Omelan

Selalu aku ditarik antara dua keinginan: berbuat apa yang aku suka, dan berbuat apa yang aku perlu.

Life in medicine is full of struggle. The hospital is your second home. u actually married to the hospital. No wonder untuk mereka yang takleh nak adapt dengan suasana kerja, akhirnya menyerahkan segala potensinya untuk manusia-manusia di hospital.

Memang, kerja yang sangat noble.

Menyelamatkan nyawa orang.

Menghappykan orang, kasi orang sihat balik.

Menjadi perantara seseorang untuk mendapat kesembuhan.

Dan aku sendiri sangat suka, dan happy sangat jadi doktor. Dapat bantu orang untuk sembuh.

Perasaannya: WOW!

Tidak lupa juga, inilah juga cita-cita yang mulia. Menjadi doktor yang dapat berdakwah pada pesakitnya.

Oh well.

Theoritically, yes.

Actually, no.

Sebab terkadang kita terlalu stress dengan specialist yang stress, dengan nurse yang tak buat apa kita minta, begitu juga dengan ahli keluarga yang minta macam-macam dari kita sedangkan kudrat kita telah tiada…

Sudahlah kita telah devote separuh hidup kita pada hospital itu.

Dan betul, kadang2 berangan je nak berdakwah pada patient. Ingatkan patient utk solat. Ingatkan patient untuk berdoa dan ingat Allah.

Pergh. Berangan jelah.

Habis ward round,cepat je tgk komputer, salin notes, carry out plan, bagi ubat, atau macam kami MO, kene bergegas ke klinik, ataupun kene buat procedure, cari vein tak jumpa nak buat CVL, ataupun buat pleural biopsy tak dapat.

Lepas kita dah devote diri kita ke dalam dunia yang kita sukai ini, ada sahaja yang mungkin tak kena pada kita. Knowledge tak cukup. Lambat buat kerja. Lambat pick up. Useless. itulah inilah..

Astaghfirullah.

What a mess!

Tidak lagi dicampur dengan pelbagai latar belakang patient yang amatlaaaaaaaaaaahhhhh mendukacitakannnnnnn!!!

Owh umatku!!!

orang melayu penagihnya, seks bebasnya, tak jaga makannya, minum araknya.. apanih???

kadang2 pendakwah2 ini ( read: saya) perasan je dah buat kerja hebat sampai orang kenal, tapi mana ntah kesan dakwah itu tak terkena langsung kepada patientnya walaupun majalahnya boom boom dikenali dunia massa.

Apalah kita ini hidup dalam utopia , dalam mimpi. Dalam happy2 kita dengan bulatan gembira dan kerja dakwah berkembang, rupa-rupanya ramai gila rakyat malaysia tenat dengan kejahilan!

U think is nice to see a malay man , datang cengkung, nanah sana nanah sini, pastu ada TB, pastu hidup merempat? It is sickening! Tak tambah lagi yang dapat HIV sebab hidup sebagai gay dan multiple sexual partner.

Berat sungguh kerja kita……

Dan wahai.. doktor2 yang nak berdakwah pada patientnya, bilanya masa lidahnya terkeluar untuk dia kongsikan bait-bait kesedaran dan hidayah buat pesakitnya..

Mana dia?

 

( I shud say this entry is myself MORE than anyone else!)

Dan tentu keseronokan terabadi saya adalah menjadi seorang murabbi sepenuh masa. Sampaikan muntalaq di 4 negeri berbeza dalam masa sehari. Berpindah 3-4 negara dalam masa seminggu. Berupaya menghafal hadis dan quran sehingga benar-benar masyi ( master) dalam penguasaan islam. Im loving it so much. Melihat adik-adik tumbuh mekar menjadi serikandi Islam. Menjadi mereka yang memahami Islam dan akhirnya melahirkan penggerak dakwah lain pula…..

Im loving it. Truly.

Tapi dunia realiti kita tak seindah begitu.

Dunia realiti kita berhadapan dengan kepayahan. Berhadapan dengan mehnah dan ujian. Berhadapan dengan kutuk mengutuk, kene marah, kene keep up dengan performance, kene sentiasa perform 24 hours dan jadi perfect in our job.

And dunia realiti kita memerlukan duit!

