Antara muntij dan main redah sahaja

Posted on

salam

banyak sangat saya nak tulis, tapi seperti biasa otak saya lebih cepat berjalan daripada jemari saya ini.

Alhamdulillah rotation saya tidak sesibuk mana. Seminggu sebelum start on call nights, kami diberi tugasan membantu consultant untuk caesarean section.

setakat ini dah 5 bayi telah saya bantu dalam deliverynya. Alhamdulillah pengalaman cukup indah. CUma tiap-tiap hari balik kene revise semula apa yang nampak kat theatre tadi. ( muscles, blood vessels, etc etc)

Jumaat ini start rotation nights saya untuk 7 hari….:(

Bulan Ramadhan di Glasgow ini rancak seperti biasa. Alhamdulillah kami berperluang untuk masjid hopping dalam bulan ini untuk merasai pengalaman di masjid berbeza, dan tentu sekali untuk bertemu dengan pelbagai manusia berbeza. Usrah juga tak ditinggalkan begitu juga program-program yang lain.

Satu perkara yang struck my mind recently adalah perbualan saya dengan mutarabbi saya,. Memang kami selalu sahaja berselisih pendapat, terkadang sampai hampir nak bergaduh. Namun tarbiyah ini selalu mengajar saya untuk bersabar dan rasa keterukan diri sendiri walaupun di hadapan mutarabbi kita.

Satu perkara yang amat susah bagi diri seorang murabbi/kakak adalah untuk menerima teguran dan pandangan dari mutarabbi/adik kita.

kita rasa amat offended dan takleh terima apa dia kata, walaupun hakikatnya perkara itu benar. malah kita patut bersyukur ada orang bawahan mahu menegur kita dan sayangkan kitaa.

Dan kita akan lihat dalam perjalanan tarbiyah kita, ada orang-orang yang dinaikkan menjadi pimpinan dan mereka diberi tugasan dalam memimpin jemaah.

Tidak ramai antara mereka yang merasa bersyukur dan boleh menerima teguran dengan sabar. Demikianlah hakikatnya manusia.

Bila kita rasa lebih dari orang lain, lebih tua, lebih berilmu, lebih berpengalaman, maka kita selalu sahaja mencipta alasan untuk tidak menerima teguran manusia sedangkan teguran itu teramat baik untuk orang mukmin sendiri.
“Di antara kepelikan tarbiyah ialah, anda mampu memberi peringatan dan mengajak golongan baru dan remaja meninggalkan riya’, takabbur dan menunjuk-nunjuk. Mereka menggangap perkara itu sebagai bimbingan, tarbiyah dan taujih daripada anda. Sedangkan mereka yang telah lama dan telah tepu, jika anda memberi peringatan yang sama dia akan menggangapnya sebagai tuduhan, dia menolak nasihat dan angkuh seolah-olah Rasulullah saw tidak pernah taubat tujuh puluh kali sehari di akhir-akhir hayatnya.” ( Ahmad Ar -rasyid)

Dan inilah buah tarbiyah untuk diri kita sendiri. Dan kita perlu amat bersyukur ada yang mahu menegur kita dan membimbing,.

Terkadang sedih melihat manusia yang suka berlegar-legar dengan manusia yang hanya akan say ‘yes’ terhadap apa yang dikatakannya. Sedangkan manusia itu adalah seorang murabbi juga. Dia tak gemar manusia menegurnya, dia jengkel jika manusia tak mendengar kata-katanya. Maka dia memilih mereka yang sentiasa menyokong pendapatnya dan takkan membantah kata-katanya.

Sedangkan tarbiyah tidak melahirkan manusia autokratik mahupun diktator. Kita semua tahu perkara itu, tapi kita sebagai murabbi, teramat sangat merasai autokratif pada anak binaan kita, dan mahu mereka menurut kata-kata kita. Bila kita ditegur mereka, kita rasa sangat offended dan sangat sakit hati.

Astaghfirullah.

