Berubah

Ramai sebut saya sudah berubah.

Entry pun dah kurang berbau tarbiah. Asyik cakap pasal medik dan dunia sahaja.

Dilema saya, sy amat kepenatan balik dr hospital. Jika ada masa sy akan tidur.
Terkadang sebelum balik rumah sy perlu hadir meeting dakwah.
Terkadang malamnya ada kelas medik.
Balik rumah pukul 10 malam ke ats.

Jika tidak ada kelas selepas isyak pasti ada usrah atau meeting dakwah. Jika tidak ada usrah pasti sy akan oncall.

Jika ada masa sy agak kosong pun, sy akan gunakan untuk menyantuni keluarga sy dan menyusun jadual mingguan sy.

Sisa masa sy yang ada adalah menulis satu artikel untuk JOm kalau ssmpat. Jika tidak sy gunakan untuk menjawap 100 soalan MRCp setiap hari sampailah sy tertidur. Itupun ada lagi kerja rumah lecturer kasi x siap.

Perjalanan nak jadi specialist bukan mudah. 4 tahun begitu mencabar sekali. I have to do this. I have to be someone superior untuk menyumbang lebih kepada dakwah melalui masa dan pengaruh sy Iallah.

Thats why I need to sacrifice. Jika ada pun masa sy yg ada, sy akan gunakan untuk membaca buku sejarah Islam yg dah lama pending utk dibaca.

Terkadang kita harus bersabar dan menyiapkan diri dengan segala kekuatan seperti mana disuruh Allah. Antara persiapannya adalah berjihad di medan pekerjaan masing-masing. Melaluinya kerja dakwah boleh dilajukan dan sumbangan besar boleh diberikan.

Moga selepas tempoh persediaan ini sesuatu yg luar biasa mampu dihasilkan iAllah! ( menulis buku, travel satu dunia etc)

Ini pun sy menulis melalui telefon supaya tidak distracted dgn komputer. Perlu study sebelum tidur.

Moga Allah berkati masa masa kita semua!

Advertisements

Pengalaman dapat SVT

Salam

 

Sepatutnya saya oncall hari ini, cuma pagi tadi ada palpitation yang sangat dahsyat. I self-diagnosed myself to have SVT sebab heart rate 180-200 camtu dan tak turun-turun. Buat valsavla manouvre ( tingkatkan intrathoracic pressure, buat tiup wisel dengan tangan,) dan carotid sinus tak jalan. sejam tunggu dalam kereta tak turun2 heart rate. time tu tengah memandu, tapi ada chest heaviness dan giddines. baru faham sangat kenapa patient post MI tak boleh bawak kereta. meamng tak stabil!

 

Disebabkan memang oncall hari ini, terpaksa gagahkan diri juga pergi ke ED. Maybe akan turun heart rate. tapi tak turun2 lepas 20 minit dalam kereta.. tiba sahaja ED, semua orang pelik, sebab mereka datang ke saya untuk refer case, tapi saya plak jadi patient. Haha. Nasib baik ada HO yang sangat baik dan bagus. she took the vitals that confirmed my hear rate beats around 200. ECG pun dibuat stat, mmg ada SVT. tapi time tu dah drowsy tahap bagai. tak cukup oxygen nak supply ke brain. rasa nak pengsan pun ada.

Terus depa kasi Adenosine 6mg. First time experience apa yang patient saya experience. selalu saya yang kasi adenosine tu kat orang Adenosine akan stopkan electrical circuit kat SA node, then back to sinus rhythm. tapi time ubat itu kena rasa macam nak collapse sebab rasa jantung berhenti sekejap. ( kene tgk gambar baru faham circuit kat jantung tu camne) Mengucap saya banyak2.

Maybe pagi tadi saya minum kopi yang triggerskan SVT ini.

Disebabkan mmg saya oncall hari ini, saya minta je HO saya clerk saya dan confirmkan management.

Alhamdulillah lepas rehat, keadaan makin baik, cuma diri kepenatan macam orang berlari. ( yalah jantung berdegup laju selama sejam lebih) . Dapat MC hari ini. Alhamdulillah dapat team yang best utk coverkan. Moga oncall mereka ok hari ini.

Artikel semalam ternyata amat viral. saya harap tidak ramai salah faham atas artikel itu. tiada niat untuk saya judgemental kerana adik2 yang saya rapat ramai yang dari mesir. saya menulis artikel ini pun untuk mereka agar mereka bertahan dan menjadi kuat.

