Bergaduh dengan ikhwah akhawat itu lebih baik

Posted on Updated on

Salam,

banyak pengalaman hidup ini aku ‘bertembung’ dengan  sikap dengan ikhwah akhawat,

tidak boleh ‘masuk’ dengan mereka,

tidak ngam dengan mereka,

tidak setuju dengan mereka,

pernah bergaduh kata-kata di window Yahoo conference

pernah bertekak di daurah sehinggakan berapi-api dan berasap.

Pernah di satu waktu, sekumpulan pemuda dakwah meninggalkan majlis begitu sahaja kerana tidak setuju dengan apa yang dikatakan oleh pengerusi majlis di sebuah mukhayyam.


Begitu juga di satu waktu dahulu,  aku sedang berhadapan dengan masalah dakwah dan peribadi, tidak ada seorang manusia pun boleh aku reach ketika itu. Namun di malam itu, seorang ukhti menelefonku, tanpa bertanya khabar, terus menikam dan mengatakan perkara-perkara yang begitu perit di hatiku.

‘ Aisyah, nape anti buat begini. anti tak tahu ke bla bla bla’

Aku hanya mendengar celotehnya selama 30 minit tanpa boleh aku potong untuk membela diri.

Malam itu aku menangis. Sedahsyatnya. Tidak pernah aku menangis sebegitu. Sudah sebulan aku tidak bertemu rakan seusrahku. Kami bertemu di alam maya yang asyik tersekat-sekat sahaja suaranya. Sudah sebulan tidak bertemu murabbi. Kekotangan  hati teramat sangat. Keseorangan membawa anak binaan seramai 10 orang selama sebulan dua itu..

AKhirnya menerima panggilan dari seorang ukhti, berharap dia bertanya khabar, tapi yang didapati hanyalah amarah yang bertalu-talu dihamparkan.

Aku tidak pernah menangis di hadapan sesiapa buat sekian , sehinggalah di waktu itu.

‘ akak, akak ok? kenapa menangisku?’ aku masih ingat mutarabbiku zaza memerhatikan aku begitu lama di tikar sejadahku dan tidak berganjak. Aku cuba menyembunyikan esakanku dan menahan kesedihanku. Tapi aku tidak mampu.

‘ Ok je adik, tak de apa iALlah.’

Begitu aku cuba menghiburkan hatinya. Dia terlalu kecil di waktu itu untuk memahami kompleksnya masalah jemaah. Untuk memahami kenapa dalam satu jemaah, banyak pendapat, banyak pemikiran dan banyak salah faham berlaku, terutama apabila jarang bertemu.

DIa baru setahun dua dalam tarbiyah dan masih lagi merasai bunga-bunga keindahannya. Aku tidak mahu menurunkan semangatnya hanya disebabkan masalah di dalam jemaah.

Di waktu itu, perasaan untuk keluar dari jemaah sangat membuak-buak. Sudah 120% keyakinan untuk keluar dari jemaah yang tidak berperasaan sangat ini.

Namun pengalaman telah mengajarkan kepadaku, keluar dari jemaah adalah perkara paling buruk pernah berlaku dalam hidupku.

Hidup dalam jemaah, tapi berselisih, lebih baik dari hidup bersendirian tapi aman damai.

Walaupun amat sakit berada dalam jemaah, itu lebih baik dari bersendirian tapi dikerumuni jahiliyah.

Untuk keluar dari jemaah itu lebih teruk akibatnya.

Akhirnya aku mula sedar, tidak patut aku menghukum jemaah atas sikap beberapa individu yang mungkin salah faham sahaja terhadapku.

Pernah aku bertemu dengan seorang makcik yang amat aku hormati:

‘ Bila makcik kenal AIsyah, lain benar dari tulisan emelnya’

Masalah pada mana-mana jemaah tetap sama —> taaruf yang kurang.

Masalah senior dan junior dakwah adalah kurangnya taaruf. junior dakwah tak puas hati dengan keputusan senior, akhirnya mahu memberontak dan komen-komen.

Senior dakwah pula menyalahkan junior dakwah;

‘ apalah derang ini ikut ajaran mana? Kenapa tak taat? Bukankah taat itu kewajipan dalam jemaah? Apa yang derang belajar dari muntalaq selama ini?’

Sedangkan keinginan kedua golongan ini berbeza.

