Dakwah era baru

Salam.

Seringkali saya bermuhasabah akan usaha dakwah kami di bumi ini.

 

Ternyata ia sukar, meletihkan dan kelihatan seolah-olah tidak mendatangkan hasil.

Saban minggu aku melihat wajah mutarabbiku dan berharap agar mereka dapat mengembirakan aku dengan hasil ‘tangkapan’ yang baru; iaitu kemunculan murabbi baru atau terbentuknya usrah baru yang semua ahli di dalamnya begitu bersemangat untuk belajar segala sesuatu yang baru tentang Islam.

Benar, keghairahan menempuhi alam dakwah sungguh berbeza di era Malaysia.

Juga berbeza di era perkahwinan dan pekerjaan.

Mana2 nuqaba yang membawa usrah manusiawi ini akan amat menyedari bahawa pentarbiahan di era dewasa ini lebih banyak mentarbiah diri mereka sebagai murabbi dari mentarbiah diri anak usrah mereka sendiri.

Sebagai murabbi, kita belajar erti kesabaran memahami keadaan mutarabbi yang turun proaktivitinya akibat fasa berbeza. kita amat memahami mereka terikat dnegan kerja-kerja pejabat yang tidak pernah surut, serta kecemburuan masa yang diingini ahli keluarga terhadap dirinya, amat banyak menduga amal tarbawi di bumi ini. Kita sering rasa kecewa kerana masa yang harus digunakan untuk tarbiah terpaksa dikorbankan untuk perkara yang lain.

 

Dalam banyak kelelahan dan cabaran yang wujud pada sistem ini, jemaah begitu dahagakan kejayaan di dalam setiap pentempuran dakwah dan jihadnya.

Dahulu, idealisme muntalaq sering mengajarkan kami bahawa kami tidak perlu menjadi juara di dalam kerja-kerja amal kebajikan dan amal dakwah umum yang lain. Ini kerana telah Begitu ramai kumpulan lain sudah menjuarainya. Kita sebagai kader dakwah, harus berbuat apa yang tidak ramai orang buat; iaitu membina manusia.

Disebabkan itu kami mengenali 3 tangga paling utama dalam dakwah ; takrif , takwin dan tanfiz. Kami mengimaninya dan tidak bergerak jauh dari kerangkanya.

 

Segala yang takrif harus ditakwinkan. DI dalam mindset kami, semua orang harus dioffer kepada usrah. Syahadatul haq kami adalah dengan meramaikan murabbi dan kader-kader dakwah ini.

 

Ternyata fokus itu berjaya. Di luar negara. Ia melahirkan ramai kader dakwah yang melekat dengan dakwah dan jemaah. Walaupun , jika ada yang gugur, mereka gugur dengan sedalamnya.

Dari situ, kaedah itu melahirkan ramai orang yang bersemangat membawa manusia kepada usrah dan menanamkan asas-asas dakwah pada peringat awal pentarbiahan mereka. Di waktu itu, kader dakwah di level 01 sudah pun membawa usrah , atau setidaknya mempunyai seorang mad’u untuk didakwah fardhiahkan.

Untuk orang yang mempunyai basic Islam yang kuat, kaedah pentarbiahan sebegitu amat melengkapi keperluan jiwanya. AKhirnya keimanannya bertemu dengan sesuatu yang harus diperjuangkan dalam kehidupannya—>itulah dakwah. Dia tahu ke mana mahu dibawa mad’unya. Dia tahu bagaimana untuk meningkatkan tsaqafah dan mewujudkan pengalaman ruh luar biasa di dalam usrahnya.

 

Di waktu itu, lahirlah sekelompok manusia yang benar-benar membuktikan janjinya kepada Allah saban waktu. Komitmen pada dakwah luar biasa sekali.

Namun bagi yang baru mengenal Islam, kaedah itu membina semangat yang tidak berdiri pada asas yang kukuh. Mereka mudah selesa dengan usrah yang haraki dan yang mampu memberikan mereka rasa kebasahan. Secara tidak sengaja wujudlah rasa kecenderungan kepada peribadi seseorang berbanding jemaah. Mula dia berasa sukar untuk berada di dalam sebuah sistem yang wujudnya kekurangan dan kelemahan. Apabila tidak berpuas hati dengan naqib usrah, atau berkecil hati sesama ikhwah, ada yang meninggalkan usrah dan dakwah, serta lari, sejauh-jauhnya… hingga sukar kita percaya pada hari ini ketika bertemu mereka; ” Orang camni ke pernah kasi SH kat aku dulu? Apa dah jadi pada dia??”

 

Benar, inilah sunnatullah dalam perjuangan. Ada yang masih tsabat, ada yang teruji dan ada yang harus kita jadikan iktibar, agar tidak berulang perkara yang sama.

