Seloka kasih

Kaget bukan?

Mengapa hati kita tertaut erat

Walau berjumpa cuma seketika.

berapa kali sahaja seumur hidupku kiranya dapatku menyentuh dan memeluk tubuhmu..

akhawat rusia sewaktu jaulah
akhawat rusia sewaktu jaulah

Kaget bukan..

walau jauh beribu batu kita berada..

namun ingatan ini padamu enggan padam

Malah sentiasa basah mewarnai rabitahku.

Dan aku turut lupa bagaimanakah bentuk wajahmu ketika ini,

apatah lagi perwatakanmu dan tingkah lakumu,

yang aku kira makin menenangkan jiwaku adalah saat aku mendengar suaramu di balik corong telefonku…

ah… betapa rindunya untuk bertemumu adik-adikku.. sudah berapa bulan terasa amat lamanya berlalu..

Dan betapa hati ini amat berharap untuk sentiasa bersamamu,

membimbing dan mengajarkanmu

apatah lagi berdekatan agar dapat memudahkan aku menghubungimu tanpa perlu aku tekan nombor berlainan terlebih dahulu..

bochonok

namun ketahuilah adik-adikku,

dahulu aku pernah kecewa

kerana aku amat berharap sesuatu yang amat besar pada tarbiyahku,

tetapi kerana kesibukan murabbiku, aku menjadi kusam pada tarbiyah, semangatku hambar, dan pernah aku terasa mahu pergi dari jemaah ini..

dan kiranya aku tidak mahu engkau menghadapi episod itu, walaupun kekesalan sentiasa bersarang di hatiku di saat kamu menjadi mutarabbiku..

keadaan berubah wajah,

dan tidakku sangka aku tak mampu mengawalnya seperti mana dahulu

malah tersepit antara masa rehatku, amanahku dan kamu..

sehingga tertidur tatkala berbual denganmu… ( pergghhh… dahlah lama tak dengar suara!)

Kerana inilah kudratku, dan amat malu aku katakan..

aku tidak mampu!

Menjadi murabbimu seperti mana yang aku idamkan.

Sedalam kekecewaanmu kerana tidak dapat bertemu wajahku, dalam lagi lautan kesedihanku kerana tidak mampu menunaikan amanahku ini buatmu..

untuk membawamu lebih jauh, melayari bahtera dakwah dan islam yang penuh manis dan indah ini,

walaupun ramai manusia melihatnya dalam rona kepayahan dan sepele,

tapi dengan jalan inilah sebenar-benar cinta dn bahagia dapat ku temui..

Dan aku mahu kamu genggam dakwah dan tarbiyah ini…

sampai kamu mati..

walaupun di dalam pejalanan ini,

ramai yang membenci, memaki dan memijakmu..

jangan langsung lepaskan jalan ini, walaupun kau sudah hilang semangatnya..

kerana jalan ini sajalah dapat menjanjikan kita bahagia buat selama-lamanya di akhirat nanti insyaallah..

dan tentu aku akan berikanmu pada mereka yang selayaknya dan lebih baik dariku sendiri…

dan itulah dia murabbiku sendiri….

-saya teringat adik2 usrah saya di moscow yang terpaksa saya lepaskan pada orang lain,.. dan saya tahu selepas saya tak memegang mereka, aya terasa makin jauh dengan mereka, sebab sudah tidak ada tempat pertemuan mingguan itu….

dan sungguh sukarnya untuk bertemu antum untuk menyemai kasih itu.

sebab kasih dan cinta ini, dia akan mekar dan segar bila berjumpa..

tarbiyah secara perjumpaan beza sangat dengan hanya dengr suara.. and apa yang antum perlukan adalah seseorang yang akan dapat jaga antum, dan bertemu antum, lebih baik dari saya sendiri…

. saya masih ingat ketika syikin dan dayah dahulu pernah bertemu saya setelah hanya setahun mendengar suara saya di balik corong speaker…

‘betul ke ni kak aisyah ini…’ tanya mereka sambil memegang saya, meraba-raba saya sampai saya naik pelik( heheh.. sorry dik)

.. tapi di tika itu, barulh saya faham perasaan ukhuwah itu… dan betapa mereka amat memerlukan pelukan itu.. pelukan cinta seorang murabbi….

dan mereka sentiasa memegang saya di tika itu, sampailah kami berpisah dan menitiskan air mata..

dan mereka sering lagi wujud dalam ingatan dan doa saya, bersama anak2 usrah lain di moscow itu.. di sepanjang masa…

alhamdulillah Ya Rabb, kerana mengurniakan aku sebuah rezeki berupa cinta di atas jalanMu ini. alhamdulillah. Syiok bangat!

