Kerana dakwah ini nafas kita…

Posted on Updated on

Kaku terkadang jemariku untuk menulis.

entah kenapa..

kerana di dunia inilah hatiku berada…

sedangkan kamu di luar sanalah yang akhirnya menontoninya dan mengambil manfaat darinya.

Tentu ada yang sudah dalam tarbiyah, dan memahami apa dinukilkan di sini.

Tentu masih ada yang mencari raut-raut hidayah, namun agak sukar memahami penulisan di sini, malah merasai bahawa seolah-olah merasai tidak relevan pula diri mereka pada dakwah ini.

Sedangkan kita semua, anda dan saya, amat memerlukan dakwah ini.

( sedangkan saya dengan kemampuan teramat terbatas, tak mampu untuk menulis dalam penulisan yang mampu difahami semua.)

Seperti kita perlukan air dan udara untuk hidup.

Kerana dakwah ini menjadikan hidup kita berputar..

Berputar di sekitar…

belajar dan mengajarkan…

مَا كَانَ لِبَشَرٍ أَن يُؤۡتِيَهُ ٱللَّهُ ٱلۡكِتَـٰبَ وَٱلۡحُكۡمَ وَٱلنُّبُوَّةَ ثُمَّ يَقُولَ لِلنَّاسِ كُونُواْ عِبَادً۬ا لِّى مِن دُونِ ٱللَّهِ وَلَـٰكِن كُونُواْ رَبَّـٰنِيِّـۧنَ بِمَا كُنتُمۡ تُعَلِّمُونَ ٱلۡكِتَـٰبَ وَبِمَا كُنتُمۡ تَدۡرُسُونَ

Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab agama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian dia tergamak mengatakan kepada orang ramai: Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah. Tetapi (sepatutnya dia berkata): Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin , kerana kamu sentiasa mengajarkan Kitab Allah itu dan kerana kamu selalu mempelajarinya.  ( Ali-Imran: 73)

Itulah dia dakwah.

Kamu mengajarkan dan kamu juga belajar.

Dari situ kamu akan kekal menjadi orang-orang rabbani—> orang2 Allah.

Ada antara kamu yang baru sahaja bermula… ada juga yang sudah lama di dalam karavan ini… samada sedang bergerak laju mahupun perlahan.

Tidak kira di mana sahaja kita berada… kita sama-sama sedang menuju kepada ALlah. JIka kita benar-benar ikhlas untuk bersungguh-sungguh untuk bertemu dengan kebenaran dan mengajarkan kebenaran ini buat manusia lain.

Tersenyum aku melihat adik-adikku yang sangat mengantuk selepas usrah. Seusai solat subuh kami pada 2 pagi tadi, semua terus terlentang di atas katil dan duvet masing-masing.

Ini kerja gila kata mereka! ( dan saya hanya mampu tersenyum.. 🙂 )

Sejak bila dakwah ini kerja biasa-biasa sahaja? Tentulah ianya kerja luar biasa!

Peliharalah cita-citamu kerana sesungguhnya cita-cita itu mendahului segala sesuatu. Barangsiapa baik cita-citanya dan jujur padanya, nescaya pekerjaan yang dilakukan akan melahirkan hasil yang baik pula  ~ Awaiq – petikan pepatah Arab.

Aku katakan pada mereka:

Kamu dan kita. Saya dan awak.

Kita adalah pemimpin dakwah generasi akan datang. Generasi terdahulu pasti akan berundur kerana umur dan kudrat. Maka siapa yang akan memimpin dakwah ini?

Tentulah kita!

Adakah kualiti kita sama dengan kualiti syuyukh ( orang terdahulu) kita?

Tentu belum lagi!

Kerana itu kite perlu berusaha lebih… lebih dah lebih….

Kemunculan jemaah ini kelak pasti memerlukan golongan muda untuk berada di dalam saff dengan lebih ke depan dan terbuka.

Maka kita perlu bersedia dari sekarang, untuk menjadi pemimpin dakwah buat umat ini!

Perumpamaan hati sama dengan burung yang terbang. Semakin tinggi terbang, semakin terhindar dari bencana, semakin rendah ia terbang, semakin terancam dia dengan bencana ~ ibnu qayyim aljauzi.

Jika hati kita berkeinginan untuk mencapai cita-cita yang besar, cita-cita untuk menjadikan islam sebagai ustaz alam ini, maka kita akan bekerja bersungguh-sungguh, siang dan malam, untuk membina manusia yang ramai dan memahamkan masyarakat umum tentang Islam.

