kepada salah satu entri saya yang mendapat banyak perhatian satu ketika dahulu di sini . Entri itu lahir dari sebuah frustasi- kekecewaan dari tarbiyah. Di waktu itu ada seorang adik yang menggugut untuk keluar dari usrah kerana benar-benar tidak tahan dengan usrahnya.

Seminggu ini saya menerima pesanan yang lebih kurang sama di facebook. Sepanjang saya berada di hospital, saya tak sempat membalas jawapan adik tersebut. Saya kira saya barangkali cukup gagah untuk menjawapnya, ternyata kesan jangkitan kuman itu jauh lebih kuat dari kemampuan antibodi saya menentangnya.

adik2 kat sini ade yg da nk giveup dgn usrah dorg. byk yg rebel. saya x tau cmne nk tlg n suh dorg keep calm n carry on. huhu~

Lama saya membaca mesejnya itu. Tersenyum simpul seorang diri. REminescne kenangan silam yang manis dan pahit dalam tarbiyah. Di waktu itu juga saya melihat ke luar jendela. Saya juga menanti-nantikan sahabat-sahabat seusrah, sahabat-sahabat sejemaah datang menjenguk saya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan saya berhadapan dengan kesakitan yang saya alami. TErnyata yang sempat berkunjung adalah akhawat yang bekerja di hospital yang sama saya kena admit. Begitu juga dua tiga orang akhawat yang sempat menjengokkan muka.


Yang betul-betul membantu saya, membelikan makanan, serta memberikan kata-kata semangat, ternyata bukan datang dari akhawat sendiri. TEtapi dari ahli keluarga dan rakan sekerja saya. Yang sering menziarahi.

Saya merenung dan merefleksi keadaaan ini.

Dalam tarbiyah kita punya harapan.

Apabila harapan tak dipenuhi, kita kecewa. Kecewa sekali.

SEhingga kita mahu bertukar usrah. Kita mahukan perubahan. Kita tidak mahu ikut apa yang telah ditetapkan oleh pihak atasan.

Hattakan di saat kita memerlukan akhawat, ternyata mereka tidak berada di sisi sewaktu kita memerlukan.

Kita berharap pada mereka dan terus berharap.

akhirnya kita kecewa lagi.

Kerana ternyata , berharap pada manusia amat memahitkan. Sedangkan Allah mahu mengajarkan sesuatu yang besar bagi kita —> pergantungan kepada Allah semata-mata.

Saya bermuhasabah di satu malam ketika suhu saya sampai mencecah 40 darjah. Saya menggigil kesejukan. Badan saya amat kepenatan dan kesakitan. SAya ingin mencapai gelas minuman kerana ternyata tekak saya amat dahaga yang luar biasa sekali. Tapi saya tak mampu mengangkat tangan saya kerana terasa begitu lemah sekali. Saya tidak pernah merasai lemahnya tubuh badan saya sehinggalah pada malam tersebut. Saya hanya mampu menangis sahaja di waktu itu. Nak panggil nurse memang tak kedengaran. Buzzer tak berfungsi. Malam itu pula tidak ada yang boleh menunggu di sisi. Waktu itu berlalu seketika. Saya cuba mengumpulkan kekuatan untuk bangun melawan badan saya. Sungguh, tidak ada yang lebih dekat di waktu itu melainkan dengan Allah. Tidak guna memanggil dan mengharapkan manusia. Allah ada di sisi kita.

Percayalah.

Allah letakkan kita di sesuatu tempat for a reason. Saya juga sering bertanya kenapa Allah letakan saya di bumi tandus dari tarbiyah selama 8 tahun. 8 tahun saya berusrah online. 8 tahun saya perlu travel mimimum 3-4 jam untuk menghadiri liqa saya.

Saya membuat keputusan untuk pulang ke Malaysia adalah kerana tarbiyah. Saya mahukan pembaikan pada tarbiyah saya. Saya mahukan pengisian tambahan yang boleh membina peribadi saya. Saya mahukan biah solehah yang boleh meningkatkan saya.

Akhirnya, saya kecewa sendiri. Tahap tarbiyah saya begitu menurun sekali. Pengisian haraki saya dah tak ingat bila kali terakhir pernah saya dapat. Pengisian tafsir diulang kembali juzuk 30 dan 29 buat kali ke 9 atau 10. Keinginan saya bertemu syeikh tarbiyah terpaksa dikuburkan begitu sahaja.  Saya bertemu dengan syeikh tarbiyah lebih banyak sewaktu saya berada di luar negara berbanding dalam negara. Saya sudah jarang menyemak buku muntalaq. Hamasah dakwah semakin lama semakin malap. TErkadang saya terpaksa meniupnya agar rasa hati saya tidak mati , supaya diri saya terus dapat melangkau pergi.

Saya kembali sedar, walaupun saya mahukan bentuk tarbiyah yang lain, Allah berikan saya bentuk tarbiyah yang lebih saya perlukan.

