Saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa2 dari usrah!

Posted on Updated on

SHUHHHHHH!!!!!

watch out your mouth! Somebody might get hurt with your statement!

But how can we deny our feelingkan?

Nak tahu satu cerita?

betul nak tahu?

Dah ready nak tahu?

betul ke nak tahu ini?

hehehe… dah lama tak main acah-acah ini:)

Hakikatnya, kita semua sayangkan usrah. Kerana kita tahu inilah jalan rasulullah. Inilah sunnah terbesarnya yang dihidupkan semula oleh Hasan Al bana kerana fungsi usrah sebenar tidak berjalan dengan baik dalam masyarakat Islam.

Dalam usrah pembentukan berlaku. Dalam usrah perkongsian berlaku. Dalam usrah tarbiyah dapat dibenturkan pada sebuah kehidupan.

Kita amat faham fungsi usrah. Ianya nukleus pada jemaah. Tanpa usrah, kita akan terburai dari talian jemaah. Kita akan terikat dengan syaitan dan bisikannya. Kita mula berada dalam lingkungan jahiliyah.

Trust me. Walaupun sebelumnya ini kamu amat kuat membenci jahiliyah dan sangat semangat menyampaikan sayonara Jahiliyah.

But oince, kita putus asa dengan usrah kita, rasa fed up, dan memutuskan untuk tidak bersama usrah, maka percayalah, kita sedang terikat dengan jemaah jahiliyah tanpa kita sedari.

Kerana usrah itulah tali hayat kita kepada jemaah dakwah ini. Usrah inilah yang mencantumkan hati kita, merantai hati kita dengan ikatan iman dan islam, ikatan ukhuwah dan kekeluargaan.

Kerana usrah is more than pengisian. Di dalamnya ada rasa kekeluargaan. Di dalamnya ada hubungan jundiy dan amirnya. Di dalamnya ada penyusunan-penyusunan.

Di dalamnya Allah nak uji kefahaman dan keikhlasan kita; kita datang usrah ini untuk rasa meningkat ke atau kerana nak dapatkan redha Allah???

Laa.. bukan ke rasa nak meningkat tu buat kerana Allah juga?

No, maknanya kita mmg solely harap pada Allah, dan tidak berharap pada naqib yang memberi taujih pada kita.

Ikhwah dan akhawat sekalian.

Kita hidup dalam jemaah yang didirikan manusia. kita berinteraksi dengan manusia.

Tak semua orang best memberikan usrah. Tak semua orang tahu menjadi murabbi. tak semua orang kenal mutarabbi dia dan tahu apa yang mutarabbi perlukan.

Dan antum tahu tak? Tak semua naqibah/naqib kita ada usrah yang konsisten pun.

Kerana individu-individu dalam jemaah kita ini mempunyai banyak sangat kekangan.

Ada yang dah berkeluarga. Ada yang sibuk dengan pelajaran, pekerjaan dan sebagainya.

Memang nampak itu semua seakan-akan alasan. Namun inilah hakikat yang perlu kita sedari.

Kita perlu menyantuni mereka kerana kita tak diuji seperti mana mereka lagi. Mungkin kita tahu, idealnya, usrah perlu ada everyweek. Jika tidak dua minggu sekali. jika tidak sebulan sekali.

Namun memang ramai sahaja afrad dalam jemaah kita ini tidak berusrah selama berbulan-bulan.

Maka apakah produk manusia yang dia dapat hasilkan jika usrahnya sendiri tidak diberikan sebaiknya?

Ini tidak bermakna kita memusuhi dan menyalahkan jemaah kita. Inilah dia jemaah kita. Kitalah yang membaikinya dari dalam. Bukan keluar mencari penyelesaian, kerana mana-mana jemaah yang kita temui, pasti ada banyak kelemahan dan cacat celanya.

Di sinilah kita perlu menerima kelemahan peribadi mereka yang menjadi murabbi kita.

Hakikatnya mereka telah menyediakan 2 jam untuk mendidik kita selama seminggu itu cukup besar pengorbanannya. Jika ada anak, dengan kerja lagi, dengan tanggungjawap pada masyarakat lagi, namun dia sanggup mengambil kita sebagai anak usrah dia.

Dan itulah pengorbanan yang amat besar. Terlalu ramai manusia di dunia ini yang mahukan usrah, dan akhirnya kamu yang beruntung mendapat seorang naqib yang mahu mendidik kamu walaupun dia tahu dia bukanlah yang terbaik untuk mendidik kamu.

Jika dia mampu, dia mahu lepaskan kamu untuk dididik manusia lain. Namun kerana cintanya pada kamu, dia relakan korbankan dirinya untuk mendidik kamu.

