Buat yang akan pulang untuk kebaikan

Posted on

Salam,

Sudah lama ingin saya nukilkan perkara ini setelah sekian lama mendiamkan diri.

Terkadang lebih asyik membaca dan mentelaah daripada menulis.

Apatah lagi dewasa ini negara sedang berhadapan dengan satu fenomena luar biasa sekali. Menantikan detik-detik penuh kemenangan.

Namun, aku mahu menulis ini buat kamu adikku.

Kerana pengalaman kita serupa.

Tidak ada yang mampu memahami kita kecualilah mereka yang pernah melalui situasi yang sama seperti kita.

Generasi kita berbeza dari generasi terdahulu.

Mereka pulang dari luar negara, dari Eropah dan Timur Tengah, sehinggalah mereka melahirkan gerakan dakwah yang baru. Mereka menjadi perintis gerakan dakwah. Mengimarahkan surau dan mewujudkan budaya pakaian hijab di kalangan muslimah.

Di era merekalah munculnya sekolah-sekolah islam, hospital Islam dan sistem perbankan Islam.

Kita pula lahir di mana kesemua sistem itu sudah ada, dan kita lahir di saat jiwa tarbiyah semakin lesu dalam masyarakat, dan kita mula menyedari hakikat kebangkita ini.

Situasi kita berbeza dari orang terdahulu.

Ketahanan diri begitu juga.

Orang di Malaysia sangat pelik mengapa graduan luar negara apabila pulang ke Malaysia tak mampu sehebat di sana.

Malah ada yang futur

Ada yang keluar terus dari dakwah.

Mereka akhirnya mempertikaikan tarbiyah yang pernah kita lalui.

Sedangkan, hakikatnya yang perlu difahami adalah situasi dan keadaan kita yang berbeza.

MAka, proses adaptasi selama setahun dua itu amat penting.

Adaptasi untuk dua perkara:

i) hidup dan bekerja di malaysia

ii) budaya dakwah di malaysia yang jauh berbeza dari luar negara.

Di luar negara , kita hanya fikirkan satu perkara sahaja:

i) bagaimana nak bina adik-adik kita.

 

Memanglah kita fikirkan juga masalah tarbiyah diri, masalah jemaah, masalah study, ada setengah negara memikirkan masalah wadah, masalah nak masuk masyarakat bagaimana ..

Namun rata-rata kita disibukkan dengan satu masalah itu sahaja; bagaimana nak membina adik-adik kita.

Dari situlah akan timbullah masalah kita tak cukup bekalan, takde murabbi, tak tahu nak bawak adik kemana, rasa diri sendiri tak terbina dan sebagainya.

 

Di Malaysia, hidupnya amat kompleks.
Masalah kita bukan lagi memikirkan pasal adik-adik kita.

Masalah paling besar kita adalah: menyelamatkan diri kita dari larut dan kefuturan.

Di luar negara, ramai mengenali kita. Kita dimintai mengetuai dan melaksanakan banyak program. Kita menjadi orang penting dan signifikan. Kita rasa belong to dakwah sebab kita merasai kita ada peranan.

Di Malaysia, jika kita bukan anak ikhwah akhwat, takkan ada siapa mengenali kita dan mengetahui siapa kita.

Perkara biasa jika kita memberi daurah setiap minggu di luar negera, di Malaysia, pada peringkat awalnya, mungkin satu daurah dalam… 6 bulan? Itu pun daurah ISK. Hurm.

Tapi, paling pentingnya adalah melalui zaman pekerjaan.

Ini amat mencabar sekali.

Dan zaman inilah yang menjadi pembunuh ramai daie.

PAda mulanya saya ingatkan doktor sahaja bermasalah, tapi tidak juga. Semua yang bekerja, jika tidak dapat adaptasi dengan suasanai kerja dengan cepat, akan mudah larut.

Duduk bersama keluarga, jika tidak memahami peranan sebagai daie, akan mudah larut juga.

 

Disebabkan itulah, paling penting untuk difahami adalah:

BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH DI MALAYSIA

Memang antum pernah lalui daurah BFG. Pernah ada orang Malaysia explain tentang keadaan di Malaysia, tapi takkan sama seperti melalui fasa-fasa di Malaysia itu sendiri.

