The Broken Promise

Dulu, saya tak boleh nak percaya orang dakwah boleh berbohong dan pecah amanah.

Kisah-kisah seperti:

‘ Ikhwah itu gelapkan duit jemaah puluh2 juta!’

Ini adalah sesuatu yang luar biasa sekali.

Orang dakwah buat begitu?????

Sampai ada orang kata, dia itu syaitan namanya. Haha. Marah sungguh pada ikhwah itu.

Saya selalu sangkakan orang yang ditarbiyah dan ditrain hati dia untuk takut pada neraka, takut pada Allah, dan lembut utk bertaubat akan sangat takut untuk pecah amanah. Akan sangat takut utk makan sesen duit haram bukan miliknya.

pecah-amanah

Apabila saya memiliki syarikat sendiri, setiap sen saya claim akan dicatat. Semua ahli tahu. Dan kami dilatih begitu.

Namun, pengalaman bekerja makan gaji dan berniaga memang lain.


Kita yang makan gaji, mana ada ruang nak songlap duit. Kita takleh nak faham isu2 pecah amanah dan juga sunglap duit ini.

Yang kita tahu, kita kerja bagai nak rak, kene marah bagai, kene capai KPI boss, pastu 25hb duit gaji masuk.

Alhamdulillah.

Lain dengan bekerja dengan syarikat. Secara cash pulak tu.

handle beribu-ribu ringgit sudah menggegarkan iman. Hadle ratusan ribu boleh tahan lagi sket2..

Handle jutaan, hurmm…. iblis pun mari libas-libas.

Kita yang bekerja makan gaji takleh nak imagine dapat duit juta-juta.

sejuta-ringgit-150x147

SAya dah kira kalau saya nak dapatkan sejuta ringgit , saya kene masukkan SELURUH gaji saya setiap bulan dalam tabung haji selama 20 tahun. Hurm. Boleh guna RM 500 je sebulan.

Oh ya, gaji consultant doktor di sektor kerajaan hanya RM 12k sahaja ya. Harap maklum. Ini doktor perubatan. Ortopedik. Bedah. Lain cerita.

Fuiyo! 20 tahun baru sejuta ringgit?? Haiya. time tu dah tak tahu nak guna duit utk apa. Badan dah sakit2 keropot. Bayar duit hospital jelah.

TApi bila saya dah terlibat dalam bisnes, apabila kami buat unjuran revenue syarikat ( sales kasar yang masuk) dalam masa setahun, ( ini utk majalah dan kedai buku ya), tahu berapa kami boleh dapat?

Sejuta ringgit.

Ya.

1 with 6 zero behind it.

( hehe, unjuran, bukan actual ya)

Dan baru saya faham bagaimana sebenarnya dengan bisnes amat mudah menjadi jutawan. BAru saya faham kenapa semua bangunan yang berdekatan dengan Pejabat Ikram Pusat dimiliki oleh orang Cina. Cis. Saya mmg tercabar sungguh. Kenapa takde satu pun milik orang Melayu?

Sebab, samada kita kurang bisnes arcument ataupun kita memang yang pandai2 ini sudah ada kerja tetap dengan kerajaan atau private sector yang confirm makan gaji ( dan jadi kuli orang hurm.)

saya boleh cakap begini sebab saya sendiri makan gaji. DAn saya tahu saya mmg kerja macam kuli. Tapi saya ada misi yang jelas kenapa saya harus stay dalam bidang ini dan dalam organisasi yang saya sedang bekerja ini, walaupun hati saya meronta2 nak tumpukan pada bisnes sendiri.

Memang malang orang Melayu. Yang terpandai antara kita confirm kerja dengan kerajaan sebagai doktor atau engineer. Lagi pandai lagi kerja dengan petronas atau shell atau bank. Maknanya, jadi kuli orang. Jadi orang suruhan untuk dapatkan kekayaan untuk syarikat bukan milik kita.

Yang paling kepimpinan antara kita akhirnya terpaksa berbelah bahagi antara keinginan diri dan dakwah serta keluarga.