‘ Tapi saya tak dapat langsung apa-apa dari usrah saya. better tak payah pergikan? better belajar sendirikan?’

Ini bukanlah ucapan mereka yang baru setahun dua dalam tarbiyah. Ini yang dah bertahun-tahun dalam tarbiyah.

 

Bukankah keberkatan itu letak pada jemaah?

Terletak pada majlis zikir? terletak pada majlis mengingati Allah.

 

“Tidaklah duduk suatu kaum berzikir (menyebut) nama Allah ‘Azza wa Jalla melainkan dinaungilah mereka oleh para malaikat, dipenuhi mereka oleh rahmat Allah dan diberikan ketenangan kepada mereka, juga Allah menyebut-nyebut mereka di hadapan malaikat yang ada di sisi-Nya.” (Hadith Riwayat Imam Muslim, Imam Tirmidzi dan Imam Ibn Majah dari Abu Hurairah dan Abu Sa’id al-Khudri r.a.)

Astaghfirullah. Kamu tidak kenal lagi pengorbanan seorang ukhti, yang terpaksa menaiki tren berjam-jam untuk menghadiri sebuah usrah. dan usrahnya sempat dengar tazkirah yang tidak diprepare dengan baik pun.

Dan ukhti itu telah lama dalam tarbiyah. Kalau ikut hatinya, amat meronta-ronta untuk mendapat tarbiyah yang lebih. Lebih mengisi jiwa. Lebih mengisi keperluannya.

Namun dia tahu, jika perjalanannya selama berjam2 itu adalah untuk mendengar seuatu yang baru dan dapat sesuatu untuk jadi bekalan, tentu dia akan kecewa. tentu dia akan menyesal travel jauh-jauh .

namun hakikatnya, di sini Allah mahu uji keikhlasan kita.

 

Dengan ikhlas PASTI kita akan DAPAT sesuatu. PASTI. walaupun biasa sahaja pengisian yang kita dapat.

Mahu uji sejauh mana kita faham konsep usrah, serta maknawi di dalam usrah.

mahu melihat, adakah kamu tetap bersama karavan dakwah ini kerana emosi ataupun kefahaman.

Terlalu ramai orang yang kecewa dengan tarbiyah jemaah ini satu ketika dahulu. Dan kita melihat kesan ramainya rakan2 seperjuangan kita keluar dari jemaah ini .

kerana apa mereka keluar?

Kerana tidak berpuas hati dengan tarbiyah kita, dan jalan kerja dakwah kita.

Kerana mereka rasa boleh membaikinya dari luar.

Namun jemaah ini jemaah manusia.

yang realitnya sangat banyak kekangan.

Dan kitalah perlu menyantuni mereka.

kitalah yang perlu mencari apa kita perlukan. Kitalah yang perlu mencari tambahan\. kita tahu apa yang kita mahu dan perlukan.

Maka carilah perkara itu. tiada siapa yang nak menghalang.

namun hendak berhenti dari pergi usrah, erhenti dari bersama majlis zikrullah adalah a big No No.

kerana di situ syaitan akan mengikat kamu dan membawa kamu bersama usrahnya

trust me. I have been through that phase.

Saya minta keluar dari usrah sebab saya rasa perbincnagan usrah saya tak relevan dengan kehidupan saya. Sedangkan naqib saya adalah naqib terbaik di KL di saat itu. binaannya beratus-ratus orang.

 

Setelah keluar dari usrah itu, akhirnya saya bersama jahiliyah dan syaitan.

Dan saya merasai kegelapan dan kepahitannya.

Dan tentu saya pernah rasa kecewa dengan isi usrah saya. terkadang saya terpaksa istighfar berulang kali kerana saya merasai tertekan dengan usrah yang tak membina saya.

kita tak boleh tipukan perasaan kita? kita tak boleh paksa diri kita suka kalau betul kita rasa tak best pun.

cuma di situ, ada perbezaan mereka yang pessimis dan optimis.

orang pessimis akan lari dan cuba terus mencari kesalahan.

orang yang optimis akan mengubah. dan sentiasa melakukan pembaikan.

Di situ nasihat dan cadangan diberikan kepada naqib/ah. setelah itu, jika keadaan tak berubah, kitalah yang perlu berubah.

kita perlu ikhlaskan hati kita. perlu sangat-sangat merasai bahawa, komitmen kita pada usrah bukan sekadar pada isi dan bahan tarbiyah, tapi komitmen kita pada Allah dan dakwahNya.

kita akan kecewa. ya, tapi di situ Allah nak ajar kita satu perkara:

BERUSAHALAH UNTUK MENINGKATKAN DIRI SENDIRI SEPERTI MANA ORANG TERDAHULUMU!

ramai yang takut nak menjadi naqibah kita kerana expectation kita yang tinggi pada mereka.

maka berpadalah dengan yang ada. bersyukurlah. Dan tingkatkan dirimu sendiri. Jalan pasti ada.