Merasai ujian dan keperitannya.

Itu amat sukar sekali.

Bahkan yang ada support sistem yang baik sekalipun larut dengan pelbagai perkara.

Mustawa dan bahan daurah tidak menjamin istiqamahnya kita di atas jalan dakwah.

Namun yang menjamin istiqamah kita adalah apa yang ditekankan oleh al-bana dalam 3 formula pendeknya.

Inilah wasilah dakwah. FAktor berterusanya kita di atas jalan dakwah ini ada 3.

Ya, simple. Dah hafal.

Yakinlah. Ini sahaja kuncinya, Dan anda harus faham dengan hati yang faqih:

i) Iman yang mendalam ( Eemanu ameeq)

ii) Pembentukan yang rapi (Takwin Daqeeq )

iii) Amal berterusan ( Amal Mutawasil)

a) Iman yang mendalam

Pulang ke Malaysia dalam keadaan hati amat mantap kepada Allah. Tidak ada penekanan lebih penting melainkan penekanan terhadap mutabaah amal.

Hubungan hati dengan Allah yang berterusan dan kuat itulah akan menjadi neraca untuk membuat keputusan dalam banyak perkara.

Yakinlah perkara ini.

Disebabkan itu, faktor kerja tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak solat dan tidak mampu membaca al-Quran.

Ramai antara kita yang futur hanya kerana tidak sempat membaca quran dan melaksanakan solat-solat sunat. Ya, yang jadi HO, tak sempat solat itu memang perkara biasa, namun harus digantikan dengan solat taubat untuk menghapuskan dosa-dosa meninggalkan solat sebab nak ikut ward round dengan MO yang buat-buat tak faham itu..

‘ PEnat sangat, balik kerja, terus tidur, Tak larat nak buat apa2’. Begitu kata seorang ukhti kita apabila mula bekerja sebagai doktor.

Sungguh indah kata-kata seorang ukhti ketika saya bertanya pengalamannya sebagai houseman.

‘ Alhamdulillah, boleh bangun awal sedikit untuk solat tahajud, sebelum gi kerja kol 6 pagi. ‘ Subhanallah.

I know she struggled a lot. But she has shown very good example for all of us.

Jadikan kerja kita peluang untuk beribadah kepada ALlah.

b) TAkwin Daqeeq

Tidak dapat tidak, pulang ke Malaysia, kita harus terus bergabung dengan tarbiyah.HArus utamakan mencari usrah untuk diri sendiri dahulu. Ini adalah keutamaan. Menjadi pErkara biasa surat perpindahan tak sampai kepada orang MAlaysia. Di Malaysia takde orang contact. NAma tak sampai. Itu biasa dan expected.

Owh, tempat jauh di pendalaman, dalam sejam ke tempat yang ada naqib/naqibah.

Ini juga satu perkara yang biasa kita dengari.

Apapun yang berlaku dalam keadaan kita, usrah is still the first thing perlu kita setelkan. Ia perlu berada dalam aim terawal kita pulang ke Malaysia. Biarlah orang bosan pun dengan kita meminta usrah, tapi jangan sekali-kali quit dari mencari usrah.

Apabila pulang ke Malaysia, saya bertemu dengan ramai akhawat yang sudah setahun atau Β dua tahun tak berusrah. TErutama yang bekerja di pedalaman sabah dan sarawak, mahu pun di kawasan hulu seperti di perak yang jauhnya dari murabbi lebih kurang sejam dua perjalanan.

Menjadi houseman, sejam dua perjalanan adalah sangat besar ertinya. sejam dua itu amat penting digunakan untuk merehatkan tubuh badan, terutama ketika medical atau O&G.

Kerana itu, ramai yang tidak berada di kawasan yang ramai ikhwah akhawat, struggle untuk commit dengan usrah. Bukan tidak mahu, tetapi keadaan tidak memungkinkan usrah itu berlaku.

