Be the best in what you do

Salam,

Ternyata fasa dan masa kita telah berbeza. Walaupun saya tahu kamu menanti-nantikan kisah seterusnya dariku. Namun, hakikatnya, kisah hidupku telah berbeza sama sekali.

 

Tidak ada lagi bayuan laut yang menyapa wajahku pada keheningan subuh yang indah. Tidak ada lagi jirusan salji yang menyegat seluruh jemariku dengan ketajaman sejuknya. Tidak ada lagi riang ria berbasikal di sebuah pulau yang mudah sahaja aku pergi seusai dari waktu persekolahan dan pekerjaanku.

Dunia aku amat berbeza. Kehidupanku begitu juga.

Malaysia telah mengajarku dimensi kehidupan berbeza sekali. Wajah dakwahnya. Pelangi tarbiahnya. Kanvas kehidupanya. Warnanya berirama sangat berbeza sekali dengan dakwah di luar negara.

Jika dahulu kamu bangun dan tidur dengan tulisanku. Aku tidak pasti kini adakah tulisanku masih kau amati lagi.

Namun aku bersyukur Allah hadirkan dirimu dalam kehidupanku. Membaca tulisanku agar kamu menjadi bertambah baik dari diriku. Agar akan tiba satu saat kamu akan menyedarkanku dari tidur-tidur ayamku akan hakikat perjuangan yang aku harus lalui seterusnya.

 

Penulisan dan pemikiran tidak dapat lari dari kehidupan sebenarku. Kehidupan yang aku sembunyikan dari ramai orang. Aku tahu ramai yang tertanya-tanya. Ramai yang mengagak-agak. Dan ramai berbisik-bisik tentang diriku. Namun, untuk menulis dan berkongsi akan cerita itu, ternyata tidak mudah sama sekali. Kerana endingnya belum lagi bertemu dengan sesuatu jawapan. Belum lagi boleh dijadikan panduan. Belum lagi boleh dijadikan sebuah hikayat. Walaupun ternyata setiap perjuangan dalam kehidupan itu tidak bernoktah dalam kebahagiaan.

Namun, aku mahu tiupkan harapan bagi setiap perjalanan hidupmu. Setiap dari kita struggle dalam kehidupan kita. In our own very way. Cuma aku memilih untuk rasa gembira dan menghargai setiap detik yang Allah kurniakan buatku. Walaupun disebalik wajah tersebut ada terpalit kisah sejarah begitu pahit sekali. Aku ingin berkongsi.

Cuma, masanya belum tiba lagi. iAllah, satu masa nanti. Kelak kamu akan faham mengapa kisah-kisah di dalam ini kelihatan seperti tidak ‘hidup’, tidak seperti yang kau harapkan. Moga satu hari nanti kamu berpeluang untuk faham.

 

Disebabkan itulah, aku memilih kehidupan yang aku boleh laksanakan sesuatu dengan cemerlang sekali. I can do things at my very best.

 

Kat Malaysia, kita ada dua pilihan :

a) bergerak sendiri

b) bergerak dalam jemaah.

Kebanyakan yang tidak sabar, akan bergerak sendiri. Akan cuba merangka kerjaya dan gerakan dakwah sendiri. Dia akan laju dan cepat. Cuma keadaan itu akan dirasai sangat penat. Akhirnya tidak ke mana. AKhirnya kita jadi sendiri sahaja.

Namun bergerak dalam jemaah adalah satu cabaran yang amat besar bagi sesiapa yang tidak sabar di malaysia ini.

Namun, aku pelajari keindahan yang luar biasa apabila adanya kemudahan whatsapp dan telegram. Aku mula memahami pola pemikiran dan gerak kerja budaya di malaysia. Aku mula memahami kenapa di Malaysia ini begini begini. Kenapa tidak begitu dan begitu.

Kebanyakan orang akan memilih antara dua + satu jalan.

Dua jalan itu:

a) meninggalkan jemaah

b) bersabar dan ikut jelah apa yang disusun dan dibuat.

Atau ada satu golongan yang berani sedikit untuk jadi lain dari yang lain:

a) bersabar, melihat, merencana dan mencari peluang —> bila ditemui, BANG! Dia akan buat perubahan itu.

 

Aku mahu kamu jadi yang ketiga itu. Yang lain dari yang lain. Yang bold and brave enough to be criticise and non favouratable. 

Namun, untuk menjadi ketiga ini memerluan kesabaran amat luar biasa. Biasanya ramai yang penat dan pancit di saat menunggu perubahan ini berlaku. Ada yang akhirnya buat grup sendiri just utk laksanakan apa yang diimaninya. Kerana dirasakan lambatnya nak tunggu orang lain.