Siapakah kita? Bukankah hanya seorang hamba Allah?

kemenagan bukan di ukur ramai nya pengikut atau kkuasa yang ada atau diberi tetapi sejauh mana kita istiqamah di atas kerja kita —> kata-kata ust wan hassan

Dan mutarabbiku itu bertembung dengan pendapatku akan perlaksanaan sesuatu program.

Padaku, aku gemar berfikir dan mencari jalan terbaik untuk mendapat sesuatu hadaf.

terkadang aku fikirkan semua option-option yang ada, fikir dengan lumat, dan barulah laksanakan.

Hattakan untuk buat sebuah leaflet, jika takde hadaf, maka aku takkan buat.

Dahulu aku memegang majalah IMAM, editor kepada majalah MSM, aku ada blog aku, menulis juga dalam antologi cerpen dan sebagainya.

Aku juga pernah menceberui bidang pembikinan video, dan pernah menerajui juga kempimpinan dalam IMAM.

dalam masa yang sama, aku mmg aktif dalam MSM sendiri.

Namun tarbiyah kita mengajarkan kita sesuatu yang teramat berbeza.

Dengan masa dan tenaga yang kita ada, kita tak boleh sekadar main buat semua benda. Asalkan benda itu baik, buat je, dan kita serahkan pada Allah untuk mencampakkan hidayah pada sesiapa sahaja mad’u yang kita ada.

Dulu memang kita fikirkan begitu. Aku sendiri ditarbiyah untuk menjadi orang yang all rounder.

Namun tarbiyah kita semakin matang mengajar kita, setiap langkah kita dalam dakwah ini, perlu menembak tepat pada hadaf yang mahu kita kenakan.

Jika nak tembak panah pada sasarannya, kita tak main amik banyak2 anak panah dan tembakkan? Kita amik satu batang anak panah, dan tembak betul-betul.

kita bukannya macam machine gun yang main tembak aja semborono dan siapa-siapa terkena, akan mati.

Mungkin 500 peluru akan habis untuk menembak mati seorang sahaja musuh.

Sedangkan kalau menggunakan peluru tepat yang disasarkan, mungkin satu peluru cukup untuk membunuh seorang musuh.

Mutarabbiku itu mendapat sentuhan tarbiyah dari Malaysia. Dan di sana, amal dakwah amat banyak. ISK jika tak hari-hari, setiap minggu pasti akan diadakan.

Program-program dakwah akan dibuat di mana-mana sahaja.

Dan generasi dakwah baru akan berkorbar-korbar dan semangat dalam beramal.

Mereka akan buat dan buat. Sesiapa yang mendapat sambaran mereka,akan bersama-sama mereka selepas itu.

Dahulu seperti juga kami ini. Namun kami belajar, bagaimana untuk mengefektifkan sesuatu program. Kami belajar bagaimana kalau kita ada 10 mad’u, 10-10 tu kita nak jadikan mereka mantap dan pekat menjadi qaidah sulbah.

Kalau kita ada 50 orang adik-adik, kita nak 50-50 tu bersama kita.

begitu juga setiap benda yang kita buat perlu menjurus kepada pembinaan adik-adik kita itu. Penulisan kita, video kita buat, perbualan kita dengan mereka adalah untuk membina dan untuk memastikan adik-adik kita itu melekat dengan islam.

Dan tentu, terkadang kita buat banyak sahaja program/ISK tanpa kita lupa hakikat penyampai kita adalah untuk mengubah manusia ( taghyir) bukan sekadar menyampaikan( talim)

sebab itu kami diajar untuk bersedia bukan pada bahan semata-mata untuk menyampaikan, tetapi kepada sesuatu yang dapat mengubah mereka.

Ubah hati mereka dalam masa yang sekejap dan menjadikan mereka melekat pada Islam.

Dan itu, menjadikan kita bukan daie yang serombono dan asalkan buat sahaja kerja.

kita buat kerja kerana satu matlamat yang besar, dan kita sentiasa nampak apa kita nak capai.

