himmah a’liyah

Posted on Updated on

salam…

dapt link dari blog usu

sangat best…

bacalah..

Himmah –> semangat
a’liyah –> tertinggi…

__________________________________

ps:
1) best semalam 5 org datang rumah!! tak sunyi dah!!!Alhamdulillah…

salam ‘alaik..

moga tulisan ini insyaAllah menaikkan himmah kita utk mendaulatkan risalah yg izzah ini…permulaan dan akhir jalan dakwah ialah jihad yg memerlukan kepenatan…
.ia adalah pengorbanan syahadah pd jln Allah dan penyaksian kepada alam seluruhnya.dimulakan dgn suatu kisah…diceritakan oleh salah seorang ahli ikhwan ‘Ustaz Ali Nawaitu menziarahi saya, dia pernah dihukum gantung pd zaman 1954, dipenjarakan 19 tahun, kemudian keluar terus terlibat dengan dakwah sekarang umur 77 tahun. Dia menziarahi saya selama sebulan tidak pernah berehat. Setiap hari ceramah 5 kali. Dia mempunyai penyakit lumpuh, tetapi tidak pernah berehat.

Dia berkata bawa kepadaku anak-anak kamu utk saya tarbiah mereka. Suatu hari dia tidak dapat dihubungi.Beliau berkata saya mahu bertemu allah dalam keadaan berdakwah kpd jalan Allah.’- begitu lah sifat pendakwah ikhwan – himmah ‘aliyah!ingatlah! Kita tidak mempunyai keuzuran untuk memikul dakwah ini.Keluarlah dalam keadaan ringan dan berat pada jalan allah!

Kita tdk akan dpt berdiri di belakang baginda saw dan tidak akan maminum daripada tangan baginda melainkan kita bersusah payah berjihad pd jalan dakwah dengan menjadikan dakwah sebagai keutamaan pertama kita.Allah mentarbiah kita apabila diseru utk dakwah ini, kita tdk akan menolak dan mencari2 keuzuran utk tidak menyertainya.Kita mentarbiyyah n ditarbiyyah, tarbiah bukan mengajar sahaja, tetapi rasulullah menghidupkan ruh para sahabat dengan al-Quran, Islam, kebesaran risalah, keagungan allah

Kita ditarbiah agar mengagungkan allah, cintakan syurga, bencikan dunia. Jika ini berlaku allah akan memandang dengan penuh keredahaan kepada kita.Hati seperti gelas, jika dipenuhi dengan kecintaan kepada allah, tidak ada sesuatu selain dari allah dpt memasukinya.Ketinggian himmah tdk akan berlaku tanpa pergerakan. Oleh itu perlu bergerak utk dakwah utk meninggikan himmah.Jika kita tidak bergantung dengan ketinggian, kita akan bergantung dengan perkara-perkara rendah.

Lihatlah kpd rasulullah, keluar dari fajar, mengelilingi kabilah, berdakwah, tetapi mereka tidak disambut dengan baik, bahkan ada yang mencela, meludah dan melontarnya dengan batu, tetapi baginda tidak berhenti, sepanjang hari setiap hari. Berdakwah!Nabi nuh berdakwah 950 tahun, siang malam dengan pelbagai bentuk cara digunakan. Hasan al-banna memulakan dakwah ketika berumur 22 tahun. Syahid ketika 42 tahun.Apakah yg beliau lakukan dalan tempoh tersebut.Melawat 3 ribu kampung di mesir.Bagaimana himmah mereka tinggi, kerana mereka ditarbiah di atas hakikat-hakikat yang telah dinyatakan di dalam ayat-ayat yang telah disebutkan.Abu ayyub al-ansari, sentiasa berjihad sehingga berumur 90 tahun. Dikebumikan di Turki, kota Constantinaple.Beliau dicampak oleh tentera islam ke dalam kota Constantinaple ke atas tentera Rom.Lalu dikatakan bagaimana beliau mencampakkan dirinya ke arah kemusnahan?Tetapi sebenarnya sesiapa yg menyibukkan diri dgn perkara2 keduniaan itulah yang mencampakkan dirinya ke arah kemusnahan.

Pendakwah melihat kpd isteri anak-anaknya, lalu mahu menyibukkan diri dengan mereka, maka dakwah tdk dpt berjalan, maka itulah dimaksudkan bahawa mereka adalah musuh kpd kamu.Atau kamu bimbang mereka akan mendapat susah jika kamu ditangkap atau sebagainya.

