Sayangku, Allah akan bersamamu..

Posted on Updated on


Adikku sayang,

mungkin detik ini sudah lama kau tunggui,
mahupun yang amat ditakuti
hingga berpeluh tubuhmu,
tidak tidur malam,
malam ketakutan yang menggigit segala ruang akalmu,

Lantas dikau gelisah
( atau takut sebab tak gelisah dan resah pun)
Tak mampu tidur malam
Stress
cuak tahap giga

( tapi saya tahu awak pasti iAllah tenang dan dalam peliharaan Allah)

Setelah tarbiyah menemukan kita
mematerikan hati kita
mengindahkan setiap taman pertemuan kita,
merasai manisnya cinta di atas jalanNya,

adakah Allah akan meninggalkanmu?

Setelah tarbiyah mengenalkan kita
Akan diriNya,
mengenalkan kita
akan DeenNya
Mengeluarkan kita dari lumpur jahiliyah
kepada bersihnya Islam ini.

adakah Allah akan meninggalkanmu?

Sungguh di saat ini,
kau benar-benar faham
belajar ini adalah untuk Dia
Peperiksaan ini adalah untuk Dia
kejayaan ini jika ada
adala untuk Dia semata
semuanya untuk mendekatkan diri kita kepadaNya.

Sayangku,

Allah memberitahu kita,:

30. “Dan tidaklah kamu menghendaki kecuali bila dikehendaki Allah.”
(Surah al-Insan)

Sesuatu itu pasti berlaku di atas kehendak Allah.

Syed Qutub juga menukilkan dalam zilalnya:

Orang yang beriman menggunakan sebab-sebab kerana ia diperintah berbuat begitu, tetapi Allahlah yang menentukan kesan-kesan dan natijah-natijahnya.

Kita hanya disuruh berusaha.

Disuruh belajar sungguh2.

Buat kerja sungguh2.

tapi keputusan dan natijah, semuanya di tangan Allah.

Jangan fikirkan result semata-mata.

Jika kamu lulus,

itu hadiah Allah buatmu,

Jika kamu gagal,

itu batu lonjakan untuk kamu lebih dekat dengan Dia

bergantung harap pada Dia

Bertawakal pada Dia,

dan tentu memantapkan lagi studymu.

betapa ramai orang yang gagal dalam peperiksaannya,

akhirnya dia lebih pandai dari orang yang selalu berjaya?

yakinlah

segala ketentuan Allah

itulah yang terbaik buatmu,

Gagal

atau kejayaan

Yang penting, Allah nak tengok usahamu

Keikhlasan mu dalam usaha itu

Tawakal yang kamu letakkan setelah kamu berusaha.

Itu.

letakkan segala keputusan kepadaNya semata-mata.

Dan sambung syed Qutb lagi:

Keyakinan kepada rahmat Allah dan keadilan-Nya, kepada hikmat kebijaksanaan Allah dan ilmu-Nya itulah satu satunya tempat perlindungan yang aman dan tempat yang selamat dari bisikan-bisikan dan godaan-godaan syaitan

Oleh sebab itulah aku hidup di bawah bayangan al-Qur’an dengan hati yang tenang tenteram dan di sana aku melihat tangan kekuasaan Allah mengendalikan segala peristiwa dan segala perkara.

وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَهُوَ الْحَكِيمُ الْخَبِيرُ (18)
18. “Dan Dialah Yang Maha Berkuasa atas sekalian hamba-Nya dan Dialah yang Maha Bijaksana dan Maha Mendalam ilmu-Nya.”
(Surah al-An’am)
وَاللّهُ غَالِبٌ عَلَى أَمْرِهِ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لاَ يَعْلَمُونَ (21)
21. “Dan Allah Itu berkuasa terhadap urusan-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya.”
(Surah Yusuf)

Itulah dia janji Allah sayangku,

Yakinlah pada Dia,

Allah akan bersamamu.

Moga kamu beroleh najaah/kejayaan dalam imtihanmu.

Macam sedap je saya cakap camni kan?

Saya dah lalui apa kamu lalui.

Kegagalan hampir setiap tahun.

Repeat year.

Orang mencaci maki saya dan dakwah yang saya embani ini.

hampir mahu berhenti sahaja,

tapi Allah tetap bersama,

hamba yang sentiasa berpaut denganNya.

Yakinlah.

Kejayaan itu manis, bila kita merasakan semuanya datang dari Dia,

Bukan langsung dari usaha kita.

Moga Allah memeliharamu adik-adikku,

Kakakmu,

muharikah

glasgow

Advertisements

6 thoughts on “Sayangku, Allah akan bersamamu..

    aisyah ismail said:
    May 1, 2010 at 4:06 pm

    jazakillah dearest sis 🙂

    Hasbiyallahu Lailahailla Huwa ‘Alaihi Tawakkaltu

    Enough is allah for me. there is no God but He. in Him I trust!

    barakallahufeek! 🙂

    adrenaliqa said:
    May 1, 2010 at 7:33 pm

    Jzkk k.aisyah…:)
    Doakan kami agar dimudahkan segalanya,
    InshaAllah..Ameen!^_^

    adilah said:
    May 3, 2010 at 1:43 pm

    jazakillah khairan katsira for the reminder kak aisyah.
    really appreciate it..

    all the best semua sisters~ selamat berusaha dan bertawakkal ‘ala llah~

    p/s; 1st time comment blog ni.

    Arifah said:
    May 4, 2010 at 6:13 am

    Salam,
    Kak Aishaaaaahhhhhhh rindu akak! I’m having my final exams in about 6 days. Doakan yang terbaik untuk saya. =)

      muharikah responded:
      May 7, 2010 at 10:38 am

      – aisyah dan adrenaliqa –> maan najah dalam imtihan antum!
      – adilah –> komenlah lagi supaya saya tahu awak baca..hehehe
      -iAllah ukhti arifah, moga Allah mudahkan!

    amirahsaryati said:
    June 25, 2010 at 2:08 am

    salam, kak aisyah.. suka nie. isk3.. terharu sangat baca. ;’)
    asyik2 test je..exam pun dh tak lama lagi. huhu..
    insyaAllah, all the best semua.. 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s