sesuci cinta khadijah seikhlas kasih rasulullah

Posted on Updated on

salam,

kite jarang ada role model yang kita nampak dan dengar ceritanya tentang baitul muslim. kita rasa susah nak imagine kawen dengan orang yang tak pernah kite tengok.and kadang2 kita rasa mustahil ke nak kawen dengan orang yang tak pernah kite kenal pun..

ana minta seorang sahabat ana yang sudah pun memiliki 2 cahaya mata hasil pernikahannya menerusi baitul muslim ini untuk menulis kisah hidupnya, bagaimana dia berjumpa suaminya dan saat2 menjelang pernikahan mereka..

kadang2 bile kite baca or dengar kisah sebegini baru kita faham apakah tujuan sebenarnya pernikahan kita dan bentuk bagaimanakah pernikahan ideal yang boleh kite miliki…

sesungguhnya tak mustahil menjadi sesoleh dan setaqwa mereka… binaan islam itu terletak pada kualiti orang yang membina itu sendiri. jika kita tak dapat menjadi role model pada masyarakat siapa lagi? Maksiat yang besar itu berlaku bila maksiat hati yang kecil itu tidak dijaga sejak awal lagi..

insyaallah saya dalam proses mengumpul lagi cerita2 sebegini dari beberapa sahabat lain yang melalui proses yang sama… muda2h2an banyak manfaat yang kita dapat dari kisah sebegini…

errmm, kisah ni kisah benar dan atas permintaan penulis, nama2 watak itu tidak boleh diambil sebab nak reserve untuk bakal anak2nya nanti..hehehe

wasalam
____________ _________ _________ _________ _________ _________ ______
Jangan dikira pasangan yang sudah bercinta sekian lama,saat menikah akan terus mencintai pasangannya. Dan jangan dikira pasangan yang tidak melalui fasa percintaan akan sulit mencintai pasangannya setelah bernikah. Cinta itu ibarat pohon.Akarnya tumbuh ketika kita mulai berinteraksi dengan pasangan kita.Cinta pun akan bersemi ketika kita mulai menerima segala kelebihan dan kekurangan pasangan kita.Kita sirami dan pupuk ia dengan kasih sayang dan perhatian. Ia akan mekar dan berbuah ranum ketika kita berusaha memberi yang terbaik untuk pasangan kita. Namun ia tidak akan tumbuh begitu sahaja. Ia perlu dirawat dan dijaga dari penyakit dan hama yang menganggu.

Di antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan…’I will marry a stranger!’…Namun aku pasrah…

Jam 8.00 malam

‘Yang mana satu ek…?’
‘Yang itukan?’..
‘Iskh..bukan lah..itu kawan dia’..
‘OOo..ye ke..hurm…. takde beza pun…Mana satu ni?’

‘Aku terima nikahnya Najdatul ‘Iffah binti Umar Faruq dgn mas kahwinnya 80 ringgit tunai….’.

‘‘Iffah dah jadi zaujah!’ Bisik Wafa’ sahabatnya seusai akad itu dan di saat aku menadah tangan berdoa. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun pada hakikatnya hati aku teramat gembira..
Detik-detik ijab kabul itu. Sungguh ia merupakan sebuah momentum sederhana yang memiliki energi potensi dasyat untuk mengubah kehidupan dua anak manusia yang akan menjadi sepasang suami istri. Pernikahan adalah sebuah kerja besar yang menunggu kita.Kita tidak akan lagi merasa bahagia atau sedih sendiri. Malahan sudah tidak boleh melakukan banyak hal dengan menuruti keinginan sendiri. Kini telah hadir seseorang yang mencintai kita dan harus juga kita cintai, yang memperhatikan dan perlu kita perhatikan, tempat curahan hati, berkongsi rasa, canda, tangis, bahagia, susah dan marah. Dan seseorang itu adalah suami yang Allah berikan padaku….

