Di jalan dakwah ini, kita belajar untuk memaknai…

My mom said , once we are in the car, on our way back to Glasgow, after her official attendance to her first ever daurah in Nottingham :

‘ You should sometimes pause and reflect. Relax. Take a cup of coffee and takes sometimes to think about what you have done, and what you should do to move forward’

Maybe she was seeing me relentlessly on my move all the time. Always busy with something else, as she always quoted : ‘ donno whatlah you are busy about.‘ Until she could’nt even catch her own breath seeing me, if not on the phone, busy packing my stuff, or hooked up on the computer or even on the wheels bringing her around travelling wherever she wanted.

 

And I even ponder to myself; maybe I just need to take a break, just to pause and reflect, just get the meaning out of what I am doing.

And Allah, and whoever that sees me, would know how much I wanted to have an extra time on top of the 24 hours that Allah has given to us.

Just so that I can drive up back to Dundee, seeing the sea from the dock of Broughty ferry, the place that famously known with their national ice cream. Just to sit down, feeling the coolness breeze of the wind, while seeing the dolphins swim and the swans beautifully flock and walk in front of your very eyes.

And remembering ALL the people that I have brought there, to cherish the moment that I have left there.

Just to pause and reflect. With ice cream in one hand, and nothing on the others. Just to get some inspiration from the wind, or even from the sea and sand. Just to ponder about what I have done in this place for the past 8 years.

Or even drive to Ninewells hospital, the place I have learnt a lot about this life.

Which had brought me to where I am now. The place I learnt to climb after a fall. And the place that I learnt how to cry with meaningful feeling of heart. The place I met ALlah with my whole heart and clung on HIM that I had never before.

The place I learnt; What life is actually about; the reality, without hypocrisy and lies.

This is what tarbiyah is all about ; when we able to put into action what we really understand. And to be really steadfast when the wave of darkness and al-hawa really hit you, really hooked you or even strangled you until you cannot breathe and run away from it.

Dan aku sangkakan aku akan ada masa untuk melihat Dundee buat kali terakhir.

Hanya untuk merasai udaranya. Melihat kenangan-kenangan yang tercipta di sebalik perjalanan yang tidak panjang ke tempat aku bertemu akan kehidupan aku yang dahulu.

Merasai anginnya, melihat burung-burungnya, menyedut kesegaran bayu lautnya. serta melihat kedamaian tempat yang sangat banyak mengajar aku akan erti tarbiyah.

Daripada bumi yang amat kontang dengan bumi tarbiyah ke bumi bermulanya kembali dakwah di bumi Scotland ini.

Di tempat yang aku sangkakan 8 tahun dahulu aku akan bertemu dengan tarbiyah, namun kehampaan bertemu denganku di saat aku amat memerlukan bimbingan baru di jalan dakwah ini.

Mendengar kisah-kisah ikhwah akhawat yang pernah lama di jalan dakwah ini, benar, terkadang memang ALlah telah susun perjalanan tarbiyah kita ini:

‘ Kita bermula dengan persiapan yang amat mantap. Ditatang bagai minyak yang penuh, diisi dengan pelbagai tsaqafah dan dicanangkan dengan semaian iman yang mengugah jiwa, akhirnya Allah tinggalkan kita di satu tempat, sendirian, hanya untuk kita memaknai makna iman itu sendiri, serta belajar makna erti sebuah tarbiyah. Dari situ , kita membentuk sebuah umat, di tempat yang kering itu….’

Dan sepanjang 8 tahun di sini, memang aku mencari-cari dan memburu erti tarbiyah serta jirusan kemanisannya yang pernah aku rasai satu masa dahulu. Mencari kesempurnaan pada rukun-rukunnya serta pembinaan yang mantap. Kiranya aku tidak pernah merasai cukup dengan apa yang aku miliki satu masa dahulu.

Namun kini,setelah 8 tahun, after pause and reflects:sebenarnya kesempurnaan itu terletak pada kekurangan sesuatu. Kerana di situ kita berperanan untuk menjadi batu bata penutup pada sebuah binaan. Mahupun menjadi pewarna yang mencantik sebuah lukisan yang tidak siap.
Kerana kesempurnaan itu, bukan pada neraca kita, tapi pada neraca Allah yang telah menyiapkan jaluran kisah-kisah kita sejak azali lagi. Supaya ketidak sempurnaan itu dapat menyempurnakan kita.