Maka, perlu usahakan apa sahaja cara untuk commit dengan usrah. Ada yang menyusun usrah di hujung minggu. Ada yang berusrah di hospital. Ada yang beronline. Apa sahaja. Janji ken ada usrah.

Tak apa usrah bosan. atau usrah tak meningkatkan diri. usrah tak tahu nak bawa ke mana.

Pada saya, di dunia Malaysia yang tidak ideal ini, walaupun kita ini qiyadah di negara tempat kita belajar, dapat menghadiri usrah itu sudah cukup bermakna walaupun usrah itu tidak sehebat mana pun.

Di Malaysia banyak distraction. Kita tak memiliki ramai murabbi yang mempunyai banyak kefaqihan. Apatah lagi mereka sendiri tak pernah mendapat bahan seperti mana kita pernah dapat ekoran pengalaman gelap dalam tarbiyah satu masa dahulu. Murabbi di Malaysia survive dengan bahan bacaan sendiri, pengalaman di medan, dan juga ceramah di ikim. Mereka sendiri jarang mendengar taujihat membina dari murabbi -murabbi dan syeikh dakwah.

Maka, kita tak boleh mengharapkan sesuatu yang tiada, dan di sinilah kita harus memahami erti mengikat diri kita dengan usrah.

MEngikat diri dengan usrah adalah untuk mengikat diri kepada jemaah, agar kita tidak bersama jemaah jahiliyah.

Kekurangan yang ada jemaah kita dari sudut tarbiyah harus kita sama-sama atasi dan tangani. Generasi kitalah yang harus mengubahnya jika kita melihat kepincangan tersebut.Namun untuk keluar dari usrah kerana usrah itu tidak membina dan bosan, bukanlah satu tindakan yang wajar sama sekali!

Carilah usrah, dalam masa sebulan dua. Jika tidak ada, carilah teman-teman untuk mengusrahkan anda. carilah wasilah untuk mengikat diri dengan tarbiyah.

In Malaysia, you are in charge of your own tarbiyah!

Kita yang menjadi penentu peningkatan diri kita sendiri. Bukannya murabbi kita. Bukannya sahabat kita. Tapi kita sendiri!

 

C) Amal berterusan.

Tidak ada yang mampu menjadikan kita untuk istiqamah melainkan kita terus berdakwah dan membina orang lain.

Kita harus membina orang dan harus membawa usrah.

Ini untuk membantu menyelamatkan diri kita sendiri.

Bila kita bawa usrah, kita akan paksa diri kita untuk meningkatkan diri kita. Kita akan paksa diri kita membaca dan bangun solat malam.

Kita akan push diri kita untuk menjadi qudwah kepada binaan kita.

Percayalah, apabila kita menggunakan alasan sibuk, kerja, keluarga untuk tidak membina manusia, kita akan dilarutkan dan disibukkan ALlah dengan urusan-urusan dunia tersebut berbanding umat.

‘ Akak, bagaimana akak boleh handle keluarga dan anak binaan akak yang ramai itu?’

Umum mengenalinya sebagai wanita yang amat hebat di dalam dakwah. Cukup hebat. Anak binaannya melata di seluruh dunia dan suara dakwahnya amat menyentuh hati manusia.

‘ Akak serahkannya kepada ALlah’ Begitu jawapnya ringkas.

Terbukti Allah menjaga dia dan keluarganya kerana dia menginfakkan diri dan hartanya untuk dakwah.

Percayalah, jika kita takut dakwah itu menganggu kerjaya, harta dan keluarga kita, ALlah akan sibukkan kita dengan perkara-perkara tersebut sehinggalah kita meletakkan pergantungan pada Allah untuk menguruskan dunia kita demi akhirat kita.

Berterusanlah dalam dakwah. Teruslah membina manusia. WAlaupun kepenatanmu sudah sampai ke terongkokmu, namun jangan sekali-kali minta diuzurkan dari membina manusia. Kecualilah keadaan benar-benar mencengkam dan kamu memang tidak mampu.

Seterusnya serahkan sahaja kepada Allah.

 

Barangkali, ini sahajalah yang mampu aku berikan buat kamu di sana. Aku tahu anxiousnya kamu untuk pulang dan berdebarnya kamu mahu membantu dakwah di Malaysia.