Bila ada keindahan,
Yang mewujud utuh..
Dalam seluruh dimensi..
Dan menyentuh utuh..
Sepenuh rasa di jiwa,
Itulah detik ijab qabul..
Selamanya..
Indahnya nyata..
insyaAllah

. “Assalamualaikum!’ sapa satu suara.Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku berteleku dan terus menunduk. Ruang di antara para tetamu wanita di hadapanku di buka untuk lelaki tersebut mendekatiku. Aku bertambah gementar…Namun terus menghulurkan tanganku buatnya, lalu disarungkan sebentuk cincin emas ke jari manisku. Kerlipan cahaya dari berbelas kamera membuatku terus berpeluh-peluh. Dia lantas keluar tanpa berkata apa-apa. Mungkin dia segan dan malu, aku menebak. Mana tidaknya, puluhan akhawat memenuhi segenap ruang yang ada di bilik kecil itu.

‘Tak sempat lagi tengok muka dia’
‘Tak sempat ke?Tak berani ke?Ke malu?’ Wafa’ masih tersengih memerli.

‘Semualah sekali. Eh, dia ada kat mana sekarang?’
‘Makan kot…kat luarlah..pergilah tengok,’
‘Tak mahulah. Segan sangat-sangat. Dahlah tak kenal. Dia balik lepas jamuan. Esok akan datang semula’.


Aduhai…
Akhawat yg ada geli hati agaknya melihat gelagat ‘Iffah. Mana tidaknya. Muka suami pun tak pernah dilihat Dah akad nikah pun masih belum melihat. Esoklah nampaknya rezekinya di waktu kenduri.

Di malam akadnya itu, dia masih belum bersama suaminya. Orang tua-tua kata tak elok selepas bernikah duduk sekali. Mesti tunggu majlis rasminya keesokan harinya.

Di saat itu dia masih membayangkan wajah suaminya yang hanya dilihatnya lewat gambar foto yang dikirimkan oleh ustaznya, perantara yang menjodohkan antara dia dan suaminya.

Di saat itu juga, memori lama terimbau kembali.

Dia masih teringat di saat dia ditanyakan adakah mahu dia berumah tangga dengan pemuda itu. Oleh kerana kepercayaan yang telah lama dibaja kepada manusia yang sudah lama mendidiknya, ’Iffah menyatakan persetujuannya. Bukan tergesa-gesa, tidak juga tanpa berfikir panjang. Malah, dia telah mempertimbangkannya sejak sekian lama.

Dia sangat mahukan pernikahannya hanyalah semata-mata kerana Allah. Dia mahu tindakannya itu disandarkan kerana Allah. Dia mahu berkarya untuk mengeratkan kasih dan produktif memaknai cinta tanpa mengharapkan balasan manusia, hattakan suaminya sendiri. Dia mahu cintanya itu bersumberkan kecintaan kepada Ilahi. Kecintaan yang benar-benar hidup dan menghidupkan…

‘Iffah sedar keputusannya menyerahkan segala urusan baitul muslimnya pada jemaah untuk mengatur dan memilih pasangan hidupnya membuktikan sedalam mana intima’ dan kepercayaannya pada jemaah dan manusia yang bertanggungjawab menjaganya.

Memasuki alam pernikahan memerlukan akar yg cukup kuat. Ibarat sebuah bangunan, semakin berat beban yang diterima, maka akan semakin kukuh struktur asas yang dibuat. Semakin teliti penelitian yang akan dibuat ke atas bangunan yang di buat. Bukan sahaja pada struktur asas ,tetapi kekuatan pendukungnya yang lain.

Dan semenjak hari itu,setiap detik menjelangnya merambat begitu lambat, di lautan hati yang penuh bunga,senyum bertebaran di wajah-wajah cerah, yang kian berseri.
Seiring makin mendekatnya detik-detik penuh bersejarah itu, ’Iffah,seorang gadis biasa yang fitrahnya manusia, kadangkala tersadung juga. Hampir tergelincir ke lembah yang tidak diingininya. Dia mahu memelihara suci hubungan itu. Biarlah tiada ada noda. Biarlah bahagia itu bermula pada detik pernikahan itu sendiri.