And yes, duit is very crucial in dakwah.

takkan sampai bebila kita nak meminta pada jemaah sedangkan kita yang patut memberi pada jemaah itu sendiri.

And jadi doktor pakar, dalam bidang cardiology, income sebulan boleh cecah 40k.

Tapi cardiology sibuk. Banyak prosedur. kene selalu oncall sebab patient sakit jantung tak tentu. Interesting career. I kinda like it. Adrenaline rush. And we have very good lecturers who taught us well about cardiology.

But yet, time consuming. Banyak masa perlu dikorbankan.

And it goes down to other specialities, respiratory, endocrinology, neurology, palliative, geriatric, rheumatology, semuanya around 20k dalam sebulan. enjoyable. adalah procedure sket2. tapi not that hectic in terms of call.

Ada satu lagi yang income dia very handsome and got less calls. DERMATOLOGY. and yes, u can get until 50k a month. If u r good enough. and became cosultant.Dan buat product sendiri untuk kulit-kulit ini.

50k a month, in a year, we can make almost half a million! Cukup untuk bantu bina mana2 complex yang diperlukan oleh dakwah. Cukup untuk hire ramainya murabbi-murabbi full timer yang ada.

tapi, eventually, akan busy juga, sibuk uruskan klinik. Jumpa macam-macam orang sebab orang mmg ramai sakit kulit. Kerjanya itu sendiri takde sangat adrenaline rush. and nak dapat 50k tu pun bukannya senang unless we can be very good.

so, vicious cycle repeated again.

Kadang2 pening rasanya apa yang nak diutamakan. Membaca novel dan sajak, amat menenangkan jiwa saya. Seringkali banyak idea baru bercambah. Begitu juga buku2 tarbiyah perlu dibaca utk persediaan memberi dalam usrah dan daurah, dan itu pun sangat mengasyikkan jiwa. Dalam masa yang sama, menulis pun satu ketenangan, menulis di blog tanpa sekatan skematik majalah. begitu juga perlu curi2 masa untuk mengedit isi kandungan majalah dengan teliti dalam masa yang sama menghasilkan karya yang memberi kesan pada orang lain.

SEmua ini mengasyikkan saya. Menulis dan mengajarkan orang lain. Belajar dan membaca al-quran,

tapi ada satu perkara yang saya struggle dalam kehidupan saya: Kerjaya. Untuk all out. tahu banyak benda. membaca. ingat. faham. bole jawap soalan. dan untuk kelihatan competent depan boss saya yang bukan melayu.

Astaghfirullah.

Banyaknya kerja. Tapi sedikitnya masa.

Semua benda kene buat.

Kita kene cemerlang dalam semua perkara.

kene bagus dalam dakwah, begitu juga bagus dalam kerjaya, bagus dalam keluarga.

Subhnallah. tanpa kekuatan dari ALlah, tentu diri yang kerdil ini akan collapse, dan perlukan resuscitation.

 

Ya, doktor sendiri perlu diselamatkan!

Oh ya, masa untuk saya belajar untuk MRCP sudah lama bermula. Asyik tak buat je. Doakan ye. And i wish i can always write. tapi…..

Allahu maan,

PS: selamat hari raya eidul adha!

wassalam

muharikah

gombak

6 thoughts on “Omelan

  1. Keep going kak………The reality is hidup ini pun sebenarnya adalah satu ujian daripada Allah…..Dan sudah tentu orang yang hebat diuji dengan lebih beratkan? Moga Allah memberi kekuatan dan mempermudahkan jalan untuk akak……

  2. moga terus tsabat kak..akak kuat lebih kuat dr raksasa gorgon.. hoyeah! anda manusia super!! fi amanillah..sometimes we need to meng’omel’.. :))

  3. Salam Sya,

    Interesting to read. I am not part of usrah group though but i do believe each of us plays an important role for da’wah regardless whether you belong to specific organisation or not. Mungkin ada orang punya resources duit tapi tak ada masa, ada orang punya resources masa tapi kurang sumber kewangan…and thats why synergy is important. Seen a Turkish Islamic group managed to do that…synergise and im very much impressed.

    Anyhow, welcome to reality i guess. I am very sure you are one exceptional person who can rise above it all. All the best

Leave a comment