 

Memang, sistem di malaysia tak ideal. boss pun tak best dan suka downgrade kan orang.

 

cuma mungkin ramai adik2 tak nampak yang sebenarnya MO pun kena downgradekan. Saya pun selalu je kena perli2 dan maki sewaktu saya jadi MO. time tu HOD mmg marah sangat2 kat saya.

‘ Im dissapointed at you Aisyah! Im very dissapointed!”

And dia sebut lagi kesalahan saya kat depan semua orang di dalam department kami ( tak sebutlah nama saya tapi semua orang tahu). ini terjadi sebelum saya start masters. i really do struggle. sampai sekrang specialist2 saya ingat saya sbb saya bermasalah di hospital lama saya.

 

At one point, in medical, kita akan lalui traumatized phase begitu. it make us strong though. it makes us want to be better. saya selalu rasa hampeh bila saya tak dapat detect diagnosis patient ataupun missed some blood investigations. kadang2 saya macam tengah penat dan stress tak sempat nak tengok patient details2. then time tu kesilapan akan berlaku.

Di malaysia sistem kita belum ideal lagi. support system kita sendiri belum cukup kuat lagi. tapi ramai doktor yang ada kesedaran try nak improvekan situasi ini walaupun ianya akan mengambil banyak masa.

seperti mana HO perlukan banyak latihan, MO pun sama, specialist pun sama. cuma of course pressurenya berbeza-beza.

Cuma, kena selalu berfikiran positif dan nampak matlamat besar di hadapan!

Rata-rata yang saya lihat akan progress dengan cepat dalam dunia perubatan ini adalah jika:

a) semua kawan2 dia amik masters

b) suami/isteri dah ada mrcp/mrcog etc

c) bila tgk junior dia jadi boss dia.

 

kalau graduan luar negara, ramai yang by default akan buat mrcp sampai habis dengan harapan jadi specialist kat malaysia tak payah buat kerja MO. tapi sayangnya mereka juga struggle kat mlaaysia sebab tak memahami sistem dan tak mahir praktikal prosedur.

Satu perkara dalam bidang perubatan yang harus kita fahami adalah, pembelajaran kita takkan berhenti medical school. Kita harus belajar sampai kita mati. Kena selalu updatekan knowledge. kena sentiasa aim untuk menjadi yang terbaik

 

Disebabkan itu, niat untuk jadi doktor harus bermula semenjak hari pertama di medical school.

 

Hari pertama di medical school kena nampak, aku mahu jadi doktor yang bagaimana?

 

Banyak saya nak tulis, tapi saya perlu berehat. Baru ambil bisoprolol untuk turunkan heart rate ( tak sangka umur 30 tahun ini kena makan ubat jantung juga huhuh). Ada soalan mrcp nak dibuat dan satu kes report kena buat. next time saya ceritakan kisah2 menarik yang bakal dihadapi ketika buat masters agar ramai lagi adik2 yang sanggup tempuhi jalan mencabar tapi manis ini. moga sama2 kita tingkatkan kapasiti diri dan ummah melalui bidang perubatan ini.

 

wassalam

AisyahZ

gombak

Kekeringan di musim hujan

Salam

sejak berada di Malaysia ini saya telah mencatat rekod agak buruk dengan membiarkan blog ini kusam dan masai. Dalam keadaan dunia teknologi makin pesat, wordpress mungkin akan menjadi sejarah, begitu juga facebook dan twitter. Tapi sebelum iaya berlaku, elok juga diabadikan kisah-kisah di sini.

 

Apa yang menjadi faktor terbesar mengapa saya lambat update juga adalah untuk mencari sesuatu untuk dikongsikan. Kisah-kisah yang mampu membasahi hati di kala kemarau kekeringan tarbiyah. Kami di ofis majalah jom sering kali akan mengambil masa dua tiga hari bertafakur dan membaca sebelum kami jumpa untuk brainstorm isu-isu seterusnya. Seringkali juga aku hadir pada pertemuan itu dengan otak yang tidak puas dan hati yang kaku. Ini kerana, untuk melahirkan ‘makna’ pada sebuah penulisan bukannya mudah.

