Belum tibakah masanya lagi?

Salam

Mengapa selalu kita down, gersang dan kontang?

Sedangkan seharusnya hidup kita ini, senandungnya sentiasa memberikan energi yang membasahkan serta menggugah jiwa kita?

Mengapa juga seringkali kita penat, letih, dan terkadang, mahu berehat dari jalan dakwah ini..

Mungkin kerana..

dunia ini, sangat mengancam.

Sangat mengancam.

Sangat mengancam.

Kita sukar untuk menolaknya di saat ia datang..

Seorang isteri/ suami, anak-anak, harta benda, emas, perak, kuda ( kereta-kereta) , binatang ternak , serta kebun-kebun tanaman.. semuanya itu adalah perhiasan, yang sangat … irresistable buat kita..

Kalau belum berkahwin, belum ada anak, belum bekerja dan takde lagi duit limpah ruah, kereta pun takde, rumah pun takde lagi, harta kekayaan kat ASB, bank2 mahupun tanah takde lagi, sukar untuk kita fahami perkara ini.

Tapi sesudah kita grad dan bekerja ini,kemudiannya berkahwin dan ada anak, semuanya akan dihamparkan buat kita. SEmuanya, dan kita amat terngiur melihatnya.

Jika kita tak melihat kesemua kesenangan ini dari kaca mata akhirat, maka kita takkan perasan, mata kita telah tersilau dengan keindahan ini.

Allah sebut pada kita dalam surah Ali-Imran ayat 14:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ ٱلشَّهَوَٲتِ مِنَ ٱلنِّسَآءِ وَٱلۡبَنِينَ وَٱلۡقَنَـٰطِيرِ ٱلۡمُقَنطَرَةِ مِنَ ٱلذَّهَبِ وَٱلۡفِضَّةِ وَٱلۡخَيۡلِ ٱلۡمُسَوَّمَةِ وَٱلۡأَنۡعَـٰمِ وَٱلۡحَرۡثِ‌ۗ ذَٲلِكَ مَتَـٰعُ ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا‌ۖ وَٱللَّهُ عِندَهُ ۥ حُسۡنُ ٱلۡمَـَٔابِ

Dihiaskan kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya.

Allah gunakan perkataan ‘zuyyina’ , maksudnya dihiaskan buat manusia. Maknanya dunia ini dihiaskan pada mata kita untuk melihat kecantikannya. Sedangkan hakikatnya dunia ini busuk dan macam paya sahaja.

“Andaikata dunia ini bernilai di sisi Allah sebesar sayap nyamuk, niscaya tidak akan diberikannya kepada orang kafir meski pun hanya seteguk air.” (HR. Tirmidzi)

Jika kita melihat dunia ini, dengan kaca mata dunia, kaca mata memenuhi keinginan kita, maka jadilah dunia ini kesenangan bagi kita.

Tapi, Allah janjikan tempat kembali yang lebih baik dari dunia. Itulah dia syurga nan abadi di sisiNya.

قُلۡ أَؤُنَبِّئُكُم بِخَيۡرٍ۬ مِّن ذَٲلِڪُمۡ‌ۚ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوۡاْ عِندَ رَبِّهِمۡ جَنَّـٰتٌ۬ تَجۡرِى مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَـٰرُ خَـٰلِدِينَ فِيهَا وَأَزۡوَٲجٌ۬ مُّطَهَّرَةٌ۬ وَرِضۡوَٲنٌ۬ مِّنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَٱللَّهُ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

Katakanlah (wahai Muhammad): Mahukah supaya aku khabarkan kepada kamu akan yang lebih baik daripada semuanya itu? Iaitu bagi orang-orang yang bertakwa disediakan di sisi Tuhan mereka beberapa Syurga, yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Disediakan juga (pasangan-pasangan) isteri-isteri yang suci bersih, serta (beroleh pula) keredaan dari Allah dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat akan hamba-hambaNya.  ( Ali-Imran : 15)

Apabila kita melihat dunia ini dengan kaca mata akhirat, kita akan nampak dunia ini tidak lebih daripada sayap seekor nyamuk. Teramat kecil sekali nilainya di sisi Allah.
Maka para daie, jangan tertipu dengan hujah-hujahmu yang bersifat duniawi.

Kerana itu, belum sampaikah masanya lagi untuk kita khusyuk kepada Allah?

