Kekeringan di musim hujan

Salam

sejak berada di Malaysia ini saya telah mencatat rekod agak buruk dengan membiarkan blog ini kusam dan masai. Dalam keadaan dunia teknologi makin pesat, wordpress mungkin akan menjadi sejarah, begitu juga facebook dan twitter. Tapi sebelum iaya berlaku, elok juga diabadikan kisah-kisah di sini.

 

Apa yang menjadi faktor terbesar mengapa saya lambat update juga adalah untuk mencari sesuatu untuk dikongsikan. Kisah-kisah yang mampu membasahi hati di kala kemarau kekeringan tarbiyah. Kami di ofis majalah jom sering kali akan mengambil masa dua tiga hari bertafakur dan membaca sebelum kami jumpa untuk brainstorm isu-isu seterusnya. Seringkali juga aku hadir pada pertemuan itu dengan otak yang tidak puas dan hati yang kaku. Ini kerana, untuk melahirkan ‘makna’ pada sebuah penulisan bukannya mudah.

 

Teori sudah tersedia banyak. Boleh copy and paste. Boleh sahaja ambil poin dan ubah-ubah ayat kasi sedap dan menarik. Namun, untuk masuk ke jantung hati manusia dan menyentuh mereka… tentunya harus menyentuh dan mengubah hati kami semua terlebih dahulu. Ingat senang ke? Hu...

 

Begitu jugalah dengan dakwah. Apabila hati kita kering, kering juga bicara-biacara dan perbuatan kita.

 

Yahya bin Muaz pernah berkongsi ayat-ayat ini:

Manusia akan segan denganmu menurut kadarmu takut kepada Allah. Manusia akan mencintaimu menurut kadar cintamu kepada Allah. Dan manusia akan sibuk menolong urusanmu menurut kadar kesibukanmu untuk Allah.

 

Ramai yang rapat denganku bertanya-tanya mengapa hujung mingguku tidaklah sekencang sewaktu di luar negara. Mereka acapkali pelik kenapa tenagaku tidak digunakan sepenuhnya untuk dakwah di bumi dakwah yang baru ini.

Aku juga sering bertanya pada diriku sendiri adakah aku sudah selesa dengan keadaan yang ada ini. Disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak direct membina manusia. Sukar untuk aku explain lebih lanjut, tapi untuk yang memahami pasti akan faham. Kita boleh membawa usrah, tapi tidak semestinya dapat membina diri anak usrah kita sepenuhnya tanpa daurah dan aktiviti sokongan lainnya.

 

Di Malaysia ini, situasinya agak kompleks dan setiap individu ada keunikannya. yang belajar dan bekerja juga berbeza.

Di Malaysia ini aku mula untuk tidak berfikir besar untuk dakwah kerana jalan di hadapan sangat samar-samar. tidak tahu ke mana nak gerakkan adik2. tak tahu nak letakkan orang di mana. tak tahu nak offer diri camne. tak tahu apa perlu dilakukan. dan ruang2 yang dioffer utk dibantu juga tidak mampu kulaksanakan kerana kekangan kerja dan juga aktiviti lain yang agak berisiko utk kakitangan kerajaan.

 

Ada juga yang berkata,’ Apalah orang2 overseas ini asyik nak kawan sesama dia sahaja. kalau boleh, bantulah banyak2 negeri lain supaya semua negeri dapat manfaat dari pelajar luar negara.’

 

Dari satu sisi, memanglah nampak logik. Dari satu sisi yang sebenar dan realiti, orang2 luar negara banyak collapse dan pengsan di tengah jalan kerana sangat awkward berada di sebuah tempat yang dia hanya mengenali dirinya sahaja. Collapse tanpa sedar lagi ramai dari yang sedar. Sibuk dengan kerjaya sampai mmg tak sedar diri sudah semakin jauh dari dakwah. Selesa dan tak kisah apa yang sedang berlaku dengan dunia.

 

Mengubah dalam keadaan aku tidak tahu jalannya, adalah sesuatu yang mustahil. Mencari teman baru untuk difahamkan dan cuba berkongsi rasa pun sangat sukar. Untuk explain, something is wrong pun sukar. Sudahlah kekangan kerja menyebabkan sukar untuk menyertai aktiviti-aktiviti tambahan lain. masa bersama sangat terhad selain dari daurah dan usrah.