 

Perkara ini menjadikan dakwah kita semakin matang dengan pengalaman ini.

 

Di fasa siswazah dan luar negara, dakwah harus agresif membina kilang-kilang kader dakwahnya. Ya, ia terkadang membina manusia di awangan yang sukar berpijak di bumi nyata. Disebabkan itu apabila pulang ke Malaysia, ia sukar untuk bersinar , kerana sukar beradaptasi dengan kelompok ikhwah yang sudah lama bertapak dakwahnya di Malaysia.

Dakwah di Malaysia, bukan sekadar mahu melahirkan ramainya murabbi dan kader dakwah. Dakwah di Malaysia mahu menjadikan Islam itu sebagai satu sistem pemerintahan dan perundangan di Malaysia.

 

Ia takkan mampu tercapai jika matlamat dan gol kita adalah mengusrahkan setiap individu di Malaysia.

 

Dalam sejarah Islam, tidak ada sebuah negara islam yang mampu mengusrahkan rakyatnya. Sistem usrah hanya wujud di zaman Hasan albanna, kerana di zaman Rasululah dan generasi salaf, setiap keluarga itu meng’usrah’kan ahli keluargnya. Si ayah yang mengajarkan ahli keluarganya. Begitu juga sistem pendidikan terbuka wujud di masjid-masjid di mana sesiapa sahaja boleh menuntut ilmu agama dan membaiki dirinya.

Di waktu itu, imam-imam dan ulama’ menjadikan diri mereka magnet yang mampu mempengaruhi masyarakat.

Inilah yang dinamakan rabtul Am.

Di zaman Rasulullah, dakwah berlaku secara terbuka dan setiap orang Muslim berusaha untuk mengislamkan semua orang yang berada di dalam lingkungannya.

Hasan Al-Banna menggunakan model ArQam bin abi Arqam untuk mewujudkan core group atau qaidah sulbah, bagi membina kekuatan kepada gerakan dakwah yang dibawanya.

Inilah yang dinamakan usrah. Usrah diwujudkan untuk melahirkan core group ini. Usrah diwujudkan untuk melahirkan kader-kader dakwah yang boleh menarik ramainya orang kepada Islam. Usrah adalah untuk mereka yang boleh commit dan juga sanggup berjuang bersama jemaah dakwah.

Namun, amat kita sedari, dari 10 orang yang kita temui, mungkin 0.5 atau 1 orang sahaja yang sanggup ikut usrah. Di kalangan yang sanggup itu, mereka akan ikut usrah jika kita ikut jadual keselasaan mereka dan buat usrah di rumah mereka. Nak menjadikan mereka mujahid dakwah yang sanggup berkorban dan menginfakkan diri mereka… itu cabaran yang amat luar biasa sekali.

 

Dua kaedah dakwah ini harus berjalan seiringan, tanpa salah satu sayapnya tidak memandang rendah sayap yang lain;

 

a) Takwin –> membina qaidah sulbah dan core kepada tulang belakang jemaah. Mereka adalah para murabbi dan pekerja dakwah.

b) Rabtul am –> membina lingkungan masyrakat yang terpengaruh dengan kita dan mengikut diri kita, walaupun mereka tak mampu commit dengan usrah, dan sukar sekali disusun di dalam jemaah disebabkan banyak faktor.

 

Dari sini, kita boleh lingkungkan ibu bapa kita, sepupu kita, jiran kita, imam di masjid kita, rakan sekerja kita, di dalam lingkungan rabtul am kita. Ya, kita harus mencari potensi dikalangan mereka siapa yang boleh kita usrahkan, tetapi kita harus sedar, realitinya, hanya 3% yang sanggup ikut usrah! Walaupun kita tahu, di sana sini orang mahukan usrah dan orang mahukan murabbi. Dan bila kita tengok kiri dan kanan kita, asyik-asyik orang yang sama sahaja,kita sedar memang kita amat kekurangan murabbi, namun, kita harus manfaatkan individu yang berada di sekeliling kita.

individu yang mampu memberi sokongan kepada kita. Dalam cara mereka tersendiri.

 

Dalam kita memperkasakan sistem tarbiah kita dengan pemantapan usrah , daurah, mukhayam dan sebagainya, kita harus juga membina jaringan rabtul am ini. Kita harus berfikir secara kreatif untuk membawa mereka kepada khafilah dakwah ini. Kejayaan IM di mesir dalam memenangi pilihan raya, tidak terletak pada ramainya kader dakwah mereka, tetapi terletak pada kejayaan luasnya mata rantai rabtul am mereka. setiap individu di dalam IM itu dikenali dan amat dekat di hati masyarakat kampung mereka. detiap individu IM dikenali sebagai orang yang bermanfaat di tempat tinggalnya.

