Harga sebuah istiqamah

Salam

Acapkali juga kita melihat dan berkenalan dengan peribadi-peribadi yang sangat tinggi himmahnya pada dakwah.

Sehingga luapan semangatnya itu menempiasi hati kita, menjadikan kita kecut dan mula menyalahkan diri; kenapa diriku tidak sepertinya yang benar2 berapi untuk dakwah?

Namun, sesorot itu juga kita melihat diri yang membakar itu menjadi malap dan suram semangatnya.

Akhirnya mendiamkan diri dan mula menyendiri.

Dan kita mula kaget.

Manakah si dia yang dahulu menjadi inspirator semangat daie yang mula malap akibat ujian dunia yang melampau ini?

Manakah dia larian seorang daie yang siang dan malamnya terpancar sinar iman di dadanya,akhirnya seolah-olah kecundang dek ombak ujian besar melanda?

Dan hati mula menjadi perit apabila suara-suara luar mula berbunyi:

‘ Ha…itulah. dulu semangat sangat! tengok, skarang dah senyap. Mana pergi orang yang dulu bising2 tu? tengok siapa je yang bertahan sampai sekarang?Kami juga. so tak gunalah nak semangat-semangat sangat time muda ini..’

‘ antum ini, muda lagi, kami ini dah makan garam. Dulu kami ramai macam antum, tapi tgk bila dah kerja, dah kahwin, senyap semua!’

dan kita sedih memikirkan dan mendengarkan:

‘ kak, camne ni , kakak naqibah saya dah futur! dah lama dia tak join program kak! dah berapa lama kami takde usrah.’

ataupun pertanyaan yang berbalas jawapan sedih nan pilu:

‘ berapa lama anti last usrah?’

 ‘entah, 3 bulan dah kot’

Gulp.

‘Naqibah anti mana?’

‘ entah, mesej tak jawap. telefon tak angkat. tengok2 gambar fb , dah pergi Paris.’

Gulp.

Di saat kita mentajmik dan membina ratusan malah ribuannya kader-kader dakwah untuk membangun sebuah daulah ini, begitu juga kita melihat keciciran para daie , yang dahulunya sangat bersemangat dan sangat berkorbar2 untuk dakwah, namun akhirnya ter’saqut’/tergelincir dari atas jalan dakwah. ( astaghfirullah)

alangkah ruginya dakwah jika bilangan yang pergi itu sama dengan yang lahir!!

sedangkan membina itu teramat sukar! dan meruntuhkan itu sangat mudah!

Berapa banyak masa dan wang telah digunakan untuk melahirkan daie-daie itu, dan harnya teramat mahal sekali!

Dakwah ini nafasnya panjang, dan perjalanannya amat jauh.

Kerana itu kita mahu membina manusia2 yang berjiwa tangguh, manusia2 yang benar-benar mampu tsabat dan istiqamah.

Manusia yang mampu sampai ke akhir garisan.

Seperti mana baginda rasulullah saw, membina semua sahabatnya, hingga tsabat, hingga mampu meraih kemenangan ataupun syahid di jalan Allah.

ya, kita mahu kualiti manusia yang mampu bertahan, sehinggalah islam menang, atau dia sendiri mati syahid!

Maka,

di mana salahnya?

apa punca kepada fenomena futur ini?

apa sebabnya kita kehilangan permata2 yang amat berharga di atas dunia ini?

Banyak yang telah kita pelajari. Dan kita sendiri kecut perut dan sering melihat cerminan diri ini:

MAMPUKAH AKU SENDIRI ISTIQAMAH?

sedangkan dahulunya, murabbi yang membawa kita mengenal dakwah ini sendiri sudah berpaling dari jalan ini. Malah, terasa amat mustahil menariknya kembali ke jalan dakwah ini.

Dan kita menjadi takut dan kaget, tatkala kita melihat al-akh dan al-ukht kita sedikit demi sedikit menunjukkan fenomena kefuturan.

Ada yang futur sewaktu final year exam. Ada futur lepas kahwin. Ada futur lepas sibuk dengan kerjaya dan dunia. Ada yang futur selepas bertukar fasa.

Fasa student yang hidup bagaikan di syurga di rumah Islam, berpindah kepada fasa realiti, hidup dalam biah yang penuh dengan rawasib jahiliyah.

Mencabar sungguh!!! (movie, lagu, ikhtilat, makan2, lagha2 etc etc)

Akhirnya, jiwa yang lemah ini kalah, akhirnya menyerah, dan terus tersembam jauh di permukaan dasar bumi.

Sehinggalah rantai dakwah mula terlerai dari dalam dirinya.

Satu demi satu.

Hingga beku dan keras hatinya untuk kembali.

Bukan kerana sombong atau ego.

Namun kerana segan dan malu untuk berhadapan dengan teman2 seperjuangan yang lama.