Saya katakan: JALAN PASTI ADA INSYAALLAH.

dan jadilah naqibah yang terbaik. Kerana untuk menjadi naqibah yang terbaik, bukanlah senang.

 

Jika kamu expect sesuatu dari naqib kamu, mutarabbi kamu tentu expect sesuatu dari kamu juga.

Dan jika awak bosan, dan tak dapat apa2 dari usrah, adakah awak rasa anak2 usrah awak akan terlepas dari perasaan itu?

Jika awak sendiri tak mahu komited dengan usrah, satu hari nanti, anak usrah awak sendiri akan lari dari usrah.

Dan inilah sunnatulah kehidupan. Ianya dari pengalaman. Ianya dari sebuah penceritaan.

Kerana usrah adalah tali hubung kita pada dakwah ILa Allah.

Jangan sekali-kali biarkan ia terputus kerana emosi kita!

Moga kita sentiasa berada dalam jemaah dakwah ini.

 

Paling penting, istiqamah, dari awal permulaan tarbiyah, hinggalah ke penghujungnya insyaallah!

AisyahZ
London

Advertisements

37 thoughts on “Saya sudah bosan dengan usrah. Saya tak dapat apa2 dari usrah!

    Zinn said:
    November 21, 2010 at 11:49 am

    salam syah,.

    ja genau. It’s like being in a family. in fact it is a family. Like it or not, your life is there. Your everything is there. Your heart is there. people who care about you is there. It’s not perfect, it might be small, perhaps all you’d do is chit chatting sometimes, it’s a place you call home,. dengan segala kelemahan dan kelebihan, it’s far better than sitting alone, thinking what life may treat you as it comes and goes, lama2 drifted away, thinking that you’re doing the right thing, by thinking you’ve left the so called place that didnt benefit you.

    I can’t imagine my life without one.

    diana said:
    November 21, 2010 at 3:27 pm

    Salam w.b.t

    Baca ‘bebelan’ ini pun mcm bru blek usrah..Jazakillah!
    Open ur eyes..fahamilah..dari hati..minta petunjuk hanya dari Allah

    zikr said:
    November 21, 2010 at 5:44 pm

    alhamdulillah, pengisian yang dapat mengisahkan banyak perihal yg benar2 telah berlaku dalam mana2 jamaah dakwah.

    sesungguhnya, menjauhkan diri dari jamaah bukan mengelokkan, malah merosakkan lagi keadaan.

    ya, ia benar berlaku spt saudari ceritakan.

    +fobia+ said:
    November 21, 2010 at 6:01 pm

    likelikelike.terima kasih.

    ummu said:
    November 21, 2010 at 11:17 pm

    (: dan kita mempelajari sesuau dari perasaan-perasaan itu. tarbiyah keikhlasan dr Allah.

    shieren said:
    November 22, 2010 at 6:05 am

    Jazakallah kak Aisyah,
    sangat-sangat terkena pada diri sendiri.
    muhasabah, muhasabah.
    T.T

    ana said:
    November 22, 2010 at 7:27 am

    erm…ana skola lg…ana pun baru lagi dlm usrah ni,baru tgh tahun lepas join usrah…dan kali pertama naqibah usrah ana yg jgak x pnah faham betul2 dgn usrah ni even dtg dr family yg bwk usrah.
    die cuba buat yg terbaik..dn mula2 ditarik masuk usrah,x faham..n cepat rasa bosan..ana slalu cri alasan utk elak dr pergi usrah..bila ada rehlah@riadhah..ana sentiasa sibukkan diri ngn bnde2 lain..
    tp dh lama2..ana baru faham..dn mula tahun ni..alhamdulillah ana ada rasa tggjwb,kepentingan dn sgt sygkan usrah ana…
    skrg ni ana dh bawa 1 usrah..insyaAllah ana akn bawak dgn baik..ana akn curahkan segala-galanya utk anak2 usrah ana…tahun dpn berazam utk..buat 1 lg usrah..insyaAllah..moga Allah sentiasa bersama-sama ana dlm jln dkwah ni

