Jaulah Tarbawiyah

Entry ini utk aisyahsukimin,

mahupun semua ikhwah akhawat di serata dunia yang antum ada.


Sungguh dalam tarbiyah ini, konsep yang perlu kita fahami amat meluas dan saling mutakamil.

Banyak wasilah boleh kita gunakan bagi mencapai hadaf tarbiyah kita itu.

Sebab itu wasilah itu datang selepas sahaja, khutuwat dakwah, selepas marhalah dakwah, selepas mihwar dakwah , selepas maratib amal… ( apa kebenda saya cakap neh?huhuhuh)

Mudahnya begini.

Di dalam amal kita membina rijal/manusia ini, menjadi seorng murabbi yang mapan dalam membawa risalah dakwah ini, kita sendiri sebagai nuqaba dan murabbi perlu jelas dan faham cara untuk melahirkan manusia seperti itu.

Dia nampak senang.

Tapi bile kita tengok hasil dan amalnya, barulah kita nampak , ramai manusia masih tidak memahami perkara ini. Saya dahulu begitu juga.

Dan kita sendiri perlu faham bahawa di dalam amal dakwah ini, kita bukan sekadar nak dapat pahala dan lepaskan tanggungjawab syahadah kita. Tapi kite kene betul- betul perlu pastikan apa yang kita laksanakan itu memberikan peluang yang amat lumayan hasilnya.

Mengapa Muhammad Al-fatehh mengimpikan Konstantiople jika dia mampu sahaja memerintah negaranya dengan bahagia?

Mengapa Rasulullah sendiri mengimpikan Rom timur berada di tangan umat Islam?

Kenapa Rasulullah dahulu tak duduk je diam2 kat Mekah dan try je dakwah kat situ. Cukuplah at least ada 300 orang pengikut. Kenapa baginda perlu keluar juga dari Mekah, menyebarkan Islam. Bukankah kiranya jika dapat sampaikan Islam pada orang kat mekah, dapat juga dia langsaikan amanahNya pada Allah?

Tentu tidakkan.

Sebab di dalam mursalat ayat 11 dan 13, syed Qutb kata di akhirat nanti Rasul-rasul semua akan menghadap Allah dan membentangkan buku report dakwah mereka . Untuk ditayangkan apakah hasil dakwah mereka di hadapan Pencipta yang Agung.

Di dalam sejarah para daie, kesemua mereka menukilkan kisah-kisah kejayaan yang besar di dalam dakwah mereka.

Kejayaan itu bukan pada gahnya sebuah program islam.

Bukan paada ramainya manusia yang datang pada muktamar islam.

Tapi kejayaan itu adalah apabila ramainya manusia-manusia yang dibinai dengan kefahaman yang mapan pada Deen ini.

Yang memahami Islam, menjiwai quran dan sunnah serta menjadi mata rantai dan pewaris dakwah ini. ( dalam kata lain, menjadi super murabbi!)

Sebab itu penting, sebagai seorang daie, jika kita kurang berjaya dalam mengkaderkan manusia ( maknanya kalau dah 2-3 tahun bawak usrah tapi tak berkembang usrah tu dan tak mampu untuk menghasilkan murabbi) ,jangan kita redha dengan keadaan kita itu. Jangan pasrah sahaja dengan keadaan  binaan kita tersebut.

Ada ketika kite mendengar konotasi seperti ini:

‘ takpelah, asalkan aku buat dakwah cukuplah. Allah tengok usaha, bukan hasil. Asalkan ikhlas, iAllah pasti akan masukkan dalam syurga, kalau ramai pengikut tapi  tak ikhlas tak guna juga..’

Astaghfirullah. Inilah ucapan yang amat merugikan umat Islam, dan individu tadi!

Islam sentiasa mengajar kita untuk berlumba-lumba dalam amal.

Sepatutnya jika ada seorang sahabat kita berjaya menghasikan 10 murabbi, kita kene azam untuk menandingi dia, dan membina 20 murabbi!

( Ini saya tekankan aspek dakwah ye, iAllah dari sudut tarbiyah zatiyah, kene masuk entry lain pula)

Jika dia dapat memahamkan fiqh dakwah pada anak binaan, pada cucu dan cicit binaanya, maka kita kene lebih dari itu pula ( anak kepada cicit pula).

Semuanya dalam rangka berlumba-lumba untuk menegakkan risalah Allah, melahirkan ikhwan2 yang ampuh dan amat daqiiq/mantap pembinaannya.

Melahirkan manusia yang di mana sahaja mereka dicampakkan, mereka akan menyuburkan lahan dakwah di situ.

Itulah ciri al-akh yang kita mahu.

Yang lengkap 10 muwasafat muslimnya, dan mampu menjadi seorang syeikh dan murabbi yang mampu membawa manusia lain mengenal penciptaNya.