Akhirnya terpaksa mengalah dengan keluarga.

‘ Awak ini belajar tinggi-tinggi kat luar negara akhirnya balik nak berniaga sendiri? Awak nak kasi anak bini awak makan apa?’

Bukankah itu dialog biasa pernah kita dengari.

Yang berada disekeliling kita menakutkan kita akan risiko-risiko yang ada.

Kerja dengan kerajaan, confirm masuk kerja gaji 3-5k. Gaji pertama tu.

Kerja sendiri, bulan pertama tak tentu lagi 1k.

Kita dah dimindsetkan dari kecil, oleh kedua ibu bapa kita yang takut kita dilanda kemiskinan , oleh sekolah yang membina kita jadi pak turut yang baik, oleh masyarakat yang gahkan sangat orang yang ada pangkat dr di depan, sedangkan kita tak menyedari, bangsa melayu dan islam antara bangsa terpandai, tapi tersekat.

Tersekat potensi mereka menjadi pemimpin dan jutawan.

Tersekat untuk bebas berdikari dan hidup mencabar serta mengaut sebanyak2 kurniaan Allah di bumi ini.

SEhinggakan ahli2 usrah kita jarang membantu dan menyokong. Malah kita rasa sendirian dan keseorangan bila berkecimpung dalam bidang ini.

Kerana bidang perniagaan bukanlah bread and butter kita. Bukanlah kemahiran kita. Kita punya anggapan;

Buat bisnes –>gagal–> lingkup—> bangkrap –> mustahillllllahhh nak jadi jutawan.

kerja makan gaji jelah. Apa susah? cukuplah RM2k. tak yahlah nak mimpi2 200k. syukur jelah. tak yah nak tamak2.

Akhirnya dimanakah ahli perniagaan orang melayu dan bumiputera? Di pasar malam dan downtown sahaja.

Hurmm. Dan kita berbangga dengan syed mokhtar yang merupakan satu-satunya wakil melayu dalam senarai bilionaire malaysia.

f03ed0dfbb40afdc7c7bdb5af3f26504

SEdangkan kita tak melahirkan secara aktif golongan yang mampu menjana manusia dan kewangan sekaligus.

Tidak ada dalam sirah golongan sahabat yang meminta duit dari jemaah Islam. Tidak ada. Semuanya berdikari. Malah semuanya berfikir keras bagaimana nak generate duit untuk dakwah.

SAya kagumi abu bakr dan usthman, begitu juga abdul rahman. Misi ke Madinah bukan setakat dakwah, tapi juga menjana pendapatan dan kewangan.

Alang2 mereka buat dakwah dan membina manusia, mereka gunakan networking orang mukmin untuk berniaga dan memharumkan lagi dunia kewangan.

Inilah yang selalu kita selalu terlepas pandang.

Kerana orang dakwah tak pandai manage duit.

DAn yang pandai manage duit, pecah amanah.

kerana itu, kita melihat, sesama ikhwah akhawat dah tak boleh nak trust each other. Syak wasangka. Curiga mencurigai.

Ini kerana satu masa dahulu, zaman dahulu, ketika dakwah berkembang, dan kita mulai masuk arena perniagaan , dan kita sangat berjaya menyebabkan ikhwah akhwat kita kaya raya dan jemaah selesa, akhirnya.

Ada seseorang yang..

Broke the promise.

Apabila tidak ada hitam putih.

Kisahnya amat pahit. Sangat pahit. Apabila dengar, berderai air mata. Kenapa kerana duit kita boleh bermusuhan? Sedangkan niat asalnya duit itu adalah untuk dakwah.

Anda yang pernah pegang duit 5k, takkan rasa apa2 sangat pegang duit 10-15k.

tapi bila dah start pegang 500k, 1 juta,… hurmm.. best gak duit itu untuk diri sendiri.

Beli range rover evoque, downpayment rumah…. anyway, cek aku yang sign, hoyeah!

ohoh.

Dan syaitan amat pandai mengelabui mata hati manusia.

