Untuk kamu di sana

Posted on

Aku tidak tahu jika kamu masih membaca lagi tulisanku ini.

Aku berharap ia masih lagi berada di newsfeedmu, walaupun tidakku pasti samada sempat atau tidak kamu menyelaknya di sela masamu yang menggila.

Dahulu kamu pernah meminta kepadaku:

‘ akak, tulislah lagi untuk saya,’

Dan bukan aku tidak mahu, cuma… mungkin terlalu kerap dan mungkin terlalu banyak mahu aku katakan pada kamu.

Dan sungguh, pada detik-detik masa yang berlalu, aku teringatkan masa kita mencipta sejarah pada lakaran masa yang begitu indah di satu detik dahulu.

Mewarnai dunia ini seolah-olah tiada bebanan yang kita tanggung melainkan amanah yang Allah berikan buat kita.

Begitulah juga kita lalui teriknya matahari, berhabuknya pasir, begitu juga salju yang melingkari jemari kita, bahkan pada air yang tenang serta awan yang kau amat sukai lihat di dada langit.

Pada semua keindahan alam yang kita saksikan bersama itu, kita bawa bersama kenangan terindah yang kita pintal bersama rasa kasih dan sayang di atas jalan-Nya.

Di sana, kita bawa sekali rasa keazaman dan kepaduan untuk menanam rasa kefahaman yang begitu dalam di jalan ini.

Bukan sahaja banyak tanah telah kita lalui, malah segala jenis kenderaan yang wujud pernah kita naiki demi melangkaui bukan sahaja padang pasir, malah laut, malah tasik, malah sungai, malah salji, malah jalan raya yang berliku mahupun beku, semuanya pernah kita lalui.

Dan kita lalui detik-detik berharga demi menyahut sebuah seruan yang begitu membuak di hati kita. Itulah dia desakan hati untuk lebih mengenal pencipta dan ad-deen-Nya. Seruan untuk berkongsi rasa iman di dada kita untuk kita rasai nikmatnya di jalan dakwah ini.

Dan tentu memori itu , jika dikikis, takkan terpadam langsung di hatimu kerana ia begitu membekas di jiwa kita seperti mana ia selalu menghantuiku di waktu aku berada di bawah hujan lebat, menanti keretaku bergerak pada padatnya lautan kereta di bumi Malaysia ini.

Kini, kita kembali kepada dunia realiti.

Dunia yang seolah-olah tidak mengiktiraf harga diri kita langsung.

Seperti mana dakwah telah memuliakan dan mengangkat diri kita, dunia realiti tidak begitu.

Dunia realiti, adalah:

‘Jika kau takde pangkat, jika kau baru kerja, jika kau takde kelulusan tinggi, U WORK FOR ME, and YOU DO WHATEVER I ASK U TO DO!’

Walaupun kita kerja macam ….. ( i cannot say that word, but u know all the words that they used to throw at you)

and dari setinggi-tinggi tempat, kita berada lebih rendah dari tapak kasut mereka. Lebih hina dari tukang penyapu sampai di koridor hospital. Kita ditunggangkan lebih teruk dari anjing. Di kerjakan selumatnya.

Dan aku melihat wajah akhwat kita yang survive dengan dunia pekerjaan gilanya itu, dengan wajah penuh kelegaan..

‘ alhamdulillah saya dah lepas kak..’

Begitulah dunia realiti kita.

It happens to us to make us strong.

Jika kamu menghadapi ujian itu, ramai juga telah dan sedang lalui ujian yang sama.

Di saat dunia dakwah melihat tinggi diri kita, di dunia yang berbaju putih itu, kita tidak dikenali, kita hampeh, kita diperkecilkan dan diperkotak katikkan.

Dan kita berteriak pada diri kita:

‘ Adakah sebab aku all out dengan dakwah , aku jadi tak competent dalam pekerjaan aku?’

‘ Dakwah yang menyebabkan aku sibuk sangat sampai aku takde masa nak belajar utk jadi yang terbaik!’

Sehinggalah, walaupun kita deny, tapi kite terrrrrr salahkan juga sikit-sikit dunia yang amat kita cintai dan ghairahi dahulu.

Dunia yang menyebabkan kita tak cukup tidur dan tidak cukup rehat.

Aku masih ingat lagi saat kita bersama, kau tertidur begitu sahaja ketika duduk kerana terlalu keletihan melalui perjalanan yang panjang.

Begitu juga seringkali aku melihat jadualmu yang begitu padat dengan aktiviti-aktiviti dakwah.

Sehingga aku menjadi cemburu. Sehingga aku merasai diriku kalah dengan semangatmu.

Namun, dunia realiti inilah yang menguji keikhlasan dan kekukuhan hati kita.

Menguji sejauh mana kita letakkan SEPENUH pengharapan pada Allah.