Kerana kesukaran dan susah itu akan mengeluarkan potensi yang amat luar biasa dari kita. Akan menggali segala dan seluruh bakat-bakat yang kita ada.

Malah, menjadikan kita MEMAKNAI SETIAP AYAT MALAH PERKATAAN YANG KITA PELAJARI DARI TARBIYAH KITA.

Di situ, apa yang kita pelajari itu bukanlah pada ayat-ayat yang kita hafal, tapi pada kehidupan yang kita mampu terjemahkan.

AKhirnya kita akan lebih faham, mendalam sekali.
Akhirnya iman akan kita rasai, manis sekali,
Akhirnya makna itu akan kita hayati, asyik sekali.

Tidak akan wujud kesempurnaan melainkan pada satu hidup yang utopia.

Kerana kitalah yang perlu mencorakkan kesempurnaan itu, bukan mengutuk kekurangan yang ada. Kerana di situlah, kita akan memahami makna hidup kita di sini.

Ya, aku tak sempat menatapkan wajah aku pada Sungai Tay yang aku tatapi selama 6 tahun itu. Aku tak sempat melihat bumi yang telah membesarkan aku, malah pada rakan-rakan sekelasku yang banyak membantuku walaupun mereka tidak mampu lagi aku ajak ke jalan hidayah ini. Bumi yang terbatas diriku dari mengenali kehidupan warga Melayu, tapi sangat mengayakan aku akan kehidupan penduduk yang banyak aku pelajari kebaikan mereka.

Dan di sini, aku BENAR-BENAR, BENAR-BENAAR memaknai, kehidupan hidup bersendirian dan keseorangan. Teman belajarku hanyalah teman-teman locals dan international, mahupun seorang lelaki melayu yang mengubat rindukan pada bahasa melayu sewaktu kami bersua di tempat perbincangan pelajaran. Di situ aku belajar memaknai makna sebuah ikhtilat yang dahulu aku amat keras memegangnya. Namun di tempat yang tiada orang melayu lain melainkan saya dan dia, aku belajar makna sebuah kekeluargaan yang dipelihara, batasan pergaulan yang amat dititik beratkan demi untuk survival aku sendiri di sana. Bukan menjadi lenient, tapi lebih praktikal.

Di bumi itu jugalah, aku mula lahir untuk menulis untuk kamu semua.

Ya, aku mula menulis di bumi ini, dan akhirnya kamu semua mengenali aku. Kerana kekurangan mad’u yang aku ada, dan kerana banyaknya masa aku bersendirian menyebabkan aku rasai perlunya aku mengembleng seluruh tenaga aku untuk sesuatu yang amat bermakna buat diriku.

Dan aku bertemu dengan rakan-rakan yang amat ramai di seluruh dunia. Alhamdulillah Ya Rabb!

Dan tentu, di waktu itu aku merasai blogging hanyalah amat membuang masa. Tiada yang lebih bermakna melainkan membina manusia dengan tangan dan berjumpa!

Namun, akhirnya aku bertemu sebuah makna pada medan ini. Medan yang mempertemukan aku dengan dunia yang teramat luas. Sangat luas.

Sebelum berblogging, aku menulis emel hampir setiap hari. 2-3 emel. TErkadnag 10 emel sehari. Emel yang panjang-panjang, memberikan semangat buat adik2, mahupun emel-emel program. Dahulu, selepas balik sahaja dari daurah kol 12 am menaiki train atau bas, terus sahaja akan menulis emel pada rakan-rakan, untuk merakamkan perasaan istimewa setelah pulang sahaja dari siraman hidayah. Terkadang, tak sempat-sempat menukar baju mahupun makan lagi.

Setelah itu, aku mula membawa usrah online, dan tiada saluran yang lebih ampuh melainkan membentangkan makna-makna yang aku rasai melainkan melalui penulisan. Dan tiadalah kebahagiaan aku di waktu itu melainkan menerima komen-komen dari adik-adikku di negara itu. Sehingga aku akan amat berkira-kira siapa yang komen dan siapa yang tak komen.