Of course bila kita nak membina manusia ini, kita tak menyeru dia pada kita. Kita buat kerja ini bukan sebab nak famous dan bukan untuk menunjuk-nunjuk dialah paling hebat beramal dan cara dia yang paling betul.

No!

Inilah tarbiyah yng mengajarkan kepada kita:

Seiapa menuntut ilmu untuk menandingi ulama dengan ilmunya, menjatuhkan orang yang bodoh dan menarik manusia kepadanya, akan dimasukkan Allah ke dalam neraka. ( hadis riwayat tarmizi)

Segalanya sepatutnya dibuat kerana Allah, dalam rangka  beramal di atas jalanNya.

Kamu tidak akan menjadi seorang yang bertakwa, sehinggalah kamu menjadi berilmu dan tidaklah kamu menjadi indah dengan ilmu sehinggalah kamu beramal dengannya ( abu darda)

Dan dari amal  itu, kita akan menyeru manusia untuk mengikuti jalan-jalan yang kita lalui ini.

Bila kita ikhlas, kita akan beramal dengan ilmu kita. Bila kita beramal dengan ilmu kita, barulah mudah kita sampaikan kepada manusia lainnya.

Dan dalam membina manusia ini, turutannya adalah seperti berikut:

maratib amal –> mihwar( paksi) dakwah –> marhalah dakwah –> khutuwat ( langkah2) dakwah –> wasilah dakwah –> wasilah tarbiyah

Dan jaulah itu merupakan subset di dalam wasilah tarbiyah.

Di dalam wasilah tarbiyah itu juga terdapatnya usrah, tamrin, mukhayyam, daurah, taa’lim etc etc.

Kita hanya mengelolakan jaulah hanya jika dapat mencapai agenda tarbawi yang kita dah setkan untuk anak binaan kita.

Dan agenda yang mahu kita rangka bergantung kepada kemampuan kita memahami maratib amal, mihwar dakwah, marhalah dakwah, khutuwat dakwah dan wasilah dakwah kita ini.

Selepas faham itu, barulah kita faham…

ooo … kena buat jaulah rupanya.. ( ni kene buat gaya tengah cakap ok? 🙂 )

so nak rancang jaulah camne?

Nak kasi bahan apa?

dan bagaimana nak kasi jaulah itu penuh bermakna?

Dari objektif yang jelas, baru tahu apa langkah-langkah yang perlu disusun atur.

Mungkin kita  tak perlu buat jaulah pun untuk capai hadaf(tujuan dan objektif) dalam membina anak binaan kita.

Mungkin nak capai hadaf itu kita boleh buat rehlah, mabit ataupun mukhayyam.

Yang paling kene nampak adalah big picture, ke arah mana kita nak bawak anak binaan kita ini.

Bukan nampak kene buat program baru fikirkan hadaf.

Tapi perlu fikirkan keperluan, dan hadaf, barulah fikirkan bentuk program itu.

Seperti itu jugalah jaulah.

Ia dilaksanakan untuk capai hadaf kita tersebut.

Kalau tujuan kita untuk membentuk keakhawatan, dan mengajar mereka skil2 di dalam berDF, maka kita bawak mereka pergi ke negeri yang ada akhawat-akhawat kabeer yang dapat mengajar mereka perkara itu.

Jika tujuan jaulah adalah untuk beri mereka semangat dalam beramal, dan lihat gerak kerja orang lain, maka kita bawak mereka berjaulah di tempat yang akhawatnya sebaya dengan mereka, tapi tangkas dan semangat buat kerja.

Jika jaulah itu untuk menautkan hati dan berukhuwah dengan anak binaan kita, then kita buat perkara2 yang sweet dengan dia sepanjang jaulah. At the same time, buat benda sama2 dengan mereka ketika jaulah itu.

Untuk tujuan ini, kat mana tempat pun ok sebab tak perlukan akhawat lain.

Kalau tujuan jaulah adalah untuk membina skill kemurabbian dia, maka kita rancang perjalanan dia untuk pergi tempat yang ramai mad’u tapi kurang murabbi di situ. Dan dari situ dia dihantar bukan untuk menerima pengisian, tapi memberi pengisian.

Pengisian jaulah itu sendiri bergantung pada hadaf yang kita letakkan pada anak binaan kita.

Itu menentukan bahan2 yang ada dalam jaulah.

Paling penting dalam jaulah adalah:

Tautan hati, dan sabar.

Sebab banyak episod2 ujian dalam jaulah ini, akan menunjukkan sikap sebenar kita as as murabbi juga..

Banyak lagi nak share, tapi cam kene buat daurah je ni.hehhe

Nanti kita jumpa kita buat daurah untuk aisyah and orang2 kiwi ok?