Perbincangan mereka awalnya sangat terpelihara. Hanya sekadar atas urusan yang perlu dan di ‘cc’ kan pada mereka yang selayaknya.

ustaz….Ukhti…
Entah di mana ana harus mulakan…agak segan menulis kata2 walaupun tidak nampak rupa, malu pula untuk menuturkan bahasa di khalayak kalian berdua….Ana pun tidak pasti atas dasar mana ana menulis email ini, yang pastinya, aqidah ISLAM lah yang menghubungkan kita semua, tidak perlu la didetailkan lagi…Ustaz dan ukhti maklum dan jelas di dalam perkara ini insyaAllah.. ..Ana pasti ukhti iffah jelas di atas apa yang telah berlaku sebelum ini, resume telah diterima dan dibaca, boleh kata masing2 faham tidak perlu diterangkan mengapa dan siapa kerna semua itu sudah diserahkan kepada murabbi kita …ana hanyalah insan lemah yang menyerahkan segala yang berlaku kepada Allah s.w.t….semoga Allah berikan yang terbaik buat kita semua….. Tidak lain dari sini, ana hanyalah meminta keizinan menyatakan persoalan dengan tenang kepada ukhti iffah di atas perancangannya di dalam perkara ini, ana perlu lebih jelas tentang apa yang difikirkan oleh enti. …….

Perbincangan sering berlaku lewat email dan ‘yahoo messenger’. Atas alas an untuk menguruskan hal-hal bersangkut paut dengan pernikahan. Namun setelah beberapa kali berhubung sudah muncul pula icon yg mampu menggetarkan hati-hati manusia yang menanti saat yang dirasakan manis itu. Ada juga email yang terlepas dan tidak di ‘cc’ kan pada orang lain. Astaghfirullah! Pada mulanya berchatting sedaya upaya dielakkan. Namun akhirnya ‘Iffah pasrah. Tunduk pada hatinya yang seakan rindu melihat icon senyum itu menyala. Dan akhirnya syaitan itu menang jua. Walaupun tiada bicara yang melekakan. Namun cukuplah ucapan ‘doakan diriku pejuang sejati’ mampu menggetarkan dan mengusik hatinya itu. Entah mengapa saat pernikahannya itu dirasakan terlalu lama.

Thariq zayyad : ok ukht, ana undur dulu…
‘iffah : ok, jaga diri ..
Thariq zayyad : doakan diriku pejuang ISLAM sejati =)
‘iffah..insyaALlah. . 🙂 wassalam..
Thariq :wslm wr wbt..

Mungkin berbaur semangat perjuangan, tetapi sebenarnya ia cukup palsu! Sayang sungguh sebagai pekerja islam yang kononnya membina bangunan Islam, tetapi dalam masa yang sama meruntuhkannya. Prinsip-prinsip pergaulan dilanggar, kata-kata walaupun sebentar mampu membuka ruang fitnah. Memang di mata manusia biasa apalah sangat perbuatan itu. Mereka akan berkahwin! Tapi jiwa orang mukmin yang sensitif, yang peka dengan maksiat-maksiat kecil, dia tahu perbuatannya itu tidak diredhai oleh Allah swt. Cepat-cepat dia beristighfar. Biarlah dia bersabar asalkan pernikahannya nanti adalah suci.

Alhamdulillah, Allah tidak membiarkan ia berlaku lama. Akhirnya ada yang dapat menghidu dan menegur. Aduh..malu sungguh dirinya pada Allah! Dirinya sering dianggap hebat dan cukup tsiqah tetapi kalah pada naluri rindunya. Walaupun sekadar icon =) namun dia merasakan itu satu noda besar untuknya!

Ruang dialog hati,
dalam kesedaran cinta ilahi,
sebagai sebenar-benar cinta.

Kita membangun sebuah pernikahan kerana cinta kita kepada Allah. Kita ingin selalu menyempurnakan cinta itu maka kecintaan kepada Allahlah adalah yang lebih utama perlu kita perhatikan demi kelangsungan pernikahan kita di dunia dan akhirat. Tentunya kita tidak ingin membawa pernikahan kita semakin jauh dariNya kerana peluang. Kita mudah terbawa arus lantaran selalu sebuk dan lalai dengan pernikahan itu. Mudah lari dari syariatnya.. Midah tertipu zahirnya dalam kebaikan. Kerana itu, kita perlu membangun sebuah komitmen denganNya dahulu sebelum menjalin komitmen dengan pasangan hidup kita…

Cinta bukan kerana keindahan yang tampak di mata..
Tetapi kerana yang menyatukan hati dan jiwa…

Akhirnya, segalanya ditinggalkan kerana Allah. Dia tidak sanggup lagi membiarkan fitnah berlaku ke atas hatinya. Komitmen dengan Allah swt dibutuhkan kerana dia bertekad membangunkan mahligai rumah tangga semata-mata mencari ridhaNya. Ingin membangunkan mahligai pernikahan dengan nuansa cintaNya dan cinta kepadaNya….

kala cinta bertanya pada cinta..
imanlah jawabnya..