That is Malaysia. Everything seems to be…. taking more time.

It is a challenge. Kalau kita tak boleh kerja dengan orang yang sekepala dan sefikrah dengan kita, bagaimana kita boleh nak bekerja dengan PKR, PAS, DAP nanti? Bagaimana kita nak bekerja dengan NGO lain? Tanpa adanya sabar ini?

Disebabkan itulah, adik-adikku, sebelum menjadi pemimpin, kita perlu lalui semua cabaran ini:

a) Program tarbiah tidak seperti yang diharapkan

b) perlu jadi macam post-graduate student – perlu top up dan tingkatkan diri sendiri. Kena rajin dan kuatkan semangat untuk tingkatkan diri. Bukan disuap sahaja.

c) bekerja dengan orang yang tak sekepala dan selalu ada idea sendiri

d) menguasai sesuatu bidang dnegan baik sehingga kita menjadi pakar dalam bidang tersebut.

 

Saya tidak pasti siapakah kamu yang membaca tulisan ini dan dalam jurusan manapun kamu. Namun saya pasti, kamu adalah seseorang yang sentiasa berharap untuk menjadi yang terbaik dalam kehidupanmu.

Sebagai daie di Malaysia, kita tidak boleh lari dari 3 peranan ini:

a) Ahli keluarga ; samada suami/isteri/anak/ayah/sepupu dan seterusnya

b) Staff atau boss dalam company

c) Ahli di dalam sebuah jemaah

3 ini merupakan rangkuman sebuah perkerjaan teramat besar sekali —> DAIE

Disebabkan itulah kapasiti untuk meningkatkan kemampuan kita adalah bertambah 3 kali ganda di Malaysia berbanding sewaktu zaman IPT. Tsaqafah, kefahaman dan keikhlasan kita harus bertambah,

Malah, bertambahnya amal harus diiringi dengan bertambahnya bekalan di dalam diri. Bukan sebaliknya.

Disebabkan itulah di Malaysia, every minutes count. Every program u attended counts. Every activities u organise counts. Sebab masa tak banyak, tapi banyak amanah dakwah perlu dibuat.

Kena bermula dari langkah yang benar. Kena tahu setiap tindakan perlukan follow up dan pewarisan. Perlu tahu destinasi yang mahu kita tuju dan langkah-langkah ke arah itu.

Saya mengambil dua tahun lebih untuk kenal waqie malaysia dan masuk ke dalam gerak kerjanya. Perkara yang saya boleh buat selama sebulan di UK, saya ambil masa setahun untuk buat. Budaya dan kehidupan di sini amat berbeza sekali.

Paling penting untuk kita adalah;

a) Kuasai ilmu dakwah.

Ia teramat mahal dan tak boleh didapati dengan membaca buku fiqh dakwah. Kita perlu pelajarinya dari sekolah kehidupan bersama murabbi. Aim untuk bersama seorang murabbi dakwah paling kurang 6 bulan. Iringi beliau. Baca fikiran beliau. Tengok gaya dan cara pembinaan beliau. Pilihlah orang yang ternyata berjaya menterjemahkan kefahaman dalam buku kepada bentuk amal.

Saya bertuah kerana berpeluang mendapatkannya sewaktu di luar negara dan juga Malaysia. Sehingga kini pengalaman itu menjadi guru saya.

b) Kuasai ilmu al-quran dan sunnah.

Ia adalah ilmu amat berharga sekali. Di mana-mana sahaja lahan dakwah yang kita ceburi, kita takkan kehilangan bekalan. Di waqie mana pun kita berada, kita tahu bagaimana langkah untuk memenangi hati manusia. Kuasai ilmu ini secara formal atau tidak formal ( youtube atau mp3) . paling elok kelas formal seperti di UIA ataupun kalau di luar negara, kelas2 yang ada.

c) Kuasai jurusan keilmuan yang khusus.

Saya juga mengalami kekeliruan akan jurusan mana perlu saya kuasai. Minat saya paling besar adalah pada tiga jurusan; bussiness, penulisan dan dakwah. ( haha, takde doktor kat situ kan??)

Pernah saya terfikir untuk berhenti jadi doktor untuk fokus pada tiga perkara ini. Namun, Allah menakdirkan saya jatuh cinta semula dengan bidang perubatan apabila saya mengikuti pengajian masters di UITM. I really fall in love learning about medicine.About kekuasan Allah pada tubuh badan manusia. Dan saya mahu jadi doktor yang mampu memberi khidmat pada masyarakat. Mampu mengubati kesussahan dan kesukaran mereka. Dan saya tahu, tidak ramai orang berpeluang berbuat sedemikian. Semakin saya belajar, saya tahu saya tidak cukup masa untuk menguasai 3 lapangan yang saya minati tadi.