Raihlah cahaya hati dengan melestarikan kesungguhan ( al-awaiq)

Jika cita-cita kita tinggi, maka kesungguhan kita pasti akan tinggi juga!

Namun jika jiwa dan cita-cita kita lemah, tentu kita akan memberikan saluran kepada syaitan untuk sentiasa menfuturkan ( mendownkan ) kita. Akhirnya kita akan selesa dengan kerendahan dan berlapang dada dengan keadaan kerendahan kita yang ada.

Jika kita tidak disibukkan dengan perkara yang besar, kita pasti disibukkan dengan kerja-kerja yang rendah!( Abdul Wahab Al-Azzam)

Kerja yang kita nak buat ini besar!

Tapi kan kak, boleh ke nak kasi alasan sebab saya drive sebab tu saya penat dan tak larat?

Senyum lagi..

Aku amat memahami keadaan mereka.

Asalnya usrah bermula 10 malam. Di tika itu mereka masih di tempat Y. Jarak perjalanan Y ke tempat usrah kami mengambil masa 1- 1 setengah jam.

Detik itu sudah 10.05pm

Ukhti, kat mana tu? text aku dihantar.

Akak.. masih di Y.. otw.

Pada asalnya kecewa dengan jawapan yang diterima kerana aku tahu mereka pasti akan mengantuk ketika usrah. Namun, aku bersabar dan menghabiskan masaku dengan Quran ( dan akhirnya terlentuk kerana keletihan juga).

Mereka akhirnya tiba pada 11.15pm, dan kami mulakan liqa kami pada 11.30pm.

Kronologi kisah mereka:

Siangnya itu mereka sudah bertungkus lumus menyiapkan esei dan assignment mereka. Petang dalam 3 pm, perlu pergi ke negeri Y untuk menghantar adik-adik mereka ke bengkel ISK.

Malam tu kene pula pulang ke tempat asal mereka, tempat kami berliqa’.

Dan esok pagi kami perlu ke Y semula untuk menyampaikan bahan daurah.

Dan mereka hanya mula  tidur pukul 2 pagi tadi.

Ini kerja gila, saya tahu, tapi saya rasa memang kene start buat kerja-kerja gila sekarang ini!

Itulah jawapan adikku yang bertanya pada permulaan tadi.

Daie itu pada Imam Hasan Al-Bana adalah:

Seorang yang mengorbankan harta , darah dan semua nafasnya untuk membela aqidah yang diyakininya, dan dia menjalani kehidupan kerana aqidahnya itu.

Takpe dik, kata saya.

Awak drive sejam lebih sahaja. Saya drive 4 jam. Dan saya baru balik dari kerja untuk datang sini. Malam semalam saya on call dan ada adik2 baru datang ke rumah… ( Jazakillah kepada adik-adik saya yang tolong masak dan layan tetamu semalam! sayang antum!)

Astaghfirullah.. sepertinya sum’ah pula.

Aku meneruskan..

Tapi.. dulu murabbi saya, bertolak dari Y ke tempat saya , drive 8 jam kemudian liqa sampai 12 am, kemudian malam itu balik semula ke Y untuk memberikan pengisian di Z pada esok harinya. Mungkin dia sempat tidur sejam je kot bila dia singgah sekejap di Y.

Kadang2 kita rasa kita sudah usaha lebih,… namun orang yang terdahulu dari kita lebih dahulu berkorban dan lebih letih dari kita.

Dan kita lihat contoh itu pada peribadi Rasulullah, umar, salahudin al-ayubi yang jarang tidur. Jarang tidur kerana mereka beribadah dan jarang tidur memikirkan masalah umat.

Sesungguhnya berbagai keluhan itu muncul kerana kerosakan sejak permulaan. Barangsiapa yang benar permulaannya, benarlah kesudahannya dan barangsiapa salah permulaannya, maka dia akan binasa.. ( Awaiq)

Mungkin kerana itu kita banyak mengeluh … ( dush! kene diri sendiri.. selalu je rasa penat , penat dan penat!)

Permulaan yang benar ini perlu dibangunkan dengan tajarrud ( ikhlaskan diri).Barangsiapa permulaanya tidak tulus, maka bangunan yang dihasilkan adalah goyah walaupun tinggi.

Bagaimana kita nak tahu permulaan kita itu betul atau tidak?