 

Teori sudah tersedia banyak. Boleh copy and paste. Boleh sahaja ambil poin dan ubah-ubah ayat kasi sedap dan menarik. Namun, untuk masuk ke jantung hati manusia dan menyentuh mereka… tentunya harus menyentuh dan mengubah hati kami semua terlebih dahulu. Ingat senang ke? Hu...

 

Begitu jugalah dengan dakwah. Apabila hati kita kering, kering juga bicara-biacara dan perbuatan kita.

 

Yahya bin Muaz pernah berkongsi ayat-ayat ini:

Manusia akan segan denganmu menurut kadarmu takut kepada Allah. Manusia akan mencintaimu menurut kadar cintamu kepada Allah. Dan manusia akan sibuk menolong urusanmu menurut kadar kesibukanmu untuk Allah.

 

Ramai yang rapat denganku bertanya-tanya mengapa hujung mingguku tidaklah sekencang sewaktu di luar negara. Mereka acapkali pelik kenapa tenagaku tidak digunakan sepenuhnya untuk dakwah di bumi dakwah yang baru ini.

Aku juga sering bertanya pada diriku sendiri adakah aku sudah selesa dengan keadaan yang ada ini. Disibukkan dengan perkara-perkara yang tidak direct membina manusia. Sukar untuk aku explain lebih lanjut, tapi untuk yang memahami pasti akan faham. Kita boleh membawa usrah, tapi tidak semestinya dapat membina diri anak usrah kita sepenuhnya tanpa daurah dan aktiviti sokongan lainnya.

 

Di Malaysia ini, situasinya agak kompleks dan setiap individu ada keunikannya. yang belajar dan bekerja juga berbeza.

Di Malaysia ini aku mula untuk tidak berfikir besar untuk dakwah kerana jalan di hadapan sangat samar-samar. tidak tahu ke mana nak gerakkan adik2. tak tahu nak letakkan orang di mana. tak tahu nak offer diri camne. tak tahu apa perlu dilakukan. dan ruang2 yang dioffer utk dibantu juga tidak mampu kulaksanakan kerana kekangan kerja dan juga aktiviti lain yang agak berisiko utk kakitangan kerajaan.

 

Ada juga yang berkata,’ Apalah orang2 overseas ini asyik nak kawan sesama dia sahaja. kalau boleh, bantulah banyak2 negeri lain supaya semua negeri dapat manfaat dari pelajar luar negara.’

 

Dari satu sisi, memanglah nampak logik. Dari satu sisi yang sebenar dan realiti, orang2 luar negara banyak collapse dan pengsan di tengah jalan kerana sangat awkward berada di sebuah tempat yang dia hanya mengenali dirinya sahaja. Collapse tanpa sedar lagi ramai dari yang sedar. Sibuk dengan kerjaya sampai mmg tak sedar diri sudah semakin jauh dari dakwah. Selesa dan tak kisah apa yang sedang berlaku dengan dunia.

 

Mengubah dalam keadaan aku tidak tahu jalannya, adalah sesuatu yang mustahil. Mencari teman baru untuk difahamkan dan cuba berkongsi rasa pun sangat sukar. Untuk explain, something is wrong pun sukar. Sudahlah kekangan kerja menyebabkan sukar untuk menyertai aktiviti-aktiviti tambahan lain. masa bersama sangat terhad selain dari daurah dan usrah.

 

Dahulu, emel2 amat banyak dihujani dengan diskusi dakwah dan tarbiyah. Kini hanya menerima sahaja maklumat program. Diri pun menjadi selesa dengan kesibukan yang ada, sedangkan keghairahan yang ada makin kering dan makin tiada.

 

Mngkin perlunya hijrah ke negeri yang basah. Negeri yang mengingatkan semula makna-makna yang syahdu. Murabbiku menasihati, janganlah lari dari masalah.Ini bukan masalah lari. Ini masalah menyelamatkan diri. Kita tak mampu memahami orang lain yang tidak mengalami apa yang kita rasa. kita sahaja merasai kekringan hati, dan setiap kali kita meminta sesuatu tambahan, sukar kita sampaikan maksud itu. lantas, kita hanya belajar sendiri dan buat-buat pandai. akhirnya kita pun menjadi keliru dan tidaklah berbuat seperti yang sepatutnya.