 

Maka apa yang saya buat;

i) Untuk bussiness, saya sedang memikirkan strategi utk dapatkan income pasif dari bisnes tersebut ( aim saya by umur 40 tahun nak join politik, dah ada income utk support kerja2 dakwah). Saya banyak disupport oleh partner bisnes saya dan juga adik saya sendiri.

ii) untuk penulisan –> saya menulis berkisar doktor dan perubatan islam serta kisah-kisah kehidupan

iii) utk dakwah–> saya mengambil kelas tidak formal untuk meningkatkan kefahaman dalam alquran dan hadis. Kini saya berpeluang untuk menggerakkan belia dan gema di ikram wp.

Saya harap kamu semua pun begitu juga. Khususkan kepakaranmu. Jika jadi bussiness man, jadi bussiness man yang betul2 expert. Jadi jutawan dalam masa 5 tahun. it is possible and doable. U just need to know the right way to do it. Jika jadi engineer, jadi yang betul2 expert. Jadi innovater. cipta satu perkara yang boleh mengubah kehidupan manusia. jIka jadi guru, aim jadi ulama’. We can never say enough in what we are doing. Perlu plan agar segala minat yang ada itu tidak terkubur begitu sahaja. Perlu ada planning bagaimana ianya boleh terus berkembang.

d) Tambahkan connection di luar zon selesamu.

Ini dipanggil dalam bahasa Fiqh dakwahnya, ‘ tawasul ijtimaie dan rabtul am’. Engage dan connect dengan orang di luar usrahmu, Luar lingkunganmu. Malah dengan orang2 yang lain sangat dengan jiwamu.

Di Malaysia, it is all about connection. Nak buka booth kat international book fair kena ada connection. Nak berniaga kena ada connection. Dan kena bersedia bersikap terbuka untuk kawan dengan sesiapa sahaja. Kena pandai bahasa dan budaya mereka. Inilah yang masih lemah dikalangan daie muda kita.

 

e) ( ok tangan dah penat taip. korang mesti dah penat baca) Luaskan pengetahuan dan pembacaan.

Obama mampu menjadi seorang yang paling berpengaruh di Malaysia kerana dia menguasai dua ilmu paling besar dalam politik ; sejarah dan undang-undang. Malangnya di Malaysia, tidak ramai antara kita kuasai bidang ini.

Apatah lagi bidang ekonomi, sosio politik dan seterusnya.

We might be a good daie, but we minght not be a good leader. Kita mungkin hebat berhujah akan nas-nas syarak, tapi kita tak mampu untuk lead sebuah organisasi ataupun negara.

Banyak masa kita habis di meja mesyuarat, tapi langkah ke depan dan perlaksanaan masih jauh dari sasaran.

Kita rasa kita tahu, tapi sebenarnya kita tersilap langkah dalam merencana. Akhirnya kita rasa kita dah buat banyak benda, tapi kesannya masih tidak dirasai masyarakat.

Perkara ini memerlukan ilmu yang analitikal dan berfikiran di luar kotak. Kita harus banyak membaca dan berbincang dalam forum-forum yang membantu kita memahami sosio politik dalam masyarakat.

Pada akhirnya kita mahu mendirikan sebuah daulah Islam di Malaysia. Bagaimana kaedah dan caranya? Itu perlu kita pelajari sepenuh hati. Kita harus kuasai strategi yang betul. Kita harus analisa dan tahu cara paling tepat untuk sampai ke jantung masyarakat. Dan kita kena akui barangkali cara yang kita laksanakan kini sudah jauh ditinggal zaman.

Kita harus peka dengan perubahan zaman yg dilalui generasi Z dan alpha. Kita kena keep up dengan mereka dan tahu cara mengubah mereka. Mereka yang bakal mengundi kepimpinan islam dari 4 -12 tahun akan datang, detik kita menjadi pemimpin negara dan IAllah bakal mengubahya.

 

Seperti mana kamu struggle, aku pun struggle untuk melaksanakan semua ini. Agar mimpi kita paling bahagia adalah pada tertegaknya syariat Islam. Walaupun lebatnya badai menimpa kehidupan kita, kita takkan berehat sehinggalah mimpi ini dapat kita capai.

 

Masa untuk saya belajar lagi,

Till next time,

Wassalam

ukhtikum fillah

Aisyah Z

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s