Moga Allah mudahkan urusan antum.

Terhad ruang untuk berbicara di sini sebab lagi best explain dari tulis. Walaupun banyak ilmu-ilmu tersimpan dalam lubuk2 ulama kita.

moga bermanfaat

kakakmu,

muharikah,

glasgow

8 thoughts on “Jaulah Tarbawiyah

  1. salam kak,

    terasa neh! hari tuh baru dpt lecture psl mende neh.. seyes memang mcm wat lesson plan.
    hhuuhu.. kene tahu hadaf baru boleh plan.. xboleh bantai2 je ye:)

    jazakillah kak bg pencerahan yg amt cerah ini:)

  2. salam akk,
    subhanallah! unik n bestnya dakwah ni..bak kata ummu, cam lesson plan. ada learning outcome, integrated skills etc
    hehhe..tgu daurah from akk yg x pernah bersua muka tp hamasahnya tempias hingga ke bumi kiwi
    jazakillah khair kak aishah

    ~kerana kita serius dgn perjuangan ini~

  3. Salam ukhtifillah!

    ana suka singgah sini mencari bekalan kembara ana!

    kebanyakkan entry2 anti amat SERASA!

    subhanallah!

    teruskan menulis dan berkongsi ya!

    salam ukhwah dari kampus hijau, Malaysia 🙂

  4. Subhanallah..pencerahan yg terbaik..
    satu-satu Allah nak tarbiyah kita…

    betapa pentingnya kita ni, berfikiran besar, berjiwa besar, & pengharapan besar jugak dkt Allah shj

    kak aisyah ada cakap pasal

    1st sekali
    identify dlm mad’u kita apa yg kita nak capai; kiranya apa target kita, aim kita utk dia

    contohnya kalau ukhuwwah, define lagi ukhuwwah yg mcmn
    then we get to the hadaf of jaulah & wasilah dakwah apa mukhayyam, rehlah, usrah, jaulah, daurah, katibah tapi in this context which is jaulah

    contohnya kalau mad’u kita susah nak berkorban bawa dia jumpa akhawat Indonesia, lihat cara hidup mereka

    jika mad’u kita susah nak bergerak, x kreatif, inovatif & x think out of the box bawa jumpa akhawat France dimana ukhti2 mereka sebatch, rancak bergerak & hebat2 belaka.

    jika mad’u kurang ke’akhawatannya’ bw pergi jumpa akhawat Mesir..hehehehe

    ada juga cdgn kak aisyah bawa mad’u pergi Brunei, mcm2 boleh dpt, ada ustaz lagi..

    kiranya bukanlah kita set nak gi jaulah mana ,ikut kita nak g mana, nak tgk kwsn baru ke.. kita keluar mmg semata2 dakwah
    dan ikutlah keprluan mad’u kita, apa yg dia perlukan..
    ada crita sorang sister ni berkali2 ke spain bw adik2 kerana bukan dia yg perlu dipenuhi kemahuannya tetapi mad’u kesygnya..

    subhanallah..
    jazakillah khoir katheera kak aisyah dtg Dublin..
    xle nak ckp betapa happynya kitorg kat cni..

    Kami sgt semangat kak aisyah tapi kami x matang lg..=(
    Doakan kami kak dicni… =)
    semoga kami trus2 maju & belajar dr sekeliling esp dari kakak2 kabir yg dh masak dgn jalan ni..
    truskan mendidik kami kak…
    kami SAYANG akak…

    biiznillah , kita jumpa lagi..
    assalamualaikum wrbkt..

  5. huhu…cik bulan, anda sgt comel:)
    kami semangat tp kami tak matang lagi:) kiut3

    kAisyah, sy nk setuju jugak dgn statement tu boleh??
    kami belum matang lagi, perlukan cikgu besar ajar:)

    anyway kita akn jadi matang dan besar bila kita wat keje kan..
    and tarbiyah is all about time.. kadang kita ingat kita dah ‘masak’, padahal color kita pun belum
    cukup kuning lagi, ade warna ijau sikit2..hehe

    iAllah we learn as time goes by.
    gambate cik bulan n sisters ku:)

  6. Jazakillahu Khayr kak Muharikah…
    moga mengalir ruh2 muharik ke dalam sanubari setiap kita sebagai daie.
    menjadi murabbi bukan mudah, namun bukan suatu yang tidak dapat dilakukan.

    teacher Ummu & teacher Salwa,
    teknik2 men’design’ lesson plan harus kita per’kuda’kan!
    Let’s be Murabbiah teacher, bkn teacher murabbiah

    Cik bulan,
    good points there!
    how i wish to bring my mutarabbi to those places!

    jazakillah for the sharing kak aisyah, nanti nak tuntut daurah ttg “jaulah kite” dari akk!

Leave a comment