 

Dahulu, emel2 amat banyak dihujani dengan diskusi dakwah dan tarbiyah. Kini hanya menerima sahaja maklumat program. Diri pun menjadi selesa dengan kesibukan yang ada, sedangkan keghairahan yang ada makin kering dan makin tiada.

 

Mngkin perlunya hijrah ke negeri yang basah. Negeri yang mengingatkan semula makna-makna yang syahdu. Murabbiku menasihati, janganlah lari dari masalah.Ini bukan masalah lari. Ini masalah menyelamatkan diri. Kita tak mampu memahami orang lain yang tidak mengalami apa yang kita rasa. kita sahaja merasai kekringan hati, dan setiap kali kita meminta sesuatu tambahan, sukar kita sampaikan maksud itu. lantas, kita hanya belajar sendiri dan buat-buat pandai. akhirnya kita pun menjadi keliru dan tidaklah berbuat seperti yang sepatutnya.

 

Jemaah tarbiyah ini, amat banyak impiannya. Ia mahu memimpin manusia di Malaysia seterusnya dunia. Namun, seperti mana jemaah lainnya , cabaran utama adalah komunikasi. Ia lahir dari pelbagai latar belakang. ia lahir dari pelbagai cara didikan. Setiap insan di dalamnya akan sangat menggungguli cara dia dididk dan memahami dakwah ini. Datang orang lain dengan pendapat lain, sering mengambil masa untuk menghadamkan dan menerima. Apa yang kita ingini tidak semestinya difahami dan diberikan. Kita hanya boleh menerima apa yang ia sediakan dan move forward. Seteusnya menunggu masa dan keadaan yang benar dan tepat untuk memberitahu dengan harapan mengubah. Itupun mengambil masa agak lama. terkadang kita dah fedup terlalu awal, sehinggalah keadaan menjadi kronik dan parah. Sehinggalah sesorang datang menziarahi kita dan memberi pendapat:

‘ saya rasa, potensi awak tak digunakan sepenuhnya untuk dakwahlah aisyah’

tergamam apabila saya menerima nasihat penuh jujur dari sahabat dakwah yang sudah saya kenali hampir 10 tahun di jalan dakwah ini. Saya bertemunya 10 tahun dahulu di kota London ketika dia mahu menDF sahabat saya. Saya bersyukur setelah lama masa berlalu, kami maish bersama di jalan dakwah ini. Dia sering menjadi lampu-lampu yang mengingatkan hati kami yang telah tidur. Dia tidaklah sepopular ramai orang, namun dirinya sangat penting dan istimewa buat kami semua.

Setelah menerima kunjungannya yang berharga itu, fikiran saya tak pernah berhenti sehinggalah sekarang. RUmahnya dekat sahaja dengan rumahku. Namun kerana kawasan daerah dakwah kami berbeza, aku hanya dapat bertemunya sekali setiap 6 bulan sahaja, kerana tidak ada wajihah untuk kami bertemu. Sedih. Dan kami tahu, kami perlu atasi perkara ini dengan segera, agar tidakkan putus ukhuwah yang hangat ini.

 

Episod rasa down, lemah, lembab, takde energi, seolah-olah menjadi simfoni biasa di dalam perjuangan ini. Depends kat mana kira berada dan lingkungan mana kita dicampakkan. terasa hati, tak puas hati, geram, sesama ahli juga merupakan asam garam yang kita perlu pelajari seninya.

‘CArilah hiburan yang menggembirakan kita. Keluar dari jemaah, tidak sama sekali.’

Sekali sekala aku bertemu murabbiku itu, belajar tentang bisnes, Sekaligus tentang dakwah. Dia banyak mengajarkan kami hikmah dan jalan-jalan untuk terus istiqamah di atas jalan dakwah. Walaupun banyaknya cacat cela jemaah ini, jemaah ini banyak potensi dan barakahnya. Hanya perlu sabar dalam mengubah dan membaikinya. Tidak ada orang lain dapat mengubahnya kecuali kita juga.

 

Sepertimana dirimu mengadu pada diriku adikku,

‘ akak, saya keringlah. takde pengisian kat sini walaupun dah minta. Kawan2 ana semua futur dan malas buat dakwah’

Di bumi yang ramainya juga orang2 kuat dakwah, aku juga mengalami fasa yang sama, walaupun keadaannya berbeza. Ada orang kata, berada di medan juga tarbiyah. Tak pelah kalau tak dapat pengisian usrah atau tarbiyah formal.