Ingatlah akan hadaf utama kita. Ingatlah apa yang mahu kita kejar di dunia ini.

Ingatlah, kenapa sebenarnya kita memasuki gerabak dakwah ini.

 

Selamat pulang adik-adikku ke Malaysia, bumi perjuangan dan bumi mengenali erti pengorbanan.

 

Wassalam

akakmu di jalan dakwah

Aisyah

Advertisements

10 thoughts on “Buat yang akan pulang untuk kebaikan

    wardatul shaukah said:
    May 5, 2013 at 6:15 am

    jazakillah khairan kathir. bilalah dapat bertatap mata dengan akak yang hebat ni. mudah2an 1 hari nanti akak dapat datang ke medan indonesia bertemu dengan kami di sini. πŸ™‚ sebab waktu akak ke jakarta aritu saya tak dapat ke sana.. moga Allah temukan kita 1 hari nanti. inshaallah πŸ™‚

      kholisoh omar said:
      January 1, 2014 at 4:12 pm

      Allahurabbi.
      jzklh, kak aisyah atas perkongsian ini.

      saya, ‘ansar’ nak minta maaf kat ‘ muhajirin’.
      tapi jom la kita berganding bahu sama2.
      insyaallah, moga kita saling menguatkan.
      juga sangat2 perlu untuk saya muhasabah diri.

    aisyaumayra said:
    May 5, 2013 at 7:08 am

    salam. hai kakak. i miss you :p bila akak nak datang UK balik utk kebaikan? hehe.
    will be waiting. barakallahufeek. ❀

    aku said:
    May 7, 2013 at 3:48 pm

    bagus artikel ni. terutama buat para doktor di luar sana yang belum pulang ke malaysia. jadi harap sebelum pulang dapat struggle tips yang diberikan, bukan hanya fikir tentang kawin mawin sahaja. ada benda besar yang perlu kita fikirkan, x boleh nak harap kahwin itu yang akan menyelamatkan kita dari futur. It’s all about diri sendiri.

    – aku nak kawin habis HO.

    HAZARO said:
    May 25, 2013 at 10:01 pm

    hebat, jzkk atas sharing, sy dulu xsuka baca muharikah ni, walau selalu membacanya, kerana sy rasa ia penuh dgn idealisme, kritikan, dan pendekatan yang tak pragmatik, terlalu sempit bg sy, tp tulisan pasca kembali ke msia, sy rasa nada tulisannya lebih segar, penuh positivism, lebih matang, mcm karya2 tarbawi indonesia, Ia menyegarkan di samping memahat keinsafan. semoga Allah SWT terus membimbing kita semua, semoga penulis terus membangun dan menyegarkan jiwa pembacanya, doakan kami yg bakal pulang ini iA.

    muharikah responded:
    May 26, 2013 at 3:37 am

    jzkk akhi atas komen yang amat jujur ini. amat ana hargainya.

    penunjuk jalan said:
    June 3, 2013 at 3:34 am

    jzkk.
    saya kira, orang yang kat malaya ni pun kena bertalahum dgn 3 formula ini untuk struggle dgn keadaan tarbiyah sekarang ini.
    uh.

    Husna Zaki said:
    June 30, 2013 at 2:06 pm

    I feel the same ..thank you kak for the sharing..

    Aku dan Tarbiyah | anamutarabbi said:
    March 27, 2014 at 5:35 pm

    […] walau di daerah mana ia berada. Tidak kurang juga yang saya lihat hilang atau berubah arah apabila sudah pulang untuk kebaikan (bfg) ke daerah masing-masing atau ke daerah lain untuk mencari rezeki. Saya tidak mengkhususkan […]

    arifah said:
    December 2, 2014 at 2:30 am

    Salam k aisyah z,

    Lama dah x comment ur writings. I just wanna say… this doesn’t just apply to BFGs. It applies to those graduating locally too. Zaman pekerjaan mmg sgt berbeza dr zaman belajar. Jzkk for writing a good piece

    All the best di tempat baru tu. Huhu.

    Wassalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s