Atau sudah merasai enaknya dunia yang teramat indah. Sedangkan dakwah dirasai belenggu yang menyekat urat sarafnya dari bernafas.

BAGAIMANA mampu untuk kita istiqamah:

1) Faham

faham dalam erti kata:

i) faham kepentingan untuk sentiasa berada dalam lingkungan tarbiyah ataupun ikhwah akhawat. Serigala pasti akan makan kambing bila bersendirian.

BEgitu juga syaitan akan deras mengganggu dan memakan jiwa kita di saat kita mula dari jemaah kita.

Itulah dia jemaah yang membawa kita mengingati ALlah dan risalahNya. Manusia2 yang mengingatkan kita akan dosa-dosa kita dan sentiasa menegur kita.

Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita.

Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka ( kelompok jahiliyah)

ii) perlu memahami tabiat jalan dakwah ini.

Yang penuh dengan ujian. Iman ini, ada down, ada naiknya.

Sebab itu,di kala down, jangan sekali kali melanggar sunnah rasulullah.

Ujina itu datang kerana Allah nak membersihkan manusia2 yang tidak ikhlas dari jalan dakwah ini. ( ankabut: 2). Kerana Allah mahukan , manusia yang istiqamah dan kekal di atas jalan dakwah ini, adalah manusia yang benar2 ikhlas dan mahukan redhaNya semata.

Bukan manusia yang mahukan nama. Bukan yang mahukan pangkat. Bukan yang mahukan pengikut. Bukan juga yang mahukan wang, harta, dan semuanya yang bersifat dunia.

Kerana itu, ujian merupakan tapisan Allah, untuk kita kembali kepada Allah.

untuk betul2 bersihkan jiwa kita hanya untuk Allah.

Kerana itu, bila ujian menimpa kita, jangan lari. Jangan sekali-kali lari.

Syeikh Ali Athoallah pernah berkata:

Sebahagian dari tanda bahawa seseorang itu bergantung pada amalannya, adalah berkurang harapannya terhadap rahmat Allah ketika dia berbuat dosa dan kesalahan.

Barangkali kita dahulu merasai bahawa kejayaan dakwah kita adalah kerana usaha kita. kerana kita rasa kitalah yang paling banyak berjasa.

adik2 ramai ikut dakwah ini, sebab kita. Kitalah yang paling banyak beramal dan mentajmik ramai manusia.

Akhirnya, kerana pergantungan kita pada amal kita itu, menjadikan rapuhnya pergantungan kita pada rahmat Allah, ketika kita down dan buat dosa. Ketika kita buat kesalahan, kita susah sangat nak hadapi perkara itu.

Menjadikan kita down dan terlebih down lagi.

Sedangkan kejayaan dakwah ini, bukanlah kerana usaha kita pun, kerana ALlah yang mahukan kejayaan itu, dan dengan pertolongan ALlahlah kita mampu mendapat kemenangan itu.

iii) memahami Islam secara syumul, integral, dan menyeluruh.

Kefahaman inilah yang mendasari dan membentengi seseorang dari keluar dari syariah islam dan jalan dakwah ini.

Bila fondasi islam dan iman itu kukuh, sukar sekali bangunan dakwah itu roboh. Kerana pergantungan dan pemahaman yang mendasar pada Islam itu sendiri.

Kerana itu, dakwah itu bukan sekadar kata-kata dan ucapan. Ianya adalah cerminan sebuah kehidupan.

Seorang daie yang petah berkata-kata seringkali kehilangan respect dari masyarakat kerana tidak beramal dengan islam itu sendiri. Menjadikan kata-katanya itu bahan fitnah buat islam itu sendiri.

Kerana itu, basic pemahaman aqidah dan islam itu sangat fundamental dalam pembinaan kader-kader dakwah. Kerana kefahaman itu dapat menjadikan dia istiqamah di atas jalan ini insyaallah.

2) Support sistem

Support sistem ini terdiri dari

i) keluarga kita

ii) teman serumah/suami-isteri

iii) teman seusrah/sejemaah

iv) masyarakat sekeliling yang lain

kerana itu, kita tidak dapat tidak, perlu membina lingkungan solehah yang mampu menyelamatkan iman kita di saat kita futur nanti.

‘ Kak, apsal asyik sayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa je yang bersemangat? orang lain tak semangat dan tak buat apa2 pun!’

Memang begitu sunnatullah alam ini. Satu masa kita berada di puncak, kitalah yang paling kental dan berkorbar untuk dakwah ini.

Di satu saat lain, tiba giliran kita di bawah. di saat itu, mutarabbi kita pula yang mengambil tempat kita untuk bersemangat dan sama-sama menyalakan api semangat kita kembali.

