Yang menyatukan kita… bukannya kebendaan…

Posted on

Salam

pernah tak kita merasai kits perlu berusaha untuk mengikat hati dengan seseorang ini? Yang kita rasa susah sangat nak masuk dengan dia?

Banyak kali bukan?

Dan sering kali kita berusaha menemukan sesuatu yang akan menyatukan hati kita.

Dan kebiasaannya yang menyatukan itu adalah benda yang sama kita miliki. Atau benda yang kita sukai.

 

Malahan Dale Carnegie sendiri mengajarkan kita, untuk fokuskan perkara persamaan dalam setiap hubungan kita dengan manusia lain, serta mengurangkan jurang perbezaan.

Bagaimana pula, bila kita selidik dan terus selidiki,akhirnya  kita dapati, hakikatnya, kita dan dia teramat berbeza sekali?

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬ (١٣) 

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan  Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya

(Al-hujurat :13)

Dan Allah kembalikan perbezaan itu untuk kita bertaaruf, dan seterusnya mengejar ke arah ketaqwaan. Kerana taqwa itulah hadaf yang dapat menyatukan hati-hati kita .

Memang, orang yang paling boleh ngam dengan kita adalah orang yang paling menyamai dengan diri kita. Samada minat, perwatakan, apatah lagi jika mempunyai tarikh hari jadi yang sama!
Semua itu tentu akan menjadikan hati kita akan mudah tertaut dan bercantum.

Namun, ada sesetengah manusia, yang amat kontra perwatakannya dengan kita, malah tiada satu pun yang sama dengan kita, malah, terpaksa pula kita mengikat hati kita dengan dia!

.
Lantas kita terus mencari persamaan..

akhirnya yang ditemui, adalah jurang perbezaan..

Lantas kita fokuskan untuk laksanakan aktiviti bersama. Bershopping mungkin. Bersukan, makan, minum, berjalan-jalan, semuanya kita cuba buat bersama. Ataupun menangkap gambar bersama.

Ternyata itu membantu membuka bibit kefahaman, dan mula bertoleransi pada perbezaan.

Namun, adakah semua itu mampu mengikat hati kita dengan dia, seeratnya?

Ada satu perkara, yang pasti dapat menyatukan hati kita. Pasti. Tanpa perlu kita berusaha untuk memikirkan aktiviti keduniaan yang dapat menyatukan hati kita.

Itulah dia iman.

IMAN kepada ALlah

Dan tiada yang dapat menyatukan hati kita, lebih kuat dari ikatan iman.

 وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬

Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara hati mereka . Kalaulah engkau belanjakan segala  yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana

(Anfal :63)

Kita pasti merasai, terkadang, radar hati kita sudah tidak sama dengan seseorang itu, apabila salah seorang dari kita, mengalami kefuturan.

Kita akan merasai, tautan hati yang makin melonggar, apabila tujuan hidup kita sudah berlainan. Apabila, hati dan perasaan kita sudah tidak menghadap wajah yang sama, iaitu Allah Azza Wajalla.

Terkadang, kita cuba menemui titik pertemuan, namun apabila yang dicari adalah kesamaan duniawi, tentulah takkan ditemui. Namun apabiila kita sama-sama membina hubungan hati kita yang mantap dengan Allah, seterusnya menghadapkan/mentawajuhkan hati kita hanya untuk Dia semata, iALlah, hati kita pasti akan bertemu pada satu titip pertemuan yang mengikat!

Sepasang suami isteri, tentu akan terlihat banyak jurang perbezaannya. Walaupun kelihatannya sama, namun pasti ada sedikit yang berbeza. Hattakan ada yang membesarkan perbezaan dari sudut memicit ubat gigi!

Apatah lagi bila dilihat sekufunya itu pada agama, tentu pada dunianya, akan ada banyak perbezaan dari sudut keluarganya, cara tindakan ,cara berfikir serta bermacam-macam lagi.

Apakah yang menyatukan hati mereka?

Iman

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. [Al-Room 30: 21]

Begitu juga dalam sebuah keluarga yang tentu amat berbeza perwatakan dan kehendak. Semuanya kelihatan ada arah tuju hidup masing-masing yang amat berbeza, tapi apa sahaja yang menyatukan mereka?
Iman.

Begitu juga seorang naqib yang perlu membimbing seorang mutarabbi yang diberikan kepadanya. Ternyata mutarabbinya itu memiliki sikap yang amat sukar dibentuk, degil, pemalas, dan terkadang suka pula ponteng usrah.

Apa yang mengikat hati naqib itu untuk terus bersabar dan terus bersabar mendidik mutarabbi yang tidak dikenalinya itu?

Itulah dia iman.

Kerana Allah memegang hati-hati manusia ini.

Dan Dia sahajalah dapat menyatukan hati kita, dengan ikatan iman.

ٱلَّذِينَ تَبَوَّءُو ٱلدَّارَ وَٱلۡإِيمَـٰنَ مِن قَبۡلِهِمۡ يُحِبُّونَ مَنۡ هَاجَرَ إِلَيۡہِمۡ وَلَا يَجِدُونَ فِى صُدُورِهِمۡ حَاجَةً۬ مِّمَّآ أُوتُواْ وَيُؤۡثِرُونَ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ وَلَوۡ كَانَ بِہِمۡ خَصَاصَةٌ۬‌ۚ وَمَن يُوقَ شُحَّ نَفۡسِهِۦ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡمُفۡلِحُونَ

Dan orang-orang (Islam) yang datang kemudian daripada mereka (berdoa dengan) berkata: Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah belas kasihan dan rahmatMu.
(Al-Hasyr :9)

Jika dicari kesatuan dan kebersamaan pada citarasa menu yang sama, mahupun fesyen pakaian yang sama, mahupun pada aktiviti sukan yang sama, hati tetap mampu bercerai berai.

Kerana apa?

Kerana tiadanya iman.

Yang menyatukan hati kita, hanya satu:
itulah dia IMAN.

fokuskan kepada itu, fokuskan hati untuk mendidik ke arah itu.

Di situ kita akan temui, malah yang penting, merasai, kesatuan hati dan perasaan. atas dasar nikmat iman..

Kerana Allah sahaja yang dapat menyatukan hati-hati kita…

Wassalam
Aisyahz
Wangsa Maju

Advertisements

4 thoughts on “Yang menyatukan kita… bukannya kebendaan…

    mohamad raimi said:
    November 12, 2011 at 2:47 pm

    Alhamdulillah, memang ber-makna mendalam entry ini. Namun, mungkin ada sedikit pembetulan ayat al-Quran pd hujung2x entry QS 59:09 itu.
    وَالَّذِينَ جَآءُوا مِن بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلإِخْوَنِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالإَيمَـنِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ

    muharikah responded:
    November 12, 2011 at 3:26 pm

    jzkk akhi. mohon feedback lagi next time.

    light said:
    January 10, 2012 at 4:58 pm

    kita copy image atas nie yea… syukran~~~

    […] Artikel ini memetik sedikit sumber daripada laman berikut : Rujukan 1 | Rujukan 2 | Rujukan 3 […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s