    naqibah said:
    November 22, 2010 at 7:29 am

    erm…ana skola lg…ana pun baru lagi dlm usrah ni,baru tgh tahun lepas join usrah…dan kali pertama naqibah usrah ana yg jgak x pnah faham betul2 dgn usrah ni even dtg dr family yg bwk usrah.
    die cuba buat yg terbaik..dn mula2 ditarik masuk usrah,x faham..n cepat rasa bosan..ana slalu cri alasan utk elak dr pergi usrah..bila ada rehlah@riadhah..ana sentiasa sibukkan diri ngn bnde2 lain..
    tp dh lama2..ana baru faham..dn mula tahun ni..alhamdulillah ana ada rasa tggjwb,kepentingan dn sgt sygkan usrah ana…
    skrg ni ana dh bawa 1 usrah..insyaAllah ana akn bawak dgn baik..ana akn curahkan segala-galanya utk anak2 usrah ana…tahun dpn berazam utk..buat 1 lg usrah..insyaAllah..moga Allah sentiasa bersama-sama ana dlm jln dkwah ni…

    kauthar said:
    November 22, 2010 at 9:09 am

    salam k aisyah ukhti fillah iAllah..
    walau kita tidak pernah bsua muka tidak pernah bbicara F2F tp saya rasa dekat dgn akak.
    thnx akak for the sharing.
    mohon kebenaran share di blog yg tidak seberapa. smoga bhikmah pd smua 🙂
    sayang akak, ada rezeki teringin nak jmp ukhti saya ini..

    pecinta dakwah said:
    November 22, 2010 at 4:21 pm

    Sekali baca, agaknya ana paham.

    Berkali ana selalu bertandang blog ini. Baru nak cuba bersuara. Gelora dan bicara perkataan anti menggambarkan semangat dan kekuatan yang ana boleh katakan luar biasa!
    Ana perlu belajar dari anti.

    Diposisi anti dan siapa sahaja dalam situasi ini, sangat perlukan hikmah dan keberanian dalam meperbaiki. Bila bicara fasa dakwah ini, ia akan mencetak kader yang sangat berbeza2 kerana Ahmad Ar-Rasyid mengatakan kader di fasa taksis tidak sama dengan kader di fasa infitah.

    Maka perlukah taksisnya anti di overseas dulu membawa kita mengikut alur bicara kader infitah?. Bahkan kader2 yang sudah melemah intima’nya? Ini tidak sepastinya. Kerana tahap iman dan jihad tidak mengenal fasa, kerja, dan siapa pun dia.

    Kerana itu, nasihat ana ukhti, adalah

    pertama —> ikhlaskan niat
    kedua —> qudwah yang maksima
    ketiga —> keberanian tinggi dalam memperbaiki dengan hikmah.

    Moga Allah memberi kita semua kekuatan.

    Allahu qowi Allahu Azim

    ainulM said:
    November 23, 2010 at 2:18 am

    slm wrt k aisyah.
    alhamd. tajam dan tepat ni akak. yg diperlukan oleh semua org.
    doakan… moga tidak lepas mata kita drpd kejar redha Allah!

    ainulM
    dublin

    syuqaira said:
    November 24, 2010 at 1:21 pm

    salam akak,
    kadang2 Allah uji kekangan dtg dr sendiri.
    (T_T)

    jazakillah,
    moga berkat kak!

    mun said:
    November 24, 2010 at 4:56 pm

    jzkk kak! ya Allah rupa2nya ada juga yang merasai pglmn sebegini. sjk kblkgn ni trbyg2 adakah ana mampu utk terus berada di atas jln dakwah ini? y kdg2 hnya kecewa dgn jemaah, dgn afrad yg berada dlm jemaah.. duh.. ~

    ainun said:
    November 28, 2010 at 1:29 pm

    Fasa kita fasa peralihan, fasa pertembungan, fasa pengharmonian, fasa pensebatian.

    Bagaimana rupa kualiti kita dan afrad lain dalam jemaah, begitu jugalah rupa jemaah.

    Melalui juga pengalaman ini. Merasai juga kesakitan dan kekeringan ini. Tapi pilihlah untuk terus menjadi optimis.