أَلَمۡ يَأۡنِ لِلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَن تَخۡشَعَ قُلُوبُہُمۡ لِذِڪۡرِ ٱللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ ٱلۡحَقِّ وَلَا يَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡكِتَـٰبَ مِن قَبۡلُ فَطَالَ عَلَيۡہِمُ ٱلۡأَمَدُ فَقَسَتۡ قُلُوبُہُمۡ‌ۖ وَكَثِيرٌ۬ مِّنۡہُمۡ فَـٰسِقُونَ

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq ( Hadid: 16)

Sedangkan, kita merasai kita menyeru manusia kepada ALlah?

Tetapi, mengapa kita tak merasai kebersamaan dengan Allah di jalan ini?

Kenapa sukar hati kita untuk tunduk khusyuk pada Allah, mendengar ayat-ayat Allah dan buat apa yang Allah suruh?

Allah gunakan perkataan ‘ Alam’. Maksudnya lebih kurang :

WEYHHHHH orang beriman!! Tak khusyuk ke lagi hati kamu kepada ALlah???

( okeh, ayat ini sangat exxagerate, tapi camtulah lebih kurang)

Maksudnya, wahai para daie  (orang beriman ini adalah para daie), mereka yang menyeru manusia kepada ALlah, belum lagikah hati kamu khusyuk, ketika mendengar peringatan dari Allah? Belum lagikah????

Di saat kamu all out dalam dakwah, ligat ke sana kemari, buat kerja siang dan malam. Aktif ke sana kemari, akhirnya, yang kamu temui, adalah kepenatan, down, dan akhirnya mahu berexcuse sebentar dari dakwah.

Mengapa jadi begitu?

Allah sebut lagi dalam ayat itu : janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras dan banyak di antaranya orang-orang yang fasiq

Orang yang pernah menjadi daie, orang yang memahami dakwah, dan memang buat dakwah pun, tapi bila lama sangat hatinya tidak khusyuk pada Allah, maka hati mereka keras, dan ramainya mereka akhirnya menjadi orang-orang yang fasiq.

MEngapa jadi begini?

Semuanya hanya kerana kita tak mengambil momen-momen berharga dalam sehari kehidupan kita, untuk khusyuk pada Allah.

Duduk diam, zikrullah, dan khusyuk pada Allah.

Maknanya, hati kita, menyambung kepada ALlah, merasai kebersamaan denganNya.

Dan jika kamu merasai kebersamaan dengannNya, hati kamu khusyuk padaNya, hati kamu akan menangis, sederasnya. Hati kamu akan mencair, berderu-deru mengalir air mata penyesalan kepada ALlah.

Dan jika hati kamu masih gagal menangis, maka nangislah kerana kamu gagal menangis!

Khusyuklah bukan sahaja dalam solat, tapi ketika zikir ma’thurat, ketika menunggu waktu solat, ketika membaca doa, dan ketika membaca ayat-ayat Al-Quran.

ٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ يُحۡىِ ٱلۡأَرۡضَ بَعۡدَ مَوۡتِہَا‌ۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأَيَـٰتِ لَعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ

Ketahuilah kamu, bahawa Allah menghidupkan bumi sesudah matinya; sesungguhnya Kami telah menjelaskan kepada kamu keterangan-keterangan dan bukti, supaya kamu memahaminya. ( Alhadid: 17)

Bukankah kemarau sedang melanda Malaysia sekarang? Bahangnya amat terasa sekali walaupun kita memasang aircond sepenuhnya dalam kereta. Bahang yang menjadikan badan amat letih dan lemah sekali. Sehingga daun-daun menjadi kering dan rumput-rumput hijau bertukar warna kuning keemasan.

Namun, Allah mampu menghidupkan semula bumi itu. Menurunkan air hujan, lantas dari air itu, akan hiduplah bumi yang ketandusan akibat kemarau ini.

Begitu jugalah dengan hati kita ini. Pasti merasai musim kemaraunya.

Mungkin usrah tak berjalan baik. Mungkin tidak ada input tambahan dari daurah mahupun katibah.

Atau barangkali cuba untuk mengisi hati dengan bacaan buku, namun tentu tak sama sesaat bersama penghuni-penghuni syurga di sebuah halaqah tarbiyah.