Tapi, sukar untuk beraksi di medan tanpa taujihaat tarbawiyah yang boleh dinampaki visi dakwah ke hapadan. Seperti ISHAB sering berkhutbah tentang perancangan ikhwan, tentang prestasi ikhwan tentang impian ikhwan, kita masih kekurangan itu. banyak yang masih kita blur. kadang2 tak tahu nak bentangkan apa dalam usrah, buka jelah buku dan baca. walaupun zaman sudah jauh ke hadapan, dna kita tak boleh lagi bersikap dan melakukan cara tarbiyah yang sama lagi. perlukan banyak input2 yang menggabungkan semua elemen yang diperlukan dalam jemaah. bukan hanya baku di dalam buku dan boleh tanda dah cover sesuatu bahan. Kita perlukan integrasi yang mencantumkan kefahaman kita tentang di syria,di turkey, di mesir, menggabungkan elemen sirah, tafsir, dan hadis. dalam masa yang sama memantapkan juga pohonan aqidah melalui pengetahuan tauhid yang mendalam mengikut kaedah moden yang mudah difahami.

 

Dalam sebuah negara, kejayaan satu bangsa amat bergantung kepada sistem pendidikan. Begitu juga dengan jemaah. Namun, tarbiyahlah antara perkara paling crucial namun masih amat perlu kita bantu dan sama-sama baiki. Ini tidak lain hanya kerana kekurangan asatizah kita yang menguasai bahan dan bahasa arab. hampir 70% ahli kita tidak memahami bahasa arab dan berlatar belakangkan profesionalisme sains tulen. Maka kefahaman tentang tarbiyah turut lemah. Antum yang pernah lalui tafsir dalam bahasa arab dan melayu akan rasai bezanya memahami isi dalam bahasa arab banding melayu.

Generasi Y memang lain dengan generasi baby boomers. Kita amat sukar menjadi mereka yang dahulu, kerana kita just difference. Rakan2 kita lain. suasana sekeliling kita pun begitu. Adakah kita mengenali diri kita dan generasi kita?

Kita memang boleh complaint dan mengomen. Namun tak banyak akan boleh berubah dengan bercakap. Kitalah perlu beraksi dan mengubah keadaan yang ada.

 

MEmang kita down , memang kita lemah. Kita tengok diri kita sedikit sahaja bekalan. Namun, kita masih ada sesuatu yang amat mahal, pernah ditanam oleh murabbi kita dahulu:

‘ Kefahaman’

Inilah yang menjadikan diri kita masih tegap berdiri di sini dan terus berjalan walaupun terasa ketempangan tiada taranya.

 

Dari kefahaman itulah kita terus mencari jawapan dan jalan keluar.

Satu yang perlu kita pegang untuk mengatasi masalah yang kita rasai ini, jangan putus asa . Peganglah sedikit semangat yang ada, dan nyalakan ia selalu. Carilah baraannya. Jangan biarkan diri kita larut dengan keselesaan yang ada. Tak sibuk dengan dakwah adalah sebuah keselesaan. Jika kita tidak sibuk membina orang, kita pasti akan sibuk dengan sesuatu yang lain. Macam saya, sibuk kasi makan staff saya burger king time tengah nak dekat dateline hantar mockup majalah jom ke printer. Heh.

Memang, kami amat happy dengan keadaan kami. Kami rasa kami tak perlukan sesiapa. Kami bahagia, hidup rileks dan tenang. Takde masalah. Tak serabut sangat fikir anak usrah. Usrah jalan oklah. datang daurah. program pun boleh tahan. semua ok.

heheh. bila semua dirasakan ok, mmg tak oklah tu. mana ada dakwah rileks? mana ada dakwah takde masalah. Dakwah mmg bawak masalah. SEbab itu perlu adanya qadhaya. Bila takde qadhaya itu yang takde masalah sedangkan masalah dakwah makin lama makin bertimbun.

Akhirnya, kesibukan dan kepenatan dalam dakwahlah yang menjadikan hidup kita amat manis dan indah sekali. Manjdikan diri kita amat bersemangat di pagi hari kerana kita merasai harapan-harapan yang baru dalam hidup kita. Menjadikan diri kita nampak visi baru di hadapan.

Ya, anak2 binaan aku akan gantikan nurul izzah malah jadi ulama rujukan para muslimah! Aiwah! Fuh!

 

Oklah. Saya menulis ini supaya kamu pun tahu saya mengalami fasa amal paling meurudum dalam hidup saya. Saya pun tak tahu apakah penyelesaian boleh dilakukan. Option terdekat adalah hijrah. Tapi adakah hijrah itu akan mengubah keadaan yang ada pun? saya tidak tahu.