    Sa’id Hawwa berpesan dalam bukunya ‘Pengenalan Kepada Dakwah Ikhwanul Muslimin’: 1. Sekiranya setiap dari kita tidak bekerja bagi melahirkan kesempurnaan, maka bagaimanakah boleh lahir kesempurnaan itu?! Sekiranya kesempurnaan itu boleh dicapai maka kita berkewajipan mengorbankan tenaga kita bersama-sama supaya sampai ke matlamat kesempurnaan. Sebenarnya mencurah dan menghabis tenaga bagi memperkuatkan jemaah ini adalah jalan yang sebenar untuk mencapai matlamat tadi, Wallahua’lam.

      muharikah responded:
      December 1, 2010 at 7:20 pm

      salam ainun, anti patut buat bloglah. ana suka cara anti menulis dan fikir. same as mine.. 🙂 satu jiwa walau tak pernah berjumpa kan?

    ummu_z said:
    December 7, 2010 at 9:49 pm

    Salam Aisyah 🙂 teruskan usaha menyebarkan dakwah melalu penulisan… tidak ramai org dianugerahkan talent utk menulis dan tak ramai juga yang mampu memperuntukkan waktu utk menulis….

    salam ziarah dari sahabat seaqidah 🙂

    fatihahamir said:
    December 13, 2010 at 11:40 am

    salam kak….

    mungkin akak xkenal saya, sy pun sesungguhnya tak kenal tak pernah jumpa akak…
    but then….
    ukhwah yang dibina terjalin merangkumi seluruh pelusuk dunia….
    benar dalam usrah bnyak mengajar erti pengorbanan…
    apa yg akak cite tuh mmg betul…
    ramai yg kita jmpa kekdg dah syahid dlm medan dakwah nih…
    smgt dan idealistiknya dahulu dah hilang dek ujian dunia…

    semoga apa yg kita ungkaikan menjadi pengajaran dan kekuatan utk diri kita….
    jgn akhirnya bila kita dilanda baai,
    kita seniri yg tersungkur…

    istiqamah an teruskan berjuang dengan hanya memohan keredhaanNYA…..

    thanks wassalam..

    ummu syajaah said:
    December 21, 2010 at 7:27 am

    salam..subhanallah…
    sgt membantu ana saat2 kritikal..
    it happen 2 me …
    ana mohon share yer..
    jzkk

    saye said:
    December 28, 2010 at 4:31 pm

    salam. saye insya allah share kt fb. thank u.

    syabab said:
    March 8, 2011 at 2:33 pm

    sesungguhnya usrah itu sebagai pencetus, bukannya semua perkara kita dpt lakukan pda waktu itu.. bermulanya usrah adalah selepas bacaan tasbih kafarah dan berakhir selepas bacaan Al Fatihah… syukran a’la kulli hal…

    syahir abu sahmah said:
    March 25, 2011 at 10:19 pm

    mohon di share artikel ini ya..
    jzkk..^^

    s-mt said:
    March 27, 2011 at 11:35 pm

    kerana jalan ini amat sukar, jadi pengorbanan itu perlu. baik murobbi dan mutarobbi. yakni pengorbanan ini dilakukan semata kerana Allah, semoga kita beroleh tarbiyyahNya.

    saat sang adik bertanya atas tindakanku me’recess’kan usrahnya, ‘akk marah eh dengan kami?’ wallahi tiada di hati melainkan sedikit kesedihan sj. ‘tak, akk tak marah’ ikhlasku.

    kerana naqib tu juga manusia. tak semacho mana. kalau diacah-acah sikit pasti berbekas di hati. rasa sedih yang benar-benar meruntun kalbu . lebih-lebih lagi kalau akhowat. dan lebih- lebih lagi kalau mutarobbinya terus terang meluahkan rasa ingin lari dan kecewa dengan usrahnya.

    seriesly. kak aisyah, surely you naqibah tu teramat sedih T_T

    tawakkal alallah,

    kakijalanan said:
    May 10, 2011 at 4:38 pm

    […] Kita akan rasa yang kita pernah dengar dan kita tidak ambil peduli terhadap ilmu tersebut sebab kita dah mengetahui. Tulisan yang panjang lebar boleh dibaca disini […]

    F. Husna said:
    November 18, 2011 at 4:14 am

    usrah is a good thing ….

    fathayaat said:
    December 15, 2011 at 1:57 pm

    jazakillah k.aisyah.
    subhanallah.terjawab persoalan hati sy. :’)
    moga tak menjadi mutarabbi yg kecewa hatinya.astaghfirullah. 🙂

    Mohd Amirul Arif said:
    January 6, 2012 at 5:18 am

    pengisian yg baik. Sy share di laman group usrah fb sy ye…

    ABDU RABBIH said:
    January 6, 2012 at 8:25 am

    usrah adakah ianya sunnah atau bidaah, apa bezanya dengan majlis doktrinisasi kalau usrah itu apa rukunnya…apa ertinya….apa kesannya…sejauh mana hubungan murabbi dan mutarabbi dalam usrah. Dalam islam diajar oleh rasululllah inamalmu’minun ikhwah. cubit peha kanan peha kiri terasa upama satu badan itu sebagai ummat apatah lagi dalam satu usrah yang lebih dalam satu keluarga…. anak sakit ayah tau ayah sakit anak tau ….adakah usrah tempat tadah ilmu sahaja…@ majlis pendoktrinisasi minda…kepada satu aliran pemikiran @ fikrah untuk menegakkan kamilah yang betul dan terbaik. – sekadar perkongsian dari mutasaqitun