ALhamdulillah Allah kurniakan keluarga saya kurniaan yang banyak. Pada umur saya 24 tahun, mak saya hadiahkan saya kereta BMW 5 series. Saya bawa mengelilingi UK dengan kereta itu. Banyak pahala mak saya mengalir iAllah.

Jujurnya, saya sukakan kereta itu. Jatuh cinta mungkin. Dialah peneman dakwah saya drive sorang2 dari birm ke dundee pada musim salji di tengah kegelapan malam.

Saya merasai mewahnya makanan dan kehidupan. RUmah besar. Makan best. Duduk hotel 5 star ke atas. Travel satu dunia. Masuk airport lounge yang best.

Apa perasaannya?

Hurmm. entah. dah rasa. oklah. Best je. tapi..

nak jadikan matlamat, is not worth it.

Sebab nafsu kita akan sentiasa nak lagi nak lagi tak kesudahan. Bila dah dapat sesuatu, nak lagi.then come to a point, apa lagi yang benar-benar nikmat di dunia ini?

Tidak lain tidak bukan adalah —> menyumbang untuk dakwah.

Bukan sahaja turun padang membina manusia, tapi dapat sign cek RM10k atau 100k utk dakwah, the feeling, is just unspeakable. That is the best soothing moment in life.

Cuma kita ini, so called daie tegar ini (hohoho), sangat suka je sumbang duit 10k,100k camtu, tapiiiiiiiiiiiiii… tak reti nak jana balik duit tu.

Hurm. That needs a lot of training.

Jemaah dan dakwah ini melalui banyak zaman kepahitan dan kefuturan. Dia dah bergerak lama dan banyak cabaran telah dihadapi.

Kebanyakkan disebabkan..

the broken promise ini.

Saya hanya sebutkan tentang satu part sahaja dalam history kita, ada banyak lagi part2 yang tidak diketahui, dan semuanya itu pengalaman yang mahal.

Kini, dakwah muncul dalam wajah yang segar dan baru. Gol dan matlamat yang dicapai jauh lebih besar dan panjang nafasnya. Kita nak capai satu gagasan dan hakikatnya jemaah ini akan hidup dengan generasi muda seperti kita. Saya dan kamu yang masih naif dan hijau dalam dakwah.

Kita yang masih lagi mencari posisi yang terbaik dalam dakwah. Dan setiap dari kita harus melengkapkan setiap kekurangan yang jemaah ini miliki.

Belajarlah dari sejarah kita. Jangan ulangi perkara yang sama.

Kita tak perlu lalui kepahitan yang sama.

Kita harus berjalan lebih jauh, dengan hati yang jernih, dengan pemikiran yang tenang dan keazaman yang membuak-buak untuk kemenangan Islam.

Disebabkan itu, dakwah kini tidak cukup hanya tahu tentang marhalah dakwah dan tahil murabbi. Walaupun saya tahu dan faham, bila perkara asas tidak betul, ramai ikhwah akhawat balik malaysia boleh futur.

Pada saya, yang perlu kita fahami, adalah kesyumulan kepada Islam dan tarbiyah.

Ada antara kita particular bab akhlak dan solat.

Ada yang sangat tekankan part2 dakwah dan harakah. SAmpai macam takde perasaan pada orang lain.

Ada yang sangatlah keruhian sampaikan takde peningkatan dalam tarbiyah

ada yang sibuk dengan aktivisme sehingga nampak dia aktif di medan, tapi jiwanya kosong dengan ilmu dan bekalan.

Kita mahu ubah kesemua ini.

Kita mahu jadi abu bakr, umar , uthman dan ali. Mereka ada pakej kesemuanya.

Akhlak, ruh, kewangan, aktivisme, semuanya tanpa tempang dan canggung.

Ramai yang mengatakan tentang keutamaan tanpa dia sedari dia berada di lingkungan fokus amal itu terlalu lama tanpa peningkatan dan pengembangan.

Dalam kita berfasa tarif, kita harus berkembang. DAlam fasa takwin kita harus meningkat.

Dalam tanfiz kita sudah create jutaan amal.