Kata awaiq, kita perlu memiliki niat yang baik dan cita-cita tinggi.

Seperti mana kata-kata al-buhturi…

Jiwa yang menerangi dan cita-cita yang menyala..

Kata muntalaq ( bab 7), kita perlu kembali kepada petikan yang hampir sama dari satu cahaya.

Kita perlu meniru method salafus soleh dalam dakwah ini… menjadikan Al-Quran dan hadis sahih sebagai sumber pemahaman dan kesediaan jiwa mereka…

Kerja gila?

Sedangkan kita melihat ramai duat, yang rehatnya adalah di sebelah lebuh raya, kerana telah terhuyung hayang kereta yang mereka pandu. Kerana amat keletihan.

Namun dakwah, terus sahaja menyegarkan jiwa dan hati mereka.

Tiba di tempat program, terus cergas memberikan pengisian, tanpa manusia tahu betapa jauhnya perjalanan mereka sebelum itu.

Memang mengantuk dan tidur yang melalaikan itu satu keharusan, namun jadilah kamu orang yang tak banyak tidur. ( ibnu Qayyim al-jauzi)

Dakwah ini nafas kita, dan hidup kita.

Sehinggakan jika kita tidur pun, kita tidur dengan dengan dakwah.

Dia tidur dengan Afdhail ‘Azaaim..( tekad/kesungguhan yang paling utama)~ awaiq.

Setiap saatnya pasti adalah untuk dakwah…

Bersungguh-sungguhlah hidup bersama dakwah.. kalau tak, anda pasti ditinggalkannya. Waliyazubillah…

Sesungguhnya bila kamu melangkah di jalan dakwah ini dengan perasaan yang dingin, tanpa perasaan pada dakwah ini pada hati kamu seperti kmana perasaanmu pada isteri, anak-anak dan ibu bapamu, maka kamu pasti akan menemui kegagalan. Kegagalan yang menjadikan generasi seterusnya tidak berani lagi untuk berfikir tentang gerakan dakwah ini sehinggallah sampai waktu yang cukup lama. Kerana itu, sebelum memulakan langkah yang besar, haruslah kamu mengukur kekuatan kamu, memeriksa bahagian mana dari niat dan akhlak yang mesti ditanamkan terlebih dahulu…. ( as-syahid maududi)

Kerana dakwah ini nafas kita.

Kita tak boleh hidup tanpanya..

Muharikah

UK

PS; Insyaallah esok flight saya dari birm ke Malaysia. Doakan selamat sampai dan dapat menyambung kerja-kerja dakwah yang amat banyak dalam masa 2 minggu di malaysia. SAya akan update fon number iAllah

PSS: utk adik2 saya yang berjuang dalam medan pena, moga Allah berikan hidayah dan kekuatan buat antunna dalam menjawap peperiksaan

PSSS: utk yang sedang preparekan diri dan adik-adik2 untuk balik malaysia ketika summer ini.. moga Allah berikan cahaya untuk berikan yang kefahaman yang terbaik untuk memastikan kesinambungan tarbiyah di malaysia berterusan.

PSSSS:untuk yang menemani saya di sepanjang 2 perjalanan yang panjang, anti adalah sebaik-baik teman berjalan

PSSSSS:untuk mereka yang bersedih… LA tahzan, innalla maana…

Advertisements

13 thoughts on “Kerana dakwah ini nafas kita…

    nida' ul iman said:
    June 12, 2010 at 9:10 am

    *tears*

    teramat sgt rindukn suasana2 itu………moga Alah tetap pelihara dan izinkn agar diri ini dpt lari pecut balik bersama karavan dakwahNya..

    doakan ya kak…..

    syazana said:
    June 12, 2010 at 4:39 pm

    dush dush, kena diri ni pulak 😦

    jazakillah kak atas peringatan ni. mmg betul, kdg kita rasa byk masa tapi mcm xde masa.
    satunya sebab suka bertangguh dalam buat kerja dan keduanya bila tiba masa kecemasan tu, mulalah penat sket dah terasa mcm bykkkk sgt. plus mudah terasa.sobss 😥

    macamana ya kak, nak bagi hati ni kuat bila diusik sedikit, mudah sgt mengalir air matanya? padahal perkara kecil je pun. huhu. lagi2 dalam bab DnT ni.

    nak jumpa akak tp mcm xsempat je. akak balik, saya pulak pergi. huhu. inshaAllah ada masa kita ym ya 🙂
    take care kak 😉