Jamaah kita menyeru kpd hadarah, mengembalikan manusia kpd islam, tugas ini tdk akan terlaksana melainkan dengan semangat ahli badarAl-banna berkata: Perlu kpd kekuatan jiwa yang kental

Kamu adalah ruh baru yang dicampakkan allah ke dalam umat ini.Kamu perlu kpd kehendak yg mantap, kesetiaan, pengorbanan dgn waktu, usaha tenaga salah satu rukun baiah.Persiapkanlah diri kamu sekadar kemampuan kamu.Perubahan menjadi tanggungjawab kita.Janganlah ada perkara lain yang menyibukkan kita selain dakwah. Jika kita berjaya mencapai tahap ini, bergembiralah dgn kemenangan yg hampir.Himmah, permulaan kehendak, atau penghujung kehendak.Yang penting Bukan apa yang dilakukan, tetapi apakah yg hatinya bergantung dengannya

.Al-Rashid, berbicara ttg himmah:Mukadimah jalan dakwah ialah mengasaskan himmah yang tinggi.kita berusaha mulanya dengan menghidupkan hati mereka, menghubungkan hati mereka dengan ketinggian.Mentarbiah dengan quran, sirah bukan membaca sahaja, tetapi bagaimana kita menyimpulkan perjalanan hidup mereka utk dilaksanakan.Usrah bukan sahaja kerana ilmu, tetapi kerana untuk taaruf, menghidupkan hati menjalankan dakwah.hendaklah sentiasa menjaga himmah kerana ia adalah mukadimah semua perkara.Keluar daripada futur kpd bersemangat tinggi.Mengerakkan hati mereka untuk sampai kepada matlamat dakwah.Himmah anda hendaklah sibuk dengna perkara2 dakwah dan masa depannya.

Al-Rashid: himmah tinggi menjadikan segala sukar amat mudah.Pengalaman mengatakan sesiapa yg kita berhubung dengan kita melalui seorang yang tinggi himmahnya, maka org yg dididik akan terus berada dalam himmah yg tinggi.Himmah adalah perkara tabie. Ada di kalangan manusia yg rendah himmahnya, tetapi ada di kalangan mereka mahu menjadi seperti sahabat rasulullah.Kita bertanggungjawab mentarbiah agar semua mempunyai himmah yg tinggi.

Salamah bin al-Akwa’: Saya meminta agar menjadi teman engkau di dalam syurga.Janganlah anda hanya bercita2 utk menghafal satu surah, tetapi saya mahu menghafal al-quran. Saya tidak berpuas hati jika hanya bergerak dengan 3-4 org akh, tetapi..Allah memberi amaran kpd org2 yg mempunyai himmah yg rendah..Allah mengajar kita, nabiNya agar beriltizam di atas himmah ini..Sebagaimana para rasul para syuhada’ salihin..Jadilah seperti mereka..Byk hadis mendorong kpd meninggikan himmah. Inilah yg perlu kita bicarakan dalam hati kita.Mana-mana peluang kebaikan yang ada, hendaklah direbut, jgn ditinggalkan.Apabila kamu memohon daripada allah, pohonlah firdaus tertinggi.

Rasulullah solat fajar. Kemudian bepaling kpd sahabat. Siapakah berpuasa pagi ini. Abu bakar mengangkat tangan. Siapa yg mengiringi jenazah. Siapakah yg telah memberi makan kepada miskin, siapakah yg dah melawat org sakit hari ini? Semuanya telah dilakukan pada waktu fajar. Bayangkan berapa banyakkah amal kebaikan yg dilakukan oleh beliau.. bukan seperti kita.Siapa yg akhirat menjadi himmahnya, maka allah menjadikannya kaya..Siapa yg dunia himmahnya, maka allah akan menjadikan kemiskinan di depan matanya..Seorang yg mempunyai himmah yg tinggi, pasti tdk akan dapat direndahkan walau bagaimana pun dilakukan terhadapnya.Dia sanggup berkorban dengan apa saja demi merealisasikan matlamatnya.Dia sentiasa ke depan, tidak takut, tidak tunduk, iman mereka sentiasa bertambah.Org yg mempunyai himmah hanya menyesal jika terdpat satu saat dia tidak sibuk dgn dakwahnya.Semua urusan yg dilakukan semata2 kerana dakwah.Manakala daie yg tidur nyenyak, makan banyak, tdk layak utk menjadi daie.Menyusun waktu dgn baik, mengurangkan tidur, 4 jam, maksima 5 jam. Lebih dari itu bukan pejuang!Badan anda akan dapat menanggungnya. Hanya perlu kepada latihan berterusan.Ada waktu aktif, ada waktu tidak aktif.Masalahnya ialah membuat keutamaan pd segala amalan.

Ya Allah, rabbi..moga kita semua mempunyai himmah ‘aliyah n berusaha menggapai firdausi yg tertinggi…hidup n mati dalam redhaNya..alangkah bahagianya….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s