Yang muda mahukan rohaninya terisi dengan tarbiyah. Mahu jiwanya dibakar dengan fiqh dakwah

Yang senior mahu dakwah ammah dijalankan, kerana masyarakat memerlukan!

Satu mahukan tarbiyah, satu mahukan aktivisme!

Sedangkan masalahnya pada masalah komunikasi. Masalah memahami kehendak.

Ini berpunca dari masalah kurang kenal. Kurang muayashah. Kurang memahami dan kurang menghargai. Semua orang nak memenangkan pendapatnya.

Dan paling penting —> Banyak sangattt dzon dan bersangka-sangka.

Satu masa dahulu di sebuah daerah, saya pernah dikambing hitamkan. Pernah juga dikatakan sebagai tali barut jemaah. Pernah dikatakan anasir fitnah untuk jemaah. Adik-adik dinasihatkan untuk berhati-hati dengan saya. Saya menziarahi adik-adik, namun tidak dibenarkan memberikan pengisian. Saya sedikit confused di waktu itu.

Sehinggalah saya ambil langkah mendiamkan diri. Cuba buat kerja sendiri-sendiri. Dan dalam mana-mana perjumpaan memberikan idea dan cadangan, saya rasa malas nak ambil tahu dan involve. Sedangkan satu masa dahulu, saya all out untuk berikan cadangan untuk jemaah.

Tapi sebagai manusia, tentu kita akan cepat burnt out, cepat kecewa apabila orang asyik nak condemn sahaja pendapat kita. Paling teruknya, dari cadangan kita itu, orang fire balik kita. Orang salahkan kita semula. Dan di waktu itu, memang kami lihat, para senior mahu kami akur sahaja dan setuju dengan cadangan sedia ada.

Di waktu itu, himmah makin pudar. Harapan pun hilang begitu sahaja. Saya rasa betul ke jemaah ini? ke patut masuk jemaah lain?

Sehinggalah jiwa ini terubat setiap kali pulang ke Malaysia. Bertemu pelbagai murabbi dan senior dakwah yang lain. Meminta nasihat dari mereka.

Ternyata dari mereka, aku merasai jirusan mawadah dan rahmat dari jemaah ini. Dari mereka ,aku menghirup mata air tarbiyah dan aku mendapat tenaga semula untuk membaiki jemaah ini. Kerana jemaah ini, banyak barakahnya. Cuma manusia sebagai kadernya amat pelbagai karekteristiknya.

Apabila pulang ke Malaysia, aku mula mengenali juga karenah orang-orang tua, dan karenah bos-bosku.

Dahulu di UK, setiap kali ketika daurah berpeluang untuk kasi cadangan, mesti macam kene fire balik dan terus down sebab setiap cadangan mesti ditangkas semula.

Tapi bila balik ke Malysia dan bekerja, sama sahaja keadaannya. Orang dawah ataupun tidak, sikap generasi terdahulu lebih kurang sama.

Mereka selesa dengan cara mereka.

Mereka yakin cara dan kefahaman mereka paling betul

Mereka yakin bahawa pengalaman mereka mengajarkan mereka bahawa apa yang mereka buat itulah yang terbaik.

Maka apabila golongan muda memberi cadangan , seolah-olah mereka mengatakan: ‘ I know you better! I live longer than you!’

Disebabkan itu generasi baby boomers tidak mampu terima anak mereka generasi Y untuk berkerja sendiri. MEreka tak yakin kerja sendiri itu selamat dan menguntungkan. Pada mereka, kerja di atas meja ofis, mendapat gaji setiap bulan itu menjaminkan!

Sedangkan generasi Y adalah generasi yang tak suka punch card. tak suka duduk ofis sahaja. tak suka terikat. dan suka buat kerja dengan komputer, tak kisah di mana mereka berada!

Bila fikirkan balik. Masalah di mana-mana pun berpunca dari komunikasi.

Komunikasi hati yang suka bersangka-sangka dan sukar berlapang dada

Komunikasi lisan yang selalu disalah ertikan maksud dan intonasinya

Komunikasi tulisan yang disalah fahami kerana membaca dari sudut angle berbeza.

Namun apa yang dapat disimpulkan, bergaduh dengan ikhwah akhawt itu lebih baik. Bukanlah bermakna perkara itu perlu berlaku.