    Nat moscow said:
    June 12, 2010 at 5:01 pm

    Rindu…=,( ~

    atiqullah said:
    June 13, 2010 at 8:55 am

    jazakillah atas peringatan akak.
    Saya doakan yg terbaik utk stp perjalanan akak dan akhawat semua.

    qs said:
    June 13, 2010 at 2:40 pm

    salam akak,
    thanks selalu update.
    orang ‘tepu’ dgn note exam sgt2 memerlukan titipan2 org jauh 😛
    heh heh
    jalan molek2 tuh. moge selamat sampai (^_^)

    cik mus'ab said:
    June 14, 2010 at 12:36 am

    tanggungjawab yg ada melebihi masa yang ada kan ? jika dihitung. x der masa pun nk ‘down-down’ , sebabnya kerja kita masih belum selesai. huhu 🙂 ke.. cam ne?

    kay@kausar said:
    June 14, 2010 at 2:35 am

    welcome home kak aisya =)

    moga cepat hilang jet lag nya.. agar dpt menghirup udara tarbiyah dibumi malaysia dgn tenang.

    moga dipermudahkan perjalanan selama 2 minggu disini.

    Arif Imam Suroso said:
    June 14, 2010 at 9:03 am

    Esensi dakwah adalah memberikan suri ketauladanan yang dapat mengajak mad’u sasaran dakwah kita dapat ikut bersama sama dalam barisan yang siap taat kepada Allah dan Rasulnya. Jazakilaahi khoiron katsir nasehatnya…mohon tidak henti hentinya terus menulis artikel nasehat dan memberikan ketauladanan sebagaimana ketauladanan Rasulullah SAW di dalam kehidupan keseharian kita.

    qumfaanzir said:
    June 15, 2010 at 4:00 pm

    moga kuat dan terus kuat dan tsabat kak..
    merinduimu utk kesekian kalinya..

    patah kaki,hati,tangan n segalanya di sini.
    tp akn sentiasa bangun dan bangun..kerna dakwah ini kita hidup.

    tc.

    ps: krm slm syg buat org malaysia. akn menyusul bersama mereka nti.yeah xsbr

    laskarmentari said:
    June 17, 2010 at 10:33 am

    salam ukhti

    mashaAllah ni kali pertama saya baca blog akak sbnanye…hehe…dah lama tau kewujudannye tapi xterconnect2..akhirnye ketemu juga. alhamdulillah…jazakillah ukhti…benar, kerana dakwah ini nafas kita, maka selaginya dada ini berombak, harus digerakkan juga sepenuh upaya…

    salam dari australia

    muharikah responded:
    June 18, 2010 at 7:23 pm

    salam semua..

    balik malaysia ni hidup jadi hectic sungguh. tidur pun masih kol 2 am ke atas. lepas tu bangun subuh dan terus bergerak tunaikan amanah dakwah dan family di sini.. alhamdulillah banyak ilmu dan pengalaman dapat… nak tulis je tak sempat sebab tulis dalam emel2…

    kemunculan IKRAM ahad ini iALlah. sape2 dapat pergi silakan pergi..

    Apa itu IKRAM? saya try juga cari jalan keluar utk pergi so dapat ambil gambar dan tunjuk semua.. kalau tak saya tulis dari apa yang saya dapat dari vice presiden IKRAM sendiri…

    teringin nak jumpa ramai orang di malaysia, tapi kekangan kerja/study amat membantutkan pertemuankan…

    nurathira said:
    November 10, 2010 at 8:48 pm

    bismillah, salam akak…
    aseef akak, sy try cari ayat 73 surah al imran yg akak bentang tu, tp maksud dan ayat nye lain dari al-quran..rupe-rupenye akan tersilap type, sbenarnya ayat 79…
    alhamdulillah, belajar dan mengajarkan…ayat ni padan dgn masalah sy yg asyik sibuk memikirkan ketidaklayakan sy dalam menjadi murabbi, inshaAllah..masih banyak perlu belajar…
    “Kelemahan untuk diperbaiki, sebaik-baiknya bukan untuk dikesali semata-mata. Siapa yg tiada kelemahan di dunia ini? Mustahil manusia itu ma’sum. Itu hanya sifat yg layak bagi Rasul” Tautan Hati- Fatimah Syarha.

    athira, bangalore, india.

    muharikah responded:
    November 20, 2010 at 3:17 am

    jzkk athirat kerana membetulkan 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s