Kenapa saya buat masters?

Posted on

Salam

lama dah tak mencoret di sini. Selalu ada mindset nak tulis pasal dakwah dan tarbiah sahaja. Namun sejak kebelakangan ini, tumpuan saya banyak diberikan kepada core speciality yang sedang saya bina sekarang : medical.

Dakwah ini mengajar kita untuk menggunakan segenap potensi kita untuk memberi kebaikan kepada ummah dan membawa manusia kepada Allah. Dari banyak-banyak potensi kita tersebut, kita harus pilih untuk benar-benar menjadi pakar di dalam bidangnya.

Saya memilih bidang perubatan, kerana ALlah memberi saya peluang yang banyak di dalamnya.
Walaupun minat saya teramat besar dalam bidang usul dakwah, penulisan sastera, dan bisnes. Namun, semakin meningkat usia, kita benar2 tak mampu untuk berbuat banyak perkara dalam satu masa.

Banyak pengisian dakwah dan tarbiah yang saya dapat di Malaysia, saya muntahkan kembali dalam bentuk pembinaan di medan dan ucapan-ucapan di dalam liqa usrah dan ceramah. Banyak masa difokuskan untuk membuat powerpoint dan juga membaca beberapa buku sebelum dapat membentangkan usrah. Tugasan penulisan di dalam JOM juga sedikit sebanyak terabai kerana kesuntukan masa yang ada.

Tambahan pula, saya sudah memasuki tahun kedua dalam bidang masters, which i am quite enjoying it, tapi amat banyak memakan masa dan tenaga saya. Dahulu selepas habis kerja kol 5pm, saya sempat utk singgah di ofis majalah jom untuk berbual2 dan berbincang dengan staff di sana. Kini, amat sukar sekali untuk balik lebih awal pukul 5.30pm. jika balik awal pun akan baring dan berehat sebentar di bilik doktor kerana keletihan teramat sangat.

Expectation dari registrar dan specialist begitu besar sekali terhadap masters student.

” Benda ini ko tak tahu? Ko ni master student ke tak?”

Oi. Pedas sungguh kata-kata kau ya, duhai registrar. Dia seorang ikhwah. Saya kenal rapat dengan isterinya. Sebab itu buat-buat tak tahu je dengan kata-kata sindirannya itu. WAlaupun begitu dia amat rajin mengajarku perkara-perkara basic yang telah aku pelajari 10 tahun yang lalu di medical school.

” Kau ini masters student. Ko tak bolehlah takat tahu macam houseman tahu.” Begitu expectation specialist saya sewktu dia bertanyakan saya cause of pulmonary hypertension atau treatment for idiopathic pulmonary fibrosis.

Balik ke rumah, kami diminta bukan sahaja membaca semula teori-teori tentang apa yang dipelajar di ward round, kami diminta juga untuk present journal club dan juga teaching material setiap minggu. Tidak termasuk case report dan research yang kami perlu buat dalam masa dua tiga tahun ini.

Tidak termasuk perlu beroncall di hujung minggu sehingga kepenatan dan tak mampu untuk hadir ke mana-mana program.

Untuk perform di dalam program dakwah pun, ternyata agak terbatas.

Namun di sudut hatiku, aku amat bersyukur aku melalui jalan penuh berilmu ini.

Ternyata, keputusanku memilih bidang masters ini membawa banyak barakah dalam kehidupanku.

Sebagai seorang Muslim, benar kita mahu mempunyai pekerjaan yang mampu memberikan sumbangan terbesar dalam dakwah. Doktor adalah salah satunya. Namun doktor yang bagaimana? Kita harus menjadi doktor pakar. Bukan untuk dapatkan respect dari masyarakat atau rakan sekerja, namun paling penting adalah untuk kita mendapat kepuasan.

Kepuasan bagaimana? Kepuasan memberikan yang terbaik untuk pesakit. Kepuasan kerana dapat menyelamatkan pesakit. Kepuasan kerana dapat meringankan bebanan pesakit. Kepuasan sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah:

Baginda bersabda: “Sesiapa yang meringankan daripada seorang mukmin satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan dunia, Allah akan meringankan daripadanya satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan Hari Kiamat. Sesiapa yang memudahkan kepada orang yang kesempitan, Allah akan memudahkan kepadanya di dunia dan akhirat. ( HR Muslim)

Apabila setiap pagi saya memberikan salam kepada pesakit, menyentuh tangan dan bahu mereka. Meletakkan stetoskop di dada mereka. Seterusnya membantu meringankan kesakitan mereka, itulah kepuasan yang dirasai. Apatah lagi dapat boss yang sukakan environment knowledge rather than condemn. Setiap kali round dengan consultant, ada sahaja benda baru kami belajar menyebabkan kepenatan berdiri selama 6 jam tidak begitu dirasai.