Azan subuh yang berkumandang mengejutkan aku dari lamunan . Tidak disedari masa berlalu begitu cepat sekali. Kedengaran diluar suasana kelam kabut…bunyi kaca dan suara saudara mara hiruk pikuk di luar.

Baru aku teringat, hari itu adalah kenduri walimahku setelah akad semalam. Aku tersenyum sendirian. Di manakah suamiku? Bilakah dapat aku menatap wajahmu duhai kekasih?

Di sini teduh hadir kukuh,
Di kelopak cerah segala bunga,
di pucuk-pucuk hijau segala rasa..

Alhamdullillah, kenduri berjalan dengan lancar hari itu. Ramai sungguh teman-teman yang hadir mengucapkan tahniah dan menyerikan lagi suasana. Aku sempat mencuri pandang ke arah suamiku. Itupun setelah disuruh oleh sahabatku. Mana tidaknya seorang di hulu, seorang ke hilir. Penat sungguh sanak saudara menyuruh kami berjalan berdua-duaan. Sungguh aku tak mampu menahan getaran hatiku berada di samping seorang lelaki asing yang tak pernah kukenal mahupun kulihat! Namun hatiku pasrah dan menerima seadanya. Biarlah proses taaruf kami berjalan selepas ini. Dan insyaAllah kami akan mengenali keluarga besar masing-masing juga. Biarlah hari ini kami kelihatan seperti dua makhluk asing pun!

Mulai detik itu, kami melayari bahtera ini dengan keindahan dan kecintaan yang sebenar. Benarlah apabila syariat dipatuhi, manisnya pernikahan itu benar-benar dirasai. Di saat itu kisah cinta agung Khadijah r.a dan Muhammad saw kita selusuri. Betapa suburnya pohon cinta itu, akar-akarnya menghujam di hati, batangnya kukuh, rantingnya menjulang ke langit, daunnya rimbun, buahnya ranum,menaungi dan memberi kebahagiaan kepada sepasang jiwa.

Benarlah… nyata pernikahan juga memerlukan keperluan emosional yang tinggi. Hubungan dua insan yang saling memahami, empati, toleransi dan motivasi. Perlunya ada penyelarasan dan keselarian emosi. Tambahan lagi ketika awal pernikahan, banyak saat-saat yang cukup terduga, oleh itu sabar dan iman harus diutamakan. Penyelarasan ini tidak akan terjadi serta merta, seperti antena radio atau tv yang perlu diputar-putar untuk mendapat gelombang yang betul, maka penyelarasan antara dua jiwa ini juga memerlukan banyak percubaan. Ini akan terjadi sepanjang pernikahan kita hingga ke akhir hayat. Sabar dan syukur memudahkan kita memandang segala permasaalah kita dengan jiwa yang jernih…

Aku benar-benar bersyukur atas apa yang dianugerahkan padaku hari ini. Sungguh tidak ternilai cintaNya padaku….

Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..
kecuali pada cintaMu..
ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..
kecuali pada kasihMu..
Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..
tertambat kukuh hanya padaMU..
Aku mohon redha atas segenap keputusanMu
kesejukan setelah matiku..
kenikmatan memandang wajahMu..
dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..
Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..
Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’

Advertisements

13 thoughts on “sesuci cinta khadijah seikhlas kasih rasulullah

    amir hamzah said:
    April 17, 2007 at 9:28 pm

    kadang2 syaitan menjadikan perkara ma’siat kelihatan indah & legal,vice versa.kdg2 kite dgr org mengadu,kenapa org susah sgt nk ikut nasihat kite,sedangkan kite inginkan kebaikan untuknya.sdarlah,cube cari kesilapan yg kite sdiri lakukan,wpun kite anggap remeh sbnrnye memberi kesan kpd datangnye pertolongan Allah(membuka hati org yg dinasihai utk terima nasihat kite).Pls rectify ourselves

    asmaa puterii said:
    April 18, 2007 at 2:40 am

    Ia (Iblis) berkata, “Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka” (Al-Hijr 15:39-40)

    Syukran Ukhti atas artikel ni… Buat muhasabah ana & sahabat2 yang skian ramainya. smg Ukhti ditetapkan Allah berada di jalan orang2 soleh..