 

Nasihat saya juga, jika kamu berada di sebuah kawasan baru, dapatkan geng. Geng dakwah. Geng yang boleh semarakkan semangatmu di kala kamu down. Memang, bila kita ke daurah, kita tak kenal sesiapa dan tak boleh cerita apa kita rasa, perasannya macam .. erghh… ini baru ke daurah. belum lagi bicara soal2 anak usrah, soal2 masalah lain. Sukar nak jadi hero di tempat baru. Kita masih belum kuat. Saya sendiri belum kuat.

 

Oklah. Harus tumpu kerja lain pula. Alhamdulillah minggu lepas dah daftar Masters programme in internal medicine. Supervisor saya dah nasihatkan amik MRCP. Exam yang telah menfailkan ramai orang dan menjadikan badan exam itu kaya sebab orang asyik amik exam tu berkali-kali.

‘Kenapa weyh kene susah-susah amik exam?’ aku kadang-kadang rasa tak best mengejar dunia tak seberapa ini.

‘ Kau ini. lagi kau naik pangkat, lagi kurang kerja ko, lagi banyak gaji, tau tak?’ Begitu  kata kawanku. iAllah kami akan amik MRCP bersama nanti.

 

Di sebabkan itulah kene juga kuatkan hati untuk amik juga exam2 yang boleh naik pangkat cepat, so gaji banyak, masa pun banyak, then banyakkkkkkkkkkk benda boleh buat untuk membantu manusia lain.

 

Moga Allah redhai amal-amal sederhana kita ini.

 

Salam menuju Ramadhan

Ukhtikum fil Islam

AisyahZ

 

 

5 thoughts on “Kekeringan di musim hujan

  1. Salam wbt..
    Ukhti,mohon share ya.
    Indeed,post ukhti sgt mngena dgn ana, luahan yg xterkeluar dan xpandai nyatakan dalam ayat kpd akhwat lain malah kakak usrah sendiri.
    Benar kata ukhti, mungkin hijrah itu lebih baik daripada ana terus down down down dan tidak terbaikan..Allahu alam.
    Jazakillahu khairan atas post n kata2 enti ya.

  2. Wassalam ana kurang setuju dengan statement bawah tu…dlm dunia makin naik pangkat manae ade rileks…pandangla kpd mursi, Rajab Toyyib Erdogan

    bg ana…nak basahkn balik hati…p melawat org2 y kuat tarbiyyah die,asatizah2 y anti knal…cube tgk dlm quran, “fasiiru”…

    jgnla dh selesa, naik pangkat tinggi, duit byk baru nak buat keje dakwah….
    itu tiada dlm jalan dakwah n tarbiyyah ini…

  3. Kerana kefahaman ini,
    Kita masih bertahan di sini.

    dalam ruang asa yang semakin memudar,
    Kita berusaha mencari jalan keluar.

    selesa dengan ‘jalan’ kita,
    sesuatu yang canggung wajarnya,
    tempang sukma tak berirama,
    kita sedar ia.

    Saat yg berjalan usah dibiar lahir kesalahfahaman,
    Seharian kita berusaha memanjat batas2 ghadaya,
    Tanda kita membunuh jurang permasalahan yang membekam,
    Simpuh sila kita biar kejap dan tegap memberi makna sebuah pengorbanan,
    Biar ruang waktu dan kesibukan tidak bisa menjadi asbab dan alasan,
    Kita ikhtiar ia.
    *tuhanberiakucintakepadadia,paramuhajirinku*

  4. Kakak, baru semalam kami bincang dalam usrah pasal semua ni~ Semua kami rasa perasaan yang sama.
    Kami ingat nak tengok akak je la sebagai contoh yang tampak seperti tak ada lelah…
    Itu yang harini tergerak nak buka blog akak setelah of course sekian lama x buka…
    Rupa2nya, perasaan akak pun sama.
    Apa mungkin ada tersalah mana2 somewhere along the line dalam kita tarbiyyah diri kita? sampai kena ada stage ni?

    huuuuuuuuuuu~ T_T

  5. rupanya..ibarat kata ‘wise man thinks the same’, ‘dakwah do-er thinks the same’ jgak rupanya…..
    nampak di situ….bahawa wave pemikiran para daie bergerak dalam frequency yang sama~
    jazakillah khair for the share akak^^

Leave a comment