WAlaupun kamu berseorangan, teruskan himmah dan semangatmu. Kerana satu masa kelak, kau sendiri yang memerlukan semangat itu kembali.

‘ Can i come back, after been missing for a long time? after sinking to deep?’

Allah tidak pernah berputus asa dengan kita. Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah.

Kerana itu, support system, terutama dari ikhwah akhawat teramat penting.

memang segan dan malu untuk kembali.Memang tak mahu jumpa muka naqibah lama sebab rasa dah jauh sangat dari jalan dakwah.

Rasa dah takde jalan untuk kembali.

Jika kita melihat rakan kita sedemikian, carilah dia kembali. Terimalah dia kembali dengan hati yang terbuka.

Hatinya mungkin teramat meronta-ronta untuk kembali bersama kita, sedangkan mata kita sering sahaja menusuk tajam ke arasnya secara sinis, menghiris kalbunya yang dalam.

Kita sendiri menolak diri dia , dan tak mahu menerima dia kembali.

Peluklah dia kembali dan katakan padanya:

‘ its ok , iALlah, kita sama2 bina diri kita semula dan sama2 kuatkan diri kita ye?Tak pernah terlambat untuk kembali jika kita belum mati lagi’

Sama2 support dan sokong each other. Tiadalah yang paling membahagiakan kecualilah penerimaan akhawat terhadap akhawatnya yang mahu kembali semula setelah keruntuhan.

‘ dulu akak pikiq,boleh ke aisyah terima akak lagi, setelah akak ‘belot’ tak nak join aisyah dulu. Mana tahu aisyah kecil hati dengan akak’

Wanita beranak 4 itu seringkali mengusik jiwaku. Dahulu kami satu liqa, sehingga masa dan keadaan menjadikan dia tidak lagi bersama kami. Lama. dalam tempoh 4 tahun dia menghilangkan diri,a khirnya dengan rahmat Allah, menerusi anak usrahku, dia mahu kembali bersama kami.

Berhati-hati dia bertanya kembali kepada anak usrahku.

‘dijah, akak tengok dijah dah join group usrah aisyah. rasa-rasa dijah rasa aisyah nak tak lagi terima akak ye?’

Aku tergelak kecil sahaja di saat kisah itu diceritakan semula.

Ya Allah, jemaah ini bukanlah persatuan biasa dan parti politik.

Ianya adalah jemaah islam. Tentulah kita akan menerima siapa sahaja yang mahu bersama kita kan?

DAn kini akak itu terus tsabat bersama liqa kami, walaupun sarat mengandung dalam kepayahan.

Allah Akbar.

Bayangkan kalau kita sendiri yang futur.

Bayangkan!

siapa yang kita nak sangat datang untuk selamatkan kita?

tentulah akhwat(ikhwah) kan?

tentulah ahli usrah kita kan?

Tentulah kita harap dia akan goncang-goncang kita, tampar pipi kita, ketuk2 sket kepala kita, sampai kita sedar dan terjaga dari mimpi nan lena ini.

Maka kita lakukan juga perkara yang sama! tanpa lelah, tanpa putus asa.

WAlaupun dia menolak sendiri usaha kita, kita terus berdoa , terus berdoa, agar satu masa, keadaan akan menjadikan dia kembali kepada kita.

Masa, pasti mengubat. Cuma kita kena sentiasa bersabar dan terus berdoa agar dia kembali semula pada kita

3) Perbaharui keikhlasan

Barangkali ALlah nak uji dan ingatkan kita.

Adakah benar2 kita ikhlas pada Allah.

Ataupun kita masih lagi cintakan dunia dan nakkan perhiasan dunia ini.

Menjadikan kita alpa, dan tak ingat pun pada akhirat?

Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.

Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)

Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:

“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.

Rukun Ikhlas-Hasan AlBana

astaghfirullah.

Saya takut menulis tulisan ini. Dan saya harap, kita sama-sama dapat bantu each other utk istiqamah di atas jalan dakwah ini.

Ukhtikum fillah

aisyahz

12 thoughts on “Harga sebuah istiqamah

  1. hidup di 2 alam yang berbeza sgt mengajar erti kedewasaan pd ana.

    dulu, hidup dalam biah yang bolehlah dikatakan solehah
    ada banyak RI yang boleh dilawati
    atau dikunjungi tika dalam mood pelarian (hehe)
    ada akhowat yang sefikrah, seusrah duduk serumah
    usrah di rumah
    program kadang2 di rumah
    program membina,membersih fikrah, membentuk 10 mowasofat tak usah dibilang
    merata!