    Sya Z said:
    April 18, 2007 at 6:56 am

    To Amir Hamzah –> betul tu. jazakallah for the reminder. kdang2 kite sendiri lupa apa yang kita serukan..

    asmaa puteri –> syukran kepada penulis asal cerpen ini. saya hanya edit sahaja..huhuuh

    amnah yousop said:
    April 19, 2007 at 8:43 pm

    salam kak aisyah,

    sangat bermakna cerpen ni.. kisah benar kan.. kalau dalam sesetengah novel tu kekadang terlalu indah untuk menjadi realiti.. tapi yang ni memang realiti. patut dicontohi.. belum terlambat untuk membetulkan diri..

    uw said:
    April 20, 2007 at 12:22 am

    salam…ada sambungannya lagi..penulis asal takde mase tulis..boleh tulis isi penting yg benar2 je kot..muharikah boleh lengkapkan jd cerpen..;)

    Noorsuriani Yusop said:
    May 9, 2007 at 3:11 pm

    saya sgt suke!

    FaisaL said:
    July 28, 2007 at 10:06 am

    cerpen ni menarik. teruskan. pembakar semangat. insyaAllah.

    muharikah responded:
    July 29, 2007 at 12:43 am

    jazakallah atas komentar semua…. =)

    big girl don’t cry « Anonymous said:
    March 17, 2009 at 3:27 am

    […] today’s post I’ll just share insightful story that i got from here. To my dear ukhti, this is for you. Jazakallah everyone. […]

    muharrikdaie said:
    March 18, 2009 at 10:24 am

    Fikh Cinta

    Cinta adalah sesuatu yang abstrak untuk dibicarakan! Ia mungkin menjadi satu yang kontrovosi untuk diperdebatkan. Apalagi untuk menerimanya secara lapang dada dan husnul Dzan. Kekadang cinta bagai musuh bagi sesetengah manusia. Ada yang menjadikan cinta sebagai teman akrab yang paling abadi dan ada yang menganggapnya satu dongengan yang tiada erti. Itulah cinta.

    Memang cinta tiada definasi. Ia ditakdirkan menjadi kata tanpa benda. Tak terlihat tapi terasa. Itu kata pujangga cinta. Yang punya jiwa halus untuk dimengerti. Cinta bagai badai yang boleh memindahkan gunung pasir ditengah gurun, bagai tsunami yang menjamah seluruh permukaan bumi dan menyeret benda angkuh dihadapannya, bagai api yang membakar dengan rakusnya. Ia ditakdirkan menjadi kekuatan angkara murka yang mengawal dan melindungi kebaikan.

    Cinta adalah satu legenda. Legenda yang tidak pernah selesai. Seandainya Rabiah Al~Adawiyah, Rumi, Iqbal boleh menceritakan ttg cinta dalam prosa dan puisi cinta mereka sehingga mengangkat darjat mereka menjadi auliya’ Allah, apakah tidak boleh kita menerima nya secara positif dalam membina emosi kita kearah tasawwur cinta yang sebenarnya!

    Cinta itu amat rumit. Kerana ianya terletak pada antagoni antagoninya. Dalam kerumitan itu jugalah pesonanya menyebar pada kerja dan pengaruh pada kehidupan manusia.

    Seperti kata pujangga cinta. ” Kita tidak perlukan definasi cinta dan tidak perlu penjelasan tentangnya sepertimana kita tidak perlu penjelasan keterikan mentari untuk kita merasakan teriknya. Kita hanya perlu tahu cara kerjanya. Cara itulah kerjanya. Mungkin inilah yang dikatakan ” The Art of loving “.

    Mungkin cara pandang manusia ” Melayu ” terhadap cinta ini terlalu negatif . Ataupun mungkin mereka telah dibekukan oleh genetik nenek moyang mereka sehingga mereka tidak dapat melihat cinta ini dalam satu perspektif yang luas yang dapat memberi kekuatan untuk melonjakkan motivasi diri kepada sesuatu perkara. Memang apabila dilihat pada masyarakat melayu mereka suka menghukum kepada sesuatu perkara yang kabur dan tidak jelas.