Dan tentu ramai lagi  yang hadir dan pergi dalam diriku.. yang terus hadir,moga-moga ukhuwah kita sentiasa basah penuh mahabbah.. namun yang pergi, akan sentiasa mendatangkan rindu yang sering membanjiri ruang hatiku ini… dan tidak dapat aku tepis sebuah rasa kecewa, melihatkan sukarnya untuk menjaga kehangatan sebuah ukhuwah bile sudah jauh berpisah….

‘ akak.. kalau boleh saya nak masuk syurga sama-sama dengan akak…’

‘ laaa… mestilah.. insyaallah k? tapi kenapa tetiba cakap camtu?’

‘ Sebab saya sayang kat akaklah!.. dan tak nak berpisah dengan akak.. and of course time tu kita boleh buat apa yang kita nak! yeay!!’ ( seperti pakai baju yang seksi2 ek? ataupun tengok movie sepanjang masa… ataupun buat apa yang tak boleh buat kat dunia kan?)

dan aku terdiam ketika itu, terharu dengan ucapan si dia, yg amat jarang sekali menunjukkan kasih dia padaku…

‘insyaallah dik, moga-moga ini bukan angan-angan kita, dan kita akan sentiasa berusaha masuk syurgaNya, dan paling utama, supaya kita sama-sama dapat melihat wajahNya di sana……’

عن أبي هربرة عن النبي صلى الله عليه وسلم أن رجلا زار أخاه في قرية أخرى فأرصد الله له على مدرجته ملكا,فلما أتى عليه, قال أين تريد,قال : أريد أخالي في هذه القرية,قال هل لك عليه من نعمة تربهاز قال :لا غير أني احيبته فى الله عز وجل قال : فاٍ ني رسول الله اليك بأن الله قد أحبك كما احيبته فيهز
(رواه مسلم _صحيح مسلم بشرح النووي , باب فضل الحب في الله تعالى – ج 16 ص123)

Maksudnya :
“Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w.:
Seorang lelaki menziarahi sahabatnya di sebuah kampung yang lain, lalu Allah memerintahkan seorang malaikat menunggunya di pertengahan jalan.Tatkala lelaki itu tiba kepada malaikat,lalu malaikat itu pun bertanya :”Saudara mahu ke mana ?” Lelaki itu menjawab: “Saya ingin menziarahi sahabat saya yang tinggal di kampung ini .” Malaikat itu bertanya lagi :”Adakah saudara datang kepadanya kerana ada benda penting?: lalu lelaki itu menjawab :”Tidak ,saya datang kepadanya semata –mata kerana mencintai sahabat saya itu kerana Allah.” Lalu malaikat menjawab :”Sesungguhnya aku ini utusan Allah yang di utus kepadamu bagi memberitahu bahawa Allah telah mencintai kamu sebagaimana saudara mencintai saudara itu kerana Allah.”

Dan Alhamdulillah Ya rabb, kau telah menjadikan dakwah ini amat bermakna bagi diriku, dan kerana dakwah itulah aku mengenali rasa cinta itu, cinta yang tidak dimengertikan. cinta yang membawaku amat dekat dengan orang yang langsung tidak pernah aku kenali itu…

hanya keranaMu..

Dari Umar bin Khatab ra, Rasulullah SAW mengatakan kepadaku, ‘sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah terdapat sekelompok orang yang mereka ini bukan para nabi dan bukan pula orang yang mati syahid, namun posisi mereka di sisi Allah membuat para nabi dan orang yang mati syahid menjadi iri. Para sahabat bertanya, beritahukan kepada kami, siapakah mereka itu ya Rasulullah ? Beliau menjawab, ‘mereka adalah sekelompok orang yang saling mencintai karena Allah SWT, meskipun diantara mereka tiada ikatan persaudaraan dan tiada pula kepentingan lain. Demi Allah, wajah mereka bercahaya, dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut manakala manusia takut, dan mereka tidak bersedih hati manakala manusia bersdih hati.’ Lalu Rasulullah SAW membacakan ayat ‘Sesungguhnya wali-wali Allah itu, mereka tidak takut dan tidak pula bersedih hati.” (HR. Abu Daud)

Ameen… moga-moga kita begitu insyaallah! Cahaya atas cahaya!