Bagus kerana:

a) menjadikan diri kita bermuhasabah diri. Tentu orang menegur kita kerana sayangkan kita dan mahukan kebaikan pada kita

b) mendorong untuk kita bermaafan dan mahu berkenalan lebih lanjut agar sejahtera hati dan perasaan,

Saya amat bersyukur, dua bulan sebelum pulang ke Malaysia, saya sempat bertemu semua akhawat-akhawat senior di ukeire dan cuba menyantuni mereka. Ternyata, perasaan dendam, marah , terkilan, gugur begitu sahaja dengan sebuah salam dan pelukan mesra seorang ukhti dari ukhtinya.

Amat terasa sungguh dengan hadis ini:

“Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Dawud)

terasa hati ini bersatu balik dan mula memahami.

ternyata ada hikmahnya salah faham agar kita mahu mengenali dan mendekati.

Dan apabila bertemu lagi dengan konflik di Malaysia, dalam suasana berbeza dan golongan berbeza, tenyata aku terkenangkan peristiwa dahulu!

Ah, Indahnya hidup dalam jemaah! bergaduh-gaduh pun, masih mendapat rahmat!

Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)

Ohyeah!

“Mahukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada salat dan saum?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjadi penyambung berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (H.R. Bukhari-Muslim)

Menjaga ukhuwah itu lebih besar dari solat dan puasa!

Tegarlah dalam menjaganya!

Bersabarlah dalam merawatnya!

Kerana ukhuwah itu mahal harganya! Penentu kepada kejayaan amal kita di dalam dakwah!

PS: jom lapangkan hati kita dari rasa hati yang tak best sesama kita? 😉

Ana uhibukum fillah!

Ana cintakan antum semua kerana Allah!

Maafkan salah silap saya. IALlah moga kita bertemu dalam suasana saling memaafkan!

Advertisements

4 thoughts on “Bergaduh dengan ikhwah akhawat itu lebih baik

    FiP Rasdi said:
    October 14, 2013 at 6:18 am

    walaupun perit nk lalui pergeseran itu..tapi,xpelah..jom lapangkan hati!! =)

    Zinnirah said:
    October 15, 2013 at 3:02 pm

    pernah ada ukhti cakap pada ana, pahala bersilaturrahim itu pada sabarnya kita pada kerenah manusia, pada lapangnya dada kita pada perbezaan kita… chill sudah :), gaduh2 sayang mcm nt dgn rabi’ah kan baguih… 😀

    ukhti militan said:
    October 18, 2013 at 9:37 am

    sepanjang pengalaman hidup dalam jemaah ini selama 12 tahun ini, ukhuwwah hanya dibina dengan mutarabbi, tapi tapi tidak dengan ahli jemaah lain yang tiada kaitan dengan bulatan gembira. kiranya, jika kesusahan seperti perlukan penjaga anak-anak ketika program, akhawat tiada yg membantu, jika pindah rumah, tiada ikhwah datang tolong angkat barang walaupun sedia maklum, hanya jiran-jiran yang membantu, ketika anak sakit terlantar di hospital berhari-hari, tiada seorangpun ikhwah/akhawat datang ziarah, ketika adakan kenduri kesyukuran, yang memenuhi rumah hanyalah kawan-kawan biasa dan jiran-jiran, malahan, bila ada kelahiran pun, yang datang cuma anak-anak usrah yang baru nak kenal dunia, pakcik2 makcik2 senior, murabbi2 mas’ul mas’uliyah kawasan pun tak pernah jenguk muka…jangan ada yang kata, sebelum harapkan orang lain buat apa yang kita hendak, kita kena buat dulu…ya, kami alhamdullillah masih sempat meluangkan masa bersama-sama ikhwah/akhawat jika ada keperluan seperti di atas…lantas, apa yang masih membuatkan kami setia dengan jemaah..kerana kami percaya, apa yang kami buat ini adalah ‘to impress Almighty’, untuk Allah swt..bukan untuk manusia…hatta jemaah sekalipun

    mas dardiri said:
    October 18, 2013 at 9:37 am

    bahasanya ada yang tidak faham… 🙂 tapi yaaa dikit dikit ada yang ngerti juga.he
    salam siliaturahmi,,,,, Yogyakarta, Indonesia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s