    Pakcik Mi said:
    January 6, 2012 at 6:43 pm

    Asmwrbt,

    Terpanggil utk kongsi sikit pengalaman. Pkcik ni dah berumur 50++. Ikut usrah sejak tahun 1980. Mungkin ramai yang membaca ini masih di alam roh lagi ketika itu. Hingga sekarang pun masih lagi ikut usrah dan memang lah, tidak semua usrah itu perfect. Ada kalanya, yg hadir 2-3 kerat, borak2, habiskan air dan makanan tuan rumah dan balik. Kalau ikut logik akal, memang buang masa tambahan pula kita ni sibuk dan banyak urusan.

    Itu logik akal.

    Kalau layan perasaan, memang kita rasa buang masa. Perasaan itu boleh dihanyutkan oleh nafsu dan syaitan. Tapi sebenarnya tidak begitu. Pada pakcik, dapat jumpa sahabat pun dah kira seribu rahmat. Usrah juga adalah kayu ukur kepada keikhlasan kita, utk mengabdikan diri kepada Allah. Itu intipatinya. Nak beri hidayah atau tarik balik hidayah, semua ketentuan Allah swt dan bergantung kepada keikhlasan kita.

    Terus terang…. dalam masa lebih 30 tahun ikut jemaah ini, pakcik lihat dah ramai ikhwah/t kita yang kecundang. Terlalu ramai yang hilang lenyap begitu sahaja sedangkan ada diantara mereka adalah dari barisan pimpinan yang mempunyai pengorbanan yang teramat banyak. Hafalan mereka….masyallah. Pembacaan buku mereka…mengkagumkan. Ilmu mereka…. yang bergelar ustaz pun payah nak lawan. Malah ada diantaranya boleh berbahasa Arab dengan cukup baik walaupun bukan dari latarbelakang agama. Buku yang mereka quote bukan buku bahasa Malaysia atau Inggeris tapi buku Arab. Komitment mereka… ada yang usrah 5-7 kali seminggu dan terpaksa travel berpuluh/ratus km dengan kereta buruk. Pengorbanan mereka……masa, harta, karier, keluarga dan wang ringgit….cukup banyak…..

    Tapi sayang…. ramai diantara mereka sekarang sekadar menjadi Muslim biasa….. dan yang lebih menyedihkan… ada yang kecundang terus.

    Kenapa ini berlaku kepada mereka?? Kenapa tidak berlaku kepada kita?? Atau belum berlaku kepada kita?? Semua jawapan ini ada pada Allah swt kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui semua perkara, terdahulu mahupun akan datang.

    Pakcik nak kongsi 3 pengalaman.

    Kesah 1:
    Ada sahabat dari barisan pimpinan. Beliau berkata pada Pkcik (masa tu dalam masjid). “Kita ni orang sibuk. Mana ada masa nak buat kerja voluntary ni?” Pakcik tersentak dan terlintas dalam hati, “Sejak bila pula kerja dakwah ini kerja voluntary? Bukankah ini tanggungjawab?”.

    Sejak dari itu, sahabat ini mula menjauhkan diri dari dakwah, usrah dan rakan2nya. Hidupnya leka dengan kesibukkan tugas hariannya. Ya… dia memang mendapat kedudukan dalam kariernya…. tapi dalam dakwah dia tidak ada lagi. Setakat hari ini, hanya menjadi manusia biasa. Dia adalah pimpinan dalam satu organisasi tapi nak buat usrah kat sana pun dia tak bagi.

    Kesah 2:
    Seorang akhwat diminta memegang jawatan masuliah. Dia menolak dengan alasan, “Ana dah bincang dgn suami dan kami decide biarlah dia seorang sahaja yang komitted pada dakwah. Ana kena tumpu pada anak2”. Akhirnya, dia dengan suaminya, kedua2 lenyap dari arus dakwah. Anak2 pun turut sama sekadar menjadi insan biasa.

    Kesah 3:
    Seorang ikhwah (juga pimpinan) yang baru mula berniaga. Dia pernah berkata pada pakcik, “Dakwah dan business ini susah nak campur aduk”….. dan ada lagi statement dia yang…….. susah nak cakap. Akhirnya, perniagaan entah kemana, Allah uji dia dengan sekretari yang manja “macam anak kucing” (istilah yang digunakan oleh ikhwah lain), rumah tangga hancur. Pakcik pernah jumpa dia tapi…. dia masih dijalan yang dia pilih.