 

Jemaah tarbiyah ini, amat banyak impiannya. Ia mahu memimpin manusia di Malaysia seterusnya dunia. Namun, seperti mana jemaah lainnya , cabaran utama adalah komunikasi. Ia lahir dari pelbagai latar belakang. ia lahir dari pelbagai cara didikan. Setiap insan di dalamnya akan sangat menggungguli cara dia dididk dan memahami dakwah ini. Datang orang lain dengan pendapat lain, sering mengambil masa untuk menghadamkan dan menerima. Apa yang kita ingini tidak semestinya difahami dan diberikan. Kita hanya boleh menerima apa yang ia sediakan dan move forward. Seteusnya menunggu masa dan keadaan yang benar dan tepat untuk memberitahu dengan harapan mengubah. Itupun mengambil masa agak lama. terkadang kita dah fedup terlalu awal, sehinggalah keadaan menjadi kronik dan parah. Sehinggalah sesorang datang menziarahi kita dan memberi pendapat:

‘ saya rasa, potensi awak tak digunakan sepenuhnya untuk dakwahlah aisyah’

tergamam apabila saya menerima nasihat penuh jujur dari sahabat dakwah yang sudah saya kenali hampir 10 tahun di jalan dakwah ini. Saya bertemunya 10 tahun dahulu di kota London ketika dia mahu menDF sahabat saya. Saya bersyukur setelah lama masa berlalu, kami maish bersama di jalan dakwah ini. Dia sering menjadi lampu-lampu yang mengingatkan hati kami yang telah tidur. Dia tidaklah sepopular ramai orang, namun dirinya sangat penting dan istimewa buat kami semua.

Setelah menerima kunjungannya yang berharga itu, fikiran saya tak pernah berhenti sehinggalah sekarang. RUmahnya dekat sahaja dengan rumahku. Namun kerana kawasan daerah dakwah kami berbeza, aku hanya dapat bertemunya sekali setiap 6 bulan sahaja, kerana tidak ada wajihah untuk kami bertemu. Sedih. Dan kami tahu, kami perlu atasi perkara ini dengan segera, agar tidakkan putus ukhuwah yang hangat ini.

 

Episod rasa down, lemah, lembab, takde energi, seolah-olah menjadi simfoni biasa di dalam perjuangan ini. Depends kat mana kira berada dan lingkungan mana kita dicampakkan. terasa hati, tak puas hati, geram, sesama ahli juga merupakan asam garam yang kita perlu pelajari seninya.

‘CArilah hiburan yang menggembirakan kita. Keluar dari jemaah, tidak sama sekali.’

Sekali sekala aku bertemu murabbiku itu, belajar tentang bisnes, Sekaligus tentang dakwah. Dia banyak mengajarkan kami hikmah dan jalan-jalan untuk terus istiqamah di atas jalan dakwah. Walaupun banyaknya cacat cela jemaah ini, jemaah ini banyak potensi dan barakahnya. Hanya perlu sabar dalam mengubah dan membaikinya. Tidak ada orang lain dapat mengubahnya kecuali kita juga.

 

Sepertimana dirimu mengadu pada diriku adikku,

‘ akak, saya keringlah. takde pengisian kat sini walaupun dah minta. Kawan2 ana semua futur dan malas buat dakwah’

Di bumi yang ramainya juga orang2 kuat dakwah, aku juga mengalami fasa yang sama, walaupun keadaannya berbeza. Ada orang kata, berada di medan juga tarbiyah. Tak pelah kalau tak dapat pengisian usrah atau tarbiyah formal.

Tapi, sukar untuk beraksi di medan tanpa taujihaat tarbawiyah yang boleh dinampaki visi dakwah ke hapadan. Seperti ISHAB sering berkhutbah tentang perancangan ikhwan, tentang prestasi ikhwan tentang impian ikhwan, kita masih kekurangan itu. banyak yang masih kita blur. kadang2 tak tahu nak bentangkan apa dalam usrah, buka jelah buku dan baca. walaupun zaman sudah jauh ke hadapan, dna kita tak boleh lagi bersikap dan melakukan cara tarbiyah yang sama lagi. perlukan banyak input2 yang menggabungkan semua elemen yang diperlukan dalam jemaah. bukan hanya baku di dalam buku dan boleh tanda dah cover sesuatu bahan. Kita perlukan integrasi yang mencantumkan kefahaman kita tentang di syria,di turkey, di mesir, menggabungkan elemen sirah, tafsir, dan hadis. dalam masa yang sama memantapkan juga pohonan aqidah melalui pengetahuan tauhid yang mendalam mengikut kaedah moden yang mudah difahami.