Ataupun mungkin kerana dosa-dosa ghaib yang tak dapat dilihat oleh mata : dosa sum’ah, dosa perasan-diri-macam-bagus, ujub , takbur, ego, dengki mendengki, tidak ikhlas, buat amal kerana dunia, bukan untuk akhirat..

semuanya itu mematikan hati kita.. Dan Allahlah yang berupaya untuk menghidupkan kembali hati-hati kita ini.

Kita hanya perlu cari Dia, untuk hidupkan semula hati-hati kita.

Tidak boleh ada alasan untuk lari dari jalan dakwah ini. Ataupun minta excuse dari jalan dakwah ini.

Sebab, bila kita dah start minta diri, dan beri excuse untuk tak bersama dakwah ini, Allah pasti akan singkirkan kita.

Buka surah at-taubah, ayat 44.

Eh, bukak belum? Nanti tak boleh nak feel..

لَا يَسۡتَـٔۡذِنُكَ ٱلَّذِينَ يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ أَن يُجَـٰهِدُواْ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلۡمُتَّقِينَ (٤٤) إِنَّمَا يَسۡتَـٔۡذِنُكَ ٱلَّذِينَ لَا يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ وَٱرۡتَابَتۡ قُلُوبُهُمۡ فَهُمۡ فِى رَيۡبِهِمۡ يَتَرَدَّدُونَ (٤٥) ۞ وَلَوۡ أَرَادُواْ ٱلۡخُرُوجَ لَأَعَدُّواْ لَهُ ۥ عُدَّةً۬ وَلَـٰكِن ڪَرِهَ ٱللَّهُ ٱنۢبِعَاثَهُمۡ فَثَبَّطَهُمۡ وَقِيلَ ٱقۡعُدُواْ مَعَ ٱلۡقَـٰعِدِينَ (٤٦) لَوۡ خَرَجُواْ فِيكُم مَّا زَادُوكُمۡ إِلَّا خَبَالاً۬ وَلَأَوۡضَعُواْ خِلَـٰلَكُمۡ يَبۡغُونَڪُمُ ٱلۡفِتۡنَةَ وَفِيكُمۡ سَمَّـٰعُونَ لَهُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ عَلِيمُۢ بِٱلظَّـٰلِمِينَ

Orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tidak akan meminta izin kepadamu untuk (tidak turut) berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang yang bertakwa. (44)Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya. (45) Dan kalaulah mereka mahu keluar (untuk turut berperang), tentulah mereka menyediakan persiapan untuknya; tetapi Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka dan dikatakan: Tinggallah kamu bersama-sama orang-orang yang tinggal.  ( At-taubah : 44-46)

Kita nak ke diri kita disingkirkan oleh Allah? Nak ke?

Kita akan start berikan alasan study, atau kerja, ataupun anak, ataupun suami/isteri ataupun keluarga. And list itu takkan pernah habis.

‘ Anak sakitlah kak, tak dapat datang usrah.’

‘ mak mertua datang rumah, tak dapat nak pergi program minggu ini’

‘Saya oncallah semalam, so hari ini saya nak rehat pula’

‘ Saya nak exam ni, banyak benda tak study lagi nih!’

‘ Saya perlukan masa untuk stabilkan diri dan keluarga dulu.’

Dan terkadang, tiada siapa tahu kesahihannya melainkan diri kita sendiri. Dan kita boleh mencipta alasan-alasan itu untuk tidak bersama dengan dakwah ini.

Namun, bila kita sudah mula beri alasan, dan kita tak bersedia pun untuk mempersiapkan diri kita untuk berada dalam jihad ini, kita akan disingkirkan Allah. Dan Allah takkan suka golongan sebegini berada dalam saffNya.

Allah taala sebut : Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan yang hati mereka (sangat) ragu-ragu. Oleh itu mereka sentiasa bingung teragak-agak dalam keraguannya.( At-taubah: 45)

Hidup orang yang minta izin, dan akhirnya tak pergi berjihad ini, akan sentiasa dalam keraguan. Hidup dia akan sentiasa bingung. Risau sana, risau sini. Tiada ketenangan meliputi dirinya.

Kalau betul serius nak pergi berjihad, nak pergi program, nak buat kerja dakwah, sudah lama kita  mempersiapkan diri untuk itu!

– Belajar awal-awal dan bukannya last minute.