    Tassawur cinta mereka hanya pada melihat dua susuk tubuh lelaki dan perempuan yang melakukan maksiat pada Allah. Tasawwur cinta mereka hanya melihat pada kata kata rindu dan ayat ayat cinta yang dilagukan. Tasawwur cinta mereka hanya pada nostalgia filem filem semerah padi dan laila majnun sehingga menyempitkan erti cinta yang sebenarnya seperti sempitnya ruang esophagus pada penyakit ” Achalasia”.

    Kita semua pastinya menolak ” Cinta” yang berlandaskan hawa nafsu sekalipun ianya memang wujud dalam diri kita secara fitrah kerana deen ini mengajar kita untuk menolaknya kerana ianya menjuruskan kita durhaka kepada Allah tapi untuk menganggap cinta itu merosakan adalah sesuatu tuduhan yang melulu sebab ayat2 quran yang tak perlu saya code kan disini banyak menyatakan tentang cinta. Hadith2 dan Atsar juga mengiringinya. Namun sebab ketiadaan Fikh Cinta ( Fikh itu hanya bermaksud kefahaman ) itu membuatkan kita asing dengan pengertian cinta yang sebenarnya.

    Sebenarnya dan seandainya cinta ini kita fahami secara jujur sudah pasti ianya menjadi satu badai dalam kehidupan kita untuk melakukan perubahan. Dari Lemah kepada kuat, dari negatif kepada positif dan sebagainya.

    Cinta tidak lahir dari rahim alam ini secara sendirian. Tapi ianya lahir dari semangat pertanggungjawaban. Cinta yang kuat dan kukuh adalah manifestasi dari sense of responsibility yang terus menerus bergelora dalam jiwa sang pencinta kerana ” Cinta adalah tindakan”. Bukan kata kata atau janji manis.

    Justru itu mencintai adalah satu keputusan besar yang kita buat dalam hidup kita. dan seperti keputusan lainnya, keputusan untuk mencintai juga mengandungi beban dan risiko. maka semua pekerjaan yang harus dilakukan atas nama ” Cinta ” mengandungi makna yang amat tinggi iaitu sebuah Amanah, sebuah tugas dan sebuah janji.

    Sebab itu didalam Fikh Dakwah kita diajar tentang “AlHubb” ia itu cinta. Mencintai Jamaah, mencintai Tanzim dan mencintai Tarbiyah dan dakwah sehingga kita diseru agar memasukinya secara ” Kaffah” dan bukan setengah hati sehingga dengan kecintaan ini boleh melahirkan susuk susuk yang konsisten dalam Jamaah.

    Sebab itu kita lihat dakwah yang mekar adalah dakwah yang dipenuhi oleh da’i da’i yang mempunyai naluri cinta yang halus sehingga segala apa yang mereka lakukan atas dasar Cintakan dakwah. Hidup mereka dengan dakwah, infaq mereka kerana Dakwah, korban mereka kerana dakwah sehingga perkahwinan mereka juga atas dasar cintakan dakwah dan kesenambungan dakwah.

    Didalam perkahwinan fikh cinta adalah perkara utama yg perlu difahami kerana disitulah terkandungnya trilogi . SEBUAH AMANAH, SEBUAH TUGAS DAN SEBUAH JANJI.

    Akad Nikah adalah satu perjanjian yang keras dimana seorang lelaki mengambil alih hak pewalian dari ayah perempuan yakni akad, satu kontrak dan satu perjanjian. Mengambil perempuan dari perlindungan sang Ayah adalah satu amanah Allah dan disitulah sang suami kena menghormati isterinya jika dia menyintai dan tidak akan menzaliminya sekiranya satu hari nanti dia tidak menyintai.

    Inilah cinta yang tulus, cinta yang sunnah dan cinta yang diredhai Allah yang melahirkan ” Semangat pertanggungjawapan” yang seterusnya melahirkan cinta yang tulus dan agung, kerana ia membuat pandangan mata hatimu mampu menembus batas batas kebenaran kepada hakikat abadi yang membawa keribaan Allah dihari keabadian.

    Sekadar ini buat renungan.

    […] .:::copy from Akak Muharikah:::. […]

    rue_ruzaNna said:
    April 9, 2009 at 4:14 am

    salam kak..sy mtk izin copy citer ni ye kak..tuk akhawat2 medan..link nye: Al-Fatih@yahooproups.com..tq kak..salam perkenalan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s