Anis matta pernah menyebut; ‘ Bagi seorang mukmin itu 1 masa=1 unit amal’.

Dan dia teruskan juga, bagi orang mukmin kerana masanya terbatas, dia harus menjadikan 1 unit amal itu berbuah ratusan amal2 yang lain.

SAtu amal yang bermanfaat dan boleh cetuskan amal2 yang lainnya.

Kerana itu, dakwah menjadikan kita sangat intelek dan sentiasa kritis berfikir, apakah amal luar biasa mampu aku sumbangkan untuk dakwah? Sehingga aku tak perlu menghabiskan banyak masa untuk 1 amal yang membawa satu pahala sahaja.

Itulah kefahaman yang sentiasa menjana dinamo semangat kita untuk mencari amal yang muntij. Amal yang akan generate amal-amal lain dalam masa, waktu dan wang yang sedikit.

Oh ya, berbalik kepada isu pecah amanah, apa yang perlu kita ada sebelum memulakan apa2,adalah kejujuran, keikhlasan, dan taubat berterusan apabila involve dengan duit.

Dan benar, saya melihat orang dakwah, jadi manusia berbeza apabila berhadapan dengan duit.

Next pelajaran yang harus kita lengkapi selain dari quran dan sunnah serta manhaj adalah –> pengurusan kewangan berbasis dakwah. Ya , dan ini amat penting sekali.

 

Wallahulam

nanti share lagi fikiran2 lain.

wassalam

aisyahz

4 thoughts on “The Broken Promise

  1. salam again syah,

    Hence Allah reminded us in His longest ayah in the holy Qur’an…..

    Seorang akh/ukht walaupun dipercayai sepenuhnya kerana tarbiyah yang dilaluinya bertahun-tahun, tetap iblis dan syaitan itu tidak boleh dipercayai langsung. Bahkan iblis dan syaitan itu, menggoda sang manusia yang bernama dai’e , dengan sabaaaarrr sekali.

    Oleh itu, apabila ada di kalangan ikhwah akhawat, mahu menghitam putihkan perjanjian, atau peminjaman atau apa, janganlah dilihat padanya sebagai berkira, tidak mempercayai atau menyusahkan atau apa2 lagi. Tenang2 aja, dan lapangkan dada. It is his or her right, hence it his her right to have black and white… Segalanya kerana kita ini manusia, pelupa, bukan malaikat, bahkan mudah digoyahkan dengan kehendak nafsu dan godaan syaitan… huuuu….

    Sebenarnya, ia mendidik kita supaya bertanggungjawab terhadap hak orang lain. Setelah menandatangani perjanjian bertulis, konsekuensi pecah amanah itu lebih mudah dilihat dan ditanam di dalam hati, rather than feeling, ‘oh my friends who i betrayed, are nice people, they’d be forgiving me anyway and Allah would surely understand my situation and forgive me as well’- maybe one would say to his or herself when the purer part of the heart is disagreeing with the actions.

  2. salam akak 🙂
    pertama sekali, sy selalu je follow bace blog akak,
    sbb nak tahu sng tntang ape yg dh berlaku di persekitaran dakwah kita..
    terlalu inspiring smpai setiap kali post akak rse smgat nk wat dakwah tue..

    mcm skrg, bile akak post sebegitu, wat sy b’fikir, tugas kte, bukan sahaja sekadar handle program tarbawi, buat dakwah, usrah n etc..
    sbnrnye kte ade lagi byk perkara yg perlu di settlekan..

    sy harap, akak doakan kami or kita adalah syabab2 ini istiqamah dalam jalan ini dan sentiasa meletakkan dakwah sbgai perkara pertama dalam kehidupan ini,

    Allahu Akbar! Lots of love from Ipoh ❤

  3. Assalamualaikum kak Aisyah..
    Moga Allah memberi kekuatan utk terus inspiring semua syabab2 seperti sy ni..
    tarbiyah dan da’wah ni sngt luas perspektifnya..keep on writing, may Allah bless u n family..
    Doakan kami ye..from Sibu with dua’

Leave a comment