Dan di situ, aku belajar memaknai, makna cinta kerana Allah, walaupun amat jarang bertemu, walaupun beribu batu jarak memisahkan kita. DI situ aku memaknai ruh yang amat dekat pada sebuah usrah online. Sepanjang kami berusrah 4 tahun itu, cuma mungkin 5-6 kali sahaja kami bertemu. Tapi aku amat menyintai mereka, dengan seluruh jiwaku, sehingga tak mampu aku terjemahkan kata-kata itu melainkan pada kegembiraan yang amat mendalam sewaktu bertemu dengan mereka.

It is unspeakable.

DAn seterusnya juga aku amat memaknai,betapa dunia penulisan ini, mampu untuk memecah belahkan sebuah persatuan, mahupun mengundang fitnah, pada diri penulis mahupun pada dakwah yang dibawanya.

Aku memaknai, bahawa makna sebuah taaruf itu, TIDAK boleh hanya dengan sebuah penulisan.

I said again: TIDAK BOLEH!

‘ Kalau makcik tak kenal Aisyah, tentu makcik akan salah sangka dengan penulisan Aisyah,’

Begitulah kata-kata seorang makcik/al ukht di waktu berbincang mengenai isu yang sedang hangat di emel-emel kami . ( ya, saya lebih banyak menulis emel dari blog ini )

Dan banyak sangat salah sangka yang berlaku pada sebuah penulisan yang tiada nada ini. Yang manusia menilainya hanya dengan huruf BESAR mahupun kecil. Ataupun tulisan bold dan italic.

Mahupun warna merah ataupun hijau.

Namun di bumi inilah aku belajar memaknai makna sebuah ukhuwah.

Makna sebuah ukhuwah.

 

Dan inilah yang aku mula fahami setelah sekian lama di bumi uk ini.

 

Percayalah, setelah 8 tahun, barulah aku benar-benar memahami hakikat ini.

Ukhuwah yang bermula dengan salamatus sadr; bersangka baik, sehinggalah mencapai ke peringkat itsar; melebihkan saudara sendiri di jalan Allah.

 

Bemula hanya dengan sangka baik..

 

Bagaimana? JIka hanya berkomunikasi via email? Jika jarang ziarah? jika jarang mendengar suara dan bertemu berpelukan? Sedangkan salam dan juga pelukan itu menyekat syaitan dari melaga-lagakan kita?

Dan terkadang kesal bertamu di sudut hatiku, mengapa di saat akhir ini, barulah aku memahami formula ini? Formula yang menjawap segala kekusutan yang ada di mindaku memikirkan masalah-masalah yang berlaku di bumi ini.

 

Kerana itulah; kerana ALlah memang menciptakan kekurangan untuk kita mencari jawapan untuk menyempurnakan persoalan kita.

Dan akhirnya kita bertemu formula itu, dan akhirnya kita pegang penuh tegap dan kuat.

Dan benarlah, ukhuwah teras kegemilangan bukanlah hanya satu slogan yang sedap untuk disebut dan dinyanyikan.

Ia adalah sebuah makna yang jika benar-benar difahami, akan menjadi tunjang yang akan menggerakkan kenderaan dakwah ini; laju sekali.

Bermula hanya dengan salamatus sadr. Lapang dada.Sangka baik. Walaupun tidak pernah bertemu mahupun menerima emel yang berhawa prasangka, dan mengecam diri kita, ataupun pada cakap-cakap belakang yang menyesakkan jiwa kita: kita atasinya dengan —> UKHUWAH.

 

Ini bukan sekadar sedap-sahaja- nak-cakap.

Ini adalah sebuah makna kehidupan.

Ini adalah jawapan kespada setiap persoalan : UKHUWAH.

Di sinilah kaum Aus dan Khazraj yang sangat lain latar belakang, seperti mana Melayu terkadang susah nak masuk dengan Cina kerana budaya berbeza, namun mampu bersatu atas dasar ukhuwah, iman kerana ALlah.

Kerana itulah kaum ansar di Madinah, mampu menjadi adik beradik dengan saudaranya dari Makkah, hanya kerana ukhuwwah!

Boleh saya tanya kamu; cuba kamu fikirkan, kamu boleh rasai tak, kalau jiran kita, orang Thailand, boleh kita jadikan seperti adik beradik, kalau bukan kerana ukhuwah?