    Kesah yang pakcik nukilkan ini adalah kesah benar yang pakcik hadapi sendiri dan bukan cerita rekaan. Mungkin masih banyak lagi kesah yang hampir sama yang pernah berlaku pada sahabat2 kita. Doa pakcik, semoga mereka2 ini kembali semula ke jalan yang benar dan manis yang pernah mereka lalui. Ini bukan perkara yang mudah sebab ada beberapa orang diantara yang “missing in action” ini kurang senang bila kita ajukan persoalan usrah, dakwah dan tarbiyah, sedangkan dulu kami sahabat karib.

    Pada pengamatan pakcik, PUNCA SEMUA INI ADALAH “KATA2 YANG LAHIR DARI ISI HATI SEBENAR”. Bila kita menyatakan kita tidak mahu, tidak suka dan susah dengan kerja dakwah ini, maka Allah swt akan tarik kita keluar. Oleh sebab itu KEIKHLASAN dalam usaha dakwah ini AMAT PENTING. Jika kita tidak sudi nak buat kerja yang Allah swt telah amanahkan, Allah pun tak sudi nak terima kita dan Allah swt tidak rugi apa2 pun.

    Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata-kata,
    “Saya dah bosan la dengan usrah ini…”
    “Buang masa aje pergi usrah, baik baca buku…” (tapi tak baca pun…)
    “Pergi usrah pun bukan dapat apa2…”

    dan juga alasan2 yang munasabah tapi tidak benar atau tepat bila kita tak mahu datang usrah.
    “Ana kurang sehat….”, sedangkan masa itu sibuk layan TV atau internet.
    “Ana ada tamu….”, sedangkan masa tu hanya jiran sebelah rumah datang sebentar.

    Bila kita rasa malas, enggan, banyak alasan, tak mahu, tidak ikhlas, berkata kurang benar (berbohong)…… cepat2lah bertaubat kerana kita khuatir masa itu Allah boleh pusingkan hati kita hingga kita merasa seronok pula tidak ada usrah, tak ada kerja dakwah dan dilekakan dengan hidup di dunia ini.

    Kalau setakat menjadi Muslim biasa, masih kekal dengan solat dan amalan ibadah yang lain, itu dah kira cukup baik. Akan tetapi, pakcik pernah jumpa sahabat (yang cukup hebat satu ketika dahulu) berkata, “Kita kat dunia ni kena rasa semua yang ada”. Dia seolah2 tidak merasakan apa-apa walaupun melakukan maksiat, malah macam rasa bangga pula.

    Kita boleh mencipta berbagai alasan untuk tidak mahu datang usrah, tak mahu buat kerja dakwah dsbnya dan kadangkala alasan itu memang ada kesahihannya (valid). Akan tetapi, sepertimana yang Allah gambarkan dalam perang Tabuk, hanya mereka yang ikhlas sahaja (kesah Kaab bin Malik) yang Allah tidak balikkan hati mereka.

    Bab hati ini, hanya tuan punya hati dan Allah sahaja yang tahu. Oleh itu berhati-hatilah bila mengeluarkan kata2 yang boleh menyebabkan Allah keluarkan kita dari jalanNya.

    Pakcik ni pun takut dan berdoa saban masa agar tidak dipusingkan hati oleh Allah. Kalau Allah pusingkan hati, tidak ada satu makhluk atau apa2 pun yang boleh membantu kita. Kalau mereka yang hebat satu ketika dulu boleh jatuh, bagaimana dengan kita? Apa lebihnya kita dari mereka. Kurang mungkin ada.

    Kita sebenarnya tidak tahu macam mana akhirnya hayat kita kat dunia ini. Apakah kita dapat menerima buku amalan ditangan kanan dan bukan ditangan kiri? Macam mana penilaian Allah terhadap amalan kita selama ini? Apakah kita telah membuat yang terbaik atau pura-pura baik? Apakah timbul dalam hati kita sifat ujub, riak dan megah bila kita beramal ibadah atau diberikan kedudukan yang tinggi dalam jemaah dan karier? Apakah amalan kita ibarat rumput kering yang akan dimamah api? Apakah kita merasa hebat dan seronok dipuji oleh ikhwah kita sebagai orang yang komitted dalam dakwah? Dan tersinggung bila ada yang menegur?