 

Dalam sebuah negara, kejayaan satu bangsa amat bergantung kepada sistem pendidikan. Begitu juga dengan jemaah. Namun, tarbiyahlah antara perkara paling crucial namun masih amat perlu kita bantu dan sama-sama baiki. Ini tidak lain hanya kerana kekurangan asatizah kita yang menguasai bahan dan bahasa arab. hampir 70% ahli kita tidak memahami bahasa arab dan berlatar belakangkan profesionalisme sains tulen. Maka kefahaman tentang tarbiyah turut lemah. Antum yang pernah lalui tafsir dalam bahasa arab dan melayu akan rasai bezanya memahami isi dalam bahasa arab banding melayu.

Generasi Y memang lain dengan generasi baby boomers. Kita amat sukar menjadi mereka yang dahulu, kerana kita just difference. Rakan2 kita lain. suasana sekeliling kita pun begitu. Adakah kita mengenali diri kita dan generasi kita?

Kita memang boleh complaint dan mengomen. Namun tak banyak akan boleh berubah dengan bercakap. Kitalah perlu beraksi dan mengubah keadaan yang ada.

 

MEmang kita down , memang kita lemah. Kita tengok diri kita sedikit sahaja bekalan. Namun, kita masih ada sesuatu yang amat mahal, pernah ditanam oleh murabbi kita dahulu:

‘ Kefahaman’

Inilah yang menjadikan diri kita masih tegap berdiri di sini dan terus berjalan walaupun terasa ketempangan tiada taranya.

 

Dari kefahaman itulah kita terus mencari jawapan dan jalan keluar.

Satu yang perlu kita pegang untuk mengatasi masalah yang kita rasai ini, jangan putus asa . Peganglah sedikit semangat yang ada, dan nyalakan ia selalu. Carilah baraannya. Jangan biarkan diri kita larut dengan keselesaan yang ada. Tak sibuk dengan dakwah adalah sebuah keselesaan. Jika kita tidak sibuk membina orang, kita pasti akan sibuk dengan sesuatu yang lain. Macam saya, sibuk kasi makan staff saya burger king time tengah nak dekat dateline hantar mockup majalah jom ke printer. Heh.

Memang, kami amat happy dengan keadaan kami. Kami rasa kami tak perlukan sesiapa. Kami bahagia, hidup rileks dan tenang. Takde masalah. Tak serabut sangat fikir anak usrah. Usrah jalan oklah. datang daurah. program pun boleh tahan. semua ok.

heheh. bila semua dirasakan ok, mmg tak oklah tu. mana ada dakwah rileks? mana ada dakwah takde masalah. Dakwah mmg bawak masalah. SEbab itu perlu adanya qadhaya. Bila takde qadhaya itu yang takde masalah sedangkan masalah dakwah makin lama makin bertimbun.

Akhirnya, kesibukan dan kepenatan dalam dakwahlah yang menjadikan hidup kita amat manis dan indah sekali. Manjdikan diri kita amat bersemangat di pagi hari kerana kita merasai harapan-harapan yang baru dalam hidup kita. Menjadikan diri kita nampak visi baru di hadapan.

Ya, anak2 binaan aku akan gantikan nurul izzah malah jadi ulama rujukan para muslimah! Aiwah! Fuh!

 

Oklah. Saya menulis ini supaya kamu pun tahu saya mengalami fasa amal paling meurudum dalam hidup saya. Saya pun tak tahu apakah penyelesaian boleh dilakukan. Option terdekat adalah hijrah. Tapi adakah hijrah itu akan mengubah keadaan yang ada pun? saya tidak tahu.

 

Nasihat saya juga, jika kamu berada di sebuah kawasan baru, dapatkan geng. Geng dakwah. Geng yang boleh semarakkan semangatmu di kala kamu down. Memang, bila kita ke daurah, kita tak kenal sesiapa dan tak boleh cerita apa kita rasa, perasannya macam .. erghh… ini baru ke daurah. belum lagi bicara soal2 anak usrah, soal2 masalah lain. Sukar nak jadi hero di tempat baru. Kita masih belum kuat. Saya sendiri belum kuat.

 

Oklah. Harus tumpu kerja lain pula. Alhamdulillah minggu lepas dah daftar Masters programme in internal medicine. Supervisor saya dah nasihatkan amik MRCP. Exam yang telah menfailkan ramai orang dan menjadikan badan exam itu kaya sebab orang asyik amik exam tu berkali-kali.