 

Begitu jugalah, pertembungan dua generasi, malah mungkin 3-4 generasi dakwah akan bergeser dan bertembung. Akan pasti bergesel pendapat mahupun berselisih, terasa-terasa hati. Kerana dalam amal jamaie, pasti akan berlaku pergesaran.

 

Bahasa orang muda terkadang sukar difahami orang tua, seperti mana keinginan orang tua takkan bisa di fahami dengan mudah oleh orang muda.

Dua jirim pemikiran dan perasaan serta pengalaman yang amat berbeza. Apa sahaja yang mampu mengikat kita?Bukankah ukhuwah?

Begitu juga school of thought tarbiyah, madrasah tarbiyah rakyat Malaysia ini terdapat pelbagai versi dan kaedah. Terdapat mereka yang amat beria dengan caranya sehingga menidakkan kelebihan orang lain. Sehingga bergaduh, bermasam muka dan akhirnya mengambil keputusan untuk keluar dari jemaah! Semuanya kerana keegoan masing-masing untuk mempertahankan cara masing-masing sedangkan perkara ini boleh diatasi dengan UKHUWAH.

Benarlah, kita takkan memaknai sesuatu perkara melainkan setelah kita melalui episod-episod kehidupan yang amat mengajar kita akan erti yang paling asas sekali…

makna sabar….

makna sangka baik..

makna hikmah…

makna ukhuwah..

subhanaallah..

 

di jalan dakwah ini, banyak kita belajar untuk memaknai..

 

Sehingga kini, aku merasai memang tidak cukup masaku untuk berada di bumi UKEIRE ini. Memang indah hidup dalam dunia utopia luar negara sehingga kita tidak tangguh dalam berhadapan dengan dunia realiti di Malaysia.

 

But, this is the time to move on.... WAlaupun banyak lagi perkara-perkara yang mahu aku lihat dan lakukan. Masa untuk pergi ke fasa seterusnya. Mencipta lagi makna-makna yang lain. WAlaupun terasa sedih meninggalkan adik-adik yang masih perlukan lagi bimbingan dan juga bekalan.

 

Tapi mungkin di situ Allah mahu ajarkan mereka ketidak sempurnaan itu, agar mereka menjadi sempurna.

Sehinggakan setiap kali aku bertemu mereka, aku bertemu dengan kematangan dan hikmah-hikmah yang amat luar biasa. SEhingga aku amat kagumi dengan peningkatan mereka sehingga aku sendiri merasa malu dan perlu mengundurkan diri…

Dan maafkan saya, kerana jarang mengupdate blog, bukan aku tidak ingat pada kamu yang menantikan taujihat , tapi memang, membina manusia dengan tangan itu lebih asyik dan lebih bermakna. Sehingga kita melihat, ikhwah akhawat kita yang benar-benar membina manusia ; siapa sahaja yang mampu mempunyai ruang masa untuk menulis?

Dan aku menulis ini buat kamu , kerana aku mahu kamu merasai makna ini, makna sebuah masa. Makna di jalan dakwah ini. Makna yang perlu kita hayati di setiap saat yang sekejap Allah berikan buat kita.

 

Seperti mak aku selalu nasihatkan aku;’ you should pause and reflect’.

I guess, this is the way I do it; by writing to you..

Moga menyusul lagi ilham-ilham lain yang lebih banyak maknanya untuk diriku sendiri, dan mendekatkan diri aku pada Dia, yang memberikan aku kehidupan ini. Alhamdulillah.

 

Time to move on.. ada 3 hari lagi sebelum aku benar-benar meninggalkan bumi dakwah ini.

WAssalam

ukhtikum fillah,

AisyahZ

2/11/11

0130am

Cardiff

 

 

Advertisements

2 thoughts on “Di jalan dakwah ini, kita belajar untuk memaknai…

  1. Salam.

    Terkadang saya sendiri merenung, apakah yang bakal saya dapat dalam Tarbiyah, 4 atau 5 tahun mendatang?
    Jika 2 tahun yang penuh, banyak sekali (sangat-sangat banyak) telah saya pelajari, mengenai kehidupan dunia yang menipu (benarlah Firman Allah), renungan saya masa hadapanlah yang menjadi saya kuat untuk tsabat dalam jalan ini. Dengan izin-Nya.

    Semoga warga Tarbiyah, akan terus berada dalam Cinta-Nya yang Maha ‘Sejuk’…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s