Menguji sejauh mana kita letakkan hati dan perasaan kita dan benar-benar rasa bahawa:

‘ aku dapat jadi hebat, dapat all out dakwah pun sebab Allah bantu dan Allah izinkan ianya terjadi’

begitu juga supaya kita benar-benar rasa:

‘ aku berjaya dan mampu competent dalam kerjayaku ini adalah kerna Allah yang kuatkan aku, Allah yang kasi aku jalan untuk jadi hebat.’

Aku tidak sempat untuk berkongsi denganmu di saat aku dipindahkan ke ward berbeza. Specialist aku berkata kepadaku pada satu petang yang amat sibuk dengan pesakit:

‘ I want u to become like me. U cannot lembut lembut and senyum-senyum aisyah. U cannot get things done kalau u lembut-lembut camni!’

And  mmg dia terkenal dengan selalulah cakap benda2 celupar dan kutuk houseman.

And when i arrive at the ward and met him, and finally work under him, the first thing he said to me:

‘ I tgk muka u, i tak jadi nak marah, walaupun rasa nak marah je. Apalah u ni aisyah!’

The night before I prayed that ALlah lembutkan hati dia agar dia tak train aku jadi seperti dia.

Sebab jiwa garang,tidak sebati dengan diriku.

Begitulah Allah membantu.

Walaupun ada ketika aku dimarahi boss paling besar, ada patient meninggal, ada yang aku buat silap. Dan macam2 lagi.

But that’s life. That is real life. It doesnt full with flowers and roses. It is full of my mom always said Bee – Ess. Semua orang nak amik kesempatan dan gunakan orang lain. Smua orang suka jadi boss. Semua orang suka kasi order.

Thats life!

Until we come to that stage, we have to work like… es-hach-ai-tee!

Really.

Until u are patience enough and presevere, to climb up the ladder. and then u can put things into better place. Like, not scolding your juniors.

Maafkan aku menulis begitu panjang seperti selalunya. Dan aku tahu matamu sering terlelap untuk sampai ke noktah terakhirku.

Cuma aku ingin sampaikan kata-kata penuh kerinduan agar hatimu sejuk membaca utusan cinta ini. Agar kau mengetahui ada insan yang masih mengkagumi dan menyayangi dirimu. Agar kau tahu, bahawa misery yang kau sedang kau hadapi ini hanya sebentar cuma dan bahagia akan menanti dirimu pada penghujung sana.

Kerana sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan. Sesungguhnya selepas kesusahan itu ada kesenangan” (ash-sharh:5~6)

Cuma kesabaran demi kesabaran.

Dan yakinlah dengan sepenuh kekuatan bahawa ALLAH pasti menguatkan dirimu.

Kerana kau takkan kuat bergantung pada dirimu. Even takkan kuat bergantung pada akhawat pun. Tapi kau akan kuat bergantung pada Allah. Kuat apabila berpegang pada taliNya. Kuat jika kau memilihNya dalam kehidupanmu. Pada setiap sentuhanmu, tingkah laku mu, dan kata-katamu, Allah akan bantu memagiskan kuasanya dan akhirnya kau akan menang, dalam erti yang kau sahaja mengerti.

Apabila kau mengambil Allah, sebagai sumber pergantungan dan kekuatan.

Aku tahu, kau masih berada di sana, penuh dengan kekuatan dan penuh dengan pengharapan yang tinggi pada Allah.

Kau kuat, seperti selalunya..

Agar sentiasa selamat dan diredhai selalu adindaku, insyaallah.

Wassalam

aku yang merinduimu di jalan dakwah,

akak

Advertisements

4 thoughts on “Untuk kamu di sana

    shamim said:
    November 11, 2012 at 6:38 pm

    kita selalu found diri kita menangis bila baca post post akak. eventhough kita tahu, bukan kita yang dimaksudkan.

    (nangis lebat) kak aisyahh..

    ainum amijudin said:
    November 14, 2012 at 7:28 am

    akak, tulislah lagi :’)

    abuzaid said:
    November 14, 2012 at 1:30 pm

    Seharusnya apa yang berlaku menjadi pemangkin untuk mereka mereka yang cintakan deen ini supaya tidak menjadi seperti ” mereka”. Malangnya ramai diantara kita jadi seperti mereka dan larut dalam biah dan suasana yang tiada rahmah dan ehsan sesama manusia dikala duduk di posisi yang tinggi. Rebutlah peluang yang ada untuk jadi yang terbaik dan duduk dalm posisi posisi yang pentimg dan mengubah sistem yang ada. Sesungguhnya atas pundak pundak kamu terbeban tanggungjawab yang besar ini. Kesusahan dan semua mehnah ini sepatutnya jadi tauladan untuk kita tidak mengulangi kebejatan yang ada sebaliknya kita ubah suasana dan sistem yang ada kepada yang lebih dan islami. Semoga Allah beri kesabarandan kekuatan dan istiqomah dalam menjalani langkah langkah ini.

    anon said:
    January 1, 2013 at 11:19 pm

    Even i know its not for me. But the feels are there :’)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s