‘Kenapa weyh kene susah-susah amik exam?’ aku kadang-kadang rasa tak best mengejar dunia tak seberapa ini.

‘ Kau ini. lagi kau naik pangkat, lagi kurang kerja ko, lagi banyak gaji, tau tak?’ Begitu  kata kawanku. iAllah kami akan amik MRCP bersama nanti.

 

Di sebabkan itulah kene juga kuatkan hati untuk amik juga exam2 yang boleh naik pangkat cepat, so gaji banyak, masa pun banyak, then banyakkkkkkkkkkk benda boleh buat untuk membantu manusia lain.

 

Moga Allah redhai amal-amal sederhana kita ini.

 

Salam menuju Ramadhan

Ukhtikum fil Islam

AisyahZ

 

 

Dr Hyde and Miss Jekyl

Or should I say:

Dr Aisyah and Puan Muharikah. Ahaks!

Ternyata dunia perubatan dan pekerjaan yang aku temui amat berbeza dari tempelakanku di waktu aku mengambil keputusan untuk kembali ke bumi Malaysia.

Ramai houseman aku bertanya :

‘ Dr Aisyah, why u come back here? Aiyo! If I were you, I wont come back one!’

 

Kasihan mereka menjadi hamba orang aka HO, ternyata layanan terhadap mereka masih berbeza dari kami di UK.
Continue reading “Dr Hyde and Miss Jekyl”

How to take blood from patient.

salam,

banyak yang saya nak tulis dan share.

Hari-hari sewaktu ke ward, saya akan ada satu karangan dalam otak saya untuk ditulis.

Tapi dalam masa yang sama, saya perlu submit satu case discussion by Jumaat ini, apply kerja by 7 november dan elective report by 10th November, dan semuanya perlu dalam bahasa Inggeris.

Knowing from my past experience, I did badly in english writing due to poor grammar and lack of ‘smart’ english in the essay.

Saya boleh menulis dalam bahasa melayu 50 perkataan dalam seminit, but it took me 5 minutes to construct that 50 words in english.

But insyaallah, sape berusaha pasti berjaya. Berusaha!

Untuk adik-adik medik, saya sedang buat attachment di vascular ward. If u guys want know, most of the patients in the vascular ward had the worst veins ever compare with the other patients in the other wards.

Alhamdulillah, saya buat attachment di A&E sewaktu elektif, dan mmg banyak kali praktis cari vein dan dapatkan darah orang.

Pada saya, satu kenikmatan dan kepuasan yang ketara kalau saya dapat masukkan jarum ke dalam vein patient dan terus dapat darah dia. Tak kisahlah to collect the blood or for venflon. Sekali je terus dapat.

‘ There was one student, he tried to get the bloods from me for 13 times before he got it!’

Ya Allah, kasihannya pakcik tua tu. Dah lah vein dia susah nak nampak! 13 kali pulak tu dia kasi student tu cucuk dia!

Aiyo… no way man!!!!!Kalau saya, saya dah aim, kalau saya masuk hospital, i will ask the anaesthaetist to cucuk my vein, so that they don have to poke my veins so many times and leave the bruises behind. And furthermore, i hate needles!!!

Alhamdulillah, saya try amik darah kat pakcik tua tu sekali je pagi tadi, guna butterfly needle. Alhamdulillah.

Alhamdulillah, after a lot of practices and observations, i gathered a technique on how to succesfully insert a venflon or to take the bloods from the patient. ( without leaving bruises and hurting them)

And i figure out the tips, especially for adik2 yang baru masuk preclinical years, where u guys are expected to know how to take bloods and put venflons to the patients. Precisely.Berani tak? hehehe…

Ni dia tips2nya:

1) Look at the patient’s vein

It is worth to see the patient and her/his veins before you to start to collect the equipment. At least you know what size of vacutainer and needle you want to put in . Look where the best vein is. Look both left and right area of antecubital fossa, and the surrounding areas. The veins are usually bounding when you palpate it. So you can distinguish it from the ligaments. If you cannot feel the bulging and bouding veins, you might see the superficial and small veins. Runs through them, palpate them and feel whether it is big enough for you to put the vacutainer without bursting the blood vessels. Dont panic if you cannot find one! Each patient is unique so they have different sort of veins. You are not in trouble for not be able to finding one. Continue reading “How to take blood from patient.”