Bekalan berterusan.

Posted on

Salam

There is a reason why I didnt blog as much as I did previously. I tend to give an excuse as I was busy writing and editing the magazine, but then again, I know, I was unable to be myself when I write this.

Sehinggalah aku melihat seorang adik yang dikasihi membaca blog APG. Dia pernah kata dia tak suka sangat baca blog Enchi’ itu sebab dia kenal enchi’ itu dan tak suka membayangkan kehidupan enchi’ tu. Rasa tak best.

Bila dia membaca blog Enchi’, saya tahu dia tidak ada alternatif untuk dibaca dan disinggahi. Sesuatu yang dekat dan bermakna. Seperti mana selalunya kita sedang mencari-cari makna di sebalik kehidupan kita. Kita mencari-cari sesiapa yang memahami dan berkongsi rasa. Moga ada jawapannya. Sesuatu yang realiti dan berbekas di hati.

Untuk dialah, saya menulis juga hari ini. Seperti mana dahulunya, adik-adiklah yang sering menjadi inspirasiku untuk menulis saban waktu. Sehinggakan ada seorang anak usrah saya pernah kata,

‘ Akak, updatelah blog hari-hari, tiap-tiap pagi saya akan baca blog akak.’

Tersenyum aku sendirian memikirkan kenangan itu. Yalah, di waktu itu, kita tidak ada perkara lain selain dari study dan dakwah. Kelas kol 9 am, bangun pukul 7am. Menunggu masa, macam-macam boleh buat.

Adik usrah itu sekarang sudah pun bekerja sebagai houseman di belahan negeri yang berbeza. Aku hanya bertemunya sekali dalam 6 bulan dan jarang sekali berhubung di telefon.

Dan aku yakin, kehidupannya sekarang yang sudah berkeluarga dan mengandungkan anak kedua, memustahilkan kehidupannya seperti dulu lagi, ie membaca blogku setiap pagi. Hattakan baca buku untuk usrah pun struggle.

Maka, aku tahu, bukan di blog inilah tempatku berkongsi dan bercerita. Perkongsian di Malaysia lebih berbentuk perjumpaan dan ziarah, daripada penulisan. Malah acapkali aku berfikir di dalam kereta untuk menulis, tetapi sebaik tiba di rumah sahaja, terus banyak perkara-perkara lain untuk difikirkan. Idea di dalam kepala tenggelam begitu sahaja.

Namun, semua itu adalah alasan cuma. Benar, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Begitu jugalah, aku sendiri tidak mampu menyiapkan artikel untuk majalah jom! melainkan sehari sebelum ia dicetak. Biasanya muka adik editorku itu telah memuncung dan memerah kerana menahan kegeramannya terhadap ketidak disiplinanku dalam menulis.

Aku tahu, semua itu hanya kerana satu perkara sahaja:

302528_10150379407585903_662707064_n

Manakan boleh mengisi jiwa orang lain jika diri sendiri tidak terisi.

Seperti mana kebanyakan dari kamu struggle, aku pun struggle dalam mengisi diriku sendiri.

Memang, kita pergi daurah, kita komited dengan usrah, kita juga turun ke medan-medan am, namun kita tahu, penambahan kepada ilmu yang sedia ada, jarang berlaku. Apa yang kita belajar, adalah apa yang telah kita sedia tahu. Seolah-olah tarbiyah yang kita dapat, hanya sekadar untuk memaintainkan, bukan untuk meningkatkan.

Selalu aku berfikir, mengapa di saat kita merasai Β jalan yang kita lalui ini benar, namun kualiti ilmu dan peribadi kita, serupa dengan golongan yang tidak bersama dakwah. Pengetahuan kita masih cetek dan tak banyak boleh kita kongsikan. Yang masih terikat kuat di hati kita adalah kefahaman akan kerja berjemaah dan ukhuwah fillah sesama ikhwah akhawat. Itu yang mengekalkan kita.