– Dah block tarikh siap-siap untuk program. Dah arrange cuti siap-siap untuk dapat ke program.

– Inform family member lain tentang program yang kita perlu hadiri

– susun supaya anak-anak ada yang dapat menjaganya

– menyusun jadual kerja agar tak mengganggu jadual program.

Bila kita dah start berfikir untuk mengelak, akhirnya : Allah tidak suka pemergian mereka, lalu dilemahkanNya semangat mereka  ( at-taubah: 46)

Allah tak suka pemergian mereka, maka Allah akan lemahkan lagi semangatnya untuk pergi berjihad.

Kerana itu kita  melihat, para akhawat, akan gigih membawa anaknya ke tempat program. Ada yang telah awal lagi menyediakan orang gaji ataupun orang lain menjaga anak-anaknya di rumah. SEminggu sebelum adanya program, akan menyediakan family dia semuanya untuk membolehkan dia pergi program.

begitu juga dengan mereka yang akan merancang kerjanya supaya dapat memenuhi tuntutan dakwah dan jihad.

benda ini bukan mudah, benda ini memerlukan mujahadah.

Tapi, bermula dari dalam diri kita. Mahu atau tidak mahu?

Betul, terkadang ada perkara yang tak dapat snagat nak dielakkan. memang tak boleh langsung pergi program, dan kita dah cuba untuk susun supaya dapat juga untuk pergi berjihad ini, tapi ALlah tak izinkan juga.

Tapi pokoknya, pada usaha kita untuk mempersiapkan diri kita. Maknanya tiada alasan sepatunya untuk tidak pergi, melainkan memang dah tak boleh sangat dah.

Dan benar, jika kita betul-betul nak berjuang kerana ALlah, Allah akan bantu kita. Allah akan sangat bantu kita.

Ianya macam magis.

Tapi semuanya itu bermula dari iradah, dan kehendak dalaman kita, samada kita nak bersama dengan Allah, menyahut seruan jihadNya ini, ataupun tidak.

Memang, dunia ini amat penuh dengan ujian.

Kerana syurga itu, teramat mahal harganya.

doakan agar kita sama-sama tetap tsabat iAllah..

Ana ukhtikum fillah

Aisyahz

gombak

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

10 thoughts on “Belum tibakah masanya lagi?”

  1. Salam alyk sis Aisyah.

    subhanallah! sangat terkesan dengan setiap pengisian akak. moga Allah redha, dan permudahkan segala urusanmu,ukhti.

    salam ukhwah kerana Allah. 🙂

  2. Assalamu’alaikum..

    akak..afwan tapi ade sedikit pembetulan insyaAllah..untuk surah al-hadid rasanya ayat 16 dan 17 kan..bukan 14 dan 15..maaf kalau saya yang tersilap pandang..:)

    sesungguhnya tulisan akak kali ne sgt terkesan buat sy..Alhamdulillah when im searching for sumthing so that my hati can be ‘basah’ again, i always found that sumthing from ur blog..Alhamdulilah tsummal hamdulillah..*air mata bercucuran* jazaki jazaki jazakillahu khair, walaki walana insyaAllah jannatul firdaus..<3<3

  3. Assalamualaikum kak..
    Moga bagi setiap peringatan yang ditulis diberikan ganjaran oleh Allah..
    Mari kita sama2 bertahaaaaannn walaupun ade masanya rase macam dah tak tahaaannn..

    uhibbuki fillah…

  4. saya suke entri ni…serious…jzkk akak

    kalau kita batul2 nak, insha Allah Allah bagi dan permudahkan kannnnnnnnn!!!

    -kekuatan niat-

    kalau rindu Allah, solat, doa…rindu akak, dtg sini dan cuba ceduk sebanyak mungkin…moga akak trus thabat dan jgn lupakan kami in ur dua k

  5. salam, kak aisyah.,
    walaupun tak pernah jumpa akak,
    tulisan2 akak sgt dekat di hati ni.
    serious terketuk byk kali
    jazakillahkhair!!
    syg akak fillah insyaAllah~<3

  6. Salam… masyaAllah, tabarakAllah artikel yg sgt bagus + terkesan, cuma harap dpt betulkan rujukan ayat spt teguran ‘anonimes’ di atas sblm saya share. jazakIllahu khairan kathiran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s