Perlunya kepada ilmu fiqh dakwah

Salam,

Buat anda semua,

Barangkali apa yang dirancang tidaklah seindah mawar merah yang kita inginkan, namun ternyata, perancangan Allah itu lebih maha halus dan teliti.

Barangkali apa yang berlaku adalah hasil dari keaiban dan juga dosa-dosa yang kita lakukan sebenarnya.

Barangkali Allah mahu kita meluruskan niat dan bermuhasabah, beristighfar sepenuhnya.

Barangkali ada tahajud yang tidak kita tunaikan.
Barangkali ada bacaan Quran yang tidak kita khatamkan.
Barangkali ada zikir yang tidak kita lazimkan.

Barangkali Allah mahu kita, membetulkan diri kita terlebih dahulu daripada orang lain.

Barangkali Allah mahu menegur kita, ada keujuban dalam jiwa kita.
Ada rasa kebagusan atau ada rasa ‘aku berada di pihak yang plg benar’,
menyebabkan Allah akan menolak amalan-amalan kita jika tidak kita betulkan hati kita secepat yang mungkin.

Anggaplah apa yang berlaku adalah muhasabah Allah pada peribadi diri kita.

Barangkali kita kurang ikhlas dalam beramal, sehingga Allah mendatangkan sebab-sebab untuk kita berterusan membersihkan niat kita.

Saya terkesan dengan kata-kata seorang doktor sewaktu mengiringi beliau pulang dari berceramah, katanya;

” Masa akak paling dekat dengan Allah adalah ketika bersunyi-sunyian dengan Allah di dalam tahajud dan di dalam kereta.”

SAya tergamam dan turut bermuhasabah, ‘bilakah aku ini benar-benar berasa sunyi dan bersendirian dengan Allah.’

Seringkali kita merasai bahawa kejayaan dakwah itu adalah pada perancangan yang gah dan juga program yang berjaya menawan hati mad’u- mad’u kita.

Sedangkan kejayaan kepada semua kerja dakwah kita adalah, kedekatan hati kita pada Allah.

Kejayaan kita adalah pada kedekatan mad’u kita kepada Allah.

Banyak masyayikh dakwah apabila menekankan kepentingan berdakwah, mereka amat menekankan kepentingan mendirikan mihrab di waktu malam.

Ini kerana, di hadapan kita menanti tugasan yang amat berat.

Kitalah qiyadah kepada ummah.

Malah, segala qudwah harus kita mulai dan dahului. Baik dari sudut hubungan kita dengan Allah dan amal da’awi kita.

” Qiadah mestilah sentiasa mendahului kumpulan duah dalam mengemukakan ijtihad bagi menangani perkembangan suasana dan menyelaraskan segala pengajaran yang diambil daripada pengalaman dakwah.
Sesungguhnya sesiapa yang tidak dibantu dengan kefahaman yang jelas akan sentiasa berlegar dalam kesilapan dan di akan berpusing tempat yang sama. Ketika itu tidak berguna untuk dimarahi melainkan akan menambahkan kesusahan kepada mereka.

Begitu juga qiadah mestilah segera memberi tugas kepada semua duah mengikut perkembangan kemampuan mereka, perkembangan cita-cita dan keluasan pemikiran mereka. Sebaliknya sesiapa yang tidak digunakan tenaga mereka kepada kebaikan akan menghabiskannya sia-sia atau tenaga-tenaga itu berkumpul dan melemahkan kamu.

Semuanya ini merupakan erti kepada kesempurnaan nasihat dan usaha yang wajib disempurnakan oleh sekelian qiadah sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “´ Tidak seorangpun daripada pemimpin yang memimpin urusan umat Islam kemudia beliau tidak berusaha bagi kepentingan mereka dan menasihati mereka melainkan beliau tidak akan memasuki syurga bersama mereka” Sahih Muslim ”

– Petikan Awaiq- Ahmad Ar RAsyid.

Begitu berat tugasan ini , maka sangat perlulah kita memohon kepada Allah memberikan kita taufiq dan hidayah dalam usaha yang amat berat ini.

Dakwah kita memiliki ratusan ahli yang berpotensi. Namun, yang masih kurang adalah kefahaman yang menolak mereka untuk beramal. Beramal lebih dari orang usrah lainnya.