Pernah saya melihat CXR pesakit saya yang mendapat pneumothorax post procedure pleuroscopy pukul 5pm. Ketika itu saya sudah ada temujanji dengan akhawat. Saya boleh passkan kerja itu pada colleague saya. Namun melihatkan pesakit itu, nurani saya tidak tergamak. Saya terus tolak dia untuk buat chest tube insertion. Itulah chest tube terpantas pernah saya buat dalam masa 10 minit dari awal sehingga akhir. Pesakit begitu selesa selepas itu. Kepuasan itu.

Namun, tanggungjawap dakwah di luar ternyata penting. Pada pesakit terkadang kita tak sempat nak cerita tentang Islam dan dakwah. Kita boleh nasihatkan mereka solat dan berdoa. Kita boleh nasihatkan mereka untuk bersabar. Namun menarik mereka bersama-sama dengan kita membawa agenda dakwah, ternyata saya masih tersipu-sipu lagi.

Disebabkan itulah kita harus progress dan cepat-cepat menjadi specialist. Memang menjadi MO medical itu sengsara. Sapa suka oncall 36 jam?? Sapa suka kene call kol 3-4am patient collapse pastu ada 10 referral kena tengok di ED. Siapa suka break bad news to family bila patient meninggal dan tak survive CPR sebab lambat pergi HD. BAnyak benda yang menyebabkan ramai orang akhirnya give up dengan bidang ini. Yang ada anak dan suami, pasti harus memikirkan 10-20 kali untuk menceburi bidang ini.

Memang benar ia memerlukan pengorbanan, cuma di hujungnya ada kemanisan.

Melalui masters, kita akan dikelilingi oleh ulama medic. Yang terpandai di kalangan doktor perubatan ada di universiti. Environment university amat berbeza dengan suasana di Kementerian kesihatan. Rakan2 sebaya kita pun saling bahu membahu dalam bidang keilmuan dan kebaikan. Rata-rata orang berilmu ini hatinya soleh dan baik. Biasanya kalau kita kawan dengan orang baik, kita akan menjadi baik juga.

Melalui masters juga, kita dapat mempertajamkan skills kita dengan sebaiknya dalam bidang yang penting sebagai pakar perubatan. Ilmu kita amat meluas dan kita lebih cepat dan cekap menentukan treatment terbaik untuk pesakit kita.

Melalui masters juga, perjalanan untuk menjadi pakar adalah 4 tahun. Sengsara itu cuma 4 tahun sahaja. Selepas 4 tahun kita boleh oncall dari rumah. Kita boleh bagi talk dan conference di serata dunia. Kita boleh engage dengan ramai orang. Kita boleh buat rumah kebajikan atau kempen kesihatan. Kita mampu menulis pelbagai buku yang mempu menghidupkan hati ramai manusia lagi.

Cuma untuk bertahan selama 4 tahun. Dan 4 tahun itulah yang kita harus uruskan:

anak2
pasangan
mak ayah
jiran-jiran
anak usrah
tarbiah sendiri
program jemaah.

Dan lain2.

Saya sendiri amat struggle sekali walaupun mungkin ramai melihat saya macam takde apa-apa masalah. Acap kali saya mahu quit semua benda dan fokus pada masters sahaja. Namun, kita harus ingat, niat mengambil masters adalah untuk dakwah. Ternyata dakwah itu sendiri tidak boleh diabaikan.

Buat adik-adik saya, terutama yang akan jadi HO dan masih HO, perjalanan antum di dalam bidang perubatan akan datang amat mencabar. Sistem tidak menyebelahi kita, kitalah harus bersabar mengharunginya dan cuba mencari jalan mengatasinya.

Jadilah doktor yang terbaik dalam bidang yang diceburi. Bercita-cita tinggilah demi dakwah. Jika kita mahu jalan yang mudah, ternyata jalan itu banyak, tapi itu bukanlah jalan terbaik untuk dilalui. Dakwah memerlukan kepakaran. Dan jalan melalui kepakaran itu memerlukan kesabaran dan pengorbanan.

Masters adalah salah satunya. Ada cara lain boleh dilalui. Setakat ini, pengalaman ini, masih manis lagi untuk saya.

Ukhtikum fillah
Aisyah Z

Advertisements

4 thoughts on “Kenapa saya buat masters?

    kauthar said:
    October 20, 2014 at 1:20 pm

    ^^

    Ku Hariz Farhan said:
    October 23, 2014 at 6:44 pm

    Teruskan perjuangan,moga istiqamah ya 🙂

    faridah said:
    October 26, 2014 at 1:46 pm

    Insyaallah 4 tahun tak lama. Keep reminding your niat. Up and down is usual.

    nuri said:
    October 30, 2014 at 3:11 am

    mohon share.sangat bermanfaat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s