Disebabkan itulah, ramai antara kita menjadi naqibah buku, bukannya naqibah usrah. Kita membaca naqibah teoris, bukannya praktis. Sehinggakan usrah itu begitu baku dan kering, sering menghampakan dan menyebabkan jiwa muda meronta-ronta.

Inilah Malaysia. Inilah tarbiyahnya. Ini kerana asas kesatuan kita adalah amal jamaie. Namun dari sudut keupayaan membina, mentarbiah, mentaujih, mentakwin, kita masih terlalu hijau dan naif. Kita masih lagi memerlukan pembaikan dan penambahan. Kekurangan kita adalah disebabkan dua perkara:

1) tidak pandai bahasa arab

2) tidak hafal quran dan sunnah.

Jangan kecewa dengan naqibah anda yang membentangkan usrah mengikut buku sahaja dan baca satu satu perkataan dalam buku tersebut. Memang pada kita di waktu itu:

” Kalau baca buku, kat rumah pun boleh baca…hurmm’

Dan kita tahu, naqibah kita ada rasionalnya tersendiri:

” Ini kalau baca sendiri ini, tak boleh nak faham ini, sebab itu kene bentang. And ini memang silibus, silibus kene habiskan. Kalau tak camne nak meningkat?”

Kita pun akur dan cuba melalui perjalanan itu. Kita menanti-nanti peningkatan yang dikatakan itu. Kita cek iman kita, Kita cek amal kita.

TErnyata masih sama. Ternyata kita masih kering. TErnyata kita tidak ada semangat tujahan amal. Ternyata diri kita tidak ada peningkatan, malah tidak ada bahan untuk disampaikan pada adik-adik!

Lantas, kita mencari-cari peluang lain untuk menambahkan tsaqafah dan ilmu di dada. Kita mencari-cari, namun, tidak ada peluang dan saluran yang boleh kita ikuti melainkan program-program anjuran orang lain, yang tidak bersama jemaah harakah.

Mengapa ini berlaku?

Hassan Al-bana pernah menulis kisahnya di waktu beliau masih kecil. Di sekolah pertamanya di Madrasah Diniyah Ar-Rasyad, beliau berkesempatan berdamping dengan seorang ulama bernama Syeikh Muhammad Zahran, dikatakan seorang guru yang genius dan brilian. Madrasah itu Β mewajibkan setiap anak muridnya untuk mempelajari sebuah hadis baru dan menghafalnya setiap minggu.Sehinggalah mereka memahami dan melaksanakan hadis tersebut. Ustaz Zahran tesebut selalu memberikan mereka kerja rumah yang sangat banyak sehingga membebankan mereka. Namun dari situlah Albanna, mengutip faedah yang sangat besar dengan membaca dan mengulangkaji pelajaran, Sehingga memaksa Albanna duduk di perpustakaan milik ustaz tersebut setiap waktu.

Pernah juga ustaz Zahran meminta Albanna untuk mencari jawapan kepada persoalannya lantas Albanna membacakan jawapannya dari kitab-kitab yang begitu banyak di perpustakaannya. Begitu juga begitu ramai orang alim datang berdiskusi dengan Ustaz perihal-perihal ilmiyah dan hassan albanna di usia yang kecil sudah pun mendengarkan hal-hal seperti itu.

Siapakah di antara kita yang memiliki kehidupan sewaktu kecil seperti itu? Hidup di dalam lingkungan ulama, menghafal hadis, alquran dan menguasainya?

Perpustakaan kita pun hanya ada satu dua almari dan tak semua sudah pun disentuh apatah lagi bertanda.

Aku pernah bertemu seorang akhawat yang telah dihantar ibubapanya ke timur tengah untuk menjadi ulama. Aku menanti dengan sabar ukhti itu pulang ke Malaysia. Dia masih sangat muda dan masyallah antara susuk peribadi terbaik pernah aku temui di kalangan akhawat.

Namun, dari ribuan kader dakwah kita, tidak ramai suasana kehidupannya begitu. Penuh dengan biah solehah. Penuh dengan anasir-anasir yang mengembangkan keilmuan kita dan sentiasa meningkatkan kefahaman kita terhadap Deen.