Saya mahukan pengisian harakah, yang bergerak, perbincangan dakwah, Allah berikan jirusan tarbiyah kelembutan, tazkiyah hati dan ketaatan dalam jemaah.

Saya mahu bertemu dengan syeikh-syeikh dakwah untuk mengutip mutiara dari mereka, tapi Allah kurniakan ahli usrah dan akhawat seangkatan yang begitu luar biasa sekali pengorbanan mereka walaupun mereka tidak dikenali manusia.

Pada setiap fasa, Allah mahu mengajarkan kita sesuatu. Kita cuma harus celik untuk nampak setiap bentuk tarbiyah yang ALlah berikan tersebut.

Kita tidak berkuasa untuk menentukan bentuk tarbiyah yang kita mahukan.

Apa yang kita boleh buat adalah membentuk suasana tarbiyah yang kita mahukan.

Kita tidak boleh juga meminta untuk menukar usrah begitu sahaja. Jika tidak, kita tidak akan belajar untuk bersabar, bersikap toleransi dan memahami sesama sendiri. Kita akan terus berada dalam kehidupan penuh ideal.

Laluilah tarbiyah, walaupun bosan. Walaupun kurang bermakna. WAlapun naqibah tidak memahami. Laluilah. Salah satu usaha yang kami laksanakan untuk membantu kelemahan yang ada dalam sistem tarbiyah adalah menghasilkan majalah jom. Di setiap keluaran tersebut sengaja kami pilih tema surah-surah di dalam al-quran untuk membantu proses tarbiyah, terutama usrah di kalangan adik-adik.

Carilah kekuatan itu dari Allah. Belajarlah dari kitab-Nya. Belajarlah dari kitab-kitab fiqh dakwah. Dengarlah rekording. Lihatlah video yang sesuai. Cari peluang untuk bertemu guru-guru salafi yang sering mengadakan kelas-kelas mereka. Ziarahlah seramai mungkin ikhwah dan akhawat.

Carilah cahaya pada masalah yang ada.

Jangan kecewa dengan usrah.

Jangan berputus asa dengannya.

iAllah, mentari di hujung perjalanan masih ada. Awak harus mencari jawapannya. Bukan lari dari masalah. Bukan keluar dari usrah. Bukan minta tukar naqibah jika belum tiba masanya.

Mungkin Allah mahu beritahu pada diri kamu —> awak kena banyak bina diri awak sendiri dari berharap pada orang lain..

 

PS: sewaktu discaj, ahli usrah dan anak2 usrah baru sempat datang menziarah. epik.

wassalam

Ukhtikum fillah

AisyahZ

14 tahun di dalam usrah 🙂

Advertisements

7 thoughts on “Jangan give up dengan usrah

    path4life said:
    November 19, 2013 at 1:10 am

    Akak. Sobs. Asiff tak dpt jenguk akakkkkk. 😦

    N sobs jugak. Jzkk for the entry. uhuk. Moga Allah terus beri kekuatan utk akak menulis

    fara fbi said:
    November 21, 2013 at 12:49 pm

    syafakillah akk.. Thuhur in sya Allah. Semoga akk terus diberi kekuatan utk dakwah ini

    Madihah Murtadza said:
    November 22, 2013 at 3:09 pm

    memang epik 🙂 heee… Semoga semakin sihat akak

    md said:
    November 29, 2013 at 10:50 am

    Sebagai seorang senior didalam harakah. Jangan sesekali mengharapkan apa apa dari Usrah kerana kitalah yang wajib memberi untuk memuntijahkan usrah. Jika ingin kekuatan, kita harus mencari diluar usrah. Susun program program ilmu kita secara formal. Mengikuti pengajian kitab kitab turath dihujung minggu. Di KL banyak program begini. Harakah hanya untuk mencerahkan fikrah kita saja tapi ilmu dan tsaqafah, kita sendiri harus mengusahkannya untuk meningkatkan kualiti kita sebagai daiyah. Cari syeikh syeikh torikah yang boleh memberi kita penyucian jiwa. Suami perlu membantu dalam soal ini. Insyaalah, kita tidak akan rasa kekeringan malah kitalah yang akan membasahkan usrah dan jamaah dengan kekuatan yang kita perolehi dari usaha tarbiyah dzatiyah itu! Jangan beri banyak alasan dan kesibukan kerana itu akan menjurus kepada pendustaan kepada diri kita sendiri. Selamat mencuba.

    Aqilah Hatta said:
    December 11, 2013 at 4:59 pm

    hamdulillah,
    true refreshment!
    may Allah blessss

    hamie said:
    December 15, 2013 at 9:20 am

    Allahuakbar..perfect timing sis..jazakillah..

    Aku dan Tarbiyah | anamutarabbi said:
    March 27, 2014 at 5:35 pm

    […] berpandangan yang artikel ini boleh membuatkan kita berfikir apakah tujuan selama ini kita datang halaqah, daurah, mukhayyam dan wasilah-wasilah yang lain walaupun artikel ini tajuknya menggunakan […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s