    sekarang, semuanya berpisah dari kehidupan nan satu ni
    tiada lg suasana ideal itu yg menyelubung, utk merawat jahiliah yang meronta2 dilepaskan
    jarang2 program di sini
    2 bulan sekali, 3 bulan sekali
    akhowat sekandungan dulu paling dekat duduk 2 jam dr sini
    keadaan sangat mencekik iman, mencekik fikrah,
    hingga ujian terasa payah, sukar!
    benar kak, akhowat yang sdg menjalani kehidupan ‘ideal’ beratapkan RI, akhowat keliling pinggang, asatizah merata takkan sebenarnya memahani peritnya ujian perubahan fasa ni

    ini semua; kekotoran yang tak segan berlumur pd diri adalah asbab kita yg mengizinkan ia datang
    dan hilangnya kekotoran itu ialah bila kita menghalau ia pergi dgn pandangan benci seolah-olah tak mau ia kembali

    sekarang minggu finals juga. doakan ya (semua org pleaseee) akan kesejahteraan akhowat dan ikhwah kita di merata dunia. seolah bahang futur sudah tiba di segenap penjuru, hingga takut kak ana melihatnya.

    astaghfirullah astaghfirullah astaghfirullah

    slm takzim

    1. salam ukhti semut. moga ALlah kuatkan anti dan ana juga. tabahkan dan kuatkan hati. lepas dari exam, kene ensure dapatkan semula semangat tu. dan pergi cari program2 yg ada di serata dunia keh? kene kembalikan semula semangat itu!

  2. salam akak, artikel ni bagai 100% sesuai dengan apa yang saya lalui sejak beberapa minggu ni, dan ini tentu tiada lain melainkan sebab rahmat Allah mengilhamkan agar akak menulis sebegini di saat saya sebgini.rasa cm nak nangis je jumpa ni di saat sy lost dah tatau nak ikhtiar mcm mana lg…

    rasa nak jerit pada usrahmates, please re-accept me akhawati… not that they ever pushed me away pun, saya yang bawak diri lari menjauh2, puncanya, mmg, saya selama ni sgt bergantung pd amalan sendiri. sangat lost bila diri down. rasa hina dina. lupa in the end hanya bergantung pada rahmat Allah…maka ingatkan bila berjaulah, akan jumpa balik iman yang hilang. it scared me so much bila dah habis bermusafir, tak jumpa pun apa yang dicari. takkan nak futur seumur hidup?wa’iyazubillah…

    may all ikhwah akhawat akan diberi istiqamah, dan thabat sepanjang hayat iA. mungkin ini too good to be true, but nothing is impossible aite?

    barakallahufeek k aisyah. jzkk fr writing this, n keep on writing..

    1. askar!! awak ni duduk manaaa?????
      kene kuatkan diri ok? kene tabahkan hati . kene tsabat! terkadang kene jumpa orang baru baru dapat tenaga itu balik!

  3. salam. perkongsian yg menarik.
    Ada org kata, jangan jadi macam semangat air pepsi-cola, mula-mula jek percikan semangat, namun kemudian malap.
    tapi, saya rasa, iman ada naik & turun. Tak salah untuk malap seketika, namun bukan berpanjangan, malapnya itu untuk lebih bermuhasabah, & mencari semangat utk lebih mara utk ummah. Perasaan semangat tatkala iman sedang naik akan lebih dihayati & dihargai andai pernah mengalami keadaan jatuh. -my 2cents-

  4. jazakillah atas perkongsian..sangat terkesan..
    manusia mmg sering perlu diingatkan,
    agar kelalaian tak berpanjangan~
    wallahua’alam.

  5. salam kak aisyah,
    bila ‘tersungkur’ didunia masih ada yg sudi mhulur tangan
    tak terbayang kelak di sana, tersungkur sendirian tetapi tidak dipedulikan Allah dan makhluk lain sekalipun.
    smlm Allah ‘tegur’ direct ,lepas kata2 yg tak optimis (langsung)terpancul dr mulut
    Allah sayang saya, doakan saya (dan kita semua) thabat selamanya , ameen

  6. Salam..

    jazakillah khayr kak aisyah for this beautiful reminder…teringin nak kenal orang2 yang komen…salam ukhwah, akhawati..

    kepada semut, saya kenal awak ke? bittaufiq wan najah! sama2 kita berjuang utk yg capai yg terbaik demi islam yg dicintai!

    kepada askar, semoga terus kuat! saya pernah rasa apa yg awak rasa! rasa nak menjauhi mereka2 yg sebenarnya sgt saya kasihi. tapi, saya tebalkan muka untuk kembali bersama mereka. masyaALLAH, jika benar dakwah yg difahami mereka pasti akan terima dgn tangan terbuka! masa tu, saya rasa malu kerana pernah ada perasaan buruk kpd mereka…
    (mungkin cerita kita tak sama sgt, tapi saya pernah menjauhkan diri drpd sahabat2 yg saya kasihi…) sgt benar apa yg kak aisyah coretkan, jgn bawa diri jauh dari lingkungan islami itu!

    sayang fillah! ❤

Leave a comment