Di negara kita, orang di taman kita sendiri tidak tahu adanya orang IKRAM di situ. Alangkah malunya kita! Dan kita mendabik dada membawa 1-2 usrah/halaqah dan memiliki jumlah ahli yang ramai. Namun, orang yang hidup bersama kita tidak mengenali kita. Malah ahli keluarga kita langsung tidak terkesan dengan kita. Kita dengan gembirannya merasai kita telah berbuat kerja dakwah kerana menghadiri meeting tidak putus-putus setiap minggu dan pergi ke program-program yang menemukan kita dengan wajah yang sama setiap bulan.

 

Rabtul am adalah dunia dakwah yang baru. ( walaupun dah diperkenalkan begitu lama dahulu). Konsep ini benar-benar menolak kita menjadi seorang individu yang ikhlas dan benar di sisi Allah. Ia menolak kita untuk beramal dakwi di seluruh kesempatan yang ada.

 

RAbtul amlah konsep dakwah yang mencabar untuk dilaksanakan.Ini kerana kita tak pernah biasa melaksanakannya. Ia adalah satu nafas baru bagi dakwah ini. Ia adalah peluang baru untuk melahirkan kader dakwah yang baru, samada mereka masuk di dalam jemaah ataupun tidak.

 

Terdapat 4 peringkat di dalam rabtul Am

 

Peringkat 1: Membangunkan tsiqah( kepercayaan) dengan membina hubungan.

( Jadi KAMCENG). Seorang ikhwah boleh menampakkan mukanya di masjid ataupun bermain futsal di bawah nama GEMA atau IKRAM. Seorang profesor boleh menggunakan jawatannya untuk membina hubungan dengan orang bawahannya.

Dalam merancang program untuk mentajmik belia, harus difikirkan program untuk membina hubungan ini. Biasanya dengan aktiviti sukan, mahupun jalan-jalan dan sebagainya. Ataupun dengan gathering rakan-rakan sekolah lama. Boleh jadi juga menjadi individu feveret di pejabat, sesama rakan taulan dan sebagainya.

 

Peringkat 2: Membina nilai-nilai tarbawi tertentu. 

Tak perlu skema melaksanakan perkara ini. Asalkan:

a) menghidupkan iman di hati

b) menjauhkan diri dari maksiat dan meningkatkan ketaatan

c) Yakin dengan Islam dan hidup dengan nilai-nilainya

 

Paling senang sekali, gunakan masa makan tengahari untuk duduk bersma rakan sekerja. Carilah topik untuk membina iman , perkongsian mengenai palestin dan sebagainya. Jika ada dalam wassap grup, gunakan kesempatan itu untuk berkongsi nilai-nilai yang mendekatkan diri dengan ALlah.

 

Peringkat 3: Menerima dan laksanakan nilai-nilai tarbawi itu.

Ini termasuklah menyedari bahawa masyarakat memerlukan bantuan dan perlu diselamatkan. Merasai bahawa diri dia harus melaksanakan sesuatu untuk membantu masyarakat.

Ibu saya, walaupun tidak begitu gemar anak-anaknya bergerak aktif di dalam gerakan dakwah, sering bersikap positif akan program-program yang dilaksanakan ikram.

Pernah dia menghadiri program Talk Syria di Bintulu anjuran IKRAM, dan ada akhawat membuat pengumuman : ” Inilah mak muharikah!’.

Seminggu selepas itu, dia meminta saya untuk membantunya untuk membuat korban di bawah program IKRAM.

Peringkat 4: Terlibat sama dengan aktiviti kita.

Boleh jadi dia menjadi AJK masjid. Ataupun ajk program, walaupun belum jadi ahli jemaah. Dia mula merasai dia harus terlibat sama dalam membaiki masyarakat ini. Dia rasa seronok menyumbang sesuatu kebaikan di dalam masyarakat. Di peringkat inilah ia sudah menghampiri kepada kita.

 

Begitulah langkah-langkah rabtul Am yang boleh kita kuasai dan aplikasikan.

Bagi saya sendiri, untuk jelmakannya di dalam wadah gema dan belia ikram, ia adalah sesuatu yang tidak mudah.

 

Saya boleh tulis semula pengalaman2 saya mentajmik dan mengusrahkan belasan kelompok usrah dan bagaimana untuk mengefektifkan halaqah. Tetapi rabtul am ini… i just need more time to study , implement and get the best out of it.

 

Moga kita sama-sama dapat harunginya dan mencipta pengalaman2 baru untuk dakwah.

 

Ukhtikum fillah

AisyahZ

Gombak

 

3 thoughts on “Dakwah era baru

  1. Rabtul Am ni kena banyak aktiviti dunia. haha. InshaAllah we can like the sahabah before. Aim for it & achieve it. ganbatte!

Leave a reply to fatihahzulkifli Cancel reply