Kita jarang berdamping dengan ulama. Bila kita cuba mencari ulama-ulama untuk diziarahi dan diminta taujihat, ternyata sangat limited editionnya.

Sekolah-sekolah Islam kita masih jauh dari contoh. Kesibukan untuk menghabiskan silibus KBSM juga kecemerlangan dalam pmr, spm menyekat banyak masa untuk menghafal dan mempelajari ilmu-ilmu islam.Guru-guru yang ada sibuk juga dengan kerja pentadbiran, begitu juga tidak ada penerusan dan taujihaat dari ulama-ulama menyebabkan sekolah-sekolah islam kita masih belum mampu melahirkan seorang ulama.

Dan kita cuba menyoroti peribadi dan tokoh-tokoh di kalangan para pendakwah, ternyata kekuatan mereka terletak pada kekuatan ilmu mereka.

Dan cara mereka menambahkan tsaqafah dan meningkatkan diri mereka adalah:

1) membaca

2) mencari guru untuk belajar.

Dua-dua perkara ini adalah tindakan aktif. Diri sendiri kena buat tanpa disuruh. Bukan pasif dan menunggu-nungguh.

Kita sudah terbiasa dengan tindakan pasif sehingga suka mencari-cari alasan untuk tidak meningkat.

Jika kita mahu berjaya di dalam dakwah ini, kita harus berusaha. Kita harus menahan kepahitan dalam meningkatkan diri juga lingkungan pengaruh dakwah kita. Kita tak mampu hanya menanti orang memberikan kita sesuatu, kitalah yang harus mencari penambahan dan pembaikan.

Dakwah di Mesir, muncul di atas kesedaran beberapa orang sahaja . Namun, mereka ini telah tersedia kehebatan peribadi sebagai seorang ulama dan daie. Ilmu penuh di dada dan mereka amat memahami Deen ini. Berbeza dengan kita. Kita mengenal deen ini di waktu diri kita masih jahil. Maka, apa sahaja yang kita kongsikan, cepat sahaja bekalan habis. Banyak yang kita tidak tahu dari tahu. Disebabkan itulah, usaha dalam menambahkan bekalan itu perlu berkali ganda.

Bukti berjayanya sesebuah usrah, ia pasti melahirkan sebuah gerakan dan tindakan.Kerana usrah bukan sebuah majlis ilmu. Jika ia kekal menjadi majlis ilmu, tempat rasa best jumpa orang dan juga bersihkan hati, maka usrah itu hilang fungsi asasnya. Kita harus mengubahnya menjadi sebuah gerakan.

Cuba kita fikirkan, rakyat Mesir yang 70% hafal al-quran boleh membiarkan Β dan menyebabkan Presiden Morsi jatuh kerusi kepimpinannya, bagaimana dengan Malaysia yang hanya 50% sahaja melayu dan 5% sahaja yang hafal Quran.

We need to do something.

And that something is, to have additional top up, continously,to get the understanding of our deen

Untuk mendapat bekalan berterusan, akan hakikat agama Allah ini.

Usaha tanpa henti.

 

Ukhtikum fillah

aisyahz

Advertisements

5 thoughts on “Bekalan berterusan.

    comey^^ said:
    July 12, 2013 at 3:50 am

    subhanAllah..sgt tepat di kala diri ini sudah lama tidak terisi…hnye pandai mengomen & mengomen…bekerja tanpa roh (rase usrah dgn adik2 kering)…jzkk sis..sy juga antara jutaan org y menunggu blog ini diupdet πŸ˜‰

    nuryn87 said:
    July 14, 2013 at 1:12 pm

    kak aisyahhhhhhhhh T.T

    Brooming said:
    July 14, 2013 at 2:52 pm

    kalo macam ni,sebulan 1 entry pun x apa. ^^

    path4life said:
    July 16, 2013 at 5:53 am

    akak. jazakillah. :’)

    adikakak said:
    August 28, 2013 at 11:23 pm

    Akak…sangat berbekas di hati saya:(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s