Dan izinkan kami Ya rabb menghirup lautan cintaMu..

Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua insan yang saling sayang-menyayangi kerana Ku, dua orang yang duduk bersama2 keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjungi keranaKu dan dua orang saling memberi hadiah keranaKu

wajib cinta Allah… buat mereka yang saling mengasihi keranaNya, dan orang itu duduk dalam majlis mengingatiNya kerana Dia, orang yang menziarahi keranaNya, dan orang yang saling memberi hadiah keranaNya…

Moga inilah yang terbaik buat diri kita.. walaupun amat perit dirasai hati ini..

PS: banyaknya nak kene buat kerja!! camne lah leh semangat nak update blog nih…huhuhu

PSS: dah cukup dah entry penuh kejiwangan.. lepas ni kene seriusssssssssssssssssssss plak..heheheh

kenangan indah.

QS 2007-2009

Akakmu

di sini.

Advertisements

Author: Muharikah

Dr Aisyah Daie di JalanNya..

11 thoughts on “Seloka kasih”

  1. masa jaulah dgn aza, saya memang xleh bayangkan camana kemurabbiahan akak. aza cerita tu, mcm akak ade dpn dia, dan dia tgh explain kat saya pasal akak…

    masa jumpa diha plak, dia selalu luahkan rindunya dia pada akak yg tak penah dpt jumpa. bila dia cerita, dia nangis tgk muka akak, sy betul2 terkesima…

    bila dah jumpa akak sendiri, baru saya tahu perasaan mereka. subhanallah, maha suci allah yg telah meniupkan bayu kasih-sayang ini ke dalam jiwa2 yg berkasih-sayang krn allah…

    p/s: akan menanti akak kembali =p

    1. ain!!
      lepas sekolah baru jumpa awak sekali,
      dan alhamdulillah atas jalan tarbiyyah,
      kali terakhir jumpa awak di surau ansar,
      SH utk adik2..
      x sabar nya nak jumpa lagi!

  2. salam kakak (dan ain)..
    hrm..kenapalah tekak ni perit je,, basah pulak pipi ni ='(

    tak tau nak sedih ke terharu. Dari malam tadi after dapat email akk hidup sy tak seceria dulu (ewah),, hrm..xdelah kak..

    sy bukan sedih kalau dapat murabbi lain, kerana apa2 pun ukhuwwah ini adalah kerana Allah, akhowat dimana2 pun tetap berkasih syg..kalau tak jumpa di dunia maka berusahalah agar bertemu di jannah..

    tapi sy sedih… kalau akak tak habis2 menyalahkan diri akk. kerna, itu maknanya..akak rasa kami ni adalah suatu kegagalan? (huhu… 😦 ).

    jangan risau kak, selagi mana doa akak masih disulam nama2 kami,,walaupun ramai yang membenci, memaki dan memijak kami…

    semangat kami x akan pernah suram,iAllah…

    x akan surut walau selangkah
    xkan henti walau sejenak
    cita kami hidup mulia
    atau syahid mendapat syurga 🙂

    salam sayang dari volgograd ❤

  3. salam.. 😦 seday sgt baca. baru teringat permintaan sy pd akk tadi, ‘bile kite bole jumpe akk di alam maya lg?’

    ye kak, segalanya tidak seperti yg kita mahu kan? tp perjalanan perlu diteruskan. dengan kefahaman yg ada, perlu jalan ke depan.

    apa-apa pun yg akk hadapi, kuatlah! kami mendoakan akk sokmo! yeah!

    nk join kAiza nyanyi:
    x akan surut walau selangkah
    xkan henti walau sejenak
    cita kami hidup mulia
    atau syahid mendapat syurga

    to kAin,
    kite kne jadik lebih hebat! berusahalah!!

    luv u fillah! (*)

  4. salam wrt kak aisyah,
    terima kasih.
    terima kasih.
    terima kasih kenalkan kami pd tarbiyyah.
    barkallahu lakum!

    peluk cium dr RS~

  5. kak aishah,
    kan sy dah kata..
    sy akan belek entry2 lama…
    ni sy tinggal jejak ni..supaya kak aishah percaya,
    itu maksudnya hubb fillah!! =)

  6. syikin!!!

    saya tahu!! ramainya je baca!! including you!!!!

    baru saya perasan tulisan2 ni banyak jiwang2 neyh!! ayuh kene kuatkan semangat! doakan dapat buat entry baru k??/

    muuahhh!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s