Even bila kita follow up mad’u-mad’u kita bukan sekadar nak follow up sahaja, tapi kita ada target dan misi dalam follow up itu.

kita nak ubah hati dan perasaan mereka.

Kita nak ubah cara hidup mereka.

Kita nak ubah cara fikir mereka.

And it is not easy, and it can not be done kalau program kita hanya semborono sahaja.

Terkadang kita telah meletakkan pelbagai hadaf, tapi jauh di sudut hati dan fikiran kita, kita sendiri tak faham apa makna kepada hadaf-hadaf kita itu.

Dakwah ini amat panjang. Kita mahu manusia bersama Islam dan risalah ini. Kita mahu membina empayar iman, dan kita nak ramai manusia bersama bahtera islam ini.

Pada saya sendiri, jika saya membina manusia, cukuplah 2 tahun sebagai target saya ( jika cepat lagi alhamdulillah) untuk menjadikan mereka seorang muslim dan daie yang independent dengan tarbiyah dia. Selepas dua tahun, dia dapat menjadi manusia yang sangat faham, dan erat dengan tarbiyah. Dan tentu menjadi seorang murabbi yang sentiasa self learning dan mampu meningkatkan zatiyah diri dia.

Dan tentu cara kita nak dididik manusia sebegitu perlukan usaha yang sinergetik.

Penulisan kita, forwarded mesej kita, apa yang kita bincang dengan dia, apa yang kita beri dalam usrah, apa yang kita minta dia baca, apa yang kita qadhayakan dalam usrah, semua itu akan membentuk dia mencari seorang mutarabbi yang kita impikan.

Adakah saya banyak berfikir?

‘ Akak ni nak dekat kahwin kot sebab itu banyak berfikir,’ kata adikku itu.

Sedangkan ketika itu aku tak fikir sangat pasal teknikal kahwin sebab tinggal kad jemputan sahaja untuk diposkan.

Aku tak menjawap kata-kata adikku itu dengan tepat. mungkin suasana perbincangan kami agak tegang dan aku nak dia nampak apa yang terbaik. tentu nak gabungkan idealisme dan aktivisme malaysia dan UK akan menjadi sesuatu yang mencabar baginya.

Sedangkan padaku, formula dalam dakwah, adalah sesuatu yang amat mahal bagi seorang daie. Bagi sesiapa yang dikurniakan Allah kefahaman dalam dakwah ini, Allah taala telah limpahkan kurniaan yang banyak padanya.

Bukankah ISK itu juga satu formula? Dan kesannya Alhamdulillah sangat membumi dan meluas.

Dan kita perlu mencari formula kita sendiri, dan bukan hanya main buat dan copy paste apa yang telah kita dapat sebelum ini.

Paling penting, tahu apa kita nak capai.

Kita nak mengubah manusia.

Dan ia bukannya mudah.

Oklah nak hantar kereta servis, pastu ada usrah petang ini sebelum kami iftar.

PS: saya sayangkan mutarabbi saya itu. teguran dan saingan untuk kita amat perlu dalam dakwah ini.

Salam Ramadhan!

Muharikah

Glasgow

Advertisements

5 thoughts on “Antara muntij dan main redah sahaja

    kebaikan said:
    August 19, 2010 at 8:29 am

    jazakillah
    sesuatu yang saya mula terasa juge

    anyway, tahniah muharikah, dh nk kawen dah πŸ™‚

    kembaracintaku said:
    August 19, 2010 at 12:18 pm

    salam ramadhan..

    subhanallah! entry yang amat serasa! jazakillah ukht!

    mun said:
    August 22, 2010 at 6:29 pm

    salam jzkk…ya Allah memang mengena pada ana. jelasnya matlamat ukhti! ana pun mahu jadi mcm ukhti! πŸ™‚

    pembaca said:
    August 27, 2010 at 8:48 am

    mcm x serasa plak.apa maksud ukhti? kat malaysia sane selalu program tanpa hadaf ker?

    Nabilah Hassan said:
    May 2, 2015 at 2:50 am

    Reblogged this on DramaKing.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s