    Pakcik ini dah tua. Iman turun naik adalah mainan hidup selama ini. Alhamdulillah setakat ini masih dapat bertahan walaupun tidak sebaik mana. Masih terlalu banyak kekurangan. Penilaian dan harapan pakcik, semoga Allah redha dgn pakcik. Penilaian Allah tak tahu lagi. Kalau sebaliknya macam mana? Nauzubillah!! Oleh kerana itulah kita disuruh bertaubat setiap masa kerana kita tidak tahu macam mana penilaian Allah terhadap kita.

    Pakcik ini dah tua. Pintu alam kubur semakin dekat, ibarat tombol pintu bilik aje. Buka sahaja pintu itu, kalau gelap….habislah…..kalau terang….alhamdulillah. Cukup dekat dan hampir. Dah ramai yang telah lalui…… macam mana keadaan mereka??? Dan apa sahaja kehidupan yang buruk atau baik disebalik pintu itu….akan kekal selama-lamanya. Tak boleh nak patah balik, walau sesaat. Inilah yang paling ditakuti.

    Pohon maaf kerana menukilkan dengan panjang lebar. Semoga ianya memberi munafaat kepada yang membaca. Perjalanan kita masih jauh dan hanya Allah swt yang tahu penghujungnya.

    Tolong doakan untuk pakcik agar diberikan Allah swt penghujung yang baik.

    Waullahua’lam.

    adeq said:
    January 8, 2012 at 4:28 am

    salam. alhamdulillah ikhwah akhawat masih lagi istiqamah sekalipun sudah berkeluarga. usrah mingguan masih diteruskan, masih disuburkan malah makin menyuburkan ladang-ladang di mana pon ia ditanam. kembali kepada assolah dakwah.

    Nik M said:
    January 8, 2012 at 11:01 am

    masyaAllah, ana doakan kite semua tsabat..kata2 dan komen yg ditulis memang ada terkena batang hidung sendiri…hati lah yang paling kite kena jaga…ana harap sgt2 Allah pandu ana.. dugaan akan Allah terus kasik dan kasik..kite yg perlu tahu mcm mn nak bertindak.. Moga Allah bantu kite, moga Allah jadik kan hati kite sebersih-bersihnya dan terima amalan kite..teringt doa nabi ibrahim(2:127) Robbana Taqabbal minna. YA Tuhanku, terimalah amalan kami.. aminn

    muharikah responded:
    January 8, 2012 at 3:25 pm

    jzkk semua kepada yang komen dan memberikan pandangan yg sangat menyentuh jiwa.. moga ALlah redha usaha2 kita…

    min said:
    February 10, 2012 at 1:44 pm

    MASYAALLAH, memang terkena habislah, jzkk kathir

    makcik Zai said:
    February 25, 2012 at 6:31 pm

    Alhamdulilah,Jzkk Pakcik Mi.Sangat baik untuk tazkiah /tazkirah seorang murabbi juga mad’u. Baarakallah hu fiih.

    man ali said:
    August 6, 2012 at 8:37 am

    sgt kagum dgn org yang boleh bertahan di jalan dakwah ni. thanks kak muharikah n commenters semua, especially pakcik mi.

    got the point. IKHLAS.

    cuma saya ada satu soalan: macam mana kita nak berdepan or consult dgn insan2/ikhwah2 yang mula tawar hati dgn jemaah ni?
    (sbb tawar hati..mungkin masalah ukhuwah, masalah x diberi medan or bakat yang dimiliki disekat, x disalurkan ke tempat yg sebaiknya)

    ofcos kita sayang kat ikhwah kita, kita dah duduk dgn pengisian sama2, dok masak kat daurah sama2, dok pening kepala pikir pengisian sama2, titibe dgr cerita yang x enak, x ke cuak tu.

    so macam mana nak santuni insan2 sebegini?
    jzkk

    Jangan give up dengan usrah | Muharikah said:
    November 17, 2013 at 11:23 am

    […] mengingatkan saya kepada salah satu entri saya yang mendapat banyak perhatian satu ketika dahulu di sini . Entri itu lahir dari sebuah frustasi- kekecewaan dari tarbiyah. Di waktu itu ada seorang adik […]

    nurulfive said:
    January 20, 2014 at 3:37 pm

    Allahurabbi. Saya speechless. Astaghfirullah. Terima kasih yang tak terhingga to sis aisyah. Terima kasih sebab menyentuh, melempang, menggoncang2 hati saya. Journey ini sangat tough. Doakan saya kekal faham Dan ikhlas. Jazakallah.

    si aneh said:
    October 6, 2014 at 6:02 am

    Tp k.aisyah..bagaimana untuk kita terangkan hal ini pada adik adik yg baru join usrah tetapi perlu tukar naqibah?sering saya dengar adik2 yang dulu rajin dtg usrah,tp bila tukar naqibah,dah tak dtg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s