Kefahaman yang menyebabkan mereka mampu berkorban dan mahu menyumbang lebih kepada dakwah. Lebih dari membawa halaqah.

Memang, di Malaysia kita banyak limitasi masa. Semua orang ada tanggungjawap dan juga kekangan masing2. Apatah lagi dikalangan belia yang sedang membina keluarga dan kerjaya

Namun, dengan kefahaman, iAllah kita mampu bergerak lebih jauh lagi. Kita merasai bahawa usaha dakwah kita tidak cukup membawa usrah sahaja, malah lebih dari itu. Kita harus menyedari di saat kita merasai bahawa kita sudah cukup beramal untuk dakwah, kelompok jahiliyah turut rancak dan cepat sekali bergerak menghancurkan Islam. . Berapa banyak generasi terdahulu dikalahkan oleh orang jahiliyah hanya kerana mereka berseronok dengan majlis majlis zikir mereka dan amat kurang berjihad.

 

Dalam dakwah, kita tak mampu untuk try and error. Dalam bidang perubatan , try and error akan membunuh manusia. Dalam bisnes, try and error akan merugikan dan membrankrupkan syarikat.

Jika kita pun try and error dalam dakwah ini, ia akan consume banyak masa kita, kita akan banyak buat salah, hasilnya sedikit dan akhirnya kita akan menua dan jadi penat. Sedangkan dakwah telah pun berlangsung 1400 tahun dahulu. tentu sudah berjuta-juta belia telah melalui jalan dakwah ini dan tentunya ribuan syeikh dakwah telah menukilkan ilmu2 fiqh dakwah khas untuk orang belia.

Malahan, buku2 fiqh dakwah yang bersifat kontemporari sudah ada dalam bahasa Arab ( kalau cek buku Fiqh Dakwah tulisan Jum’ah Amin, dekat 40 rujukan teks arab ttg fiqh dakwah).

Cuma kita sahaja tidak mengetahuinya. Kita jahil dan kita masih meraba-raba. Sedangkan masa kita tidak banyak.

Rata-rata kita akan menuju umur 30-an.

Jika ikut kaedah ilmu Barat, by umur 30, kita harus ada:

a) financial freedom ( jutawan)
b) rumah sendiri
c) menulis buku sendiri
d) Ada pengkhususan tersendiri
e) sudah menjelajah lebih 10 buah negara.

maka,bagaimana nak buat begitu jika kita amat sibuk dengan dakwah dan pelbagai tuntutannya?

Dan ana yakin ramai tak bersama dakwah kerana sibuk dengan 5 perkara di atas.

Disebabkan itu, berada dalam dakwah ini harus menjadi bonus bagi kita. Dakwah menjadikan kita lebih berdaya saing dan ia menjadikan segala-galanya possible bagi kita.

Kita harus menjadikan dakwah ini memudahkan diri kita mencapai apa yang kita impikan di dunia dan akhirat, berupa syurga dan redhaNya.

Disebabkan itu kita harus bergerak dengan ilmu. Dan kita amat butuhkan ilmu fiqh dakwah.

Disebabkan itu  jika kita mahu dakwah belia ini kedepan, berdaya mercu dan melahirkan impak yang besar di dalam dakwah, kita harus membekalkan diri kita dan semua aktivis akan ilmu fiqh dakwah ini.

Agar apabila kita melalui jalanan penuh berduri dan gelap, kita ada penyuluh yang menunjukkan jalan.

Mereka akan meronta-ronta untuk bergerak seperti mana merontanya orang yang baru menghirup hidayah menarik orang lain bersamanya.

Kita harus menaikkah himmah dan membakar nyalaan iman mereka dengan kefahaman ini. sehinggalah halangan di dalam kehidupan menjadi sebuah madrasah keikhlasan, sehinggalah cabaran dan keperitan kehidupan menjadi sekolah kesabaran dan kematangan.

Namun, utk quit, tidak sama sekali.

Rancanglah, dan susunlah program di mana kita dapat mempelajarinya dari guru yang mampu membimbing. Agar gerabak dakwah ini mampu melaju dan menyusuri segala rintangan. Agar kita,sebagai pemuda dakwah, mampu berjalan lebih jauh, walaupun keadaan begitu sibuk dan amat menekan sekali.

 

Wassalam

ukhtikum fillah,

AisyahZ

Leave a comment